You are on page 1of 21

JABATAN PELAJARAN NEGERI

PERAK

PENGAJIAN AM
SKOR A 2007

SET 1 KERTAS 1

Disediakan oleh
Guru-guru Pengajian Am Negeri Perak
Mac 2007

1. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri Kerajaan Persekutuan?


I Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak
II Kerajaan Negeri masih mempunyai kuasa tertentu
III Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan
IV Kebanyakan kuasa terletak di tangan Kerajaan kerajaan Negeri
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
2.
Amalan pilihan raya yang bebas
Jaminan hak dan kebebasan rakyat
Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri sebuah negara
A Autokrasi
C Komunis
B Demokrasi
D Republik
3.

Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan


Setiap peringkat kerajaan mempunyai kedudukan yang
seimbang
Ciri-ciri di atas adalah benar tentang sistem kerajaan
A Kerajaan Kesatuan
C Kerajaan Konfederasi
B Kerajaan Demokratik
D Kerajaan Persekutuan
4. Antara yang berikut, yang manakah ciri asas sebuah negara?
I Mengadakan pilihanraya
II Satu wilayah yang tertentu
III Ketua Negara ialah Perdana Menteri
IV Keupayaan membuat perhubungan dengan negara lain.
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
5.
Terima aduan
pencabulan hak
asasi

Meneliti keesahan
kes pencabulan
hak asasi

Menyediakan
laporan

Berdasarkan kepada bidang kuasa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, kemungkinan


tindakan X ialah
A menubuhkan tribunal
C membawa kes ke mahkamah
B menjalankan siasatan
D mengenakan tindakan tatatertib
6. Antara yang berikut yang manakah merupakan tanggungjawab agensi-agensi pusat?
I Menggubal Perundangan Subsidiari
II Menggubal dasar-dasar kerajaan bagi pihak kabinet
III Merancang syarat-syarat pengambilan kakitangan dan skim kakitangan
IV Membayar gaji kepada kakitangan dan memberikan peruntukan perbelanjaan
kepada agensi-agensi pengurusan
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

7.
Agensi Kerajaan
Kementerian
I Biro Bantuan Guaman
P Kementerian Kewangan
II Jabatan Penjara
Q Jabatan Perdana Menteri
III Jabatan Kastam dan Eksais Diraja R Kementerian Dalam Negeri
Antara yang berikut yang manakah padanan yang benar antara agensi kerajaan dengan
kementerian yang terlibat ?
P
Q
R
A
I
II
III
B
II
I
III
C
II
III
I
D
III
I
II
8. Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi-fungsi Perbadanan Awam ?
I Melibatkan kerajaan dalam pengurusan
II Menambah penglibatan golongan berpendapatan rendah
III Melibatkan kerajaan dalam aktiviti pembangunan sosioekonomi
IV Melibatkan kerajaan dalam sektor yang enggan diceburi oleh sektor swasta
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
9. Antara yang berikut, agensi manakah yang terletak di bawah kawalan Kementerian
Pertanian?
I Jabatan Perikanan
II Jabatan Parit dan Saliran
III Jabatan Perhutanan Persekutuan
IV Jabatan Perlindungan Hidupan Liar
A I dan II
C II dan IV
B I dan IV
D III dan IV
10. Antara yang berikut kementerian yang manakah yang mengakaunkan kewangannya
sendiri?
I Kementerian Pertanian
II Kementerian Kesihatan
III Kementerian Pelajaran
IV Kementerian Dalam Negeri
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
11. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Ketua Setiausaha Negara?
I Pengerusi Kabinet
II Setiausaha Kabinet
III Dilantik oleh Perdana Menteri
IV Penasihat utama kepada Perdana Menteri
A I dan II
C II dan IV
B II dan III
D III dan IV

12. Antara yang berikut, agensi yang manakah bertanggungjawab terus kepada Jabatan
Perdana Menteri ?
I Petronas
II Biro Bantuan Guaman
III Jabatan Imigresen
IV Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia
A I dan II
C II dan IIII
B I dan IV
D III dan IV
13. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber hasil Kerajaan Persekutuan?
I Cukai Tanah
II Cukai Taksiran
III Cukai Pendapatan
IV Cukai Eksais dan Kastam
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
14.

Anggaran belanjawan dikawal oleh kerajaan


Boleh menubuhkan anak syarikat walaupun tidak berbentuk syarikat induk

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Bank Negara
B Perbadanan Awam

C Jabatan Akauntan Negara


D Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Negara

15.
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia
Lembaga Hasil Dalam Negeri
Agensi-agensi di atas terletak di bawah bidang kuasa
A Kementerian Kewangan
B Kementerian Wilayah Persekutuan
C Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
D Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
16.

Bayaran cukai kuari

Bayaran cukai hiburan

Bayaran zakat dan fitrah

Kenyataan X ialah
A Sumber kewangan Kerajaan Negeri
B Sumber kewangan Kerajaan Tempatan
C Sumber kewangan Kerajaan Persekutuan
D Sumber kewangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan

17. Antara yang berikut, yang manakah bidang tugas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri?
I Menyelaras dan melaksana program kerajaan negeri
II Menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Raja atau Sultan
III Memastikan agensi-agensi negeri menjalankan dasar Kerajaan Negeri
IV Menjadi penasihat kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam soal
pentadbiran
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
18 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?
I
Jumlah keahlian adalah sama di setiap negeri
II
Terdiri daripada ahli Dewan Undangan Negeri
III
Dipengerusikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri
IV
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikenali sebagai Majlis Tertinggi di
Sabah
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
19 Antara yang berikut,yang manakah benar tentang bidang kuasa Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Negeri?
I Mempunyai kuasa menggubal skim gaji kakitangan Kerajaan Negeri
II Boleh mengenakan tindakan disiplin kepada kakitangan Kerajaan Negeri
III Mempunyai autonomi dalam pelantikan dan kenaikan pangkat bagi kakitangan
Kerajaan Negeri
IV Mempunyai kuasa menggubal dasar-dasar pengambilan dan penamatan kerja
kakitangan Kerajaan Negeri
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
20
Jabatan Negeri

Fungsi
Merancang dan menyelaras dasar-dasar kerajaan
P Pejabat Kewangan Negeri
I
negeri
Q Pejabat Kemajuan Negeri
II Merancang dan menguruskan kewangan negeri
Pejabat Penasihat UndangMerancang dan menyelaras program pembangunan
R
III
Undang Negeri
negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan
Memberi nasihat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan
S
IV
Negeri
Negeri berkaitan undang-undang
Pilih padanan yang tepat antara jabatan negeri dan fungsinya.
P
Q
R
S
A
I
III
II
IV
B
II
III
IV
I
C
II
I
IV
III
D
IV
III
II
I

21
Sultan
Yang DiPertua Negeri
I Ketua Agama Islam Negeri
Ketua Agama Islam Negeri
II Berdasarkan warisan takhta
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
III Boleh didakwa atas sifat peribadi
Tidak boleh didakwa atas sifat peribadi
Tiada had dalam tempoh
Tempoh perkhidmatan selama 4 tahun
IV
perkhidmatan
untuk satu penggal
Pilih padanan jawapan yang tepat antara Sultan dan Yang di-Pertua Negeri.
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
22

Menentukan pelaksanaan dasar-dasar oleh agensi Kerajaan Negeri


Merancang dan menyelaras segala dasar Kerajaan Negeri

Fungsi di atas merujuk kepada


A Pejabat Kemajuan Negeri
B Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
C Pejabat Penasihat Kewangan Negeri
D Pejabat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
23
Jawatan
X
Sebahagian daripada badan
perundangan negeri

Kuasa budi bicara menolak permohonan


membubarkan Dewan Undangan Negeri

Pernyataan jawatan X merujuk kepada bidang tugas


I Yang DiPertua Negeri
II Ketua Menteri
III Menteri Besar
IV Raja
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
24.

Agensi Kerajaan Negeri

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Agensi Y

Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada agensi Y ?


A Unit Penyelarasan Pelaksana
C Unit Perancang Ekonomi Negeri
B Lembaga Hasil Dalam Negeri
D Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
5

25.

Setiausaha Kerajaan Negeri


Pegawai Kewangan Negeri
Penasihat Undang-Undang Negeri

Negeri X :
Hanya Penasihat Undang-Undang Negeri mengambil bahagian
dalam prosiding Dewan Undangan Negeri
X merujuk kepada negeri-negeri
I Pulau Pinang
II Melaka
III Sabah
IV Perak
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
26.

Perlembagaan Persekutuan

Majlis Negara

Kerajaan Tempatan
I
II
III
IV

Menetapkan sempadan sesebuah Kerajaan Tempatan


Menyelaraskan fungsi sesebuah Kerajaan Tempatan
Melantik Yang Dipertua Majlis Kerajaan Tempatan
Memberikan nasihat tentang jenis pungutan cukai yang akan dikenakan oleh
Kerajaan Tempatan
Berdasar carta di atas, yang manakah merupakan kuasa yang diberi oleh
Perlembagaan Persekutuan kepada Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D
III III Mengenakan kompaun atas
dan IV
kesalahan meletak kereta
IV Membentuk undang-undang kecil
dengan bantuan Kerajaan
Persekutuan

27.
I Anggotanya dipilih
Pihak Berkuasa
II Membentuk badan
Tempatan
kewangan sendiri

Antara yang berikut,yang manakah paling sesuai dikaitkan dengan pihak Berkuasa
Tempatan?
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
28.
I
II
III
IV

Kuasa raja-raja
Tidak menyentuh perjalanan kuasa Persekutuan
Peruntukan undang-undang Persekutuan hendaklah dipakai di negeri itu
Tidak boleh melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa persetujuan
Kerajaan Persekutuan
Berdasar jadual di atas, yang manakah peruntukan kuasa mengikut Perlembagaan
Persekutuan bagi Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan?
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
29.

Pihak Berkuasa Tempatan

Ahli-ahli Majlis
X

Keputusan untuk melantik semula ahli


majlis tertakluk kepada Kerajaan Negeri

Mesyuarat Majlis Perbandaran dan


Majlis Daerah diadakan sebulan sekali

Berdasarkan maklumat diberi, yang manakah benar tentang ahli-ahli Majlis Pihak
Berkuasa Tempatan bagi mengisi tempat X dan Y di atas.
I Setiausaha merupakan ketua eksekutif
II Pelantikan dibuat oleh Perdana Menteri
III Tempoh perjawatan tidak melebihi 3 tahun
IV Dilantik dalam kalangan permastautin tempatan
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
30.
Kerajaan Negeri

I
II
III
IV

GERAN

Pihak Berkuasa
Tempatan

Keluasan kawasan
Bilangan penduduk
Panjang Jalan raya
Jumlah hasil kutipan

Berdasar jadual di atas, yang manakah benar tentang kriteria pemberian geran
oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan?
Kerajaan Negeri
Pihak Berkuasa Tempatan
A
II dan III
I, II dan IV
B
IIIdan IV
I, II dan IV
C
I, II dan III
III dan IV
D
II, III dan IV
I dan III
31. Pengundi yang manakah dibenarkan mengundi secara pos?
A En. W yang uzur dan sedang dirawat di hospital.
B En. X yang akan dibebaskan daripada hukuman penjara.
C En. Y yang merupakan salah seorang Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.
D En. Z yang merupakan seorang pelajar separuh masa di luar negara.
32.

Menjadi Pendakwa Raya Negeri


Menasihati Menteri Besar atau Ketua menteri tentang hal undang-undang

Pernyataan di atas merujuk kepada jawatan


A Peguam Negara
C Setiausaha Kerajaan Negeri
B Hakim Mahkamah Tinggi
D Penasihat Undang-Undang Negeri
33.

Dipilih melalui pilihan raya


Boleh membahaskan dan meluluskan belanjawan Negeri

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Pegawai Kewangan Negeri
B Setiausaha Kerajaan Negeri

C Ahli Dewan Undangan Negeri


D Penasihat Undang-undang Negeri

34
Rang Undang-undang
Bacaan Pertama
Bacaan Kedua
Peringkat Jawatankuasa
Bacaan Ketiga
Rajah di atas menunjukkan peringkat penggubalan undang-undang di Parlimen. Antara
yang berikut, yang manakah berlaku dalam Bacaan Kedua?
I Undang-undang di bahaskan secara secara menyeluruh
II Menteri berkenaan menyebut tajuk utama rang undang-undang berkenaan.
8

III Menteri berkenaan bertanggungjawab menjawab semua pertanyaan yang


berkaitan.
IV Jawatan Kuasa Khas parlimen harus meneliti rang undang-undang berkenaan
dahulu.
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV

35.
I Menentukan calon pilihanraya
II Menentukan tarikh pilihanraya
III Membatalkan keputusan pilihanraya
IV Membuat semakan sempadan pilihanraya
Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
36.
Situasi /Perkara
Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan
Rakyat bagi kawasan Parlimen X.
Antara yang berikut, yang manakah situasi atau perkara yang menyebabkan tindakan di
atas diambil?
I Ahli Parlimen tersebut telah jatuh bankrap dan belum dilepaskan.
II Ahli Parlimen tersebut telah didakwa di mahkamah tinggi atas kes rasuah
III Ahli Parlimen tersebut tidak menghadiri persidangan Parlimen selama tempoh 6
bulan kerana berada di luar negeri
IV Ahli Parlimen tersebut gagal mengemukakan apa-apa penyata perbelanjaan
pilihanraya dalam masa dan cara yang dikehendaki
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
37.

Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada Doktrin Duluan Kehakiman dalam
Sistem Perundangan Malaysia?
I Hakim mahkamah mematuhi arahan Ketua Hakim Negara dalam usaha mengadili
kes
II Hakim mahkamah yang kanan lebih berkuasa daripada Hakim mahkamah yang
baru dilantik
III Hakim mahkamah berhak membuat prinsip kehakimannya sendiri sekiranya tidak
ada hak peruntukan undang-undang bertulis
IV Hakim mahkamah berhak membuat pilihan secara prinsip-prinsip undang-undang
yang terkandung dalam keputusan mahkamah sebelumnya
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

38. Antara yang berikut, yang manakah perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri setelah
hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat?
9

A
B
C
D

Membubarkan parlimen pada bila-bila masa sahaja


Mengadakan pilihanraya umum pada bila-bila sahaja
Mengadakan rombakan kabinet dengan persetujuan Yang Dipertuan Agong
Meletakkan jawatan atau memohon kepada Yang Dipertuan Agong supaya parlimen
dibubarkan.

39. Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai Yang di-Pertuan Agong ?
I Memberi persetujuan kepada permintaan pembubaran parlimen
II Yang di-Pertuan Agong tidak boleh tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja
meninggalkan Persekutuan lebih daripada empat belas hari kecuali atas
lawatan negara.
III Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampun dan menangguh hukuman
mengenai segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Mahkamah Tentera sahaja.
IV Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas-tugas sebagai Raja
Negerinya kecuali menjadi Ketua Agama Islam bagi negerinya
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
40. Antara berikut yang manakah benar mengenai proses penggubalan undang-undang
peringkat persekutuan ?
I Menteri dan pegawai akan merangka dasar Rang Undang-undang dan mendapat
nasihat dari Jabatan Peguam Negara
II Bacaan kali pertama merujuk kepada menteri yang membaca Rang Undangundang tersebut kepada ahli Dewan Rakyat
III Rang Undang-Undang yang telah diluluskan di Dewan Rakyat akan dibawa ke
Dewan Negara untuk diluluskan
IV Dewan Negara berhak menangguhkan tempoh kelulusan untuk Rang UndangUndang Kewangan selama setahun
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
41.

Dikeluarkan oleh mahkamah.


Dokumen X

Bertujuan memerintahkan pihak pembela


supaya hadir pada masa dan tempoh

yang
ditetapkan.
X dikenali sebagai
A writ
B waran

C injunksi
D habeas corpus

42. Antara yang berikut, yang manakah termasuk dalam bidang kuasa pengampunan Yang diPertuan Agong?
I Seseorang sarjan telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tentera.

10

II Encik X telah dijatuhi hukuman denda dan penjara oleh Mahkamah Syariah
Kedah.
III Encik Y telah dijatuhi hukuman dua tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi
Kuching
IV Encik Z telah dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur.
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

43.
Encik Y didapati mati.
Tiada sesiapa didakwa.
Tiada hukuman dijatuhkan.
Keterangan saksi diperlukan.
Siasatan permulaan dijalankan.
Mahkamah yang mendengar kes ini ialah
A Mahkamah Juvana
C Mahkamah Tinggi
B Mahkamah Sesyen
D Mahkamah Koroner
44. Antara prosedur-prosedur yang berikut, yang manakah yang menyebabkan seseorang itu
boleh dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah?
I Writ
II Afidavit
III Tangkap tanpa waran
IV Saman oleh mahkamah
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
45. Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
Jenayah
Sivil
I
Berjudi
Menganiayai isteri
II
Khalwat
Perceraian
III Minum arak
Nafkah
IV Menukar agama
Zina
Yang manakah padanan kes yang betul mengikut bidang kuasa sivil dan jenayah
Mahkamah Syariah?
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
46.

Kes Mahkamah :
Encik Y menuntut tunggakan sewa dua tahun berjumlah RM45,00.00 daripada Cik Z.
Yang manakah benar tentang kes mahkamah antara Encik Y dan Cik Z?
I Kes ini mesti didakwa oleh Pendakwa Raya
II Kes ini boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi

11

III Encik Y mesti mendapatkan Writ terlebih dahulu.


IV Encik Y adalah plaintif dan Cik Z adalah defendan.
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
47.

Yang manakah benar tentang bidang tugas Mahkamah Khas Raja-raja?


I Mentafsir Perlembagaan Persekutuan.
II Mendengar kes rayuan dari Mahkamah Rayuan.
III Tindakan sivil dan jenayah hanya boleh dijalankan dengan keizinan Peguam
Negara.
IV Ahl-ahlinya terdiri daripada Ketua Hakim Negara dan bekas hakim yang
dilantik oleh Majlis Raja-raja Melayu.
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV

48.

Mengenakan tindakan disiplin kepada majistret.


Mengesahkan jawatan kakitangan Jabatan Peguam Negara.

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Majlis Peguam
B Ketua Hakim Negara
C Jabatan Perdana Menteri
D Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
49.
Peringkat Penyelesaian Pertelingkahan antara majikan dengan pekerja.
Mahkamah Tinggi

Pertelingkahan majikan dengan pekerja Syarikat PC. X ialah penyelesaian oleh


A Mahkamah Buruh
B Mahkamah Perusahaan

C Menteri Sumber Manusia


D Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan

50. Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi-fungsi badan kehakiman
12

I
II
III
IV

Mentafsir undang-undang.
Membantu Jemaah Menteri mentadbir negara
Membantu ahli-ahli Dewan Rakyat menggubal undang-undang
Mengesahkan undang-undang dan membatalkan undang-undang yang
bercanggah dengan Perlembagaan
A I dan III
C II dan III
B I dan IV
D II dan IV

51.

Memenuhi keperluan tenaga rakyat


Mengembangkan kebudayaan, sosial dan politik
Penyataan di atas menjadi matlamat
A Dasar Sosial Negara
C Dasar Pendidikan Kebangsan
B Dasar Wawasan Negara
D Dasar Kebudayaan Kebangsaan
52.
Dasar

Objektif Utama
Melahirkan masyarakat yang
P Dasar Pendidikan Kebangsaan
I
bersatu padu berdisiplin dan terlatih
Membentuk masyarakat bermaruah,
Q Dasar Bersih Cekap dan Amanah
II
beridentiti, dan disegani masyarakat
Memupuk nilai-nilai murni dan
R Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
III sikap yang positif dan bermoral
dalam kalangan masyarakat
Yang manakah padanan yang benar antara dasar dengan objektif pelaksanaannya ?
P
Q
R
A
I
II
III
B
I
III
II
C II
III
I
D II
I
III
53. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Dasar Pertanian Negara Ketiga ?
I Mewujudkan pembangunan in-situ
II Meningkatkan pembangunan sosial
III Meningkatkan pertumbuhan industri kecil
IV Mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara
A I dan II
C II dan III
B I dan III
D III dan IV
54. Rangka Rancangan Jangka Panjang

13

Rangka Rancangan Jangka Panjang


Panjang ke- 3 (RRJP3)

Rangka Rancangan Jangka


Panjang ke-2 (RRJP2)

Objektif : X

Objektif: Menghapuskan
ketidakadilan sosioekonomi

Antara yang berikut, yang manakah sesuai dengan objektif X ?


A Membangunkan sektor perlombongan
B Melancarkan Pelan Induk Perindustrian
C Meneruskan pembangunan tanah dan wilayah
D Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan

55.

Pembangunan Perindustrian di Malaysia, 1961-1990


Peringkat Pertama

Peringkat Kedua

Peringkat Ketiga

Pembangunan
perindustrian tahun
1960-an

Pembangunan
perindustrian tahun
1970-an

Pembangunan
Perindustrian tahun
1980-an

Penekanan kepada
pengeluaran barang
gantian import

Penekanan kepada
pengeluaran pelbagai
barang eksport

Penekanan kepada
industri berasaskan
teknologi tinggi

Penggalakan
pertumbuhan industri
ringan/kecil

Pemantapan
perindustrian berat

Antara penyataan-penyataan yang berikut, yang manakah yang benar tentang skema di
atas?
I Peringkat pertama melibatkan industri yang berasaskan pertanian dan bahan
makanan.
II Peringkat kedua tertumpu kepada perkembangan industri elektronik dan tekstil
III Peringkat kedua memajukan sektor pengeksportan industri memproses makanan
IV Peringkat ketiga melibatkan industri yang berasaskan intensif buruh
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
56. Antara yang berikut, yang manakah yang merupakan usaha-usaha kerajaan untuk
menyelesaikan masalah perpaduan kalangan penduduk di Malaysia ?
I Mewujudkan satu ideologi untuk setiap kaum
II Mengagihkan sumber ekonomi secara sama rata
III Mempunyai satu gabungan parti politik yang memerintah
14

IV Mewajibkan aktiviti kokurikulum kepada pelajar di sekolah


A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
57.

Institusi
memberi maklumat
strategik berkaitan
pasaran eksport

mempunyai rangkaian
antarabangsa

mengendalikan
barang dengan
banyak

Institusi yang dimaksudkan dalam penyataan di atas diwujudkan di Malaysia melalui


A Dasar Sogoshosha
C Dasar Perindustrian Berat
B Dasar Perindustrian Berat
D Dasar Pensyarikatan Malaysia
58. Antara yang berikut yang manakah matlamat pelaksanaan Dasar Urbanisasi Negara ?
I Mengambil kira elemen persekitaran tempatan
II Memastikan pembangunan bandar yang seimbang
III Menjalin hubungan antara kawasan bandar dan desa
IV Mengintegrasikan rancangan pembangunan sains dan teknologi
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
59.

Dasar Pendidikan Kebangsaan


Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Antara yang berikut, yang manakah tujuan dasar berkenaan ditubuhkan ?


I Mewujudkan integrasi kaum
II Membangun dan memperkasakan insan
III Mengembangkan sosioekonomi dan sosiobudaya
IV Melahirkan masyarakat yang produktif dan berkualiti
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
60.
memperkukuh kedudukan
politik dan keselamatan negara

menyediakan tenaga
kerja yang cukup

mewujudkan asas dan permintaan


pasaran bagi keluaran sektor industri
Antara yang berikut, dasar X merujuk kepada
A Dasar Kependudukan Negara
B Dasar Perindustrian Negara

15

C Dasar Pendidikan Kebangsaan


D Dasar Pembangunan Nasional

61.

Keuntungan dikongsi secara sama rata oleh negara-negara di dunia


Pengisytiharan sebagai kawasan bebas, dan kepentingannya milik
bersama

Pendirian Kerajaan Malaysia di atas merujuk kepada


A Isu Antartika
B Zon Ekonomi Eksklusif
C Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
D Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN)

62.

Antara yang berikut, yang manakah yang menjadi asas dalam penentuan dasar luar
Malaysia?
I Kepentingan dari segi kebudayaan dan ekonomi
II Kepentingan dari segi ketenteraan dan keselamatan
III Hubungan yang erat dalam kalangan negara Komanwel
IV Hubungan dua hala berteraskan amalan demokrasi dan kebebasan
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV

63.
Pengawalan kegiatan pengedaran dadah
Peningkatan kerjasama dalam bidang pendidikan dan kesihatan serantau
Penyataan di atas merujuk kepada
A ASEAN
C Suruhanjaya Selatan-Selatan
B Pertubuhan Komanwel
D Pertubuhan Negara-Negara Islam
64.
tujuan
MALAYSIA
X
A
B
C
D

Mendapat kesepakatan sebelum berunding


dengan G 8 dan NAFTA

Membincangkan isu-isu perdagangan dan


ekonomi yang mempunyai kepentingan bersama

merujuk kepada
Persidangan Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Perjanjian Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD)

65.

Meningkatkan kualiti alam


sekitar
Mengehadkan penggunaan

senjata nuklear
Perkara-perkara di atas merujuk kepada
A
Persidangan ASEAN di Kuala Lumpur 1971
16

B
C

Persidangan CHOGM di Kuala Lumpur 1989


Persidangan Hak Asasi Manusia di Vienna, Austria
1993

Persidangan UNCTAD 1968 di Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu

66.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi utama penubuhan Pusat
Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan, dan Teknologi Selatan (SITTDEC) pada tahun
1991?
I Menyebarkan maklumat ekonomi
II Mewujudkan kerjasama urus niaga
III Mengawal eksport komoditi pertanian
IV Memantapkan kadar tukaran wang asing
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

67. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan Kumpulan Negara-Negara G-15?
I Berusaha mewujudkan pertahanan bersama
II Dianggotai oleh Negara-negara Asia dan Afrika sahaja
III Mesyuarat pertamanya berlangsung di Kuala Lumpur (1990)
IV Membincangkan penghapusan cukai berganda dalam kalangan negara anggota
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
68.
Menjamin keselamatan perairan di Selat Melaka
Mengelakkan campur tangan Amerika di rantau ini
Penyataan-penyataan di atas merupakan alasan untuk menubuhkan
A ZEE
B ARF
C IMT-GT
D ZOPFAN
69.

Antara yang berikut, yang manakah faedah yang diperolehi apabila Malaysia
menyertai Dialog Utara-Selatan?
I Mengurangkan beban hutang luar
II Menstabilkan harga komoditi utama
III Menikmati Skim Keutamaan Am (GSP)
IV Mendapat pindahan teknologi dari negara maju
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

70.

Antara yang berikut, yang manakah alasan yang digunakan oleh Malaysia dan
negara-negara membangun mengusulkan pembentukan Order Baru Ekonomi Dunia
(NIEO) ?
I Membetulkan ketidaksamaan dalam strukur ekonomi antarabangsa
17

II Menghapuskan jurang perbezaan antara negara Utara dan Selatan


III Mengelakkan kegawatan ekonomi dan manipulasi mata wang
IV Membantu menaikkan import negara membangun
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
71.
Tiga sahabat P, Q dan R ingin pulang ke kampung masing-masing. P hendak ke Perlis,
Q ke Ipoh dan R ke Johor Bahru. Semasa di Perhentian bas mereka telah berbaris di 3
kaunter yang berasingan. P berdiri nombor 2 dari belakang. Di hadapannya ada 3
orang lelaki dan 4 orang perempuan. Q berdiri nombor 7 dari hadapan. Di
belakangnya ada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. R berdiri di belakang sekali.
Ada 8 orang di hadapannya.
Berapakah jumlah orang yang berbaris untuk membeli tiket di 3 kaunter tersebut tidak
termasuk mereka bertiga?
A 26 orang
C 29 orang
B 27orang
D 30 orang

72. Jika semua kaunter memulakan operasi pada 8:00 pagi dan setiap orang memerlukan lima
minit untuk mendapatkan tiketnya, pada jam berapakah ketiga-tiga sahabat itu selesai
mendapatkan tiket masing-masing?
A 8:45 pagi
C 9:45 pagi
B 9:20 pagi
D 10:00 pagi
73. Di sebuah taman perumahan terdapat 15 penghuni yang menyambut Tahun Baru Cina, 10
penghuni menyambut Deepavali dan 20 penghuni menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Sekiranya semua penghuni mengirimkan kad ucapan kepada penghuni yang lain sempena
ketiga-tiga perayaan tersebut, berapakah jumlah kad yang dikirimkan di sepanjang
tempoh ketiga-tiga perayaan tersebut?
A 132
C 1980
B 135
D 2025
74.
Harga kereta Model XLT
: RM65 975.00
Insuran Kereta
: 2.5 % daripada harga kereta
Cukai jalan
: RM150
Pinjaman Maksimum
: 85 % daripada harga kereta
Kadar faedah
: 3.5 % setahun
Jika Encik X ingin membeli kereta tersebut dengan pinjaman maksimum, berapakah
bayaran pendahuluan yang perlu dibayar oleh beliau?
A RM9 896.25
C RM11 695.63
B RM10 046.25
D RM11 845.63
75. Jika pembeli ingin meminjam 70% daripada harga kereta untuk tempoh 6 tahun,
berapakah faedah yang dibayar oleh pembeli dalam tempoh 6 tahun ?
A. RM9 940.78
C RM9 962.83

18

B RM9 698.33

D RM8 312.85

76. Selepas satu rombakan dalam struktur pentadbiran syarikat, Syarikat A mempunyai 17
bahagian. Empat bahagian baru telah diwujudkan, lima bahagian sedia ada telah
dinamakan semula, satu bahagian telah dibubarkan dan dua bahagian lain digabungkan.
Berapa bahagiankah yang terdapat dalam syarikat itu sebelum rombakan dibuat?
A 11
C 15
B 12
D 23

Soalan 77 dan 78 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.


Jadual 1 : Nilai Import Bahan Makanan Malaysia bagi Januari Mac 2004/2005
Kumpulan Barangan
Januari - Mac
2004 (tan metrik)
2005 (tan metrik)
Beras
121,201
128,993
Gandum
721,856
453,863
Bawang
113,182
126,477
Cili
12,356
10,342
Kekacang
22,883
27,082
Ubi Kentang
33,399
34,294
Ikan
86,133
69,310
Hasil Tenusu
63,655
65,840
Jumlah
1,174,665
918,201
77. Bahan makanan yang menyumbang peratusan yang hampir sama kepada jumlah import
bahan makanan Malaysia bagi kedua-dua tahun ialah
A Cili
C Ubi Kentang
B Ikan
D Hasil Tenusu
78. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Jadual 1?
I
Cili merupakan nilai dan peratus import yang terkecil bagi kedua-dua tahun
II
Nisbah antara import beras dengan import gandum pada tahun 2005 ialah 1 : 3.5
III
Sebanyak 17.3 peratus daripada jumlah import makanan pada tahun 2004 ialah ikan
IV
Jumlah import bahan makanan meningkat melebihi 20 peratus dalam tempoh
berkenaan
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV
19

Soalan 79 berdasarkan Carta 1 di bawah.


Carta 1 : Hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000 dan 2002

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Statstik Perdagangan


Pertanian Malaysia, 2003)
79.

Antara yang berikut, yang manakah benar


tentang hasil Kerajaaan Persekutuan pada tahun 2000 dan 2002 ?
I Nilai hasil bukan cukai adalah sama bagi tahun 2000 dan 2002
II Peratus peningkatan tertinggi hasil Kerajaan Persekutuan adalah dari cukai
langsung
III Peratus perubahan bagi jumlah hasil Kerajaan Persekutuan antara tahun 2000
dan 2002 ialah 8.93%
IV Hasil cukai langsung bagi Kerajaan Persekutuan menunjukkan peningkatan
pada tahun 2002 berbanding tahun 2000
A I dan II
C II dan IV
B I dan III
D III dan IV

80. Sebuah kotak mengandungi 60 biji buah mangga, 44 biji epal dan 50 biji buah limau.
15% daripada buah mangga, 25% daripada buah epal, dan 10% daripada buah limau
telah dimasukkan ke dalam kotak lain, manakala 8 biji daripada buah tersebut telah
dibuang kerana telah rosak. Hitung jumlah buah-buahan yang masih tinggal dalam kotak
itu.
A. 120
C. 125
B. 121
D. 129

20

You might also like