You are on page 1of 2

Panduan Untuk Homestay Teks : Khairunnisa Hamzahara Assalammualaikum pembuka

bicara Hari ini mari kita bercerita tentang rumah (aset) yang dijadikan Homestay (Inap Desa).
Jika dirujuk pada Wikipedia, Homestay (Inap Desa) ialah rumah orang awam yang
menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi
menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan
terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya. Konsep inap desa dapat
menambah pendapatan penduduk tempatan seperti orang kampung tradisional. Saya selaku
salah seorang anak yang membantu menyediakan, mengurus dan memasarkan homestay bapa
saya yang terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi akan berkongsi sedikit sebanyak macam
mana untuk menjadikan rumah (aset) kita sebagai Homestay. KRITERIA Disini ada beberapa
keadaan yang rumah (aset) tersebut digalakkan untuk dijadikan Homestay:- Rumah Yang
Dibeli tidak diduduki Rumah Yang Disewa tidak diduduki Rumah Yang Dibeli /Disewa
berada di lokasi pelancongan Rumah Yang Dibeli/Disewa berada di lokasi institusi
pembelajaran dan pekerjaan Bagi kes bapa saya, beliau telah membeli sebuah unit pangsapuri
5 tingkat yang mempunyai kemudahan lift, taman permainan, parking, rumah sampah, kedai
mini, dan pegawai keselamatan. FAKTOR-FAKTOR MENJADIKAN UNIT KEPADA
HOMESTAY Kami sekeluarga sepakat menjadikan unit ini sebagai homestay atas sebabsebab berikut:- Berada di kawasan yang strategik (UKM, UPM dan lain-lain) Tidak diduduki
(perlu pasif income untuk membayar ansuran bulanan) Unit Pangsapuri kecil dan mudah
diuruskan oleh keluarga sahaja Unit berada di bahagian atas sekali Unit tidak menghadap unit
yang lain tetapi menghadap bukaan tangga dan pemandangan Menerima tiupan angin di
kawasan korridor Mempunyai korridor yang luas dari unit lain. Sesuai untuk aktiviti bersantai
dan bbq CARA PEMBAYARAN Alhamdulillah...setakat ini, permintaan sangat tinggi
sehinggakan kami perlu mensyaratkan bagi mereka yang nak booking unit tersebut pada
tarikh-tarikh tertentu perlulah mendepositkan sejumlah wang bagi semalam. Jika tetamu ingin
menginap 3 malam, tetamu perlu mendepositkan harga deposit 3 malam. Kemudian apabila
tetamu sampai dan check in, tetamu perlu bayar baki bayaran dan deposit lain pula sebagai
jaminan kebersihan dan peralatan homestay kami. Apabila check out, tetamu akan
dipulangkan semula wang deposit jaminan tadi. Mudah bukan? KEUNTUNGAN Bagaimana
keuntungan boleh dibuat dengan homestay? Contohnya: Kos Pembelian Unit Rumah =
RM90,000 (unit apartment jenis kos rendah) Bayaran Ansuran Bulanan = RM500 sebulan
atau Kos menyewa rumah = RM500 sebulan Menghias unit = Kos perabot rm2000-rm5000
(limitkan budget) Kos kelengkapan elektrikal rm2000 (termasuk aircond) Kos peralatan
Dapur rm1000 (termasuk peti sejuk saiz kecil) Total = rm 5000-rm10000 Yuran sewa unit
semalam = RM150 semalam contoh tetamu ingin tinggal 3 hari = rm150 x 4 = rm600 (baru 4
hari dah dapat tampung ansuaran bulanan/kos sewa rumah Jika sewa untuk sebulan atau lebih
seminggu, boleh nego secara lump sump sebagai harga belas kasihan (dah untung tak perlu
market kan unit itu pada jangka masa panjang) misalnya rm1500 sebulan (fully furnish and
equipment) kos api dan air ditanggung sendiri oleh tetamu/penyewa. TARGET
TETAMU/PENYEWA Apabila lokasi homestay di tempat yang strategik, hampir setiap hari
ada tempahan homestay. Misalnya lokasi kami di bandar baru bangi, hot spot bagi pelajar ,
peniaga dan pekerja swasta mahupun kerajaan. Apabila tiba musim konvokesyen, tempahan
bertalu dan tetamu menginap beberapa malam Apabila tiba musim perayaan tetamu terdiri
daripada mereka yang ingin menziarah keluarga atau peniaga yang ingin menjalankan
perniagaan di bandar baru bangi Apabila hari biasa, tempahan biasanya daripada pekerja yang
bertugas atau perlu berkursus di Niosh dan sebagainya . Mereka ingin bawa keluarga sekali
dan perlu menginap dalam tempoh yang agak lama. Di bandar baru bangi juga merupaka
pusat perubatan dan pusat kebajikan islam seperti Darussyifa, Pusat rawatan Az-zahrah dan
juga Aman Palestin. Jadi kami menerima tetamu dari kalangan petugas, pesakit dan kaum
keluarga yang datang menziarah. Oleh kerana kami berhampiran UKM dan UPM, kamis ering

menerima tempahan dari kalangan pelajar berbangsa arab yang sedang buat master. mereka
bawa keluarga dan perlukan penginapan. Kita perlu senaraikan dahulu siapa target
tetamu/penyewa kita berdasarkan kemudahan/pusat / institut yang berada di sekeliling unit
kita. MARKET cara market kan homestay kita mudah saja. Jika tidak mahu marketkan secara
fizikal (pasang banner/bunting), boleh juga lakukan secara alam maya seperti iklankan di
mudah.my , facebook, blog atau pun website. Jangan lupa marketkan kepada kenalan dan juga
saudara mara. Turut penting untuk marketkan pada jiran sekeliling unit sebab ada juga jiran
yang buat kenduri khawin dan keluarga dari jauh perlukan tempat tidur tetapi rumah mereka
tidak muat dan sempit. Jadi pilihan utama mereka pasti kepada homestay yang kita sediakan.
Mudah bukan? DOKUMEN Dokumen lain yang boleh membantu pengurusan Homestay
menjadi lebih cekap, effisyen dan dipercayai adalah dengan adanya :- Buku daftar masuk
tetamu Borang check in Borang check out Borang maklumbalas Buku resit Fail salinan IC
tetamu MENGHIAS UNIT Tak perlu susah untuk menata rias homestay. Asalkan tahu
konsepnya, ia akan nampak kemas dan menarik. Mengwujudkan ruang ruang berehat dan
menonton ruang makan ruang masak bilik tidur (sekurang-kurang nya 3 bilik) bilik air
(sekurang-kurangnya 2 billik air) Lengkapkan Dengan Perabot Set Meja makan (sekurangkurangnya untuk 4 orang) Sofa (sekurang-kurangnya untuk duduk 3 orang) Meja Kopi (Side
table) Katil queen saiz di bilik tidur utama (bilik saiz paling besar) Katil queen saiz/2 katil
single di bilik kedua (bilik saiz sederhana) Katil single / katil saiz single bersama tilam sorang
di bawah katil (bilik saiz kecil) Almari di bilik tidur utama (sekurang-kurangnya 2 pintu)
Almari di bilik kedua / tempat sangkut pakaian/ penyidai Almari satu pintu / hampaian pada
bilik ketiga Perabot dapur (untuk letak tempat memasak, rice cooker dan kettle) Sediakan
peralatan elektrik Peti sejuk saiz kecil Rice Cooker saiz kecil/sederhana Tempat masak (boleh
juga disewakan bersama gas bila tetamu/penyewa ruquest) Air cond Air panas (water heater)
Iron (Setereka) Kettle TV Kelengkapan lain untuk Keselesaan Set pinggan mangkuk dan sudu
garfu Tisu Towel Alas kaki Carpet Sejadah Telekung Kain pelekat Al-quran Pasu bunga Iron
board Lukisan / hiasan dinding rak kasut Tong sampah sabun pencuci pinggan mangkuk
kelengkapan bilik air HOMESTAY KAMI SEKELUARGA Homestay kami belum la sehebat
mana. Cuma ia boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berniat atau baru nak
memulakan perniagaan homestay ini bagi menjana pendapatan tambahan atau pendapatan
utama HUBUNGI KAMI Bagi menempah unit Homestay kami di Bandar Baru Bangi seksyen
7 boleh hubungi 0123963025 atau 0197720507 Bagi mengetahui lebih lanjut atau ingin
bertanya berkenaan homestay dan sebagainya boleh email ke
khairunnisahamzahara@gmail.com //KHAIRUNNISA HAMZAHARA//
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

You might also like