You are on page 1of 11

EYA KARANGAN

Topik-topik yang akan diuji:


1.
2.
3.
4.
5.

Integrasi dan Perpaduan


Pelancongan dan Ekonomi
Bahasa dan Budaya
Kesenian
Sukan

INTEGRASI DAN PERPADUAN


SOALAN-SOALAN:
1. Dua orang rakan sedang berbincang tentang peranan wanita dalam mempertahankan
negara. Seorang daripada mereka berpendapat bahawa memandangkan kaum wanita
membentuk separuh daripada jumlah penduduk, mereka patut menjalani perkhidmatan
negara. Walau bagaimanapun, rakannya berpendapat sebaliknya. Tulis dialog antara
mereka berdua. Tekankan perbezaan pendapat mereka dalam dialog tersebut.
2. Bahasa wadah perpaduan kaum dan kemakmuran negara. Bincangkan.
3. Perpaduan kaum adalah penting dalam melahirkan masyarakat yang maju dan bersatu
padu. Bincangkan.
4. Bersatu teguh bercerai roboh. Tulis sebuah cerita berdasarkan kata mutiara ini.
SECARA HARFIAH,
Semangat perpaduan = kerjasama antara satu sama lain tidak kira kaum, bangsa
dan agama
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA:

Mengukuhkan pertahanan negara


Meningkatkan imej negara
Membantu meningkatkan ekonomi negara
Menarik kemasukan pelancong asing/pelabur asing
Memajukan negara
Mengatasi masalah sosial
Nasih sebuah negara terbela
Mutakhir ini, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Singapura
semakin luntur
Tinta-tinta sejarah...perpecahan rakyat dalam sesebuah negara mampu
meruntuhkan negara itu
Mewujudkan perpaduan kaum
Perpaduan merupakan faktor perdana yang dapat menjamin keupayaan
negara dalam mengekalkan kemerdekaan dan muncul sebagai negara yang
mampu
Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang

SEBUT
Mengukuhkan
pertahanan negara

Mengatasi masalah
sosial

JELAS
Untuk mempertahankan
negara kita yang berbilang
bangsa, kita harus
bekerjasama
Merapatkan hubungan
silaturahim para pelatih
tanpa mengira agama,
bangsa mahupun warna
kulit
Memupuk nilai bantumembantu antara satu
sama lain
Untuk membendung dan
mengatasi masalah, rakyat
dan masyarakat harus
bekerjasama
Penglibatan masyarakat
untuk membasmi
masalah/isu-isu penting
Lebih gemar bersikap tidak
mahu menjaga tepi kain
orang
Masyarakat harus
mengambil berat dan
memandang ke hadapan
apabila mencari jalan keluar

CONTOH
PERKHIDMATAN NEGARA (NS)
Langkah sinergi untuk
mewujudkan semangat
perpaduan
Memupuk semangat
perpaduan
Kerjasama sangat penting
untuk mencapai keamanan
dalam negara

JEREBU
diselubungi jerebu tebal
yang mengancam
kesihatan para penduduk
setempat
Pekerja pejabat menutup
mulut dan hidung
sementara yang lain
memakai topeng ketika
melintas jalan di Singapura
Indeks pencemaran udara
Singapura sekali lagi
berada pada paras bahaya
dengan bacaan 301 tengah
hari
menghampiri rekod 321
yang dicatatkan malam
sebelumnya.
Sebarang bacaan melebihi
200 dianggap bahaya
kepada kesihatan.
Jeremiah Islamiyah menangani
masalah pengganas

Membantu
meningkatkan
ekonomi negara

Dengan menjalin hubungan


antara berbilang kaum
Perdagangan dan
perniagaan
Menarik kemasukan
pelancong asing/pelabur
asing
Meningkatkan imej negara

2004 pandemik SARS


Semua pihak berganding
bahu untuk mencegah
penularan SARS daripada
terus mebelenggu
kehidupan manusia
Keunikan negara Singapura
Sebuah negara yang
penduduknya tergolong
dalam masyarakat yang
berbilang kaum
merupakan sebuah
negara yang unik dan
istimewa

Merapatkan
silaturahim dalam
negara yang
berbilang bangsa

Menghapuskan keraguan
pelabur atau pemberi
pinjaman
Meluluskan pinjaman
dan membuat pelaburan

Negara yang berbilang


bangsa
Untuk mengecapi
keamanan
Dengan wujud perbezaan
amalan dan kepercayaan
setiap kaum
maka akan wujud juga
risiko perselisihan faham
dan syak wasangka di
kalangan kaum-kaum
yang berbeza.
Oleh itu, hanya melalui
kesedaran dan usaha
bersepadu dari kalangan
anggota masyarakat setiap
kaum
untuk memupuk dan
menghargai budaya kaum
lain
setiap warga Singapura
mestilah sentiasa menjalin
hubungan dan mengenali
satu sama lain agar kita
dapat memahami dan
menghargai keistimewaan
yang ada pada setiap
individu dan masyarakat
sesuatu kaum.
dapat menjamin penakatan
dan kemakmuran
Singapura kini dan akan
datang.

Syarikat-syarikat
antarabangsa telah
membuat pelaburan di
Singapura
Dari Negara Jerman
SEMPENA HARI KEHARMONIAN
KAUM
Meningkatkan tahap
kefahaman tentang budaya
dan gaya hidup kaum lain
untuk memperingati
sejarah pahit yang berlaku
di Singapura pada tahun
1964
pada 21 Julai 1964 tercetus
rusuhan kaum yang
mengerikan, yang
menggugat keamanan
negara Singapura
Banyak perayaan yang disambut
oleh rakyat Singapura seperti Hari
Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali,
Krismas.
LEMBAGA PERUMAHAN
SINGAPURA
setiap HDB has memenuhi
quota
mempunyai kolong blok di
mana banyak acara boleh
dijalankan
perkahwinan Melayu
gotong royong

Kepentingan Semangat Kejiranan.


Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama
sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai. Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota
masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan
berurusan antara satu sama lain. Namun terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang
menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis
ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali
hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat .
Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat
mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti
dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling
membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa
semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk
ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat
yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan
berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat
kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh
mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat
bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang
bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai
program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila
rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan
secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka
segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan
saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman
perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat
kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat
kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam
yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata . Jika
masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan
gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota
masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai
aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang,
mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk
Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran
solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian
kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melonjakkan
Malaysia di persada antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting sebagai produk
pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia
yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya,
perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai
contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan
masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar,
produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup
berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat
berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.
Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang
menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat
kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya
cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana
rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke
arah kegemilangan di puncak jagat.

BAHASA DAN BUDAYA


SOALAN-SOALAN:
1. Generasi muda memandang remeh bahasa ibunda mereka. Setujukah kamu dengan
pernyataan ini?
2. Kebanyakan remaja hari ini tidak menghargai tradisi dan budaya mereka. Bincangkan.
3. Budaya Melayu sering diketepikan dan tidak dipertahankan lagi. Bincangkan.
4. Bahasa Melayu tidak relevan dalam era globalisasi ini. Bincangkan.
5. Tulis sebuah surat tentang Aktiviti Minggu Bahasa Melayu. Sebagai Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu, anda telah ditugaskan untuk mengadakan Aktiviti Minggu
Bahasa Melayu anjuran Persatuan Bahasa Melayu.
6. Tulis satu pengalaman yang menyedarkan kamu akan kepentingan mengenali sejarah
sendiri.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya


Bahasa Jiwa Bangsa (cogan kata)
Sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa _____
Tak kenal maka tak cinta
Memartabatkan bahasa melayu
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa,

Sebut

Jelas

Kukuh

Dipengaruhi
budaya dan
bahasa orang
asing
Keluarga
berkomunikasi
dalam Bahasa
Inggeris

Media massa berkesan dalam


mempengaruhi orang ramai

Angappan bahawa
bahasa Melayu
tidak relevan lagi

Keluarga bercakap dalam


bahasa Inggeris untuk
berkomunikasi
Kesedaran tentang kepentingan
BM harus ditanam dalam anakanak sejak kecil
Lebih gemar berkomukinaki
antara satu dengan lain
menggunakan bahasa asing
Bahasa Melayu tidak dihayati
dengan mendalam
Menganggap bahasa Melayu
sudah lapuk ditelan zaman
BM mempunyai sejarahnya
yang tersendiri dan sudah pun
digunakan di negara kita sejak
zaman berzaman
Hanya dilihat sebagai sebuah
subjek di sekolah, bukan
warisan mereka

Remaja lebih gemar


menonton rancangan
Inggeris

ZaBa:
Beliau bertungkus lumus
memartabatkan bahasa
Melayu melalui penulisan
jurnal-junrnal atau
akhbar-akhbar ketika
zaman darurat suatu
ketika dahulu
Harus mencontohi
kepayahan dan
pengorbanan yang dilalui
oleh tokoh yang disegani
seperti ZaBa
DASAR DWIBAHASA:
Mewajibkan penggunaan
BM dalam sekolah

Bahasa yang
digunakan sebagai
alat untuk
perpaduan kaum
Tetapi

Komunikasi

Harus dimartabatkan untuk


menjadikannya lebih berkualiti
dan mampu bersaing dengan
bahasa-bahasa lain di dunia
Bahasa melayu bahasa yang
dinamik dan harus sentiasa
mengalami proses
penambahbaikan untuk
menjadikannya lebih relevan
mengikut arus perubahan

zaman
Usaha-Usaha Mempopularkan Permainan Tradisional.

Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus
globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait rapat dengan perkembangan tersebut,
generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang
merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih
daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita
lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Mahukah kita membiarkan anak watan berterusan meminggirkan
budaya mereka? Dalam hal ini,sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi
meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan.Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh
bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.
Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta mempopularkan permainan
tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi
suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anakanak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasamelentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat
bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari
ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga boleh
menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian
atau bersama dengan rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil
bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing. Jelas
bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi
hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional
sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan
menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan
tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat
bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu, pelajar akan berminat
untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana
mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan, justeru,
penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat mempopularkan permainan tersebut di Malaysia
daripada pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak
sekolah amat dituntut agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan permainan
tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.
Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh
untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen.
Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita
seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan
kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus
dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran, peraduan melukius poster dan lain-lain lagi.
Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata
peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu
sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru.
Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan
tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang
bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakanrakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama
Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih mempunyai
permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Perkara yang sama boleh dilakukan oleh agensi
pelancongan yang bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada
pelancong asing. Lantaran itu, agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing, galah panjang dan teng-teng
di tempat penginapan pelancong asing. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong terhibur sekali gus berminat
dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara dan
peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada
masyarakat luar.

Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk
mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang
mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai
fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan
kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis
menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat
antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang ,
Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layanglayang tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian.
Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan
industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara.
Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan tradisional terus
lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang
mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju pada tahun 2020, kita tidak seharusnya
menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita.
Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya
sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap
anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan
impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!.

SUKAN
SOALAN-SOALAN:
1. Kita harus mempunyai nilai kejujuran apabila melakukan sukan. Bincangkan.
2. Mutu sukan negara kita agak memberangsangkan. Bincangkan.
Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kepada
pasukan Singapura serta tumbangnya jagoan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, dalam
Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan
Malaysia semakin merudum. Hal ini belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras
yang lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet
negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah
menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini.
Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan
gelaran jaguh kampung, ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada
peringkat antarabangsa? Walau apa-apapun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit
dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang
sukan.
Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan
merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan
lagi rahsia, kebanyakan persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja
persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia
(PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih
secara sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk
mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda
peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah dianaktirikan.
Kedangkalan pengetahuan tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang
berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, mantan
Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik
melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan
hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan
sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang
mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan
negara, persis kata pujangga, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki


dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing. Kerajaan
melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup untuk
menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis
Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini
meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan
sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sabri Chik pernah
menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding
dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet.
Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi
lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan
mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi.
Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
hanya bergantung kepada gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, serta Datuk
Lee Chong Wei. Misi pencarian pelapis baru masih lagi gagal. Namun begitu, segala
kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan penggemblengan
usaha dan iltizam semua pihak, pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk
mengangkat kembali martabat sukan negara kita.
Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanankejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat
penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri dalam situasi
pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk
persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan
sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang
berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk
persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan.
Pencapaian jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan ratu squasy negara, Datuk
Nicole Ann David sehingga membolehkan mereka berada pada kedudukan teratas senarai
pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang aktif dalam pertandingan
peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh
dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, ibarat melepaskan batuk di tangga.
Sebaliknya, menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan atlet,
pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.
Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlulah berperanan
mencungkil bakat-bakat muda daripada peringkat sekolah lagi. Kita sedia maklum
bahawa para pelajar di seluruh negara begitu ramai yang mempunyai bakat yang terpendam
dalam bidang sukan. Buktinya semasa kejohanan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri
dan kebangsaan, kita dapati ramai pelapis muda yang berbakat dan berpotensi. Namun bakat
mereka tenggelam begitu sahaja setelah tamat zaman persekolahan. Oleh hal yang demikian
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu berkerjasama dengan Kementerian Belia dan
Sukan serta badan-badan sukan untuk menggilap bakat-bakat muda ini hingga mampu
bersaing di peringkat antarabangsa. Penubuhan sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan
Sultan Abdul Jalil, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar dan
merupakan satu alternatif bijak agar kita tidak ketandusan pelapis dalam bidang sukan
negara pada masa akan datang.
Pengambilan jurulatih serta pemain import juga merupakan suatu usaha
yang positif ke arah meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini demikian kerana para
atlet serta ahli sukan mendapat bimbingan serta tunjuk ajar berterusan daripada jurulatih
yang berwibawa. Para pemain dapat didedahkan dengan teknik, serta kemahiran bertaraf
dunia agar pemain kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pemainpemain di peringkat dunia. Selain itu, para pemain juga akan mendapat rakan pelatih
atau sparing partner yang bertaraf dunia. Dengan pendedahan serta latihan intensif ini
sudah pasti para atlet mampu bersaing atau bertanding di peringkat antarabangsa. Tindakan
FAM untuk mengambil pemain-pemain import semula dalam Liga Bola Sepak Malaysia
merupakan usaha serampang dua mata, iaitu untuk meningkatkan mutu sukan negara
serta menyemarakkan sokongan peminat sukan kepada pasukan pilihan mereka. Jelaslah

bahawa pengambilan jurulatih dan pemain import bukan sahaja meningkatkan prestasi atlet
atau ahli sukan, malahan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.
Konklusinya, kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan
berlanjutan kerana hal ini sedikit banyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat
antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima
puluh empat tahun, seharusnya telah mematangkan prestasi kita dalam bidang sukan. Tiada
salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun
Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia
2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat
semua pihak bagai aur dengan tebing, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda
Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan.
Peribahasa Melayu ada menyatakan pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada
di air, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. Semoga
slogan, Majulah Sukan Untuk Negara dapat diimplementasikan.

KESENIAN
PELANCONGAN DAN EKONOMI
Ada pendapat yang mengatakan bahawa melancong ke Malaysia umpama telah melancong
ke separuh dunia. Hal ini kerana, di Malaysia terdapat pelbagai kesenian dan budaya daripada
penduduk pelbagai bangsa dan agama. Apakah kaitan penyataan ini dengan IKS? Kolerasinya
ialah kewujudan IKS dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kita sedia
maklum bahawa para pelancong suka membeli kraftangan untuk dibawa pulang. Sebenarnya
di Malaysia terdapat banyak barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang
menjadi warganegara Malaysia. Sebagai contoh perusahaan membuat tembikar, pasu bunga,
ukiran, labu sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan dan lain-lain lagi. Hasil kraf
tangan melambangkan identiti serta jati diri negara. Para pelancong membelanjakan berjutajuta ringgit untuk membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan atau
hadiah kepada rakan-rakan apabila pulang kelak. Dalam hal ini peribahasa Melayu ada
menyebut bahawa tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata. Hal ini
menjelaskan bahawa kualiti serta keunikan kraftangan Malaysia akan menarik lebih ramai
pelancong ke negara kita. Ironinya perkara ini bukan sahaja akan meningkatkan imej Malaysia
sebagai negara berbilang bangsa malahan dapat meningkatkan ekonomi negara menerusi
sektor pelancongan.
Faedah Melawat Ke Luar Negara
Melawat ke luar negara merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Lawatan ini biasanya
dilakukan pada musim cuti sekolah, cuti sekolah,cuti bekerja atau hujung minggu. Jika seseorang itu ingin melawat ke luar negara,
ia memerlukan kos perjalanan yang agak banyak.Sebagai contoh,untuk ke negara China, India, Australia, Indonesia, England dan
lain-lain. Sebenarnya, ada banyak faedah melawat ke luar negara.
Faedah yang pertama ialah kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Apabila kita ke luar negara,kita akan pergi
ke tempat yang belum pernah kita kunjungi. Contohnya,jika kita ke Indonesia,kita boleh berkunjung ke tempat-tempat bersejarah
seperti Tugu Pancasila. Jika kita seorang pelajar,kita perlu membuat catatan dan membuat bertanya kepada pegawai yang
bertugas di tempat tersebut, Pengetahuan tersebut boleh dijadikan bahan maklumat kepada kita.
Di samping itu,dengan melawat ke luar negara,kita boleh menambahkan pengalaman. Contohnya,pengalaman menaiki
kapal terbang adalah sangat menarik hati. Kita dapat merasai pengalaman ketika berada di kawasan pemeriksaan kastam atau
imigresen di lapangan terbang. Semasa di dalam kapal terbang, biasanya penumpang tidak boleh membawa beg yang beratnya
melebihi 25 kilogram dan juga tidak boleh membawa barang-barang yang dilarang seperti cecair,makanan,senjata tajam dan lainlain. Pengalaman ini akan menjadi panduan sehingga kita dewasa.

Selain itu, lawatan ke luar negara dapat memberikan semangat kepada diri seseorang untuk menjadi lebih baik. Jika kita
seorang pelajar,kita akan lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Bagi sesetengah orang, lawatan ke luar negara
sangat dinanti-nantikan kerana tempat tersebut ialah suasana yang sebenar dialami dan sekali gus dapat memberi motivasi diri
terutama apabila kita melihat masyarakat di negara luar yang lebih maju dan hidup dalam keadaan harmoni seperti di negara
matahari terbit iaitu Jepun.
Bagi seorang yang sudah bekerja,melawat ke luar negara akan menghilangkan rasa bosan kerana penat bekerja.
Contohnya, jika seseorang itu dapat melawat negara beriklim sejuk seperti England,mereka boleh bermain salji semasa musim
sejuk lantas menjadikan mereka lebih teruja dan seronok kerana dapat berehat sambil melepaskan tekanan kerja dan memperoleh
pengalaman baru di sana. Kita juga boleh berjumpa dengan orang yang berlainan bangsa seperti bangsa Afrika,Inggeris,Perancis
dan lain-lain. Dengan ini,kita juga boleh menambahkan kenalan dari seluruh dunia, bak kata peribahasa,berkawan biar
seribu,berkasih biar satu.
Dengan melawat ke luar negara,kita dapat mengenali budaya orang lain termasuklah budaya orang
Jepun,Indonesia,Arab dan lain-lain. Percakapan juga berbeza di samping cara hidup,makanan dan sebagainya. Contohnya, di
Jepun, mereka akan membongkokkan badan dan menganggukkan kepala mereka menggantikan budaya bersalaman jika di
negara kita.
Seterusnya,melawat ke luar negara dapat meningkatkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Amalan nilai murni
sememangnya penting bagi diri seseorang supaya lebih dihormati oleh orang lain. Antara nilai murni tersebut ialah mematuhi
peraturan,menepati masa,bekerjasama dan lain-lain. Masyarakat Indonesia rajin bekerja,menggunakan bahasa Indonesia dalam
apa-apa jua urusan tidak kira lapisan masyarakat,menjalankan kerja secara berpasukan dan sebagainya,bak kata peribahasa,bulat
air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat.
Akhir kata,melawat ke luar negara banyak memberi faedah kepada setiap orang. Namun begitu untuk membuat lawatan ke
luar negara,kita perlu membuat persiapan rapi seperti menyediakan dokumen penting,barangan keperluan yang secukupnya
supaya perjalanan kita untuk pergi dan balik tidak mendatangkan masalah serta memberikan 1001 pengalaman manis sepanjang
lawatan itu seperti kata peribahasa,sediakan payung sebelum hujan.
Sebab Malaysia Dipilih Menjadi Pusat Pelancongan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang istimewa. Ramai pelancong memilih negara kita sebagai destinasi
pelancongan. Apakah sebab-sebab rakyat Malaysia memilih untuk melancong di negara sendiri? Malaysia sebenarnya
mempunyai pelbagai jenis industri pelancongan yang boleh dikomersialkan. Antaranya termasuklah destinasi pelancongan
berasaskan Kebudayaan, Industri Kraftangan, Makanan Tradisi, Tempat-tempat Menarik, Sukan dan Agrotourism. Klasifikasi ini
penting kerana pelancong mempunyai minat yang berbeza dan memudahkan mereka membuat pilihan untuk melancong ke
tempat-tempat tersebut. Kebiasaannya, tempat tersebut wujud kerana keunikan identiti dan keistimewaan tersendiri. Contohnya,
destinasi pelancongan berasaskan tempat-tempat menarik seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Taman
Negara Bako. Selain itu, destinasi pelancongan berasaskan Sukan dapat direalisasikan melalui penganjuran Sukan Antarabangsa
seperti Formula 1 di Sepang dan Le Tour De Langkawi yang menjadi acara tahunan di Pulau Langkawi. Jelaslah sektor
pelancongan yang mempunyai identiti tersendiri dapat menarik minat pelancong.
Antara sebabnya ialah keindahan alam sekitar yang menarik terdapat di negara ini. Malaysia mempunyai
hutan yang menarik. Tempat-tempat ini boleh menenangkan fikiran kita contohnya, Taman Negara Endau, Rompin, Gua Niah di
Sarawak dan lain-lain. Promosi ini keunikan dan keindahan alam semula jadi telah diwara-warakan melalui iklan-iklan di media
cetak dan media elektronik termasuklah di laman-laman web. pameran di tempat-tempat awam seperti pasar raya, pertandinganpertandingan dan pesta jualan. Contohnya pertandingan memancing Joran anjuran Berita Harian yang diadakan saban tahun
secara tidak langsung turut mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia seperti Pulau Tioman, Tasik Kenyir dan
Empangan Temenggor. Ringkasnya, Promosi destinasi pelancongan yang giat dilakukan dalam usaha memperkenalkan destinasi
menarik di Malaysia merupakan pemangkin Malaysia menjadi lokasi tarikan utama pelancong kerana tak kenal maka tak cinta.
Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara
kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik
terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke
Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian
naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat
Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan
masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada
para pelancong untuk berkunjung ke negara kita yang menjadi faktor serampang dua mata dalam menjana ekonomi negara.
Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Apabila melancong di pantai, pulau, dan kawasan tanah tinggi,
kita dapat menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan. Rakyat Malaysia yang melancong bersama-sama keluarga boleh
mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Sebagai contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Port Dickson,
Desaru Kota Tinggi, Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan lokasi lain yang boleh dijadikan destinasi pelancongan
keluarga. Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron
Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di
samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai
hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong

dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang
terdapat di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini menjadi faktor dominan menarik pelancong dari dalam dan dari
luar
negara.

Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal. Contohnya, Mega Mall di Kuala Lumpur,
Mahkota Parade di Melaka, The Summit. Alamanda, Mid-Valley dan lain-lain. Barangan yang dijual di negara kita setanding
dengan negara di luar negara. Selain itu, terdapat juga pelbagai kraftangan yang boleh dijadikan cenderamata. Pelancong
sangat suka barangan kraftangan Malaysia kerana menarik dan terdapat pelbagai tawaran harga murah oleh pelbagai pihak.
Pada setiap tahun juga, diadakan promosi harga barangan dan jualan mega.Contohnya seperti yang telah dilakukan oleh First
World Hotel. Agensi tersebut telah menyediakan pakej yang murah, serendah RM 88.00 untuk satu malam meliputi penginapan,
makan malam, sarapan, makan tengah hari dan lawatan ke taman tema. Jelasnya, melalui tawaran pakej istimewa tersebut,
sudah pasti pelbagai golongan masyarakat dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan di negara
kita. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak perlu melancong luar negara kerana Malaysia mempunyai segala-galanya.
Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, jika usaha
yang dilakukan amat kurang dan
terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia akan menjadi nyata.
Segala usaha yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui
keprihatinan dan rasa bertanggungjawab serta cinta akan negara , nama Malaysia akan menjadi sebutan dan pilihan utama
seluruh penduduk dunia sebagai destinasi merehatkan minda.

You might also like