You are on page 1of 9

PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi asas bagi


pembentukan sesebuah kerajaan.
Menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir
negara . Ia menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.
Perlembagaan mengandungi peraturan dan panduan kepada kerajaan untuk
melaksanakan kuasa mentadbir negara.
Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga
tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis.
Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.
Perlembagaan negara kita diperkenalkan pada 16 September 1963 dan
mengandungi 183 perkara iaitu
a) Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
b) Institusi Yang Dipertuan Agong.
c) Parlimen
d) Jemaah Mneteri
e) Badan Kehakiman
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Bermaksud keagungan dan ketertinggian perlembagaan yang mengatasi
Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri, dan Mahkamah.
Undang-undang Negeri juga mesti selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan.
Undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah
dan terbatal.
Mahkamah diberi kuasa dalam Perlembagaan untuk membatalkan undangundang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan
dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
Julai 1963 Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan
British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut
perjanjian ini, Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk

memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masingmasing akan mempunyai perlembagaan baru.
Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu
undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan
Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963 .
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
1. Menjamin kestabilan dan keamanan sesebuah negara dengan menetapkan
bentuk pemerintahan.
2. Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan, dan kelicinan
pemerintahan.
3. Menjamin taat setia rakyat kepada negara kerana rakyat yang tidak taat setia
atau menjadi rakyat negara lain boleh dibatalkan kewarganegaraannya.
4. Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat seperti berpersatuan, beragama,
dan memiliki harta.
5. . Menjamin hak istimewa dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera
Sabah dan Sarawak dari segi perjawatan dalam perkhidmatan awam,
biasiswa, kemudahan pendidikan, dan pemberian lesen perniagaan tanpa
mengabaikan kaum lain.
6. 6. Menjamin kerjasama dan kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui pembahagian kuasa bagi
mengelakkan pertikaian.
7. 7. Menjamin hak istimewa dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera
Sabah dan Sarawak tidak dipersoalkan.
8. 8. Mengelakkan penyalahgunaan dan pemusatan kuasa pada seseorang
pemerintah.
JENIS PERLEMBAGAAN
a) Perlembagaan Bertulis
b) Perlembagaan Tidak Bertulis
a) Perlembagaan Bertulis
Ia meliputi catatan dokumen.
Dianggap Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan bertulis memberi kuasa kepada Parlimen.
Perlembagaan bertulis menjadi rujukan apabila berlaku perbezaan antara
Undang-Undang Negeri dengan Undang-Undang Persekutuan.

Perlembagaan bertulis bertujuan untuk mengatasi kesangsian atau kekeliruan


mengenai sesuatu perkara.
2 jenis perlembagaan bertulis ialah :
a) Perlembagaan Persekutuan
b) Perlembagaan Negeri
a) Perlembagaan Persekutuan
Terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 183 perkara dan 15 Bahagian dan
Bab 1 hingga 7.
Undang-undang Negeri yang bertentangan dengan Undang-Undang
Persekutuan dianggap tidak sah dan terbatal secara automatik.
b) Perlembagaan Negeri
Terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negweri.
Perlembagaan Negeri terdiri daripada bahagian yang mengandungi perkaraperkara berikut :
i) Kedudukan sultan/Yang Dipertuan Besar dan Yang Dipertua Negeri
Fungsi, peranan dan tanggungjawab Dewan Undangan Negeri (DUN)
iii) Kuasa eksekutif dan fungsi Majlis Mesyuarat (Exco).
iv) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negeri;
v) Agama Islam sebagai agama rasmi negeri;
vi) Pelantikan serta kuasa ketua Menteri dan Menteri Besar.
Pindaan Perlembagaan Negeri boleh dibuat jika mendapat undi 2/3 ADUN di
Dewan Undangan Negeri serta persetujuan sultan/raja/Yang Dipertuan Besar
atau Yang Dipertua Negeri.
Kuasa eksekutif diperingkat negeri dikendalikan oleh Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri yang diketuai Ketua Menteri atau Menteri Besar.

b) Perlembagaan Tidak Bertulis


Diamalkan di Britain.

Penggubalan dan pemindahan undang-undang boleh dilakukan dengan


mudah.
Perlembagaan Tidak Bertulis mengutamakan suasana negara tradisional dan
keselamatan pentadbir.
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Pindaan Perlembagaan bermaksud menambah atau memansuhkan perkaraperkara tertentu dalam Perlembagaan.
Pindaan Perlembagaan dilakukan bagi tujuan :
a) Melindungi kepentingan rakyat.
b) Menjaga keselamatan negara.
Keselamatan negara dijaga dengan cara melarang perkara-perkara sensitif
dipersoalkan secara terbuka, misalnya tentang :
pemerintahan beraja
ii) agama Islam
iii) kedudukan bahasa Melayu, dan
iv) hak istimewa orang Melayu
c) Melicinkan urusan pentadbiran negara.
d) Menyesuaikan perlembagaan dengan keadaan semasa supaya relevan dan
munasabah untuk dipatuhi.
Contoh-contoh pindaan :
a) Pindaan Akta Hasutan 1970 yang melarang rakyat negara ini menyentuh
perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kaum, dan
Memansuhkan imuniti (kekebalan) Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja
Melayu daripada disabitkan dengan kesalahan jenayah.
Bahagian

Perkara

Penjelasan
Kandungan

1-4

Agama dan lain-lain

5-13

Kebebasan asasi

14-31

Warganegara

32-69

Raja,Majlis Raja-Raja,pemerintah,badan
perundangan

70-72

Negeri-Negeri

73-95E

Hubungan antara Persekutuan dgn


negeri,tanah,pembangunan
Majlis Negara

96-112E

Peruntukan wang Sabah dan Sarawak

Bahagian

Perkara

Penjelasan Kandungan

113-120

Pilihan raya

121-131A

Kehakiman

10

132-148

Perkhidmatan Awam

11

149-151

Tentangan terhdp perbuatan subversifdan kuasa


darurat.

11

152-153

Bahasa Kebangsaan

12A

161-161A

Sabah dan Sarawak

14

181

Raja tidak didakwa di mana-mana mahkamah,


kecuqli Mahkamah Khas

15

182

Mahkama Khas

PERKARA-PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN


KEWARGANEGARAAN
Terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara.
Wargenegara merupakan penduduk yang menetap dan memberi taat setia
kepada negara walaupun berada di luar negara bagi tempoh tertentu untuk
tujuan tertentu.
Bukan warganegara ialah penduduk negara asing yang berada di negara
bagi tempoh tertentu dan untuk tujuan tertentu.
Seseorang individu menjadi warganegara mengikut Perkara 14 hingga 22,
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Perlucutan kewarganegaraan seseorang individu dirujuk dibawah
Perkara 23 hingga 28A, Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
CARA-CARA MEMEPEROLEH KEWARGANEGARAAN
Seseorang boleh memperoleh kewarganegaraan Malaysia melalui 4 cara :
a) Kuat kuasa undang-undang
b) Pendaftaran;
c) Masukan (Naturalisasi);
d) Percantuman / penggabungan wilayah
a) Kuat kuasa Undang-Undang

Dilahirkan sebelum Hari Malaysia (1963) di Persekutuan atau di luar


Persekutuan ditentukan dalam Bahagian 1,Jadual 2,Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.
Diberi hak kewarganegaraan secara automatik berdasarkan syarat :
i)

Ibu bapa ialah peastutin tetap.

ii)

Ibu bapa tidak menjadi warganegara di negara lain.

iii)

Ibu atau bapa berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan.


Dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia (1963) ditentukan dalam
Bahagian 2, Jadual 1 , Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
b) Percantuman / Penggabungan wilayah
Penggabungan wilayah merujuk kepada wilayah yang dimasukkan dalam
Persekutuan selepas Hari Malaysia (Perkara 2).
Wilayah tersebut bukan wilayah jajahan atau taklukan.
Orang yang menjadi warganegara Malaysia secara percantuman ialah :

i)

Penduduk Sabah;

ii)

Penduduk Sarawak;

iii)

Warganegara United Kingdom dan tanah jajahannya yang bermastautin tetap


di Sabah dan Sarawak.

Naturalisasi
Kewarganegaraan melalui cara naturalisasi dijelaskan dalam Perkara
19,Perlembagaan Persekutuan alaysia.
Berdasarkan Fasal 9, seseorang boleh memperoleh kewarganegaraan dengan
cara ini melalui
i)

Seseorang berumur 21 tahun atau lebih dan bukan warganegara.l

ii)

Bemastautin di Pesekutuan mengikut tempoh yang diizinkan;

iii)

Niat hendak bermastautin;

iv)

Berkelakuan baik;

v)

Pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu;

vi)

Membuat satu akuan sumpah kepada negara.

d) Pendaftaran
i)

Isteri dan anak ialah warganegara (Perkara 18);


Suami ialah warganegar pada permulaan Oktober 1962;
Telah bermastautin diPersekutuan sepanjang tempoh dus tahun.
Berkelakuan baik.

ii) Kanak-kanak (Perkara 15A) diarahkan untuk


berdaftar.
iii) Perkara 16A menerangkan pemastautin sebelum
Hari Malaysia di wilayah Sabah dan Sarawak perlu
penuhi syarat berikut :
Menetap sekurang-kurangnya 7 tahun;
Berpengetahuan cukup dlam Bahasa Meayu atau Bahasa Inggeris
Berminat untuk bermastatin secara tetap.
PENAMATAN KEWARGANEGARAAN
Boleh dialkukan melalui 2 cara :
a) Permohonan menolak secara sukarela
Telah berumur 21 tahun dan menjadi warganegara negara lain.
Waras pemikirannya dan sedar akan perkara yang dilakukan.
Akuan didaftar oleh Kerajaan Persekutuan.
b) Perlucutan Kewarganegaraan (Perkara 24-26B)
Tidak setia dalam tindakan dan pertuturan.
Dipenjarakan selama setahun atau kurang sethun.
Didenda tidak kurang daripada RM5 000.
Tidak mendapat pengampunan.
Derhaka kepada negara.
Tinggal d luar negara melebihi 5 tahun.

Membuat kenyataan palsu.


PENAMATAN KEWARGANEGARAAN
Boleh dialkukan melalui 2 cara :
a) Permohonan menolak secara sukarela
Telah berumur 21 tahun dan menjadi warganegara negara lain.
Waras pemikirannya dan sedar akan perkara yang dilakukan.
Akuan didaftar oleh Kerajaan Persekutuan.
b) Perlucutan Kewarganegaraan (Perkara 24-26B)
Tidak setia dalam tindakan dan pertuturan.
Dipenjarakan selama setahun atau kurang sethun.
Didenda tidak kurang daripada RM5 000.
Tidak mendapat pengampunan.
Derhaka kepada negara.
Tinggal d luar negara melebihi 5 tahun.
Membuat kenyataan palsu.
KESIMPULAN
Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dan nadi dalam menjamin
pentadbiran yang licin sehingga meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara
yang pesat membangun seperti pepatah duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara-negara maju lain.
Justeru, sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk,
Perlembagaan Persekutuan Malaysia perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap
warganegara Malaysia pada setia masa bagi menjamin negara aman dan dapat
menjana kemajuan yang mapan serta membawa kesejahteraan berterusan kepada
rakyat.

You might also like