You are on page 1of 5

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11

SMK CYBERJAYA 2015


#PERINGATAN UTK WARGA DEWAN
WARGA DEWAN DIINGATKAN UTK BERDIRI DAN TIDAK BISING SEMASA
KETIBAAN TETAMU SERTA SEPANJANG MAJLIS BERJALAN.
SEJURUS SELEPAS KETIBAAN TETAMU UNDANGAN, KITA AKAN TERUS
BERDIRI UNTUK NYANYIAN LAGU NEGARAKU.
[ KETIBAAN YDP PIBG & PENTADBIR]
LIZA :

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Shahrum Bin Dato Haji Mohd
Sharif Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dengkil , selaku tetamu
kehormat, dengan diiringi barisan pentadbir sekolah ke Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-11 Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya 2015.

[ HADIRIN BERDIRI UNTUK NYANYIAN LAGU NEGARAKU ]


=================== NYANYIAN LAGU NEGARAKU =========================
LIZA :

Hadirin dipersilakan mengambil duduk.

[ TETAMU DUDUK ]
YATIE :

Yang Berhormat Tuan Shahrum Bin Dato Haji Mohd Sharif Ahli Dewan
Undangan Negeri, Dengkil.
Yang Dihormati En Rushdan bin Mohamed, Yang Dipertua PIBG SMK
Cyberjaya,
Yang Berusaha Puan Ng Sie Fong, Pengetua SMK Cyberjaya,
Dato Dr Lee Boon Hwa, General Manager (Operations) LeapEd Services,
Puan Habshah bt Mohamed, Penolong Kanan Akademik,
Puan Che Supiah Bte Che Awang, Pen.Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Aslaniah Bt Jamali, Pen.Kanan Kokurikulum,
Puan Asiah Bt Baharin, Pen. Kanan Tingkatan 6,
Mrs Vanessa Mary Geswindt, selaku Ketua Pendidikan,
Mr Paul Edwind Tufts, selaku Penasihat Pendidikan,
Mrs Jugdeep Kaur, Rakan Pendidikan,
Mrs Sharon Ann Fernandez, Rakan Pendidikan,
Jamaliah Bt Rahmat, Penasihat Kluster.
Guru2 Kanan Mata Pelajaran, Ahli2 Jawatankuasa PIBG, barisan guru, ibu
bapa, dan hadirin sekalian.
1

LIZA :

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

YATIE ;

Pergi berhuma di Tanjung Rokan


Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan puan kamu alu-alukan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.
Selamat datang ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 SMK Cyberjaya.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt atas keizinan-Nya, dapatlah kita
bersama-sama berkumpul di dewan SMKC dalam majlis yang bermakna ini.
Sebagai memberkati majlis pada hari ini, dijemput Tn Hj Mohd Nordin Bin
Ismail untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

====================== BACAAN DOA ====================================


LIZA :

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mohd Nordin bin Ismail atas bacaan doa
itu tadi.
Hadirin sekalian, Baru-baru ini, SMK Cyberjaya telah menerima anugerah
sebagai Sekolah Amanah fasa 1 kohort 2015. Kejayaan ini merupakan satu
kebanggaan bagi warga SMK Cyberjaya, dalam usaha untuk
mempertingkatkan prestasi pelajar secara holistik.
Dengan itu majlis mempersilakan Dato Dr Lee Boon Hwa General Manager
(Operations) LeapEd Services untuk menyampaikan taklimat tentang Sekolah
Amanah. Dipersilakan.

======================== TAKLIMAT SEKOLAH AMANAH ====================


YATIE :

Terima kasih kepada Dato Dr Lee Boon Hwa, General Manager (Operations)
LeapEd Services atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah puan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan
Majlis seterusnya mempersilakan Puan Ng Sie Fong, Pengetua SMK Cyberjaya
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
2

====================== UCAPAN ALUAN PENGETUA =======================


LIZA :

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Ng Sie Fong atas
ucapan alu-aluan itu tadi.
Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan En Rushdan Bin Mohamed, Yang Dipertua
PIBG sesi 2014/2015 untuk memberikan ucapan. Dengan hormatnya majlis
mempersilakan.

========================= UCAPAN YDP PIBG ==========================


YATIE :

Terima kasih En Rushdan atas ucapan yang disampaikan itu tadi.


Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berhormat Tuan Shahrum
Bin Dato Haji Mohd Sharif, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dengkil,
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-11 SMK Cyberjaya 2015. Majlis dengan setulus takzim,
mempersilakan.

====================== UCAPAN PERASMIAN ==========================


LIZA :

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Shahrum Bin Dato Haji
Mohd Sharif
atas ucapan perasmian sebentar tadi. Sebagai tanda
penghargaan, majlis mempersilakan En Rushdan Bin Mohamed, Yang Dipertua
PIBG sesi 2014/2015 untuk menyampaikan cenderadurja kepada Yang
Berhormat Tuan Shahrum Bin Dato Haji Mohd Sharif. Dipersilakan.

================ PENYAMPAIAN CENDERAMATA VIP ======================


YATIE :

Majliskan sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat
Tuan Shahrum Bin Dato Haji Mohd Sharif dan En Rushdan Bin Mohamed.
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan perutusan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula.
Hadirin sekalian,
Majlis hari ini akan diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar
SMK Cyberjaya dari kumpulan Altamis yang bermaksud Panglima. Terimalah
lagu mereka, Solatun Nabiy. Dipersilakan.
3

====================== PERSEMBAHAN NASYID ========================


LIZA :

Terima kasih kumpulan Altamis. Kelunakan suara anak-anak kita ini pasti
menyegarkan halwa telinga kita semua. Untuk makluman hadirin semua,
kumpulan nasyid tersebut telah dibimbing oleh Ustazah Mastura bt Mohd Yusof
dan Ustazah Zarina Bt Abd Razak.
Hadirin sekalian,
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan
Shahrum Bin Dato Haji Mohd Sharif atas kesudian merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG SMK Cyberjaya kali ke-11 ini.
Yang Berhormat Tuan Shahrum Bin Dato Haji Mohd Sharif, Ahli Dewan
Undangan Negeri kawasan Dengkil sedang bergerak meninggalkan dewan
diiringi oleh barisan pentadbir SMK Cyberjaya.

==================== VIP MENINGGALKAN DEWAN ========================


YATIE :

Warga dewan sekalian,


Majlis hari ini diteruskan lagi dengan tayangan slaid sempena Lawatan Yang
Amat Berhormat Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin Timbalan
Perdana Menteri, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia,ke SMK Cyberjaya
pada hari pertama persekolahan tahun 2015. Pada masa yang sama juga
hadirin bolehlah menikmati makanan yang akan diedarkan di dalam dewan ini.
Marilah kita saksikan bersama.

===================== PERSEMBAHAN SLAID =============================


LIZA :

Terima kasih diucapkan kepada Cik Norhasmah yang telah menyediakan


tayangan slaid sebentar tadi.
Hadirin sekalian;
Kini tibalah masanya kita beralih ke agenda pembentangan dan pengesahan
minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10. Dengan itu majlis diserahkan kepada
En Rushdan Bin Mohamed selaku Yang Dipertua PIBG sesi 2014/2015 untuk
meneruskan acara pada hari ini. Dengans egala hormatnya, dipersilakan.

============================ MESYUARAT AGUNG PIBG ===================


PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESY AGUNG KALI KE-10
PEMBENTANGAN & PENGESAHAN LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 201/2015
PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN PENYATA KWGN THNN PIBG TEMPOH
BERAKHIR 31 DIS 2014
MEMBENTANG & MENERIMA USUL
PEMBUBARAN AJK PIBG 2014/2015

YATIE :

Berdayung sampan ke negeri Kedah


Lelah terasa tidak terperi
Tugas diberi terlaksana sudah
Cenderamata kenangan kini diberi

Hadirin sekalian,
Sebagai tanda penghargaan, majlis akan diteruskan dengan acara penyampaian sijil
dan cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2014/2015. Untuk itu, majlis menjemput
Puan Ng Sie Fong, Pengetua SMK Cyberjaya diiringi oleh YDP PIBG, En Rushdan bin
Mohamed untuk menyempurnakan acara ini. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.
=========== CENDERAMATA KEPADA BARISAN AJK PIBG 2014/2015 ===========
LIZA :

Kini dijemput pula En Rushdan Bin Mohamed untuk menyampaikan


cenderamata kepada Pn Ng Sie Fong.

======================= CENDERAMATA KEPADA PUAN NG =================


YATIE :

Majlis mengalungkan ucapan terima kasih kepada Pn Ng Sie Fong dan En


Rushdan Bin Mohamed.
Hadirin sekalian,
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 ini akan diteruskan lagi dengan beberapa
agenda yang seterusnya. Untuk itu, majlis akan diserahkan semula kepada
mantan YDP PIBG SMK CYberjaya, En Rushdan b Mohamed untuk
meneruskan agenda mesyuarat pada hari ini. Dipersilakan.

[ MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11]

PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA


PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2015/2016
HAL-HAL LAIN
UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YDP PIBG SESI 2015/2016

====================================================================
LIZA :

Tahniah diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG yang baru dilantik.
Semoga dengan perlantikan AJK PIBG yang baru ini, lebih banyak khidmat
bakti dapat disalurkan daripada PIBG SMK Cyberjaya demi kecemerlangan
anak-anak kita dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum, Insya
Allah.
Dengan ini berakhirnya Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 SMK Cyberjaya
2015. Selaku juruacara majlis pada hari ini kami memohon maaf andainya ada
kekasaran Bahasa, kekhilafan kata sepanjang kami mengacarakan majlis pada
hari ini.
Sekian, wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt.
5

You might also like