You are on page 1of 4

Membina Item Kajian Kes 3

1. Kenalpasti tajuk.
Tajuk
a. Asas Kepada Perdagangan
b. Perniagaan Antarabangsa
c. Promosi
Bidang pembelajaran
a. Jenis pengkhususan
b. Jenis dokumen perniagaan antarabangsa
c. Halangan dalam perniagaan antarabangsa
d. Media elektronik
2. Kenalpasti soalan.
Aras 1
a. mengenalpasti bentuk pengkhususan
b. mengenalpasti dokumen perniagaan antarabangsa
Aras 2
a. menjelaskan halangan dalam perniagaan antarabangsa
b. memilih media pengiklanan yang sesuai bagi mempromosikan sesuatu
keluaran.
3. Bina kes mengikut soalan yang dikehendaki.

Kajian Kes.
Baca kes dibawah dengan teliti.
Encik Marjani merupakan seorang graduan perakaunan lulusan Pacific Lutheran
University, Tacoma, Washington, Amerika Syarikat. Setelah tamat pengajiannya, beliau
menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan. Dengan sokongan bapa mertuanya,
beliau menubuhkan Marjani Sendirian Berhad.
Marjani Sendirian Berhad merupakan syarikat yang mengeluarkan produk susu awal
lembu dengan menggunakan jenama Marjani Plus. Syarikatnya mendapat bekalan bahan
mentah dari New Zealand. Dalam proses mengimport, beliau menghadapi berbagai-bagai
halangan seperti masalah dokumentasi yang rumit. Beliau terpaksa menyediakan Sijil
Asal Usul dan Invois Konsular sebagai memenuhi syarat mengimport .Dalam urusan
perniagaan dengan syarikat luar negeri, beliau tidak menghadapi masalah bahasa kerana
beliau fasih dalam berbahasa Inggeris.
Produk susu awal lembu Syarikat Marjani telah berjaya menguasai 20% pasaran susu
awal lembu di Malaysia. Baru-baru ini, beliau menghadapi persaingan dari pengeluar
lain. Selama ini, beliau hanya menggunakan media bercetak seperti risalah dan katalog
untuk mempromosikan keluarannya. Beliau bercadang untuk meningkatkan lagi jualan
syarikatnya dengan menggunakan media pengiklanan yang lain.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:
a. Nyatakan jenis-jenis pengkhususan yang diamalkan oleh negara yang
membekalkan bahan mentah kepada Marjani Sendirian Berhad.
(4 markah)
b. Apakah Sijil Asal Usul dan Invois Konsular dalam perniagaan antarabangsa?
(4 markah)
c. Selain daripada masalah dokumentasi, terangkan halangan-halangan lain yang
dihadapi oleh Marjani Sendirian Berhad?
(8 markah)
d. Huraikan 3 media elektronik yang sesuai untuk meningkatkan jualan Marjani
Plus.
(9 markah)

SKEMA JAWAPAN.
a. i. Pengkhususan mengikut kawasan
- New Zealand mempunyai iklim/lokasi geografi/sumber
bahan mentah yang sesuaI
ii. Pengkhususan antarabangsa
- New Zealand mengkhusus dalam pengeluaran susu kerana
iklim/faktor geografi/tingkat teknologi.

1m
1m
1m
1m

b i. Sijil Asal Usul


-maklumat tentang negara asal pengeluar/New Zealand
-dikeluarkan oleh negara pengeksport/New Zealand
-untuk kegunaan kastam negara pengimport/Malaysia

1m
1m
1m

ii. Invois Konsular


-kebenaran untuk pengeksport/New Zealand membawa masuk
barang
-dikeluarkan oleh kedutaan pengimport/Malaysia di negara
pengeksport/New Zealand
-pengeksport perlu mengisi borang ini dengan menyatakan
jenis barang dan harga barang yang dieksport dan diserahkan
kepada kedutaan negara pengimport untuk pengesahan.
c.i. Prosedur Kastam dan pelbagai sekatan perniagaan
-Pelbagai borang perlu diisi

1m
1m
1m
(max 4)
1m
1m

ii. Penggunaan matawang yang berlainan


-setiap Negara mempunyai matawang sendiri
-nilai/kadar matawang berbeza/berubah

1m
1m
1m

iii.Risiko yang tinggi


-kerosakan/kehilangan/lain-lain yang bersesuaian

1m
1m

iv. Cara pembayaran yang berbeza


-cara pembayaran rumit/bil perintah bayar /kredit berdokumen
-undang-undang dan syarat yang berbeza

1m
1m
1m

v. Keadaan politik
-kestabilan politik sesebuah Negara sukar diramalkan

1m
1m

vi- Masalah sukatan dan timbangan


- sistem sukatan dan timbangan yang berlainan
vii- Standard dan syarat import
- Malaysia mewajibkan logo halal
d. i. Televisyen
- berkesan kerana dapat dilihat dan didengar
-dapat menyampaikan maklumat secara meluas
-peniaga boleh menaja rancangan tertentu yang bersesuaian
dengan barang keluaran.
ii.Radio
-liputan yang sangat meluas
-kos mengiklan lebih murah daripada televisyen
-peniaga boleh iklan barang dengan menaja sesuatu
rancangan di radio.
iii. Internet
-mempromosikan perniagaan dengan lebih meluas
-boleh mengadakan homepage/laman web
-kos murah
-menarik kerana menggunakan teknik seperti suara, warna
dan animasi.
-pertanyaan dan penjelasan boleh diterima serta-merta
iv.Lampu neon
-berkesan pada waktu malam kerana dapat dilihat dari jauh
-menarik perhatian pelanggan/ jenama/lambang/nama
barang dengan warna yang menarik
v.Skrin besar
-menjadi tumpuan orang ramai/tarik perhatian
pelanggan/boleh dilihat dari jarak jauh
-kos pengiklanan lebih murah berbanding iklan di
televisyen

1m
1m
1m
1m
Mana-mana 4x2
(Max 8)
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
Mana-mana 3x3
(Max 9)

You might also like