You are on page 1of 2

Piramid Makanan

# Aras pertama nasi, roti, mil, bijirin dan ubi


Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya
dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang
utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit
protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu
diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah nasi,
bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, ubi
keledek, keladi dan kentang. Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh
seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta, roti
atau biskut mi penuh.

# Aras kedua sayur-sayuran dan buah-buahan


Contoh makanan bagi kumpulan sayur-sayuran ialah kobis, tomato, lobak
merah, petola, sayuran berdaun hijau (bayam, sawi, kangkung) manakala
buah-buahan antaranya betik, pisang, tembikai, mangga, jambu batu dan
sebagainya. Makanan dalam aras ini berfungsi membekalkan vitamin dan
mineral. Vitamin C, Vitamin A serta zat besi juga boleh diperoleh dalam
sayur-sayuran dan buah-buahan.

# Aras ketiga ayam, daging, ikan, telur, kekacang, susu dan produk
tenusu.
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan.
Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan
magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang
kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan
daging dengan kekacang kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan
serat. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang dhal dan kacang
merah serta hasil kekacang seperti tauhu dan tempe.
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya
dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D.
Contoh hasil tenusu adalah susu, keju, yogurt dan dadih. Pilihlah hasil
tenusu rendah lemak.

# Aras keempat lemak, minyak, gula dan garam


Lemak, minyak dan gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini
terletak di Aras 4 Piramid Makanan. Kumpulan makanan ini dapat
membekalkan tenaga tetapi hanya sedikit sahaja makanan dari kumpulan
ini yang perlu dimakan.

You might also like