You are on page 1of 1

Tajuk Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa:

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa . Begitulah puitisnya tajuk


syarahan saya pada hari ini.
Warga Dewan Sekalian
Anak-anak mestilah bertangungjawab kepada kedua-dua ibu bapa yang
telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.
Kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa
seperti bersalaman dengan mencium tangan apabila berjumpa atau
semasa ingin berpisah dengan mereka. Bertuturlah dengan sopan apabila
berbual dengan ibu bapa sebagai tanda menghormati mereka.
Hadirin hadirat sekalian
Sebagai anak, kita mestilah menjaga nama baik ibu bapa dengan
menjaga tingkah laku atau moral. Elakkan daripada memalukan ibu bapa
seperti melanggar disiplin sekolah dan sebagainya.
Hadirin sekalian,
Ibu bapa terlalu banyak tugas dalam mengurus keluarga setiap hari. Oleh
itu, kita mesti membantu ibu bapa seperti membasuh pinggan, mengemas
rumah dan sebagainya lagi. Dengan ini, beban kerja yang ditanggung oleh
mereka akan menjadi lebih ringan.
Anak-anak juga perlulah berusaha mengembirakan hati ibu bapa. Antara
caranya ialah dengan belajar bersungguh-sungguh kerana ibu bapa sudah
pasti ingin melihat anak-anak mereka Berjaya dalam pelajaran. Janganlah
mengecewakan harapan mereka dengan bermain-main semasa belajar dan
sebagainya.
Di samping itu, anak-anak mestilah sentiasa mendoakan kesejahteraan
ibu bapa. Amat wajarlah kita mendoakan kesejahteraan mereka
terutamanya setiap kali selepas sembahyang.

Hadirin yang dihormati,


Sebagai mengakhiri syarahan saya pada petang ini, saya ingin menyeru
rakan-rakan agar hormatilah dan sayangilah ibu bapa kita. Janganlah kita
lupa akan jasa mereka apabila besar atau berjaya dalam kehidupan nanti.
Ingatlah, pemergian ibu bapa kita tidak akan ada gantinya.
Sekian, terima kasih.

You might also like