You are on page 1of 39

SULIT*

PERCUBAAN STPM 2011

Bahagian A [50 markah]

1.

(a) Terangkan tiga sumbangan perniagaan kepada ekonomi negara.

[3]

(b) Huraikan dengan ringkas maksud perniagaan tahap hiliran dengan memberi contoh
yang sesuai.
[2]
(c) Nyatakan empat fungsi utama dalam suatu proses pengurusan.

[2]

(d) Jelaskan perkaitan antara perancangan dengan pengorganisasian.

[3]

(e) Senaraikan empat alat kawalan pengurusan.

[2]

(f) Terangkan tiga ciri produk menurut Philip Kotler.

[3]

(g) Jelaskan tiga peranan pengurus kewangan.

[3]

(h) Berikan empat sumber pembiayaan jangka pendek.

[2]

(i) Huraikan maksud kemahiran membuat keputusan.

[2]

(j) Jumlah beg dihasilkan Syarikat Budijaya dalam masa lima belas hari adalah seperti
berikut:
23, 66, 62, 45, 88, 53, 45, 35, 70, 12, 71, 59, 42, 45, 78
Berdasarkan data yang diberi di atas, hitung min, mod dan median.

[3]

2. (a) Terangkan tiga kelebihan dan tiga kelemahan pengambilan pekerja mengikut
kaedah sumber dalaman dan sumber luaran.
[12]
(b) Terangkan empat bentuk ganjaran kewangan yang diberi oleh majikan kepada
pekerja mereka.
[4]
(c) Huraikan jenis-jenis pengedaran yang digunakan untuk memasarkan produk berikut:
(i) Minyak masak
(ii) Televisyen
(iii) Jam tangan Rolex
[9]

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

SULIT*

SULIT *

PERCUBAAN STPM 2011

Bahagian B [50 markah]

3. (a) Jelaskan pengaruh pihak-pihak yang berkepentingan berikut mempengaruhi prestasi


sesebuah perniagaan:
(i) Pelanggan
(ii) Pesaing
(iii) Pekerja
(iv) Pembekal
[12]
(b) Sumber pengeluaran bagi menjalankan perniagaan semakin berkurangan. Huraikan
peranan yang boleh dimainkan oleh perniagaan dalam memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna dengan menggunakan sumber yang terhad.
[8]
(c) Terangkan faktor-faktor yang mendorong syarikat tempatan mengembangkan
perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.
[5]

4. (a) Pelajar-pelajar STPM 2011 kini dalam proses persediaan untuk menghadapi
peperiksaan STPM yang akan menentukan masa hadapan mereka. Pelajar-pelajar tersebut
pasti mempunyai motivasi untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM.
(i) Berikan definisi motivasi.
(ii) Berdasarkan situasi di atas, galurkan proses motivasi yang dihadapi oleh pelajar
STPM 2011.
[8]
(b) Huraikan empat kepentingan perancangan dalam sesebuah organisasi.

[8]

(c) Berikut ialah peringkat-peringkat pengurusan di dalam sebuah organisasi:


Encik Zainudin Drahman Ketua Pegawai Eksekutif
Encik Nadzri Mohd Zain Pengurus Pengeluaran
Cik Becky Lim Penyelia Pengeluaran
Huraikan tiga tahap perancangan yang perlu dilaksanakan oleh mereka.

[9]

5. (a) Bezakan di antara pemusatan autoriti dengan pemencaran autoriti dalam pengurusan
organisasi.
[4]
(b) Huraikan dua kelebihan dan dua kelemahan pemusatan autoriti dalam proses
membuat keputusan.
[8]
(c) Pengurus yang berkesan adalah pengurus yang cekap. Jelaskan.

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[13]

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

6.

PERCUBAAN STPM 2011

(a) Huraikan dua perbezaan matlamat kewangan memaksimum kekayaan pemegang


saham dengan memaksimumkan keuntungan.
[4]
(b) Terangkan prinsip-prinsip dalam insurans berikut dengan bantuan contoh:
(i) Kepentingan yang boleh diinsuranskan
(ii) Prinsip penuh percaya
(iii) Prinsip ganti rugi

[9]

(c) Anggaran jualan Syarikat Mesrajaya antara Februari hingga Jun 2010 adalah seperti
berikut:
RM
Februari
100,000
Mac
120,000
April
150,000
Mei
200,000
Jun
300,000
Mengikut amalan industri, jualan tunai biasanya ialah 50% dan bakinya dibayar
sebulan selepas jualan.
Kos belian ialah 60% daripada harga jualan dan syarikat akan membeli bahan mentah
sebulan sebelum jualan. Pembayaran belian akan dibuat sebulan selepas belian.
(i)
Sediakan penyata anggaran kutipan jualan dari Februari hingga Jun 2010.
(ii) Sediakan penyata anggaran pembayaran belian dari Februari hingga Jun 2010.
[12]

7. (a) Huraikan sifat-sifat individu yang berkesan berikut seperti yang dicadangkan oleh
Stephen Covey.
(i) Mulakan sesuatu dengan mengingati matlamat
(ii) Berfikiran menang-menang
(iii) Tajamkan gergaji
(iv) Bersikap proaktif
(v) Lakukan perkara yang utama dahulu
[10]
(b) Encik Rahman merupakan seorang pengurus Syarikat Sinar Cahaya Sdn Bhd iaitu
sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai jenis lampu dan peralatan percahayaan. Beliau
ingin membuka cawangan di Melaka dan sedang berusaha untuk mencari lokasi dan ruang
kedai yang sesuai. Huraikan langkah-langkah yang terlibat dalam proses pembuatan
keputusan yang rasional untuk mencari lokasi dan ruang kedai tersebut.
[15]

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

PERCUBAAN STPM 2011

8. (a) Syarikat Glory Sdn. Bhd. adalah syarikat pengeluar pakaian sukan yang telah
beroperasi selama hampir 10 tahun dan pihak pengurusan bercadang untuk mengembangkan
perniagaannya. Berikut adalah maklumat telah yang diperoleh oleh Syarikat Glory Sdn. Bhd.
sebelum membuat keputusan untuk mengembangkan perniagaannya:
Pilihan Keputusan

Pasaran baik
(RM)

Pasaran
sederhana (RM)

Pasaran meleset
(RM)

Meningkatkan strategi
promosi

60,000

20,000

-30,000

Membuka cawangan baru

85,000

25,000

-40,000

0.3

0.5

0.2

Tidak membuat apa-apa


Kebarangkalian
(i)

Lukis rajah pokok keputusan berdasarkan pilihan keputusan Syarikat Glory Sdn.

(ii)
iii)

Hitung jumlah jangkaan keuntungan bagi setiap pilihan keputusan.


Terangkan keputusan yang perlu diambil oleh syarikat tersebut.

Bhd.
[10]

(b) Encik Choong baru dilantik sebagai eksekutif pemasaran di Syarikat Wawasan Sdn. Bhd.
Semasa tempoh percubaan selama tiga bulan, beliau gagal mencapai sasaran jumlah jualan
yang telah ditetapkan oleh syarikat. Oleh yang demikian, beliau telah diarahkan oleh
pengurus pemasaran untuk menjalankan strategi jualan yang intensif untuk meningkatkan
jumlah jualan tersebut. Walau bagaimanapun syarikat tidak menyediakan pengangkutan dan
pasukan jurujual yang cekap untuk membantunya semasa menjalankan tugas. Setiap kali
beliau hendak keluar untuk memasarkan produk, beliau perlu mendapatkan kebenaran
daripada pengurus pemasaran. Dalam masa yang sama, sekumpulan jurujual baru telah
dipilih oleh syarikat dan beliau telah diarahkan oleh pengurus sumber manusia untuk
memberikan satu kursus asas perakaunan kepada mereka. Situasi ini membuatkan beliau
mengalami ketegangan.
(i)
Berikan maksud ketegangan.
[2]
(ii) Jelaskan empat punca ketegangan yang dialami oleh Encik Choong sebagai
eksekutif pemasaran.
[8]
(iii) Berikan lima cadangan untuk mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh
Encik Choong.
[5]

SOALAN TAMAT

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

PERCUBAAN STPM 2011

SKEMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011


PENGAJIAN PERNIAGAAN 1
Bahagian A

1.

(a) Tiga sumbangan perniagaan kepada ekonomi negara:


i. Membantu meningkatkan pendapatan negara []
Meningkatkan pendapatan kerajaan melalui cukai yang dibayar. []
ii. Meningkatkan kemudahan awam []
Perniagaan membantu mewujudkan kemudahan pengangkutan, infrastruktur
dan perhubungan. []
iii. Mengembangkan industri sampingan []
Industri huluan dapat mewujudkan banyak industri hiliran. []
Contoh: Industri automobil telah mewujudkan industri tayar. []
iv. Mewujudkan penempatan baru []
Perniagaan mendorong kewujudan bandar-bandar baru []
Aktiviti perniagaan menarik ramai penduduk menetap disesebuah kawasan. []
v. Mewujudkan peluang pekerjaan []
Dengan mengambil pekerja dalam kalangan masyarakat setempat untuk
menjalankan aktiviti perniagaan. []
[Pilih mana-mana first tiga fakta diatas, F = m, H = m] [1m x 3 = 3m]
(b) Maksud perniagaan tahap hiliran dengan memberi contoh yang sesuai:
Perniagaan tahap hiliran
Aktiviti perniagaan yang terlibat selepas bahan mentah diperoleh daripada aktiviti
perniagaan huluan. [1]
Contoh: Bagi industri membuat tayar, perniagaan hilirannya ialah perniagaan
pemasangan kereta. [1]
[H = 1m, C = 1m][Jumlah = 2m]
(c) Empat fungsi utama dalam suatu proses pengurusan
i. Perancangan. []
ii. Pengorganisasian. []
iii. Kepemimpinan. []
iv. Pengawalan. []

[2m]

(d) Perkaitan antara perancangan dengan pengorganisasian:


i. Pengorganisasian dan perancangan ialah fungsi pengurusan. [1]
ii. Perancangan dilaksanakan dahulu, diikuti dengan pengorganisasian. [1]
iii. Perancangan
bertujuan
untuk
menetapkan
matlamat,
sedangkan
pengorganisasian bertujuan untuk mengatur sumber-sumber organisasi untuk
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. [1]
[Jumlah = 3m]
(e) Empat alat kawalan pengurusan:
i. Analisis pulang modal. []
ii. Belanjawan. []
iii. Carta Gantt. []
iv. Analisis Teknik Menilai dan Menyemak Program(PERT)/Cara Laluan Genting

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

PERCUBAAN STPM 2011

(CPM). []

[2m]

(f) Tiga ciri produk:


i. Produk teras [] sebab utama dan faedah yang ingin diperolehi pelanggan
setelah membeli sesuatu produk. []
ii. Produk ketara [] ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu produk. []
iii. Produk sampingan [] faedah tambahan yang ingin diperoleh oleh pelanggan.
[]
[Jumlah = 3m]
(g) Tiga peranan pengurus kewangan:
i. Membuat perancangan kewangan berasaskan keperluan perniagaan untuk
beroperasi dan peluang pelaburan yang ada. [1]
ii. Menilai dan memilih sumber pembiayaan yang terbaik. [1]
iii. Menggunakan dana secara berkesan. [1]
iv. Menganalisis dan menggunakan penyata kewangan untuk menilai pelaburan
yang telah dibuat dan mengukur prestasi syarikat secara keseluruhan. [1]
[Pilih mana-mana first 3 peranan = 3m]
(h) Empat sumber pembiayaan jangka pendek ialah:
i. Overdraf []
ii. Kredit perdagangan []
iii. Pemfaktoran []
iv. Surat kredit []
Pinjaman jangka pendek
Kredit pusingan

[1F = m] [ x 4 = 2m]

(i) Maksud kemahiran membuat keputusan:


Kemampuan untuk memilih alternatif terbaik dengan menggunakan kaedah
membuat keputusan yang sesuai seperti statistik deskriptif, analisis sebab akibat dan
sebagainya. [1]
Ia berkaitan dengan kecekapan pengurus dalam mengenalpasti masalah,
menganalisis masalah dan alternatif yang dipengaruhi oleh pengalaman seseorang.
[1]
[Jumlah = 2m]
(j)

Syarikat Budijaya:
1.

Min
= (23 + 66 + 62 + 45 + 88 + 53 + 45 + 35 + 70 + 12 + 71 + 59 + 42 + 45 +
78) 15 []
= 52.93 []

2.

Mod = Bilangan produk yang paling kerap berulang []


= 45 []

3.

Median = 53 [1]

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Jumlah = 3m]

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

PERCUBAAN STPM 2011

2. (a) Tiga kelebihan dan tiga kelemahan pengambilan pekerja mengikut kaedah sumber
dalaman dan sumber luaran.
Sumber dalaman
Sumber luaran
Kebaikan
Kebaikan
1. Tidak memerlukan kos yang
1. Idea baru.
banyak.
2. Pekerja yang lebih berpengetahuan
2. Pekerja yang sedia ada.
dalam penggunaan teknologi.
3. Pekerja lebih mahir dan setia.
3. Lebih produktif.
4. Luas pengalaman.
4. Pekerja lebih bersemangat.
5. Tidak memerlukan latihan dan
5. Mendapat kemahiran baru.
pembangunan yang khusus.

[Pilih mana-mana first 3 di atas = 3m]


[Pilih mana-mana first 3 di atas = 3m]
Kelemahan
Kelemahan
1. Memiliki idea lama yang mungkin
1. Kos meningkat bagi latihan dan
memberi kebosanan kepada syarikat.
pembangunan pekerja.
2. Pekerja yang tidak produktif.
2. Perlukan orientasi kerja dan
3. Kurang bermotivasi dalam
latihan.
melaksanakan tugas disebabkan
3. Mengambil masa yang agak lama
menjadi kebiasaan dalam melakukan
untuk mahir dan memahami
kerja.
budaya organisasi.
4. Kenaikan pangkat menyebabkan
4. Kesilapan dan kelemahan pekerja
kekosongan jawatan kerana tiada yang
akan berlaku pada peringkat awal.
layak.
5. Pekerja yang tidak setia.
5. Pekerja lebih dikenali dan disenangi.
6. Mengurangkan motivasi pekerja
6. Mudah membuat perancangan jangka
sedia ada.
panjang bagi pembangunan kerjaya
7. Tiada maklumat tentang pekerja
pekerja.
baru.
7. Mungkin halangan untuk melakukan
perubahan.
8. Pengetahuan yang sama/tiada kelainan.

[Pilih mana-mana first 3 diatas = 3m]

[Pilih mana-mana first 3 di atas = 3m]


[Jumlah = 12m]

(b) Empat bentuk ganjaran kewangan yang diberi oleh majikan kepada pekerja mereka:
i. Gaji [] ganjaran wang yang diberi bagi setiap tempoh tertentu iaitu sebulan.
[]
ii. Upah [] diberi berdasarkan jumlah hari atau jam bekerja dan berdasarkan
sistem upah. []
iii. Komisen jualan berdasarkan jumlah jualan yang dibuat dan diberikan kepada
agen jualan. []
iv. Bonus tahunan [] berdasarkan prestasi syarikat setiap tahun dan bergantung
kepada jumlah keuntungan syarikat pada hujung tahun. []
v. Elaun [] elaun lebih masa, elaun memangku jawatan, elaun perpindahan dan
sebagainya. []
vi. Pencen [] ganjaran bagi pekerja bila tamat tempoh perkhidmatan. []

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

PERCUBAAN STPM 2011

vii. Tabung KWSP [] simpanan semasa bekerja dan boleh diambil untuk akaun
tertentu sahaja sehingga tempoh perkhidmatan tamat pekerja boleh
mengeluarkan semuanya. []
[Pilih mana-mana first 4 x 1m = 4m]
(c) Jenis-jenis pengedaran yang digunakan untuk memasarkan produk berikut:
(i) Minyak masak
Pengedaran intensif. [1]
Merangkumi liputan yang luas dan maksimum. [1]
Mudah didapati oleh pengguna di merata kedai. [1]
Pengantara pemasaran perlu menyimpan stok produk yang banyak. [1]
(ii) Televisyen
Pengedaran selektif. [1]
Untuk barangan beli belah, istimewa dan industri yang memerlukan usaha
jualan yang berbeza atau khusus. [1]
Pengedaran dihadkan kepada beberapa pengantara di sesuatu kawasan geografi
berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. [1]
Digunakan kerana jumlah pembeli adalah sedikit tetapi pembeli-pembeli
merupakan pembeli besar. [1]
(iii) Jam tangan Rolex
Pengedaran eksklusif. [1]
Untuk produk yang dianggap istimewa oleh pengguna. [1]
Pengedaran dihadkan kepada satu outlet kedai dalam satu kawasan geografi. [1]
Strategi ini menarik untuk pengantara pemasaran kepada usaha yang promosi
dilakukan memberikan faedah eksklusif kepada mereka. [1]
[F = 1m, H = 1][1F + 2H = 3m x 3 = 9m]
Bahagian B
3. (a) Pihak-pihak yang berkepentingan berikut mempengaruhi prestasi sesebuah
perniagaan:
i. Pelanggan
Pelanggan merupakan pembeli @ pengguna kpd produk yang dikeluarkan. [1]
Memainkan peranan yg penting dalam menentukan perkembangan sesebuah
perniagaan kerana mereka merupakan pihak yang menyalurkan pendapatan kpd
perniagaan melalui jualan. [1]
Perniagaan perlu mencari jalan untuk mengetahui keperluan & citarasa
pelanggan supaya keperluan mereka dapat dipenuhi. [1]
Perniagaan perlu meningkatkan kepuasan melalui baranagan yg berkualiti pada
harga yg berpatutan, layanan mesra, memberikan kemudahan kredit, diskaun
dan lain-lain. [1]
Contoh: Pelanggan yg berpuas hati akan membawa lebih ramai pelanggan
manakala pelanggan yg tidak berpuas hati akan membeli daripada pesaing. [1]
ii. Pekerja
Pihak yang menyumbangkan tenaga, masa & kebolehan utk melakukan kerjakerja dalam perniagaan. [1]
Tindak-tanduk pekerja mempengaruhi kejayaan/kegagalan sebuah perniagaan.
[1]
Perniagaan perlu mencari pekerja yg baik supaya segala kerja dilakukan dengan
berkesan. [1]

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

10

PERCUBAAN STPM 2011

Perniagaan perlu mewujudkan satu situasi yg memuaskan hati pekerja untuk


bekerja. [1]
Contoh: Pekerja yang baik dan berpengalaman akan tertarik dengan firma
perniagaan yang memberi gaji yang tinggi dan keselesaan di tempat kerja. [1]
iii. Pesaing
Pesaing adalah perniagaan lain yg mengeluarkan sesuatu barangan untuk
keperluan pelanggan yg sama dlm industri yg sama & cuba menarik pelanggan
dari perniagaan.
Perniagaan harus mengawasi kegiatan-kegiatan pesaing supaya dapat bersaing
dengan lebih baik. [1]
Perniagaan harus menawarkan barangan atau perkhimatan yg lebih berkualiti
drp barangan/perkhidmatan yg ditawarkan oleh pesaing kpd palanggan. [1]
Keadaan ini boleh mengelakkan para pelanggan beralih kpd pesaing yg akan
menyebabkan jualan perniagaan terjejas. [1]
Contoh: Pesaing yang baik dan sengit memberi tekanan kepada perniagaan
untuk mengeluarkan barangan/perkhidmatan yg lebih bermutu. [1]
iv. Pembekal
Pihak yang menawarkan segala keperluan bagi sebuah perniagaan seperti bahan
mentah, pekerja, pengangkutan dan lain-lain. [1]
Perniagaan perlu mempunyai hubungan yg baik dengan pembekal supaya
bekalan dapat dihantar apabila diperlukan. [1]
Hubungan yg baik dengan pembekal membolehkan pembekal menawarkan
bekalan dengan harga yg menarik. [1]
Perniagaan harus memastikan bayaran dibuat kpd pembekal dalam masa yg
ditetapkan supaya pembekal tidak memutuskan bekalan, kerana kehilangan
bekalan boleh menjejaskan aktiviti perniagaan. [1]
Contoh: Pembekal yang tidak dapat membekalkan bahan mentah akan
menyukarkan pengeluaran barangan. [1]
[Pilih mana-mana 3 huraian; 1H = 1m; 3H = 3m x 4 = 12m]
(b) Peranan yang boleh dimainkan oleh perniagaan dalam memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna dengan menggunakan sumber yang terhad:
i. Menentukan jenis barang & perkhidmatan yang akan dikeluarkan [1]
Dengan sumber pengeluaran yang terhad, pengeluar tidak boleh menyediakan
segala jenis barang dan perkhidmatan, tetapi terpaksa memilih kehendak dan
keperluan majoriti pengguna. [1]
ii. Menentukan jumlah barang dan perkhidmatan yang akan dikeluarkan [1]
Jumlah barang & perkhidmatan yang akan dikeluarkan mestilah cukup untuk
memenuhi kehendak & keperluan pengguna bagi mengelakkan pembaziran. [1]
iii. Menentukan cara mengeluarkan barang & perkhidmatan [1]
Pengeluar boleh memilih cara pengeluaran sama ada intensif modal, intensif
buruh ataupun intensif modal dan buruh pada masa yang sama untuk
meminimumkan kos pengeluaran. [1]
iv. Menjual barangan & perkhidmatan kepada pengguna yang memerlukannya
Barang & perkhidmatan yang dikeluarkan perlu melalui proses pemasaran spt.
penjenamaan dan lain-lain untuk memastikan pengguna memperolehi barang &
perkhidmatan yang diperlukan pada harga, kuantitim masa dan tempat yang
sesuai. [1]
[1F = 1m; 1H = 1m; 2m x 4 = 8m]

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

11

PERCUBAAN STPM 2011

(c) Faktor-faktor yang mendorong syarikat tempatan mengembangkan perniagaan mereka ke


peringkat antarabangsa:
i. Dapat mengembangkan pasaran supaya tidak hanya bergantung kepada satu
pasaran yang sudah dipenuhi dengan ramai pesaing yang menawarkan produk
yang lebih berkualiti pada harga yang rendah. [1]
ii. Terdapat peluang pasaran yang lebih baik seperti USA dan Eropah di mana
penduduknya ramai dan mempunyai kuasa beli yang tinggi untuk memberi
keuntungan yang lebih. [1]
iii. Syarikat memerlukan pelanggan yang ramai untuk mencapai ekonomi bidangan
dalam pengeluaran produk di pasaran tempatan. Apabila kos pengeluaran
menjadi rendah, syarikat dapat menawarkan produknya di pasaran asing pada
harga yang lebih murah atau kompetitif. [1]
iv. Terdapat kos upah buruh yang lebih murah seperti di negara China dan
Indonesia lebih murah. [1]
v. Pasaran domestik semakin tepu kerana pengeluaran melebihi keperluan di
pasaran tempatan. Oleh itu, pengeluaran perlu dipasarkan di pasaran luar untuk
mengekalkan prestasi jualan dan keuntungan syarikat. [1]
[5 isi x 1m = 5m]

4.

(a) (i) Maksud motivasi:


Keinginan seseorang [] untuk berusaha [] secara bersungguh-sungguh []
untuk mencapai kehendaknya []
[Jumlah = 2m]
(ii) Proses motivasi yang dihadapi oleh pelajar STPM:
Pelajar STPM ingin mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM
2011. [1]
Pelajar merasa gelisah. [1]
Perasaan resah meransang pelajar untuk bertindak. [1]
Pelajar mengurangkan keresahannya dengan tindakan seperti belajar dengan
bersungguh-sungguh, memberi perhatian dalam kelas, mengambil nota,
membuat rujukan, menghadiri kelas tambahan, tidak ponteng kelas dan lainlain. [1]
Sekiranya pelajar mendapat keputusan STPM yang baik, keresahan pelajar akan
hilang. [1]
Ini disebabkan kehendak pelajar telah tercapai. [1]
[Jumlah = 6m]
[2m + 6m = 8m]
(b) Empat kepentingan perancangan dalam organisasi:
i. Membantu mencapai matlamat organisasi [1]
Perniagaan mempunyai matlamat tertentu yang perlu dicapai dalam masa yang
tertentu. [1]
Strategi yang dirangka akan dilaksanakan untuk mencapai matlamat tersebut.
[1]
ii. Menentukan hala tuju perniagaan [1]
Sebagai panduan untuk menentukan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. [1]
Keputusan boleh dibuat mengenai bila, bagaimana dan siapa yang akan
melakukan tugas. [1]
Meliputi jangka masa pendek dan jangka masa panjang. [1]
iii. Mengagihkan sumber dengan cekap [1]
Sumber diagih kepada jabatan-jabatan. [1]

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

12

PERCUBAAN STPM 2011

Perniagaan boleh memikirkan langkah untuk mengatasi masalah kekurangan


sumber. [1]
Pengagihan sumber dapat dilakukan dengan cekap untuk mengurangkan kos
akibat pembaziran. [1]
iv. Memudahkan proses membuat keputusan [1]
Perancangan strategik dijalankan oleh pengurusan atasan. [1]
Proses membuat keputusan oleh pengurus pertengahan dan pengurus bawahan
akan menjadi lebih mudah. [1]
v. Memudahkan penilaian prestasi [1]
Organisasi telah mempertimbangkan matlamat yang hendak dicapai dan
menyediakan kayu pengukur. [1]
Dengan itu prestasi sebenar dapat dibandingkan dengan yang dirancang bagi
mengesan kesilapan jika ada. [1]
vi. Mengenalpasti peluang dan ancaman masa depan [1]
Pengurus dapat memahami keadaan persekitaran kerana pelbagai maklumat
perlu diperoleh sebelum perancangan. [1]
Dengan itu, risiko dapat diminimumkan kerana pelbagai kemungkinan risiko
telah dikaji dan diiring dengan alternatif yang sesuai. [1]
[Pilih mana-mana first 4 kepentingan, 1F + 1H = 2m x 4 = 8m]
(c) Tiga tahap perancangan yang perlu dilaksanakan:
i. Perancangan strategik dilaksanakan oleh Encik Zainudin Drahman sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif. [1]
Menetapkan matlamat syarikat. [1]
Menggariskan perancangan secara luas dan umum [1]
Dalam satu jangka masa yang panjang iaitu 1ima tahun ke atas. [1]
Sebagai garis panduan panduan kepada subordinat. [1]
Mengambilkira keupayaan organisasi dan persekitaran. [1]
Contoh: Menjadikan syarikat pembekal pakaian wanita yang terbesar di
Malaysia. [1]
ii. Perancangan taktikal dilaksanakan oleh Encik Nadzri Mohd Zain sebagai
pengurus pengeluaran. [1]
Mendukung perancangan strategik. [1]
Dalam satu jangka masa sederhana iaitu satu hingga tiga tahun. [1]
Lebih terperinci dalam skop yang lebih kecil. [1]
Contoh: Jenis-jenis promosi yang perlu dijalankan untuk meningkatkan jualan
pakaian wanita. [1]
iii. Perancangan operasi dilaksanakan oleh Cik Becky Lim sebagai penyelia
pengeluaran. [1]
Mendukung perancangan strategik dan perancangan taktikal. [1]
Mengariskan kerja-kerja yang perlu dijalankan dengan lebih khusus. [1]
Dengan jangka masa yang pendek iaitu mingguan dan harian. [1]
Contoh: Jadual kerja untuk jurujual yang terlibat dalam promosi jualan. [1]
[F = 1m, H = 1m, 1F + 2H = 3m x 3 = 9m]

5.

(a) Perbezaan di antara pemusatan autoriti dengan pemencaran autoriti :

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

13
Aspek
Autoriti dan
kawalan
Penugasan

Pemusatan autoriti
Diturunkan kepada peringkat
pengurusan atasan.
Melibatkan golongan kecil. [1]
Tertumpu dalam membuat
keputusan.
Kurang penyertaan dalam
proses membuat keputusan. [1]

Inovatif dan
kreatif

Kurang kerana tertumpu


kepada pengurus atasan. [1]

Hasil
keputusan
Tempoh
kecepatan
membuat
keputusan

Keputusan yang dibuat lebih


seragam. [1]
Cepat kerana tidak melibatkan
ramai pembuat keputusan. [1]

PERCUBAAN STPM 2011


Pemencaran autoriti
Diturunkan kepada peringkat
pengurusan bawahan.
Melibatkan golongan besar. [1]
Banyak penugasan (aktif) yang
berlaku.
Penyertaan tinggi di kalangan
pekerja bawahan dalam
membuat keputusan. [1]
Tinggi kerana pihak bawahan
dilibatkan dalam membuat
keputusan. [1]
Keputusan yang dibuat adalah
pelbagai. [1]
Lambat kerana melibatkan
ramai pembuat keputusan. [1]

[Perbezaan = 1m, 2 perbezaan x 2 aspek = 4m]

(b) Dua kelebihan pemusatan autoriti dalam proses membuat keputusan:


i. Berfungsi sebagai satu pasukan [1]
Semua pekerja perlu mengikut arahan pengurusan atasan. [1]
Dapat mengelakkan persaingan antara pekerja dalam jabatan yang berlainan. [1]
ii. Mendapat persetujuan daripada pengurus atasan [1]
Pengurusan atasan mengetahui setiap aktiviti yang dijalankan dalam organisasi. [1]
iii. Mudah mendapat kerjasama daripada pekerja [1]
Proses membuat keputusan, pelaksanaan dan penyelarasan akan menjadi lebih
mudah. [1]
iv. Memudahkan pengawalan [1]
Semua pekerja perlu melakukan tugas mengikut arahan yang diberikan. [1]
Ini membolehkan pengurusan atasan pembuat keputusan mengetahui kerja-kerja
yang perlu dilaksanakan dan standard yang perlu dicapai. [1]
[mana-mana first 2 isi x 2m = 4m]
Dua kelemahan pemusatan autoriti dalam membuat keputusan:
i. Beban tugas yang berat [1]
Pihak pengurusan atasan perlu membuat banyak keputusan yang berkaitan dengan
perniagaan setiap hari. [1]
ii. Melambatkan proses membuat keputusan [1]
Kuasa membuat keputusan tertumpu pada seorang individu akan menjejaskan
kelancaran operasi perniagaan kerana perlu menunggu keputusan pihak tersebut. [1]
iii. Motivasi pekerja akan merosot [1]
Pekerja tidak berpeluang melibatkan diri dalam proses membuat keputusan,
sebaliknya mereka perlu menerima arahan daripada orang lain. [1]
Pekerja mungkin merasakan hak dan kebebasan mereka terancam kerana berada di
bawah kawalan seseorang individu yang mempunyai kuasa yang amat luas. [1]
iv. Pekerja tidak dilatih atau lemah untuk membuat keputusan [1]
Kuasa membuat keputusan yang hanya bertumpu pada seseorang individu
menyebabkan pekerja tidak mampu membuat keputusan sendiri dengan bijak. [1]
946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

14

PERCUBAAN STPM 2011

Masalah timbul apabila mereka memegang jawatan yang lebih tinggi namun perlu
bergantung kepada orang lain untuk membuat satu-satu keputusan. [1]
[mana-mana first 2 isi x 2m = 4m][Jumlah = 8m]
(c)

6.

Pengurus yang berkesan adalah pengurus yang cekap.


i. Keberkesanan dan kecekapan merupakan dua konsep pengurusan yang sangat
penting dan perlu difahami oleh seseorang pengurus. [1]
ii. Keberkesanan ialah melakukan perkara yang betul dan sentiasa berusaha ke
arah mencapai matlamat. [1]
iii. Contoh: Matlamat adalah menyiapkan laporan dalam tempoh satu 7 hari.
Pengurus A berjaya menyiapkannya dalam tempoh 4 hari manakala Pengurus B
dapat menyiapkan laporan dalam tempoh 10 hari. Pengurus A dianggap
pengurus yang berkesan. [1]
iv. Kecekapan pula ialah melakukan kerja dengan betul supaya produktiviti adalah
tinggi. [1]
v. Contoh: Pengurus A menggunakan bahan dan sumber yang lebih murah
berbanding Pengurus B namun kualiti laporan kedua-duanya adalah sama.
Pengurus A dianggap lebih cekap daripada Pengurus B.
vi. Pengurus yang berkesan ialah pengurus yang melakukan sesuatu yang betul
iaitu memastikan matlamat yang ingin dicapai dalam proses pengurusan
sesebuah organisasi. [1]
vii. Pengurus akan memastikan dan menentukan objektif yang jelas dan tepat,
kemudian akan bertindak berdasarkan objektif yang telah ditetapkan dalam
organisasi. [1]
viii. Pengurus yang berkesan merupakan pengurus yang sedaya upaya berusaha
untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. [1]
ix. Pengurus tersebut perlu mempunyai ciri-ciri pengurus yang cekap supaya
aktiviti yang dijalankannya dapat memaksimumkan output dengan kos yang
minimum. [1]
x. Selain mencapai matlamat yang ditetapkan, pengurus perlu menghasilkan
produk yang diminta oleh pelanggan seperti produk berkualiti, murah dan
mudah diperoleh pada masa dan tempat yang sesuai. [1]
xi. Oleh itu, pengurus yang berkesan adalah pengurus yang cekap kerana pengurus
yang ingin mencapai matlamat perlu bekerja dengan cekap iaitu yang dapat
memiminumkan kos di samping mengeluarkan produk yang memuaskan
kehendak pelanggan. [1]
xii. Pengeluaran harus dibuat pada kos yang paling minimum dengan
mengoptimumkan penggunaan sumber. [1]
xiii. Pengurus yang cekap akan melakukan sesuatu perkara dengan cara atau kaedah
dikenal pasti lebih berkesan. [1]
xiv. Ini bermakna pengurus terpaksa menggunakan sumber yang ada dengan bijak
tanpa pembaziran. [1]
xv. Pengurus yang cekap menggunakan sumber yang ada dengan memaksimumkan
pengeluaran dan menghasilkan produk yang berkualiti. [1]
[Jumlah = 13m]
(a) Dua perbezaan matlamat kewangan memaksimum kekayaan pemegang saham
dengan memaksimumkan keuntungan.
Aspek
Memaksimumkan kekayaan
Memaksimumkan keuntungan
pemegang saham
Skop
Lebih menyeluruh kerana
Tidak menyeluruh dan lebih

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

15

matlamat

merangkumi matlamat lain seperti


memaksimumkan jualan,
meluaskan pasaran, menjalankan
tanggungjawab sosial,
memaksimumkan untung syarikat
dan lain-lain. [1]
Jangka
Matlamat jangka panjang kerana
masa
semua faktor diambil kira untuk
menentukan hayat perniagaan
yang panjang. [1]
Nilai masa Mengambil kira faktor nilai masa
wang
wang iaitu aliran tunai yang besar
pada awal tempoh lebih baik
berbanding dengan aliran tunai
yang terkemudian kerana wang
tersebut boleh digunakan untuk
pelaburan yang mendatangkan
pulangan yang lebih tinggi kelak.
[1]
Risiko
Mengambil kira risiko di mana
pulangan yang tinggi diharapkan
untuk pelaburan yang berisiko
tinggi atau sebaliknya. [1]

PERCUBAAN STPM 2011


tertumpu kepada keuntungan
semata-mata. [1]

Matlamat jangka pendek kerana


faktor lain telah diabaikan
mengakibatkan hayat perniagaan
mungkin singkat. [1]
Tidak mengambil kira faktor nilai
masa wang iaitu hanya
mementingkan jumlah aliran tunai.
[1]

Tidak mengambil kira risiko


asalkan keuntungan dapat
dimaksimumkan. Dengan itu, jika
gagal tiada sebarang pulangan
yang akan diterima. [1]
Hayat
Lebih panjang kerana syarikat
Lebih singkat kerana syarikat
perniagaan mempunyai matlamat menyeluruh. hanya menumpukan matlamat
[1]
memaksimumkan untung sahaja.
[1]
[1 perbezaan = 1m, 2 aspek x 2 perbezaan = 4m]
(b) Prinsip-prinsip dalam insurans berikut dengan bantuan contoh:
(i) Kepentingan yang boleh diinsuranskan
Sidiinsurans hanya boleh menginsuranskan harta atau nyawa yang mempunyai
kepentingan langsung dengan dirinya. [1]
Ini bermakna apabila risiko yang diinsurankan seperti kemalangan atau
kerosakan berlaku sidiinsurans akan mengalami kerugian. [1]
Prinsip ini bertujuan untuk mengelakkan seseorang mendapat keuntungan
daripada harta orang lain akibat tindakan sengaja merosakkan harta tersebut
untuk menuntut gantirugi. [1]
Syarikat insurans perlu memastikan bahawa kepentingan yang boleh
diinsuraskan benar-benar wujud sebelum bersetuju untuk memberi
perlindungan. [1]
Contoh: Ali boleh menginsuranskan nyawa atau rumahnya kerana dia akan
mengalami kerugian besar apabila nyawa atau rumahnya musnah tetapi dia
tidak boleh menginsuranskan nyawa atau rumah rakannya kerana dia tidak akan
mengalami kerugian apabila kemusnahan berlaku. [1]
(ii) Prinsip penuh percaya
Prinsip merujuk kepada sikap kejujuran di antara sidiinsuranskan dengan
syarikat insurans. [1]
946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

16

PERCUBAAN STPM 2011

Sidiinsuranskan mesti mendedahkan segala maklumat berkaitan dengan risiko


yang diinsuranskan dengan benar. [1]
Syarikat insurans pula mesti mendedahkan segala syarat dalam polisi insurans
dengan jelas. [1]
Pemberian maklumat palsu akan menyebabkan perjanjian insurans terbatal dan
polisi insurans dibatalkan.[1]
Pampasan tidak akan dibayar jika risiko berlaku dan tindakan mahkamah boleh
diambil terhadap pihak yang bersalah. [1]
Prinsip ini diadakan untuk mengelakkan berlakunya penipuan/frod. [1]
Contoh: Ali menginsuranskan rumahnya terhadap kebakaran dengan nilai
lindungan RM200,000. Semasa mengisi borang cadangan, beliau tidak
menyatakan bahawa rumahnya mengandungi bahan-bahan mudah terbakar.
Kebakaran telah berlaku dan kerugian yang ditanggung oleh Ali adalah
RM100,000. Dengan kes ini, pampasan tidak akan dibayar kepada Ali. [1]
(iii) Prinsip ganti rugi
Sidiinsuranskan yang mengalami kerugian akan dibayar pampasan setakat
kerugian yang dialami untuk memulihkan keadaannya kepada sedia kala. [1]
Dengan itu, tiada unsur keuntungan kerana pampasan hanya setakat
menggantikan kerugian yang sebenar dan tidak mendatangkan sebarang
keuntungan kepada sidiinsurans. [1]
Prinsip ini dikecualikan untuk insurans nyawa dan insurans kemalangan kerana
nyawa dan tubuh badan tidak ternilai harganya. [1]
Terdapat 3 prinsip tambahan iaitu prinsip caruman, prinsip subrogasi dan
prinsip insurans limpah. [1]
Contoh: Ali menginsuranskan rumahnya yang bernilai RM200,000 terhadap
kebakaran dengan nilai lindungan RM180,000. Kebakaran telah berlaku dan
kerugian yang ditanggung Ali ialah RM150,000, maka Ali akan dibayar
pampasan sebanyak RM150,000 kerana jumlah tersebut merupakan kerugian
sebenar yang dialaminya. Jika kerugian sebenar ialah RM200,000, Ali akan
menerima RM180,000 sahaja kerana jumlah tersebut merupakan jumlah
maksimum sidiinsuranskan (nilai lindungan). [1]
[1H = 1m, 3H x 3 prinsip = 9m

(c)
Syarikat Mesrajaya
Penyata Anggaran Kutipan Jualan (RM)
FEB
MAC
APRIL
MEI
Jualan Tunai
(50%)
Jualan kredit (50%)
selepas 1 bulan
Jumlah Kutipan
Jualan

50,000 []

50,000[]

JUN

60,000[]

75,000[]

100,000[]

150,000[]

50,000[]

60,000[]

75,000[]

100,000[]

110,000[]

135,000[]

175,000[]

250,000[]

(ii)
Penyata Anggaran Pembayaran Belian (RM)
Pembayaran Belian

FEB
60,000[]

MAC
72,000[]

APRIL
90,000[]

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

MEI
120,000[]

JUN
180,000[]

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *
(1 bulan selepas
belian)
Jumlah
Pembayaran

17

60,000[]

72,000[]

PERCUBAAN STPM 2011

90,000 []

120,000 []

180,000[]

[setiap nilai = m][Jumlah = 12m]

7.

(a) Sifat-sifat individu yang berkesan seperti yang dicadangkan oleh Stephen Covey:
(i) Mulakan sesuatu dengan mengingati matlamat
Setiap individu semestinya mempunyai matlamat supaya sesuatu tugas dapat
dijalankan dengan baik. [1]
Matlamat akan menunjukkan arah yang akan dituju. [1]
Keberkesanan tugas merujuk kepada matlamat yang ditetapkan dalam sesebuah
organisasi. [1]
(ii) Berfikiran menang-menang
Individu yang berkesan ingin memberikan faedah daripada apa yang
dilakukannya kepada semua pihak yang terlibat. [1]
Tidak berhasrat untuk menjatuhkan orang lain untuk mencapai sesuatu
kejayaan. [1]
Rundingan dijalankan untuk mencapai kebaikan dan penyelesaian yang positif
bagi semua pihak. [1]
(iii) Tajamkan gergaji
Individu yang berkesan akan memperkembangkan diri dan mempertingkatkan
kemahiran diri dari semasa ke semasa untuk memudahkan pelaksanaan tugas.
[1]
Aspek-aspek yang perlu dititikberatkan seperti jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI). [1]
(iv) Bersikap proaktif
Tidak menunggu arahan ketua untuk memulakan kerja. [1]
Mengambil tindakan sebelum sesuatu sesuatu terjadi kepada diri, jabatan atau
organisasi. [1]
Mengenal pasti apa yang berlaku pada masa hadapan. [1]
(v) Lakukan perkara yang utama dahulu
Individu yang berkesan akan mengetahui keutamaan dan kepentingan setiap
tugas yang diberikan. [1]
Perlu menyenaraikan senarai semak untuk tugas yang akan dilakukan dan
melaksanakan tugas mengikut kepentingan. [1]
Dalam hal ini, pengurusan masa perlu cekap supaya dapat diselesaikan dalam
tempoh masa yang ditetapkan. [1]
[H = 1m, 5H x 2m = 10m]

(b) Langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan yang rasional untuk mencari
lokasi dan ruang kedai tersebut:
i. Mendefinisikan perkara yang ingin diputuskan [1]
Perkara yang ingin diputuskan ialah mencari lokasi dan ruang kedai di Melaka.
[1]
Mencari lokasi yang strategik, ruang kedai sederhana besar dan seluas 300
meter persegi dengan sewa tidak melebihi RM3,000. [1]
ii. Mengutip maklumat [1]
946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

18

PERCUBAAN STPM 2011

Maklumat dari dalam dan luar syarikat. [1]


Maklumat seperti butiran lokasi (seperti berhampiran dengan pelabuhan, pusat
bandar dan sebagainya), saiz premis (berapa meter persegi), sewa (berapa RM)
dan sebagainya. [1]
iii. Mencari alternatif [1]
Beberapa ruang kedai di lokasi yang berlainan telah dikenal pasti. [1]
Dua atau lebih ruang kedai yang berpotensi dipilih dan dinilai. [1]
iv. Menilai alternatif [1]
Dua atau lebih ruang kedai yang berpotensi ini dinilai satu persatu berdasarkan
kekuatan dan kelemahan setiap lokasi. [1]
Antara kriteria yang diambil termasuk lokasi yang strategik, sewa yang
berpatutan, saiz premis yang memenuhi keperluan syarikat dan wujudnya
kemudahan awam. [1]
vi. Memilih alternatif terbaik [1]
Daripada penilaian yang dijalankan, alternatif yang terbaik dipilih, iaitu dapat
memenuhi sebahagian besar kriteria yang ditetapkan dan memenuhi keperluan
perniagaan. [1]
Contohnya: sebuah kedai dua tingkat bersaiz 290 meter persegi dengan sewa
RM2,600 sebulan dipilih. Kedai ini terletak lebih kurang 10 km dari pelabuhan
dan berhadapan dengan jalan utama dan di hadapannya terdapat tempat letak
kereta. [1]
[F = 1m, H = 1m][1F + 2H = 3m x 5 = 15m]

8. (a)

(i) Rajah pokok keputusan Syarikat Glory Sdn Bhd:


RM60,000 []
B 0.3
S 0.5

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

RM20,000 []
[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

19

PERCUBAAN STPM 2011

M 0.2

-RM30,000 []

SP
B 0.3
CB

RM85,000 []
S 0.5
RM25,000 []

M 0.2
-RM40,000[]
TB
B 0.3

RM0
S 0.5
RM0 []
M 0.2
RM0
[Gambar rajah = 3m]

Petunjuk:
SP Meningkatkan strategi promosi
CB Membuka cawangan baru
TB Tidak membuat apa-apa

B pasaran baik
S pasaran sederhana
M pasaran meleset

(ii) Jumlah jangkaan keuntungan bagi setiap pilihan keputusan


Meningkatkan strategi promosi
= (0.3 x RM60,000) + (0.5 x RM20,000) + (0.2 x RM30,000) []
= RM18,000 + RM10,00 RM6,000 []
= RM22,000 [1]
Membuka cawangan baru
= (0.3 x RM85,00) + (0.5 x RM25,000) + (0.2 x -RM40,000) []
= RM25,500 + RM12,500 RM8,000 []
= RM30,00 [1]
Tidak membuat apa-apa
= (0.3 x RM0) + (0.5 x RM0) + (0.2 x RM0) []
= 0 [1]

[Jumlah = 5m]

(iii) Syarikat perlu membuka cawangan baru memandangkan jangkaan keuntungan yang
diperoleh daripada pilihan keputusan ini adalah yang paling tinggi. [1m]
[Jumlah = 3m +5m +1m = 10m]

(b) (i) Maksud ketegangan:


Keadaan emosi yang kompleks [] dan satu reaksi fisiologi [] dan psikologi []
yang berlaku pada seseorang apabila ia bertindak balas kepada faktor-faktor luaran
di persekitaran [].
[Jumlah = 2m]
(ii) Empat punca ketegangan oleh Encik Choong sebagai eksekutif pemasaran:
946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

20

PERCUBAAN STPM 2011

1. Kekaburan peranan [1]


Kekaburan peranan berlaku apabila Encik Choong tidak begitu pasti tentang
peranan sebenarnya seperti setakat mana kuasa, tanggungjawab dan bentukbentuk keputusan yang boleh dibuat. [1]
Encik Choong tidak mengetahui sasaran sebenar untuk meningkatkan jumlah
jualan syarikat kerana tanggungjawab beliau tidak dimaklumkan dengan jelas
oleh pengurus pemasaran. [1]
2. Konflik peranan [1]
Konflik peranan berlaku apabila pelbagai peranan yang berbeza perlu
dilaksanakan oleh Encik Choong pada satu-satu masa dan tidak tahu yang mana
satu yang harus diberi keutamaan. [1]
Encik Choong menghadapi dilema tentang tugas beliau sebagai eksekutif
pemasaran iaitu sama ada memasarkan produk bagi meningkatkan jumlah jualan
atau memberi kursus asas pemasaran kepada jurujual baru. [1]
Encik Choong keliru yang mana satu tugas yang perlu dibuat dahulu sama
mengikut arahan pengurus pemasaran atau pengurus sumber manusia Syarikat
Wawasan Sdn. Bhd. [1]
3. Keperluan kerja [1]
Pekerjaan sebagai eksekutif pemasaran yang dialami oleh Encik Choong
melibatkan pembuatan keputusan, pengawalan yang serius terhadap orang lain,
pertukaran maklumat yang kerap, keadaan kerja yang kurang memuaskan dan
tugas-tugas yang tidak berstuktur. [1]
Encik Choong tidak disediakan pengangkutan sedangkan kemudahan
pengangkutan amat penting untuk memudahkan beliau bergerak mencari
pasaran. [1].
Encik Choong juga tidak disediakan pasukan jurujual untuk membantunya
menjalankan tugas bagi mencapai sasaran jumlah jualan. [1]
4. Kebebasan peranan/Struktur organisasi [1]
Struktur organisasi di dalam Syarikat Wawasan Sdn. Bhd. menggambarkan
tahap perbezaan dalam organisasi, tahap penggunaan peraturan dan undangundang serta cara membuat keputusan. [1]
Encik Choong tidak diberi hak membuat keputusan sendiri dalam membuat
keputusan dan perlu mendapat kebenaran keluar daripada pengurus pemasaran
apabila membuat kerja luaran untuk memasarkan produk. [1]
Beban tugas
[1F = 1m, 1H/C =1m][2m x 4 = 8m]
Huraian mesti dikaitkan dengan kes
(iii) Lima cadangan untuk mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh Encik Choong:
1. Pihak sumber manusia perlu memberi maklumat lengkap mengenai kursus asas
perakaunan iaitu tempat dan tarikh kursus perlu dijalankan. [1]
2. Ketua beliau iaitu pengurus pemasaran hendaklah memberi kuasa membuat
keputusan kepada Encik Choong seperti tidak perlu meminta kebenaran keluar
untuk memasarkan produk. [1]
3. Tanggungjawab yang diberikan mesti jelas dari segi sasaran kerja seperti jumlah
sasaran jualan yang ditetpkan adalah realistik. [1]
4. Tempoh masa untuk menyiapkan tugas berpadanan dengan bebanan kerja yang
dipikul. [1]
5. Arahan kerja mestilah jelas untuk mengelakkan pertindihan kerja dan
penerimaan arahan dari pengurus pemasaran dan pengurus sumber manusia.

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

SULIT *

21

PERCUBAAN STPM 2011

Beliau seharusnya diberi kemudahan seperti menggunakan kereta syarikat dan sokongan
seperti insentif untuk melaksanakan tugas dengan berkesan.[1]

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

http://edu.joshuatly.com/

[Lihat sebelah
SULIT*

2
Bahagian A [ 50 markah ]
Jawab semua soalan
1 (a) Huraikan tiga peringkat proses sistem maklumat pengurusan bagi sesebuah perniagaan.[3]
(b) Maklumat di bawah dipetik daripada rekod perakaunan sebuah perniagaan.
Aset semasa
Liabiliti semasa
Inventori

RM63,000
RM45,000
RM 6,565

Hitungkan nisbah semasa dan nisbah cepat.

[2]

(c) Nyatakan peranan Credit Guarantee Corporation (CGC) dalam membantu Industri Kecil dan
Sederhana (IKS).

[2]

(d) Terangkan dua tujuan penubuhan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM).

[2]

(e) Jelaskan tiga cara yang melayakkan sesebuah firma menerima status taraf perintis
mengikut Akta Promosi Pelaburan, 1956.

[3]

(f) Berikan tiga cabaran yang dihadapi sesebuah syarikat multinasional.

[3]

(g) Senaraikan dua peranan Persatuan Pengguna.

[2]

(h) Terangkan tiga sebab mengapa kebanyakan firma melaksanakan tanggungjawab sosial
mereka.
[3]
(i) Nyatakan tiga kelebihan komunikasi dua hala.

[3]

(j) Huraikan maksud dekod dalam proses komunikasi.

[2]

2 (a) Terangkan lima pihak luar yang menggunakan rancangan perniagaan seorang usahawan.
[10]
(b) Huraikan rancangan perniagaan dari aspek rancangan organisasi bagi usahawan yang ingin
memulakan perniagaan ikan hiasan dalam akuarium seperti ikan Carp, Flower Horn dan
Arowana.
[15]

946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

Bahagian B [ 50 markah ]
Jawab dua soalan sahaja

3 (a) Terangkan empat jenis laporan yang perlu disediakan oleh seorang pengurus.
(b) Huraikan empat hak pekerja berdasarkan Akta Pekerjaan 1955.

[8]
[8]

(c) Jelaskan tiga syarat tersirat dalam suatu kontrak jualan barang- barang mengikut Ordinan
Jualan Barangan 1957.
[9]
4 (a) Huraikan tiga sumber idea yang membolehkan usahawan mengenalpasti peluangpeluang perniagaan.

[9]

(b) Jelaskan bagaimana usahawan merealisasikan idea sehingga satu produk dapat
dibangunkan.
[8]
(c) Huraikan empat kelebihan sumber pembiayaan berikut:
i.
penjualan saham
ii.
hutang

[8]

5 (a) Huraikan empat perbezaan antara Koperasi Matlom Berhad dengan Kelab Belia Matlom.
[8]
(b) Jelaskan lima prinsip asas bagi Kelab Belia Matlom.

[5]

(c) Terangkan proses penubuhan Kelab Belia Matlom.

[12]

6 (a) Jelaskan empat kepentingan perniagaan antarabangsa.

[8]

(b) Huraikan empat cara kerajaan Malaysia melindungi industri automobil tempatan.

[8]

(c) Jelaskan tiga cara sebuah firma antarabangsa mengatasi risiko pemilik negaraan.

[9]

946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

4
7 (a) Jelaskan lima pihak yang berkepentingan terhadap sesebuah perniagaan. [10]
(b) Encik Razif bekerja sebagai seorang jurutera di Syarikat Pembinaan Suria Sdn. Bhd.
Pihak pengurusan syarikat memberikan kebebasan sepenuhnya kepada Encik. Razif
dalam menjalankan tugasnya. Urusan kerja Encik. Razif memberinya peluang untuk
bergaul dengan orang-orang berpengaruh dan kaya. Beliau tertarik dengan gaya
hidup mereka maka Encik Razif telah mula menyeleweng dalam menjalankan tugasnya.
Dia meluluskan pembelian bahan-bahan binaan daripada syarikat-syarikat yang tidak
berdaftar. Sebagai balasan, beliau telah menerima sogokan dalam bentuk wang dan
hadiah.Situasi ini berterusan sehinggalah sebuah bangunan yang dibina oleh syarikatnya
runtuh.
Berdasarkan kes di atas,
(i) Terangkan tiga faktor yang mendorong Encik Razif untuk melakukan jenayah kolar
putih.
[9]
(ii) Huraikan tiga jenis jenayah kolar putih .

[6]

8 a) Terangkan empat jenis media persendirian yang boleh digunakan dalam sesebuah
perniagaan.

[8]

b) Sebagai pengurus sumber manusia, Encik Saiful perlu mewakili syarikatnya dalam
perundingan dengan kesatuan sekerja berkaitan dengan isu tuntutan bayaran kerja lebih
masa.
Huraikan empat prinsip yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak.

[8]

c) (i) Jelaskan tiga kebaikan menggunakan mesyuarat sebagai satu kaedah komunikasi dalam
sesebuah organisasi.
[3]
(ii) Jelaskan perbezaan di antara komunikasi lisan dengan komunikasi bukan lisan.

KERTAS SOALAN TAMAT

946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

[6]

5
Skema Peperiksaan Percubaan
Pengajian Perniagaan
Kertas 2 (946/2) 2011
1 a) Tiga peringkat proses sistem maklumat pengurusan bagi sesebuah perniagaan
adalah
i.
Input-aktiviti kumpul data mentah dan operasi perniagaan dan persekitarannya
ii.

Pemprosesan-menukar data mentah kepada bentuk yang Iebih bermakna

iii.

Output- memindahkan maklumat yang telah diproses kepada pengguna


(1m - Fakta + Huraian, jawapan mesti urutan)

(b) Pengiraan nisbah semasa dan nisbah cepat adalah


i

Nisbah Semasa

aset semasa
liabiliti semasa

63000
45000
=1.4:1

ii

Nisbah Cepat

aset semasa inventori 45000 - 6565


liabiliti semasa
63000
=0.61:1

( Pengiraan + jawapan =1 m). Formula tiada markah


(c) Peranan Credit Guarantee Corporation (CGC) dalam membantu IKS
-Melaksanakan skim jaminan kredit untuk peminjam IKS yang tidak mempunyai cagaran yang
cukup.
-Membantu usahawan mendapatkan kemudahan pinjaman pada kos yang rendah.
(skim jaminan kredit mesti ada. 2m atau 0m)
(d) Dua tujuan penubuhan MKM adalah
1. mengadakan kursus dalam pengajian koperasi
2. menyebarkan maklumat mengenai koperasi dan kegiatan koperasi kepada ahliahli koperasi dan pihak-pihak yang terlibat
3. mengedarkan bahan-bahan bercetak seperti buku dan majalah kepada organisasi koperasi,
mengenai maklumat perkembangan gerakan koperasi semasa.
4. menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada koperasi.
( Pilih mana-mana 2, 2x 1m=2m)

946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

6
(e) Tiga cara yang melayakkan sesebuah firma menerima status taraf perintis
Mengikut Akta Promosi Pelaburan, 1956
i.
Aktiviti/keluaran firma
ii.
Kandungan bahan tempatan yang digunakan
iii.
Tahap teknologi yang digunakan
iv.
Lokasi industri tersebut
( Pilih mana-mana 3, 3 x 1m=3m)

(f)

Tiga cabaran syarikat multinasional


1. Sosiobudaya
2. Penyelidikan dan pembangunan
3. Tahap teknologi.
4. Hak Cipta dan paten
5. Perubahan Kadar pertukaran asing
6. Satu sistem pempiawaian
7. Politik
8. Ekonomi
9. Peraturan dan Undang-undang
10. Cukai
11. Struktur dan kawalan
[Pilih mana 3, semak 3 teratas, Fakta 1m]

(g)

Dua peranan Persatuan Pengguna adalah


- menerima dan menyiasat aduan
- memberi pendidikan kepenggunaan
- memberi bantuan undang-undang
- menyiarkan maklumat kepenggunaan
- mewakili pengguna
( mana-mana 2 : 2x1=2m)

(h) Tiga sebab mengapa kebanyakan firma melaksanakan tanggung jawab sosial
meningkatkan imej baik perniagaan
kelebihan daya saing
mendapat keyakinan dan kepercayaan masyarakat
membantu menyelesaikan masalah sosial
mengurangkan beban kerajaan
(3 x 1m=3m)
(i) Kelebihan komunikasi dua hala:
boleh bersemuka,
menyelami emosi masing-masing disulami dengan bahasa badan
946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

7
-

dapat memperoleh maklum balas dengan segera


pihak terlibat boleh mengemukakan pertanyaan sekiranya ada kemusykilan
kejujuran dapat dirasai
( Pilih mana-mana 3 x 1m = 3m)
(j) Dekod bermaksud tindakan penerima mentafsir/menterjemah maklumat yang
diterima daripada penghantar kepada makna/maksud maklumat yang difahami
penerima (2m atau 0m)

2 (a) Lima pihak luar yang menggunakan rancangan perniagaan seorang usahawan.
i. Pembiaya

ii. Pembekal

iii. Pelanggan

iv. Pelabur

v. Kerajaan

RP yang baik dapat menggambarkan maklumat kewangan


perniagaan. Ini akan meyakinkan pembiaya seperti bank untuk
memberi pinjaman. RP digunakan oleh bank untuk menilai
sama ada usahawan mampu membayar balik pinjaman @
sebaliknya
RP yang baik & berpotensi akan meyakinkan pembekal untuk
membekalkan bahan mentah @ produk secara jualan kredit @
hutang
Melalui RP pelanggan dapat mengetahui sama ada produk
yang dikeluarkan memenuhi kehendaknya @ tidak. Pelanggan
juga rasa lebih selamat & selesa kerana yakin produk yang
digunakan selamat & bersih.
Untuk mengetahui secara terperinci perniagaan & menilai
sama ada perniagaan itu boleh maju, bersaing @ tidak. Ini
perlu untuk pelabur membuat keputusan melabur dalam
perniagaan itu.
Kerajaan dapat mengetahui sama ada perniagaan yang
dijalankan sah @ tidak & dapat mengukur pencapaian
perniagaan & menilai jumlah cukai yang perlu dibayar oleh
perniagaan itu.

(Fakta 1m, Huraian 1m, semak 5 teratas = 10m)


1. (b) RP dari aspek rancangan organisasi:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Carta organisasi
Kemampuan pengarah untuk mengurus
Ahli pengurusan dan bidang tugas, pengalaman & kelulusan
Pekerja Utama dan tugas
Proses pengambilan pekerja
Insentif kepada pekerja
Aktiviti dan proses pengawasan

(Fakta 1m + Huraian 1m + kaitkan dengan kes 1m, pilih mana-mana 5 x 3m = 15).

946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

3(a) i
-

Laporan bulanan
laporan yang disediakan untuk jangka masa pendek
mengukur prestasi aktiviti pemasaran pada setiap bulan
sebagai alat perbandingan dengan aktiviti pemasaran yang dirancang

ii
-

Laporan tahunan
menilai pencapaian jabatan pemasaran dalam tempoh setahun
pencapaian diukur berbanding perancanagn tahunan yang ditetapkan
berdasarkan laporan pengurus pemasaran dapat dikenalpasti langkahlangkah penambahbaikan yang boleh dilakukan pada tahun akan datang

iii.
-

Laporan suku tahunan


dibuat untuk tiga/enam bulan
sebagai perbandingan dengan laporan pemasaran bagi suku tahun yang
sama tahun sebelumnya
untuk mengenalpasti adakah terdapat peningkatan atau penurunan
dalam pencapaian aktiviti jabatan pemasaran

iv.

Laporan kemajuan

vi. Laporan pertengahan tahun


vii. Laporan berkala
(fakta 1 m = huraian 1 m; 2m x 4 fakta=mak 8m)

(b) Empat hak pekerja berdasarkan Akta Pekerjaan 1955


Hari Rehat
Undang-undang buruh mewajibkan majikan membenarkan pekerjanya mendapat rehat setelah
penat bekerja. Menurut Akta Pekerjaan, setiap pekerja hendaklah, dalam setiap satu minggu,
dibenarkan satu hari rehat sepenuhnya. Sekiranya pekerja dibenarkan hari rehat lebih dari satu hari,
dalam satu minggu, hari rehat yang kedua hendaklah dianggap sebagai hari rehat dibawah maksud
Akta Pekerjaan, 1955, seksyen 59(1).
Contohnya, jika A bekerja dari hari Isnin ke hari Jumaat, hari rehat bagi maksud seksyen ini adalah
hari Ahad. Hari-hari rehat ini tidak terpakai kepada pekerja semasa:- cuti bersalin, cuti sakit dan
ketidakupayaan sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja atau Akta Keselamatan Sosial
Pekerja.
946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

9
Majikan hendaklah menyediakan senarai untuk tujuan memberitahu pekerja dari hal hari-hari yang
dipilih sebagai hari rehat. Sekiranya hari yang sama pada setiap minggu telah dipilih sebagai hari
rehat untuk semua pekerja di tempat kerja itu, senarai bolehlah digantikan dengan mempamerkan
notis di tempat kerja. Notis itu mestilah dipamerkan di tempat yang tidak terselindung,
memberitahu pekerja darihal hari-hari rehat yang telah dipilih.
Bagi sebarang kerja yang dilakukan dalam lebihan waktu kerja pada hari rehat, bayarannya ialah
tidak kurang dari dua kali ganda kadar bayaran pekerja mengikut jam. Bagi pekerja yang dibayar
menurut jumlah kerja yang dilakukan (kadar ikut butir), jumlah yang dibayar ialah dua kali ganda
bagi setiap kerja yang dilakukan pada hari rehat sama ada ketika atau melebihi masa kerja biasa.
Tempoh Kerja
Akta Pekerjaan menetapkan jumlah maksimum bagi seseorang pekerja itu bekerja. Ini tidak
bermakna akta melarang majikan dan pekerja daripada menyetujui jumlah jam bekerja asalkan
tidak melebihi jumlah jam maksimum yang ditetapkan oleh Akta kerana dipercayai pekerja
sebagai manusia biasa sudah tentu tidak mampu bekerja tanpa had. Pekerja tidak dibenarkan
bekerja:

lebih dari 5 jam berterusan tanpa rehat tidak kurang dari 30 minit. (Bagi yang bekerja
selama 8 jam, tempoh rehat sementara ialah tidak kurang dari 45 minit);
lebih dari 8 jam sehari;
lebih dari 10 jam sehari bagi tempoh yang terputus-putus;
lebih dari 48 jam seminggu

(Majikan boleh meningkatkan jumlah jam bekerja kepada 12 jam tetapi tidak boleh melebihi 48
jam seminggu)
Jumlah jam atau tempoh biasa bekerja ertinya jumlah jam bekerja yang disetujui oleh majikan dan
pekerja dalam kontrak perkhidmatan.
Kerja Lebih Masa
Majikan adalah dilarang membenarkan atau mengkehendaki seseorang pekerja itu bekerja lebih
masa melebihi 64 jam dalam satu bulan. Kadar bayaran kerja lebih masa bagi kerja yang dilakukan
pada hari biasa bekerja ialah tidak kurang dari satu setengah kali ganda pada kadar bayaran setiap
jam. Walau bagaimanapun kadar bayaran bagi "kerja lebih masa" pada hari biasa bekerja, hari
rehat dan cuti umum adalah berbeza.
Cuti Umum
Akta Pekerjaan Seksyen 60(D) menetapkan 10 hari cuti umum bergaji dimana empat hari cuti
umum ditetapkan oleh akta dan selebihnya ditetapkan oleh majikan. Empat hari cuti umum adalah
cuti bagi:

Hari Kebangsaan;

946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

10

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong;


Hari Keputeraan Sultan/Raja atau Yang Dipertua Negeri di negeri di tempat pekerja
bekerja sepenuhnya atau sebahagian besarnya di negeri tersebut; Hari Wilayah
Persekutuan bagi pekerja sepenuhnya atau sebahagian besarnya di Wilayah Persekutuan;
dan Hari Pekerja

Sekiranya mana-mana dari 10 hari cuti umum itu jatuh pada hari rehat, hari berikutnya hendaklah
menjadi hari cuti umum bergaji. Jika hari cuti umum jatuh pada hari-hari yang dinyatakan di
bawah ini, majikan hendaklah memberikan hari lain sebagai hari cuti gantian bergaji sepeti cuti
sakit, cuti tahunan, ketidakupayaan sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja atau Akta
Keselamatan Sosial Pekerja.
Cuti Tahunan
Setiap pekerja berhak mendapat cuti tahunan. Sungguhpun begitu, jangka masa cuti tahunan
tidaklah tetap; ia berubah mengikut jangka masa perkhidmatan seseorang pekerja itu berkhidmat
dengan majikannya.
Mengikut seksyen 60(E), pekerja berhak mendapat cuti tahunan bergaji bagi setiap dua belas bulan
perkhidmatan yang berterusan di bawah majikan yang sama:
a. 8 hari jika jangka masa perkhidmatannya kurang dari 2 tahun;
b. 12 hari jika jangka masa perkhidmatannya ialah antara 2 hingga 5 tahun;
c. 16 hari jika jangka masa perkhidmatannya lebih dari 5 tahun
Cuti tahunan hendaklah diberikan oleh majikan dan diambil oleh pekerja dalam masa dua belas
bulan setelah tamatnya tempoh dua belas bulan perkhidmatan berterusan. Pekerja yang gagal
mengambil cuti tahunan dalam tempoh yang ditetapkan akan kehilangan cuti tersebut. Walau
bagaimanapun, pindaan dibuat pada tahun 1989; pekerja berhak kepada bayaran sebagai ganti cuti
tahunan itu, jika atas permintaan majikannya, dia bersetuju secara bertulis untuk tidak mengambil
cuti tahunannya.
Cuti sakit
Pekerja yang sakit tidak dikehendaki untuk bekerja. Akta Pekerjaan memeperuntukkan hak cuti
sakit kepada pekerja tetapi pekerja tersebut mesti mengesahkan bahawa dia sakit.
Di bawah seksyen 60 F (1), seseorang pekerja adalah berhak mendapat cuti sakit setelah diperiksa:
a. oleh doktor gigi seperti yang didefinisikan dalam Akta Pergigian 1971;
b. oleh pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh majikan; atau
c. jika tiada pengamal perubatan dilantik, atau dalam kes tertentu pengamal perubatan yang
dilantik itu tidak boleh didapati dalam masa dan jarak yang munasabah, pekerja bolehlah
dirawat oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar atau pengawai perubatan.

946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

11
Perbelanjaan rawatan atau pemeriksaan doktor adalah ditanggung oleh majikan. Dalam setahun
pekerja berhak mendapat dua belas hinga dua puluh hari cuti sakit bergaji bergantung pada jangka
masa perkhidmatan.

(c ) Empat syarat tersirat dalam suatu kontrak jualan barang-barang.


1.
Syarat tersirat mengenai hak milik
- penjual mesti mempunyai hak milik yang sah terhadap barangan
yang hendak dijual atau hendak dipindahkan kepada pembeli- pembeli
-penjual yang tidak mempunyai hak milik yang sah terhadap barangan yang hendak dijual,
dianggap melakukan perlanggaran syarat tersirat yang membolehkan pembeli menamatkan kontrak
2.
Syarat tersirat mengenai jualan mengikut deskripsi / keterangan /perihalan
-jualan berasaskan deskripsi bahawa barang tersebut hendaklah sama, berpadanan dan secocok
dengan deskripsi yang diberi oleh penjual
-adalah satu perlanggaran syarat tersirat jika barang tersebut hanya berpadanan dengan sampel
tetapi tidak secocok dengan deskripsi

3.
Syarat tersirat mengenai mutu atau sesuai bagi maksud / kualiti dan kelayakan
-barang yang dibeli mestilah berkualiti dan dapat memenuhi tujuan ianya dibeli
-mengguna pakai prinsip caveat emptor yang bermaksud pembeli
perlu memeriksa dan berhati-hati terhadap barangan yang dibeli
-penjual tidak berkewajipan untuk memastikan bahawa barang yang
dijualnya mestilah berkualiti atau dapat memenuhi sesuatu tujuan

4.
Syarat tersirat jualan melalui sampel / contoh
-syarat tersirat wujud di dalam jualan melalui sampel di mana
-keseluruhan barang itu hendaklah secocok dengan sampel tentang mutu
-pembeli diberi peluang yang berpatutan untuk membandingkan keseluruhan barang dengan
sampel sebelum membuat penerimaan
-dari pemeriksaan munasabah, tiada terdapat kecacatan yang boleh menjadikannya tidak bermutu
dagangan.
Fakta 1m, Huraian 2 x 1m atau Huraian + Contoh
4 x 3m = 12m (max 13m)
4.(a) Tiga sumber idea mengenal pasti peluang perniagaan
1. Pelanggan idea , keperluan dan kehendak yang disampaikan oleh pelanggan
kepada peniaga.

946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

12
2. Produk sedia ada produk yang telah ada di pasaran, mendapat sambutan ramai atau produk yang
boleh diperbaiki dari segi kualiti, kegunaan, pembungkusan dan lain-lain.
3. Syarikat/Pesaing perniagaan yang dimiliki oleh orang lain yang mendapat pasaran yang
meluas,mempunyai produk yang boleh ditiru, dibesarkan saiznya atau diubah konsep
pengurusannya.
4. Pengalaman dan kemahiran membuka perniagaan berdasarkan pengalaman kerja atau latihan
yang diikuti untuk sekian waktu.
5. Saluran pengedaran maklum balas pengedar tentang potensi pasaran, maklum balas pengguna dan
lokasi pengedaran.
6. Penyelidikan dan Pembangunan usaha penyelidikan yang menghasilkan produk baru yang lebih
berkualiti, menarik dan ekonomik.
7. Paten hak mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima oleh syarikat yang
membolehkan syarikat memiliki kelebihan persaingan.
8. Juru perunding khidmat nasihat dan kajian juru perunding yang boleh dijadikan sumber
mewujudkan perniagaan baru.
9. Dasar kerajaan dasar pembangunan perniagaan mengikut sektor seperti pertanian, pelancongan,
perindustrian, pendidikan dan sebagainya yang membuka ruang untuk penubuhan perniagaan baru.
10. Media dan bahan cetak pembacaan dan penelitian perkembangan terkini perniagaan, produk dan
sebagainya di dalam dan luar negara
(Pilih mana-mana 3 dan Semak 3 jawapan pertama Fakta 1m + Huraian 1m + Contoh 1m)

(b) Proses merealisasikan idea:


i.

Tahap idea
-kenal pasti idea-idea yg menjanjikan kejayaan
-idea yg kurang praktikal dibuang di peringkat mi
-kaedah penilaian yg digunakan ialah senarai semakan, penilaian
sistematik pasaran
-di mana setiap idea produk baru dinyatakan dalam bentuk nilai
utamanya, merit dan faedah.

ii.

Tahap konsep
-idea dibangunkan dan disaring melalui interaksi dengan pengguna
melibatkan pengeluaran secara fizikal

tanpa

-idea yg tlh disaring diuji bagi menentukan penerimaan pengguna


-dari bakal pelanggan atau ahli-ahli saluran pengedaran
-menilai ciri kebaikan/kelemahan produk
-kaedah temuduga dgn responden terpiih

946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

13
iii.

Tahap pembangunan produk


-sebilangan panel pelanggan diberikan contoh produk
-mengetahui reaksi pengguna terhadap produk fizikal
-pengguna memberi maklum balas terhadap kebaikan dan kekurangan
produk tersebut.

iv.

Tahap ujian pemasaran


-ujian pasaran dilakukan bagi meningkatkan keyakinan terhadap kejayaan di
peringkat komersial
-ujian pasaran memberi hasil sebenar jualan
-menunjukkan tahap penerimaan pengguna

( Fakta 1m Huraian 1m, 4 x 2m = 8m)

(c)

Empat kelebihan sumber pembiayaan berikut :


4 kelebihan penjualan saham
i.
meningkatkan imej syarikat
ii.
saham tidak perlu dibayar balik
iii.
dapat menarik dan mengekalkan sumber manusia yang penting dalam firma
iv.
pemegang saham boleh mencampuri urusan syarikat
4 kelebihan hutang
i.
kos modal bagi hutang rendah bergantung kepada jumlah
pinjaman dan pembayaran balik
ii.
proses pinjaman adalah cepat dan mudah
iii.
perlindungan cukai daripada pembayaran faedah
iv.
pemberi hutang tidak terlibat dengan pengurusan syarikat

( 1m untuk setiap isi, 1m x 8 = 8m)


5

a. Lima prinsip asas Kelab Belia Matlom


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Keanggotaan secara sukarela


Pengurusan secara demokrasi
Pertubuhan faedah bersama/mempunyai matlamat yang
dikongsi bersama
Tidak mementingkan keuntungan
Memberi kebajikan kepada masyarakat
Tidak mempunyai pemilik

( Setiap satu 1m, 5 x 1m = 5m )


946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

14

b. Perbezaan di antara Koperasi Matlom Berhad dengan Kelab Belia Matlom.


Ciri
Perbezaan
Tujuan

Kawalan
undangundang
Keahlian
Kawalan
Pengurusan

Sumber
kewangan

Koperasi Matlom Berhad

Kelab Belia Matlom

Memberi perkhidmatan dan


kebajikan kepada ahli
meningkatkan taraf
sosioekonomi
Ditubuhkan di bawah Akta
Koperasi 1948 ( Pindaan 2007)

Mengutamakan faedah ahli dan


kepentingan masyarakat dan
bukannya bermotif keuntungan

Minimum 100 orang ahli dan


tidak terhad jumlah ahlinya
Di bawah tanggungjawab ahli
lembaga koperasi yang dilantik
dalam mesyuarat agung tahunan
berdasarkan prinsip demokrasi
iaitu satu undi tanpa mengira
jumlah pegangan saham
Daripada yuran ahli dan
penjualan saham kepada ahli

Minimum 7 orang ahli dan tidak


terhad jumlahnya
Jawatankuasa dipilih dalam
mesyuarat agung di mana ahli
mempunyai hak untuk
mengundi. Semua ahli
berpeluang menjadi pemimpin
dan ahli jawatankuasa
Daripada yuran ahli, derma dan
hadiah yang disumbangkan oleh
pihak tertentu
Pendaftar Pertubuhan
Tiada pembahagian untung.
Untung dimasuk balik ke dalam
tabung bagi faedah ahli atau
membantu orang ramai yang
memerlukannya

Pendaftaran
Jabatan Pembangunan Koperasi
Pembahagian Dibahagikan kepada ahli dalam
untung
bentuk dividen mengikut jumlah
saham dibeli
Dividen adalah terhad, 6% bagi
koperasi kredit dan bank, 10%
bagi koperasi biasa kecuali
mendapat kebenaran daripada
Ketua Pendaftar Koperasi
Pengurusan
Pemasaran

Tertumpu kepada aktiviti dan


kepentingan yang dapat
dinikmati oleh setiap ahli serta
menambah keahlian

Ditubuhkan di bawah Akta


Pertubunhan 1966

Tertumpu kepada aktiviti untuk


menambah bilangan ahli dan
mencari penaja yang boleh
memberi sumbangan kewangan
kepada kelab

(Mana-mana 4 ciri, 4 x 2m = 8m)


c)

Proses Penubuhan Kelab Belia Matlom:


1.

Mesyuarat Penubuhan ( )
- Keahlian minimum 7 orang (1)

946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

15
- Mesti seorang belia tempatan berusia 18 hingga 40 tahun (1)
- Tujuan mesyuarat:
i. Persetujuan penubuhan ( )
ii. Nama dan alamat pertubuhan ( )
iii. Lantik Ahli jawatankuasa ()
iv. Menyediakan dan meluluskan undang-undang kecil ( )
2.

Pendaftaran ( )
- Daftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di daerah atau
negeri (1)
- Dokumen pendaftaran perlu ditandatangani oleh dua orang
pemegang jawatan utama (1)
- Yuran pendaftaran perlu dijelaskan kepada Pendaftaran
Pertubuhan (1)
- Dokumen diperlukan:
i. Borang permohonan ( )
ii. Senarai jawatankuasa penaja ( )
iii. Undang-undang kecil ( )
iv) Minit mesyuarat ( )

3. Pertubuhan tidak akan menjalankan sebarang aktiviti sehinggalah permohonan pertubuhan di


luluskan (1)
4. Sijil perakuan pendaftaran akan dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan sebagai pengesahan
pendaftaran. (1)
(Langkah mestilah mengikut turutan)
Kaitkan dengan Kelab Belia Matlom, walau sekali, jika tidak o markah

[12]

6.(a) Empat kepentingan perniagaan antarabangsa


1. Mendapat pasaran baru/meluaskan pasaran menyediakan pasaran yang lebih luas
merentasi benua.
2. Memperoleh sumber pengeluaran mendapat kelebihan sumber pengeluaran yang lebih
berkualiti, murah dan cekap seperti modal, buruh dan peralatan.
3. Memperoleh teknologi baru berupaya memperolehi teknologi terkini dalam sesuatu
bidang seperti teknologi maklumat, pengeluaran dan pembuatan.

946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

16
4. Meningkatkan pengetahuan pengurusan/kepakaran menambah kemahiran pengurusan
seperti pengurusan sumber manusia, pengurusan pelaburan, pengurusan pasaran dan
teknikal.
5. Meningkatkan imej firma imej firma semakin meningkat di mata rakan niaga luar
negara atau pesaing, serta kakitangan sendiri.
6. Pempelbagaian mempelbagaikan jenis produk atau perkhidmatan, mengurangkan
risiko perniagaan menerusi usahasama dengan organisasi luar negara yang lebih cekap.
7. Meningkatkan pulangan atau keuntungan firma meluaskan perniagaan, meningkatkan
hasil dan menambah untung kepada firma
8. Memperoleh Tukaran Asing
9. Meningkatkan/memperbaiki Imbangan Dagangan dan Imbangan Pembayaran
10. Meningkatkan Peluang Pekerjaan
11. Mengeratkan kerjasama dan hubungan antarabangsa
12. Meningkatkan pendapatan/pertumbuhan ekonomi negara
(Pilih mana-mana 4 dan Semak 4 jawapan pertama Fakta 1m + Huraian 1m,
4 x 2 (8 markah)

(b) Empat cara kerajaan Malaysia melindungi industri automobil tempatan:


i.
Tariff tariff import akan meningkatkan harga kereta asing jika banding dengan
kereta tempatan
ii.
Kuota mengehadkan bilangan kereta asing yang di bawa masuk
iii.
Kempen beli barangan tempatan melalui promosi dan tawaran istimewa
iv.
Taraf perintis- pengecualian cukai bagi tempoh tertentu untuk kereta tempatan
v.
Peletakan harga harga yang lebih rendah atas kereta tempatan berbanding kereta
asing dari kelas yang sama
(Fakta 1m Huraian 1m, 4 x 2m = 8m)

c. Tiga cara sebuah firma antarabangsa mengatasi risiko pemiliknegaraan


i.

ii.
iii.
iv.

Kawalan sendiri keatas elemen terpenting operasi mengekalkan kawalan atas


elemen terpenting yang digunakan dalam operasi contoh KFC mengawal sendiri
bekalan dari syarikat induk
Rancangan pemberhentian pelaburan secara berperingkat membuat perjanjian
dengan Negara tuan rumah penyerahan di masa hadapan
Menggunakan hutang tempatan- membuat pinjaman dari bank tuan rumah
Menggunakan buruh tempatan tuan rumah tidak perlu menggaji sendiri rakyat
mereka

946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

17
v.

Membeli insurans pelaburan- membeli insurans risiko politik yang disediakan oleh
Negara tuan rumah.

(Fakta 1m + 1 Huraian + 1 contoh/huraian, 3m setiap satu).


5. lima pihak yang berkepentingan terhadap sesebuah perniagaan
Pemilik
perniagaan

Pembekal

Pelanggan

Kerajaan

Pekerja

Pesaing

Pemegang
saham
Pembiaya

Masyarakat

Tidak menjaga kepentingan alam sekitar contohnya pembuangan


sisa-sisa toksik, pembebasan asap-asap kilang, bunyi bising, tidak
menjalankan perniagaan mengikut undang-undang. Contoh: tiada
lessen
Membayar secara hutang
Tidak mengeksploitasi pembekal
Tidak tawar pada harga terlalu rendah
Mematuhi syarat kredit yang telah dipersetujui
Tidak mengaut keuntungan besar
Tidak menyimpan stok@ barang
Menyesuaikan barang dengan peredaran masa
Mengeluarkan barangan berkualiti
Mengeluarkan barangan yang selamat digunakan
Mematuhi undang-undang
Menjalankan perniagaan yang sah
Tidak membayar cukai yang ditetapkan
Perlu menjalankan tanggungjawab sosial
Menggunakan sumber-sumber negara dengan sebaik mungkin
Tiada diskriminasi dalam pengambilan pekerja
Menyediakan tempat kerja selesa dan selamat
Gaji dan upah yang berpatutan
Menjaga kebajikan pekerja. Contoh: insurans, kemudahan
Bersaing secara sihat
Tidak memburuk-burukkan pesaing
Tidak menjatuhkan pesaing
Memberi maklumat kewangan yang tepat
Memberi dividen
Berusaha untuk mengembangkan syarikat
Bayar balik pinjaman
Membayar ikut jadual
Tidak sembunyikan maklumat syarikat
Menjaga alam sekitar
Mengubahsuai produk mengikut kemudahan, keperluan masyarakat
Menjaga, mengambil kira kepentingan masyarakat
Menggunakan sumber-sumber dgn baik

(Fakta 1m + Huraian 1m = 2m x 5 = 10m)


b.(i) Terangkan tiga faktor yang mendorong Razif untuk melakukan jenayah kolar
946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

18
putih.

[9]

Kelemahan kawalan pengurusan dalaman organisasi


-pihak pengurusan syarikat pembinaan tersebut tidak menyelia dengan sempurna tugas
Razif maka ia memberi kesempatan untuk beliau melakukan jenayah kolar putih
Faktor individu
-kekurangan keimanan dan ketaqwaan dalam diri Razif menyebabkan dirinya tidak
mengamalkan nilai-nilai murni.
Faktor persekitaran
-pengaruh daripada rakan-rakan yang hidup mewah

(Fakta 1m+ 1 Huraian + 1 Kaitkan kes, 1m x 3 =9m)


(ii) Huraikan tiga jenis jenayah kolar putih .
i. rasuah
- dengan niat salah, menerima daripada seseorang atau memberi kepada
seseorang apa-apa suapan sebagai dorongan atau upah untuk melakukan
sesuatu perbuatan yang berkait dengan urusan rasmi.
ii. penyelewengan
- tindakan menyalahgunakan harta yang diamanahkan kepadanya
melakukan penipuan yang boleh mendatangkan kerugian
iii. pecah amanah
- menyalahgunakan harta yang telah diamanahkan hak penjagaannya
menggunakan harta pejabat untuk kegunaan sendiri
iv. konflik kepentingan
- tindakan seseorang menunjukkan tanda-tanda percanggahan antara
kepentingan peribadi dengan kepentingan tugasnya
v. penyalahgunaan kuasa
- seseorang menggunakan kedudukan dan jawatannya untuk memenuhi
keperluan peribadi
meluluskan tender untuk kepentingan syarikat sendiri
( Fakta 1m, Huraian 1m: 3 x 2 = 6m) mesti kaitkan dengan kes

8. (a) Empat jenis media persendirian yang boleh digunakan dalam sesebuah perniagaan
i) Memo
- dilakukan secara formal dan khusus kepada penerima
- mesej disampaikan kepada individu tertentu
- penerima mesej perlu ambil tindakan segera terhadap perkara yang
946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

19
terkandung dan tertulis dalam memo tersebut
ii) Telefon
- dilakukan secara peribadi dan rasmi
- segera dan mudah dihubungi
- mendapat liputan yang luas
iii) Pengumuman
- ditujukan kepada sesiapa saja
- dilakukan dengan komunikasi lisan
- penggunaan suara dan bahasa yang mudah difahami
Iv. Papan kenyataan
- ditujukan kepada sesiapa saja
- dilakukan dengan komunikasi bertulis
- penggunaan tulisan dan bahasa yang senang difahami
( Fakta 1, huraian 2= mak 8)
(b) Empat prinsip berunding secara berkesan adalah
i. Responsif tindak balas rasional
ii. Bersopan sebagaimana sepatutnya ikut situasi, budaya kedua-dua pihak
iii. Saling bantu membantu antara kedua-dua pihak
iv. Bertolak ansur cuba fahami antara satu sama lain
v. Objektif yang jelas tujuan berunding
vi. Jangan tergesa-gesa
vii. Elakkan kebuntuan
viii. Beri sepenuh perhatian semasa berunding
( Pilih mana-mana 4, fakta 1 , huraian 1 = 8m)

(c) i) Tiga kebaikan mesyuarat adalah


- keputusan yang dibuat merupakan keputusan yang baik
- hasil keputusan yang dibuat boleh diterima pelbagai pihak
946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

20
- mengambil kira pandangan pelbagai pihak
- meningkatkan kefahaman pihak yang terlibat
( Terima mana-mana 3, 3x1m = 3m)

ii) Perbezaan di antara komunikasi lisan dengan komunikasi bukan lisan adalah
Komunikasi Lisan

Komunikasi Bukan Lisan

Melibatkan penggunaan tutur


kata dalam menyampaikan
sesuatu mesej

Melibatkan penggunaan isyarat atau


bahasa badan, memek muka dan
bahasa isyarat dalam menyampaikan
sesuatu mesej

Melibatkan percakapan secara


langsung antara penghantar
maklumat dengan penerima
maklumat

Melibatkan penggunaan pengantaraan


atau orang tengah atau pihak lain
untuk menyampaikan mesej

Penyampaian mesej boleh


diperkukuh dengan
menggunakan komunikasi bukan
lisan.

Penyampaian mesej tidak boleh


diperkukuh dengan menggunakan
komunikasi lisan kerana komunikasi
bukan lisan tidak melibatkan
pertemuan atau percakapan secara
langsung antara penghantar dengan
penerima maklumat

Cth. Perasaan marah boleh


diluahkan dengan cara
meninggikan suara atau melalui
memek muka yang bengis dan
dahi yang berkerut
Alat media yang lazim
digunakan ialah telefon dan
media elektronik

Alat media yang lazim digunakan


ialah surat dan media cetak

( Terima mana-mana 3, 1fakta, 1m. 3fakta x2m = 6m)

SKEMA JAWAPAN TAMAT

946/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

http://edu.joshuatly.com/

SULIT *

You might also like