You are on page 1of 3

AKTIVITI PERGERAKAN

Melakukan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan dengan melibatkan
konsep pergerakan kesedaran tubuh badan, ruang, beban dan perhubungan.

LANGKAH-LANGKAH
Langkah 1

PENERANGAN
Guru pelatih membahagikan kumpulan kepada dua kumpulan yang
terdiri daripada kumpulan 1 dan kumpulan 2. Setiap kumpulan terdiri
daripada 4 orang ahli. Antara alatan yang digunakan ialah kon besar,
kon kecil, gelung, bola tampar, bola baling, bola ragbi, bola tenis,
bola ping pong, belon, bakul, baton dan sudu.

Langkah 2

Murid-murid diberi taklimat syarat-syarat yang perlu dipatuhi semasa


melaksanakan pergerakan di setiap stesen yang ditetapkan.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi :
1. Kumpulan boleh memulakan aktiviti pergerakan di manamana stesen yang terpilih.
2. Kumpulan yang dapat melaksanakan aktiviti pergerakan di
kesemua stesen dengan baik dianggap sebagai pemenang.
3. Jika terdapat ahli kumpulan yang tidak melaksanakan aktiviti
pergerakan dengan betul dan tepat di setiap stesen,
kumpulan tersebut dianggap kalah.

Langkah 3

Murid-murid dilepaskan dengan tiupan wisel.


Stesen 1
Pergerakan
Alatan

: Lokomotor
: Bola Pingpong dan sudu

Pelaksanaan :
Bergerak secara lurus dalam kumpulan, sebelah tangan memegang
pinggang rakan di hadapan sebelah tangan lagi mengimbang bola
pingpong atas sudu secara tangan didepa ke sisi secara berselang
seli diantara orang hadapan dan belakang. Bergerak sejauh 10
meter.

Stesen 2

Pergerakan
Alatan

: Bukan Lokomotor
: Gelung (Hula Hoop) dan bola tampar

Pelaksanaan :
Imbangan gelung menggunakan 4 orang ahli. Orang tengah
beroperasi sebagai penyokong kepada ahli kiri dan kanan. Orang
tepi memusing gelung manakala orang tengah melantun bola tampar
sebanyak 10 kali.
Stesen 3
Pergerakan
Alatan

: Lokomotor
: Bola baling

Pelaksanaan :
Dengan kedudukan melentang dengan tangan dan kaki menyokong
badan bergerak secara sisi dengan bola baling di atas badan,
bergerak sejauh 3 meter secara bergilir-gilir dalam kumpulan.

Stesen 4
Pergerakan
Alatan

: Bukan Lokomotor
: Belon berisi air dan bakul

Pelaksanaan :
Lambung belon kepada pasangan dalam jarak 3 meter, tepuk tangan
sebanyak dua kali sebelum menyambut belon. Ulang perlakuan
sebanyak 5 kali.
Stesen 5
Pergerakan
Alatan

: Lokomotor
: Kon Besar, Kayu dan pundi kacang

Pelaksanaan :
Merangkak melalui halangan sambil tangan kanan menimbang pundi
kacang.

Stesen 6
Pergerakan
Alatan

: Bukan Lokomotor
: Bola Ragbi

Pelaksanaan :
Duduk membelakangkan rakan dan menggolekkan bola mengelilingi
badan sebanyak 10 pusingan.

Stesen 7
Pergerakan
Alatan

: Lokomotor
: Bola Tenis dan Bakul

Pelaksanaan :
Bongkokkan badan sebelah tangan letak di belakang badan
manakala sebelah tangan dengan jari telunjuk di atas lantai pusing
badan ikut pusingan jam sebanyak 10 pusingan, kemudian ambil
bola tenis dan masukan ke dalam bakul yang diletakkan 5 meter
dihadapan. Secara berkumpulan bergilir-gilir.
Stesen 8
Pergerakan
Alatan

: Bukan Lokomotor
: Batang Penyapu

Pelaksanaan :
Membongkok dan menghulur kayu di bawah kangkang yang dibuka
seluas bahu ke hadapan dan apabila kayu sampai ke hadapan,
orang hadapan memegang kayu dengan dua belah tangan secara
melintang seterusnya menghulur kepada orang belakang sehingga
kepada orang belakang sekali. Aktiviti diulang sebanyak 5 kali.
Langkah 4

Refleksi dilakukan bersama guru pelatih dan murid-murid dengan


melawat di setiap stesen.

You might also like