You are on page 1of 20

TUGASAN 2

PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA


1.0 Pendahuluan
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, pada 15 Oktober 2010, dalam pembentangan
Belanjawan 2011, telah mengumumkan rancangan pemberian vitamin kepada semua
murid sekolah rendah dalam kalangan yang berpendapatan rendah. Ini bagi membantu
mereka

meningkatkan

tumbesaran

serta

taraf

pemakanan

dan

seterusnya

kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Keputusan tersebut jelas memaparkan


kesungguhan kerajaan dalam membangunkan modal insan yang cemerlang menjelang
2020.

Gambar 1 : Produk Vitamin 1Malaysia yang dibekalkan oleh KPM


1.1

Rasional

Kanak-kanak yang terbantut (stunted), menghadapi anemia (kurang zat besi),


kelaparan atau kurang pengambilan makanan yang seimbang cenderung kepada
pencapaian akademik dan fungsi kognitif serta kehadiran ke sekolah yang rendah
(Taras H., 2005).
Di Malaysia, pada tahun 2006, 15% (495,000) kanak-kanak berumur 7-12 tahun
yang terbantut dan 10% (283,000) kanak-kanak pula mempunyai berat badan susut
(wasted) (NHMS III, 2006). Kajian juga menunjukkan 20% kanak-kanak bawah 6 tahun
dan 20% remaja 12-19 tahun mengalami anemia atau kekurangan zat besi (MOH,

2000., Foo et. al., 2004). Kekurangan vitamin dan mineral yang sering berlaku dalam
kalangan kanak-kanak kurang zat makanan yang dilaporkan ialah kekurangan vitamin
A, kalsium, zat besi dan zink.

1.2 Keperluan Vitamin


Kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi mencapai pertumbuhan dan
pembesaran

yang

optima.

Vitamin

berperanan

dalam

pertumbuhan

normal,

pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Mengikut Saranan Pengambilan


Nutrien Malaysia 2005, (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2005), dalam
sehari, kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun memerlukan 500-600 ug vitamin A
(Retinol Equivalent), 700-1000 mg kalsium, 9-15 mg zat besi dan 5.8-9 mg zink.
Lazimnya, kanak-kanak mendapat cukup vitamin melalui pengambilan makanan yang
seimbang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sukar mendapat makanan
seimbang secara tetap setiap hari disebabkan oleh faktor seperti pendapatan keluarga
yang rendah, pengambilan suplemen multivitamin dan mineral dapat membantu
meningkatkan pengambilan dan seterusnya taraf pemakanan mereka. Selain itu,
suplemen vitamin dan mineral juga diperlukan oleh kanak-kanak yang cerewet atau
memilih makanan (picky eaters), sedang sakit atau baru pulih dari sakit.
1.3 Strategi
Pendekatan yang digunakan ialah pemberian multivitamin dan mineral dalam bentuk
tablet yang boleh dikunyah. Strategi ini dapat mengatasi masalah kekurangan vitamin
dan mineral dalam kalangan murid dari keluarga berpendapatan rendah. Dari segi
pelaksanaan, program ini diintegrasikan ke dalam Rancangan Makanan Tambahan

(RMT) di Sekolah. Oleh yang demikian, ia menambah nilai program tersebut dan tidak
membebankan pihak sekolah.
1.4 Objektif Program
Untuk memberi multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah terutama
daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki taraf pemakanan.
1.5 Carta Organisasi
CARTA ORGANISASI PROGRAM VITAMIN 1 MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN NIBONG TEBAL
PENGERUSI
GURU BESAR
(Pn Hjh. Salmah bt Berahim )

NAIB PENGERUSI
P. KANAN HEM
( Encik A. Majid bin Ramlee )

PENYELARAS RMT
(Encik Aznan bin Abdullah )

PENYELARAS 2
(Encik Azrul bin Zulkifli )

AHLI JAWATAN KUASA

1. Puan Fara wahida bin Fakhrulzameel 2. Puan Norisma binti


Zainuddin
2. Encik Suhaimi bin Osman
3. Puan Rozita binti Mat

1.6

Kumpulan Sasar

1.61

Kriteria kelayakan

Murid yang layak menerima multivitamin dan mineral ialah murid warganegara Malaysia
dari darjah 1 hingga darjah 6 yang bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan yang menerima RMT (termasuk kanak-kanak yang telah dihentikan
daripada Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan, Kementerian
Kesihatan Malaysia, atas sebab masuk sekolah).

1.6.2 Kriteria pengecualian


Terdapat tiga kriteria di mana murid tidak boleh diberi multivitamin dan mineral, iaitu:
1. Murid yang disahkan menghidapi penyakit talasemia oleh doktor dan sedang
mendapat rawatan transfusi darah secara berkala.
2. Murid yang sedang diberi vitamin dan mineral di rumah secara rutin.
3. Murid yang sedang menerima rawatan yang diberi multivitamin di klinik/ hospital.
1.7

Kaedah Pelaksanaan

1.7.1 Penerimaan bekalan daripada pembekal


i.

Mengesahkan penerimaan bekalan melalui Sijil Akuan Penerimaan (SAP).

Menyimpan rekod penerimaan dan agihan multivitamin dan mineral yang mengandungi
maklumat tarikh pembekalan, kuantiti dan nombor batch menggunakan Buku Laporan
Program Vitamin 1Malaysia (Lampiran 1).

Memastikan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dalam keadaan baik dan dalam
tempoh sah guna semasa penerimaan.
1.7.2 Cara penyimpanan
i.

Menyedia dan memastikan tempat penyimpanan sentiasa dalam keadaan bersih

dan kering pada suhu kurang daripada 30C atau mengikut arahan pengeluar.
ii.

Memastikan tempat penyimpanan berkunci untuk mengelakkan kecurian.

1.7.3 Kebenaran pemberian multivitamin dan mineral oleh ibu bapa atau penjaga
Sebelum pemberian multivitamin dan mineral dilaksanakan, setiap murid mesti
mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing. Oleh itu,
pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:
i-

mengedarkan Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral


(Lampiran 2) kepada ibu bapa atau penjaga murid,

ii-

memastikan semua borang dikembalikan dan semua soalan telah dijawab,

iii-

memastikan

ibu

bapa/

penjaga

menandatangan

bahagian

memberi

kebenaran, sebelum multivitamin dan mineral diberi kepada murid.


Jika ibu bapa/penjaga menjawab YA pada soalan 1, 2 atau 3 di bahagian Sejarah
Perubatan pada Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral, maka murid
berkenaan TIDAK BOLEH diberi multivitamin dan mineral di sekolah.
1.8

Cara Pemberian
1. Kekerapan
Pemberian vitamin di sekolah dengan kekerapan 1 biji untuk 3 kali seminggu.
2. Dos (Bilangan tablet)

Bilangan tablet untuk setiap murid adalah mengikut jadual yang disediakan oleh
pembekal seperti di dalam spesifikasi (Lampiran 3). Ia adalah berdasarkan kandungan
vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian mereka.
3. Pemberian
Tablet multivitamin dan mineral tidak boleh diambil semasa perut kosong. Oleh yang
demikian, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah mengagihkan tablet tersebut
kepada murid yang layak, 3 kali seminggu bersama dengan hidangan Rancangan
Makanan Tambahan atau sejurus selepas waktu rehat di mana murid telah makan
sarapan.
Pihak pentadbir/ guru sekolah mesti sentiasa ada bersama semasa murid memakan
tablet multivitamin dan mineral untuk memastikan tablet dikunyah dan ditelan oleh
setiap murid. Penyeliaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada murid
membuang atau mengambil lebih daripada sukatan yang ditetapkan serta mengelakkan
kejadian tercekik.

1.9 Kesan sampingan pengambilan vitamin


Multivitamin dan mineral adalah selamat apabila diambil pada dos yang ditetapkan dan
tidak menyebabkan kesan sampingan serius. Kesan sampingan ringan seperti muntah,
mual, pening, sakit perut, sembelit dan kesan alahan termasuk kulit gatal, susah
bernafas, bengkak muka, bibir, lidah atau kerongkong mungkin berlaku dalam
sebilangan kecil murid.
Jika murid mengalami kesan sampingan seperti di atas, hentikan pemberian
multivitamin serta merta dan pihak pentadbir/guru sekolah hendaklah membawa murid
ke klinik kesihatan/ hospital untuk rawatan. Dapatkan pengesahan daripada Pegawai
Perubatan sama ada pengambilan multivitamin boleh diteruskan.

Pihak klinik hendaklah melaporkan kesan sampingan kepada Biro Pengawalan


Farmaseutikal Kebangsaan menggunakan borang Report on Suspected Adverse Drug
Reactions (Lampiran 4) atau secara online di URL http://portal.bpfk.gov.my dan
kemudian klik pada menu MADRAC (Adverse Drug Reactions).
1.10

Langkah-langkah keselamatan

Sebagai langkah keselamatan, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:


i. Memeriksa bahawa bungkusan primer dan sekunder tidak pecah, retak atau
terdapat kesan dibuka atau koyak.
ii. Membaca label bungkusan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dan
mengikut semua arahan yang dinyatakan pada label. Di antara perkara-perkara
utama yang perlu diberi perhatian ialah:
Cara pengambilan hendaklah mengikut arahan yang tercatat pada label.
Jangan beri lebih daripada dos yang ditetapkan.
Semua multivitamin dalam kotak yang telah dibuka perlu dihabiskan
dahulu sebelum yang baru dibuka.
Pastikan bekalan tidak melebihi tarikh luput.
memastikan

murid

yang

dikecualikan

daripada

menerima

tablet

multivitamin dan mineral (rujuk para 7.2) TIDAK DIBERI tablet berkenaan.
1.11

Pengurusan dan Penyelarasan

Rancangan pemberian multivitamin dan mineral

ini diintegrasikan ke dalam RMT.

Peranan pihak sekolah untuk membantu mengurus, menyelaras dan memantau melalui
unit/ pegawai atau jawatankuasa yang ditetapkan. Buat masa ini, tugas pengurusan
dan penyelarasan adalah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Rumusan
Program pemberian multivitamin dan mineral dijangka dapat meningkatkan taraf
pemakanan murid sekolah rendah yang disasarkan dan membantu meningkatkan
tumbesaran agar dapat mencapai potensi akademik mereka.

LAMPIRAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BORANG KEBENARAN PEMBERIAN MULTIVITAMIN DAN MINERAL
Objektif
Pemberian multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah adalah bertujuan untuk meningkatkan
taraf pemakanan dan tumbesaran. Ianya diberi secara percuma kepada anak/ anak jagaan tuan/ puan di
sekolah. Multivitamin dan mineral diberi pada setiap hari persekolahan bersama dengan Rancangan
Makanan Tambahan (RMT). Sekiranya terdapat kemusykilan, sila hubungi pihak pentadbir/ guru sekolah
bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Maklumat Murid
Nama Murid:

Tahun:

Alamat Rumah:

Nama Sekolah:

Sejarah Perubatan
1.

Adakah anak/ anak jagaan tuan/ puan mempunyai penyakit talasemia yang disahkan oleh
pegawai perubatan dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala?
Ya

2.

Adakah anak anda sedang mengambil apa-apa vitamin lain di rumah?


Ya

3.

Tidak

Tidak

Adakah anak anda sedang menerima rawatan vitamin di klinik/ hospital?


Ya

Tidak

Kebenaran menerima multivitamin dan mineral (sila lengkapkan SATU kotak sahaja).
Saya Bersetuju membenarkan anak/ anak jagaan
saya menerima multivitamin dan mineral.
Nama ibu bapa/penjaga:

Saya Tidak Bersetuju anak/ anak jagaan saya


menerima multivitamin dan mineral.
Nama ibu bapa/penjaga:

No. Telefon Rumah:


No. Telefon Bimbit:
Tandatangan:

No. Telefon Rumah:


No. Telefon Bimbit:
Tandatangan:

Tarikh:

Tarikh:

Terima kasih atas kerjasama tuan/ puan melengkapkan borang ini. Sila kembalikan borang kepada pihak sekolah.

PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )


2.0 Pengenalan
Program

Rancangan

Makanan

Tambahan

dilaksanakan

bertujuan

membantu

seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Hal ini
bermaksud RMT adalah untuk memberikan makanan tambahan secara imbuhan
sebanyak 25% hingga 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan
satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan
dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut.
Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan
membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid-murid sekolah
rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri
diperluaskan pelaksanaan menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet
Menteri mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. RMT ini layak untuk
murid yang berstatus warganegara Malaysia dan daripada keluarga berpendapatan di
bawah paras RM400.00 atau pendapatan per kapita RM80.00 adalah layak untuk
menyertai program ini. Kemudian program ini di sekolah di bawah pengurusan guru
RMT dan Penolong Kanak Hal Ehwal Murid.
Peruntukan pada tahun 2011 yang diberikan oleh kerajaan adalah sebanyak
RM247 juta bagi melaksanakan skim RMT kepada 691000 pelajar sekolah rendah di
seluruh negara pada tahun ini. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi
peruntukan tersebut adalah melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM194 juta
berbanding bajet asal RM53 juta. Hal ini berlaku kerana, pada mulanya RMT ini akan
dilaksanakan berdasarkan statistik yang diperoleh daripada pendaftaran e-Kasih yang
membabitkan 54000 murid miskin sahaja. Namun, terdapat pelbagai masalah
berhubung dengan pemilihan e-Kasih yang mendakwa ramai murid-murid yang layak
telah tercicir daripada senarai menerima bantuan. Oleh itu, bantuan RMT ini diberikan

mengikut Sistem Maklumat Murid yang dibekalkan pihak sekolah bagi memilih pelajar
yang layak menerima bantuan.
Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua menu ini
adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatam
mereka. Seterusnya, kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu menyediakan lima
menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yang
digemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yang
ditentukan.
Objektif RMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahan
kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan
berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaiki
kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
Selain itu, RMT juga adalah untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan
seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi
masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. Tambahan lagi, untuk
menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara
tidak langsung. Di samping itu, juga bagi mengendalikan tabiat sopan santun, timbang
rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan
dan kebersihan alam sekitar. Akhir sekali, RMT berobjektifkan untuk menggalakkan
penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan
RMT.

2.1

Pentadbiran atau Organisasi RMT


CARTA ORGANISASI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )
SEKOLAH KEBANGSAAN NIBONG TEBAL
PENGERUSI
GURU BESAR
(Pn Hjh. Salmah bt Berahim )

NAIB PENGERUSI
P. KANAN HEM
( Encik A. Majid bin Ramlee )

PENYELARAS RMT
(Encik Norshahidi binti Ibrahim )

PENYELARAS 2
(Puan Hasliza binti Haron )

AHLI JAWATAN KUASA

1.
2.
3.
4.
5.

2.2

Pn Madiha bt Othman
Pn Siti Mariam bt Ariffin
Pn Norazihan bt Mohd Nawawi
En Sulaiman bin Abd Aziz
Pn Rosmawati bt Mamat

6. Pn Rasita bt Abd Rani


7. Pn Zabedah bt Idris
8. Pn Haliza Binti Nasri
9. En. Hashim bin Mat Noh

Sumber Kewangan
Peruntukkan kewangan bagi Rancangan Makanan Tambahan ini adalah di

sediakan oleh Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada Jabatan Pelajaran dibuat terus
oleh Bahagian Kewangan Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia di mana

Jabatan Pelajaran menyalurkan kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan mereka.


Pada penghujung setiap bulan, sekolah akan diberikan cek bagi pembayaran kepada
pihak yang mengurus RMT sekolah setelah laporan bulanan disemak oleh Jabatan.
2.3

Kaedah dan kriteria pemilihan murid RMT


Di sekolah saya, kaedah pemilihan murid adalah melalui proses pemilihan

berdasarkan permohonan borang RMT yang telah diisi oleh ibu bapa/ penjaga
seseorang

pelajar

itu. Pelajar

yang

layak

dipilih

melalui

perbincangan

oleh

Jawatankuasa RMT yang terdiri daripada PK Hem, wakil PIBG dan tiga orang guru
RMT.
Kriteria pemilihan murid RMT ini adalah berdasarkan kepada :
a.

Murid yang menunjukkan tanda- tanda salah pemakanan.

b.

Murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan ahli

keluarga yang ramai.


c.
2.4

Murid yang rumahnya jauh dari sekolah.

Kaedah dan pemilihan tender untuk RMT


Pihak sekolah telah menyerahkan tanggungjawab untuk penyediaan dan

pengurusan RMT ini kepada pihak kantin sekolah. Keputusan yang telah dibuat adalah
berdasarkan kepada persetujuan dari Pejabat Pelajaran.
2.5

Kaedah pembayaran kepada pihak penyediaan makanan


Memandangkan di sekolah ini, pihak kantin yang mengurus dan menyediakan

makanan RMT, maka pihak sekolah akan memberikan bayaran berupa cek kepada
pihak kantin sebulan sekali yang mana cek ini telah dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran
Daerah.

Berdasarkan kepada bilangan murid yang menerima RMT seramai 400 orang
murid, RM2.05 didarabkan kepada jumlah 400 dan hasilnya didarabkan kepada jumlah
hari persekolahan pada bulan-bulan tersebut.
2.6

Kaedah pengagihan makanan kepada peserta


Pihak kantin sekolah yang diberikan hak untuk pengurusan dan penyediaan RMT

di sekolah ini telah menyediakan kad RMT yang tertera nama bagi setiap murid RMT
mengikut kelas masing- masing. Ketua kelas akan mengambil kad-kad tersebut 10 minit
sebelum masa rehat dan mengedarkannya kepada murid RMT yang terdapat di kelas
masing- masing. Murid- murid RMT ini akan keluar 5 minit sebelum loceng rehat
dibunyikan dan berbaris mengambil makanan di kantin. Pekerja kantin akan yang
bertugas mengedarkan makanan akan mengambil kad RMT murid tersebut sebelum
memberikan makanan RMT.
2.7

Pemilihan pekerja- pekerja yang terlibat dengan RMT


Memandangkan pihak sekolah telah memberikan kepercayaan kepada kantin

sekolah dalam penyediaan makanan RMT ini, maka pihak pengurus kantin telah
mengarahkan pekerja- pekerjanya untuk menyedia dan mengurus RMT ini mengikut
masa yang telah ditetapkan.
Berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian yang dijalankan, pekerja- pekerja
kantin yang bertugas menyedia dan mengurus RMT ini berpakaian kemas warna putih
dan memakai apron. Ini adalah berdasarkan kepada panduan pengurusan RMT yang
telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.8

Pemilihan bahan- bahan mentah


Mengikut peraturan tentang bekalan makanan, penyediaan dan penyimpanan

barang-barang makanan yang terdapat dalam Buku Panduan RMT ( Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2003), dinyatakan bahawa bahan makanan yang patut dihidang
hendaklah terdiri daripada makanan yang:
i. mengandungi zat makanan tertentu untuk membina badan, memberi
tenaga dan mencegah penyakit.
ii. segar, tidak basi, tidak rosak dan tidak busuk.
iii. mengenyangkan.
iv.tidak mengandungi bahan kimia, pewarna dan lain-lain yang boleh
merosakkan kesihatan.
Oleh itu, berdasarkan kepada peraturan di atas, didapati menerusi kajian yang
dijalankan pihak kantin sekolah telah mematuhi peraturan yang disediakan. Bahan
makanan yang disediakan dapat memberikan tenaga kepada murid RMT. Malah ia juga
dapat mengenyangkan dan tidak mengandungi bahan kimia atau pewarna.
2.9

Menu makanan yang disediakan

Berikut adalah menu RMT di sekolah ini :


Berdasarkan menu makanan yang dipilih dan disediakan oleh pihak kantin sekolah,
makanan tersebut adalah seimbang dan sesuai dengan objektif RMT seperti yang telah
dinyatakan
ini.

HARI
ISNIN

SELASA

RABU
RMT

iaitu

Ehwal

KHAMIS

sekolah ini
JUMAAT

MENU MAKANAN
1.
Bubur nasi
2.

Minuman milo

3.
1.

Buah nenas
Mee goreng dengan sayur dan ayam

2.

Minuman milo

3.
1.

Buah betik
Roti- 2 keping + jem

2.

Minuman milo

3.
1.

Buah tembikai
Nasi + ayam masak kicap + sayur

2.

Minuman jus oren

3.
1.

Buah betik
Nasi kuning + telur + sayur

2.

Minuman milo

3.

Buah - nenas

sebelum

Penyelaras
PK
Pelajar
telah

Hal
di

menyediakan menu makanan yang seimbang untuk dipatuhi oleh pihak kantin. Menu
makanan ini disediakan berdasarkan kepada perbincangan dan persetujuan AJK RMT
dengan pengurus kantin sekolah.

2.10

Cara penyediaan makanan RMT


Pengurusan dan penyediaan makanan RMT di sekolah ini adalah ditadbir sendiri

oleh pihak kantin. Oleh itu, kantin sekolah seratus peratus bertanggungjawab terhadap
kebersihan, pengurusan dan penyediaan makanan RMT murid.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat, didapati pihak kantin mula menyediakan makanan
RMT pada jam 9 pagi. Makanan tersebut siap dimasukkan ke dalam bekas yang
disediakan 15 minit sebelum masa rehat murid. Makanan yang telah dimasukkan ke
dalam bekas plastik disusun di atas sebuah meja di tepi kantin. Cara penyediaan
makanan RMT ini kelihatan terurus dengan sistematik.

2.11 Keberkesanan program terhadap murid


Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada
pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka
yang terlibat dalam program ini iaitu pelajar , guru, orang yang menyediakan makanan
dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan.
Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan
terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid
untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang
berjangkit.

Pelajar mula mengamalkan membasuh tangan sebelum makan.

Menjaga

kebersihan gigi dengan cara yang betul. Berkelakuan baik, bersopan santun di meja
makan serta duduk dengan cara yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya.
Membuang sampah dan menjaga kebersihan sekeliling dengan cara yang betul.
Membawa balik pengetahuan, sikap dan amalan yang dipelajari di sekolah kepada
keluarga masing-masing dalam masyarakat. Membincang dan memberi pandangan
tentang kandungan zat makanan dalam makanan yang seimbang.

2.12 Cadangan Penambahbaikan Program RMT


Penambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya mempelbagaikan
menu makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa bosan dan jemu terhadap
sesuatu makanan serta memastikan murid-murid RMT makan pada setiap pagi. Selain
itu, pihak sekolah boleh memberi ganjaran kepada murid RMT yang hadir dan makan
setiap hari.
Ceramah

kepentingan

makanan

berkhasiat

dan

seimbang

turut

boleh

dijalankan. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan dapat
mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program ceramah
ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Penerapan
tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan
oleh guru-guru RMT.
Selain itu, program penambahbaikan seperti demonstrasi mencuci

tangan

dengan cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui tentang
cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan berjaya melahirkan
murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru RMT juga
boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali.

Ceramah kepentingan tentang pentingnya pengambilan sarapan turut boleh


disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-murid dapat
mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada waktu pagi. Ini
akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar.
Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh
dijalankan oleh guru-guru RMT.
Program datang awal ke sekolah akan dapat memupuk dan menjadi amalan
untuk murid-murid datang awal ke sekolah. Program ini akan melahirkan murid-murid
yang berdisiplin dan menepati masa. Pihak pengurusan RMT juga boleh memberi
keistimewaan kepada murid RMT yang datang awal untuk membuat pilihan makanan
serta makan terlebih dahulu daripada mereka yang lewat sebagai ganjaran.
Program memberi penerangan dan galakan tentang kebaikan makan pada waktu
awal pagi kerana kurang kesedaran murid tentang pentingnya makan pada waktu pagi.
Kajian mendapati kebanyakan murid-murid tidak suka bersarapan pagi kerana tidak
mendapat kerjasama daripada ibu bapa, menu tidak sesuai dengan selera murid dan
murid sendiri yang tidak biasa makan pada waktu pagi. Program ini mampu
meningkatkan 100 % murid RMT untuk mengambil makanan pada waktu awal pagi.
Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid
yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu
meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk
makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.
Rumusan
Kesimpulannya, RMT ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mendapatkan
sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yang
diperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak
juga akan mencapai tahap normal. Kemudian, melalui pemakanan juga dapat
memberikan tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas. Sehubungan dengan

itu, tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan meningkatkan dan sekolah akan
dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, sosial
dan intelek atau JERIS.

Gambar 2 : Sistem Kad untuk menentukan kehadiran muridpelajar dan seliaan guru
bertugas setiap pagi.

Gambar 4 : Murid menikmati hidangan RMT


RUMUSAN
Program Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi
memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang
optima dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya.
Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.
Tindakan pihak kementerian melaksanakan program ini adalah berlandaskan rasionalrasional iaitu untuk mengurangkan masalah kesihatan di kalangan murid sekolah, dapat
mengawal penyakit bawaan vektor , memantau tahap kebersihan di sekitar sekolah

khususnya di kantin sekolah dan memastikan dan membuat tanda aras kebersihan dan
keselamatan di sekitar sekolah. Selain itu juga, program kesihatan yang dilaksanakan di
sekolah telah banyak mengubah amalan gaya hidup di kalangan kanak-kanak kerana
mereka telah terdedah dengan pelbagai ilmu pengetahuan baru dan boleh dikongsi
bersama ahli keluarga lain seterusnya masyarakat.

You might also like