You are on page 1of 2

Latihan Bahasa Malaysia Tahun 4

Tajuk : Kata Ganti Nama Tunjuk

NAMA :

TARIKH:

ARAHAN : Isikan ruang kosong dengan jawapan yang sesuai.

sana

situ

sini

itu

ini

1. Rumah mewah di seberang jalan ________ milik Encik


Ngah.
2. Cikgu, ________ yuran sekolah saya, kata Siti
sambil menyerahkan wang kepada gurunya.
3. Saya akan berpindah ke Pulau Pinang. Di _________
saya akan bersekolah di SK Jit Sin
4. Di __________ lah daya terjatuh semalam, kata Kok
Heng sambil menunjukkan kawasan di bawah sebatang
pokok.
5. Rahman, sila datang ke _________, kata Cikgu Liza
kepada Chee Fei.

Usaha KUNCI KEJAYAAN, Malas KUNCI kegagalan


PETIKAN DIALOG

Gerai Yang Bersih

RAHMAN : Selamat pagi Syeika . Awak nampak berseri hari ini.


SYEIKA : Selamat pagi Rahman. Terima kasih kerana puji Syeika. Awak
pun apa kurangnya, kemas dan segak.
RAHMAN : Syeika, saya nak tanya awak ini. Pernah tak awak pergi ke
Gerai Mak Long di Kampung Beluru?
SYEIKA : Ooo pernah Rahman. Saya pernah ke gerai itu. Di situlah saya
dan emak saya makan nasi lemak tempoh hari. Makanan di gerai
itu sungguh sedap sehingga menjilat jari.
RAHMAN : Betul kata awak itu Syeika. Bukan sahaja makanan yang
sedap tetapi tahap kebersihan di gerai itu sungguh
memuaskan.
SYEIKA : Betul! Walaupun gerai itu jauh di sana, saya tetap pergi ke gerai
itu kerana makanan yang bersih bebas daripada kuman.
RAHMAN : Patutlah nasi lemak di gerai itu sedap. Hmmm .... perut dah
lapar ini Syeika. Mari saya belanja awak makan.
SYEIKA : Di mana Rahman? Di gerai Pak Mat sebelah kampung sini ?
RAHMAN : Eh, bukanlah . .kita pergi ke Gerai Mak Long di Kampung
Beluru itu.
SYEIKA : Wah, seronoknya. . .jom Rahman!

You might also like