You are on page 1of 26

ABSTRAK

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan
sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.
Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama
mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang
kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan. Kepercayaan yang hanya
melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama.

Sebaliknya,

agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Agama-agama yang berbeza mempunyai
pandangan yang berbeza mengenai Tuhan. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat
Tuhan.

Begitu juga perbezaan pandangan dari elemen agama segi kebahagiaan, keadilan,

perpaduan, kemanusian dan amanah.

Dalam kajian ini kita cuba meninjau pandangan-

pandangan daripada tokoh-tokoh agama mengenai elemen-elemen agama yang dinyatakan


sebentar tadi berdasarkan dua agama iaitu agama Islam dan agama Kristian. Kajian ini adalah
untuk memberi kefahaman kepada masyarakat dan juga untuk menambahbaik hubungan etnik di
Malaysia bahawa setiap agama mempunyai pandangan tersendiri untuk melayari kehidupan di
muka bumi ini.

PENDAHULUAN
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaannya iaitu pada tahun 1957 proses pembangunan telah
mula mengorak langkah. Jika sebelum ini negara dikenali sebagai sebuah kerajaan yang agak
mundur pada ketika itu era kemerdekaan merupakan batu loncatan untuk menuju tahap negara
membangun. Kini gagasan wawasan 2020 menuntut agar Malaysia dan rakyatnya bersatu bagi
merealisasikan misi menjadi sebuah negara maju.
Namun, perlu diingat terdapat beberapa elemen penting yang harus diambil kira sebagai
kayu pengukur untuk melihat sejauh mana kita mampu menggapai matlamat menjadi sebuah
negara maju menjelang tahun 2020 kelak. Elemen-elemen yang dimaksudkan itu adalah
kemajuan bidang ekonomi, kestabilan dalam pentadbiran atau politik negara serta faktor
hubungan etnik yang harmonis. Tumpuan kali ini ialah melihat sejauh mana keutuhan hubungan
etnik rakyat Malaysia yang mempunyai latar belakang yang pelbagai mampu menjamin
keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan juga kestabilan politik. Keharmonian ini juga
dilihat sebagai satu titik tolak kematangan sebuah pemerintahan kerajaan yang mempunyai
lapisan rakyat dari pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan.
Pengalaman hitam 13 Mei 1969 di mana berlakunya rusuhan kaum sentiasa kekal dalam
lipatan sejarah Malaysia dan bertitik tolak daripada peristiwa inilah kepentingan menjaga
keharmonian hubungan etnik sentiasa menjadi keutamaan. Pengalaman tersebut memberi impak
yang cukup kuat dalam usaha negara membangunkan imejnya di mata dunia dan sehingga ke
hari ini barisan pemimpin tertinggi begitu komited menjaga kelestarian hubungan etnik agar
pisang tidak berbuah dua kali. Semangat toleransi dan hormat-menghormati sesama kaum
kerap menjadi slogan perpaduan negara bertujuan sebagai alat pemangkin permuafakatan sejagat

Konsep-konsep Asas dalam Hubungan Etnik di Malaysia.


Antara usaha awal dalam mendidik rakyat agar lebih prihatin, sensitif dan percaya akan kekuatan
muafakat adalah melalui proses pendidikan. Proses ini melibatkan pelbagai peringkat samada
rendah hinggalah ke tahap yang lebih tinggi bertujuan untuk memupuk benih-benih kesatuan
antara pelbagai lapisan kaum di Malaysia. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita melihat terlebih
dahulu pengertian konsep-konsep penting iaitu masyarakat, budaya dan juga perpaduan. Ini
kerana ketiga-tiga elemen tersebut berhubung kait antara satu sama lain dalam konteks
keharmonian hubungan etnik di Malaysia.
Apakah itu Masyarakat? Kamus Dewan (DBP) tahun 2005 memberi pengertian bahawa
masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang tinggal bersama di suatu tempat tertentu serta
mengamalkan tatacara hidup, nilai atau aturan hidup tertentu juga. Di dalam kelompok manusia
yang hidup bermasyarakat ini wujud satu pola atau bentuk pergaulan yang juga dikenali sebagai
hubungan sosial. Hal ini berlaku kerana mereka kebanyakannya datang dari kawasan, budaya
dan kepercayaan yang berbeza-beza. Selain itu juga, semangat gotong royong, konsep kejiranan,
inginkan keamanan, harmoni, kestabilan pemerintahan dan banyak lagi unsur muafakat menjadi
antara faktor mengapa manusia mahu hidup bermasyarakat.
Ciri-ciri penting sebuah masyarakat itu juga cukup untuk menjelaskan mengapa manusia
perlu saling bergantung antara satu sama lain dan membentuk sebuah komuniti lestari. Antara
ciri unik itu adalah manusia hidup secara berkelompok, mempunyai budaya yang berbeza, saling
berkomunikasi, mengalami perubahan, memerlukan satu bentuk kepimpinan pusat dan
mempunyai aturan social seperti status, kasta, kelas dan lain-lain lagi.

Konsep yang seterusnya ialah budaya yang pada asalnya terhasil daripada cantuman bahasa
Sanskrit dan Melayu yakni budhi serta daya. Sekali lagi Kamus Dewan (DBP), 2005
mendefinisikan budaya sebagai satu tahap kemajuan pemikiran, kal budi iaitu cara berfikir, cara
berkelakuan dan sebagainya yang berkaitan. Dalam erti kata yang lain, konsep ini
menggambarkan suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan manusia dan ianya turut
meliputi sistem sosial, politik, agama, adat resam, kepercayaan, sistem politik, organisasi
ekonomi dan nilai. Budaya adalah bersifat paradoks dan tercipta melalui kesanggupan
masyarakatnya. Ada sesetengah budaya yang mengambil elemen budaya luar untuk mengisi
kekosongan sebagai alternatif pengkayaan budaya asal dan kesimpulannya konsep ini berperanan
sebagai kaedah untuk memupuk kesedaran kebangsan dan kenegaraan yang bercirikan
kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan juga mental. Selain itu juga, budaya mampu membina
imej sebuah negara yang berdaulat dengan identiti dan keperibadian yang tersendiri.
Perpaduan pula merujuk pada suatu proses penyatupaduan seluruh masyarakat dan
negara agar setiap anggotanya berupaya membentuk satu nilai dan identiti tersendiri di samping
menyemai rasa cintakan negara serta banggakan tanah air. Justeru, ketiga-tiga konsep yang
dinyatakan di atas sebenarnya menjadi intipati penting dalam kewujudan hubungan etnik di
Malaysia dan kepentingan memelihara kesemua elemen ini perlu selalu dijaga agar kekuatan asas
hubungan kaum boleh sentiasa terpelihara agar peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969 tidak
berulang kembali.
Konsep-konsep yang mempengaruhi Hubungan Etnik.
Terdapat 5 subkonsep lain di bawah elemen masyarakat yang dilihat mencerminkan serta
mempunyai pengaruhnya sendiri ke atas keutuhan hubungan etnik di Malaysia. Subkonsep yang
dimaksudkan adalah etnik, ras, prejudis, stereotaip dan juga diskriminasi.
4

a. Konsep Etnik.
Didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama
juga seragam termasuklah adat resam, pakaian, bahasa mahupun kegiatan ekonomi setempat.
Ianya berkait rapat dengan Ras dan Bangsa yang memberi penekanan kepada perbezaan
fizikal dan biologi antara sesama manusia (Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin,
2006).
b. Konsep Ras.
Sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan berbentuk kolektif melalui ciriciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, mata dan rambut juga lain-lain.
Kebiasaannya warna kulit akan menjadi penanda perbezaan ras seseorang itu.
c. Konsep Prejudis.
Ditakrifkan sebagai suatu bentuk pandangan negatif mengenai ahli, seseorang atau pun
kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang individu atau kelompok etnik
tertentu. Tidak bersifat terbuka dan sering kali bertukar menjadi stereotaip. Ciri lain adalah
ianya lahir tidak pada dasar yang tepat, jelas dan kabur.

d. Konsep Stereotaip.
Stereotaip pula merujuk pada kenyataan-kenyataan umum yang bersifat negatif juga terhadap
sesuatu atau kumpulan etnik lain. Terdapat juga gambaran-gambaran tertentu yang berlebihan
tentang suatu perlakuan samada yang baik atau buruk terhadap orang lain. Keadaan
stereotaip wujud hasil daripada pertembungan dua atau lebih kumpulan etnik yang berbeza.
Di Malaysia sahaja sering berlaku keadaan bersifat stereotaip ini kerana rakyatnya terdiri
dari lapisan masyarakat majmuk yang berbilang bangsa, agama serta kepercayaan. Contoh
yang paling sesuai untuk menggambarkan elemen ini adalah kenyataan seperti semua orang
Arab itu beragama Islam dan kedekut itu sikap orang Belanda.
e. Konsep Diskriminasi.
Merupakan satu manifestasi buruk melalui prasangka negatif terhadap orang lain dan ianya
mudah berlaku jika terdapat elemen prejudis atau stereotaip kerana kedua-dua elemen ni
mampu menjadi pencetus utama senario ini. Diskriminasi bermaksud pandangan, pemikiran
dan kepercayaan berunsur negatif semata-mata oleh seseorang atau kumpulan etnik lain
terhadap individu mahupun golongan etnik yang lain. Elemen ini juga boleh wujud andai ada
unsur pilih kasih atau perbuatan membandingbezakan kumpulan etnik lain berdasarkan
hanya ciri-ciri etnik sahaja.

KAEDAH KAJIAN

Dalam membuat kerja kursus ini kami telah menggunakan kaedah temubual untuk tujuan
pengumpulan data. Temubual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu
pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Seringkala dalam
kajian ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian
dokumentasi ataupun catatan dairi seseorang. Pengkaji perlu berhubung melakukan hubungan
face-to-face. Lazimnya terdapat dua teknik temubual iaitu temubual berstruktur dan temubual
tak berstruktur.
Temubual berstruktur adalah aktiviti perbualan dan soaljawab di mana bentuk dan
kandungan soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang
tertentu sahaja.

Manakala temubual tidak berstruktur merupakan aktiviti perbualan dan

soaljawab yang mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapatkan faktafakta tertentu.

Soalan-soalan terbuka (open-ended questions) dikemukakan dan pelbagai

jawapan boleh diperolehi dari respondan.


Dalam kajian ini kita telah menggunakan teknik temubual tidak berstruktur, dimana
tokoh-tokoh agama iaitu agama Islam dan Kristian telah ditemubual dan meminta pandangan
mereka mengenai elemen agama dari segi kebahagiaan, keadilan, perpaduan, kemanusian dan
amanah mengikut pandangan dan agama masing-masing yang bertujuan untuk membuat
penambahbaikkan hubungan etnik dikalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Kelebihan teknik temubual tidak berstruktur ini adalah ia memberi peluang pengkaji meneroka
secara mendalam dan member kesempatan kepada peserta mengambil masa berfikir, berbualbual dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri.

Adakalanya, respondan boleh meminta penjelasan dari pengkaji ataupun menyoal pengkaji.
Temubual tidak berstruktur lazimnya diadakan dalam situasi tidak formal. Pada masa temubual
itu, pengkaji boleh juga melakukan pemerhatian tentang tingkahlaku respondan dan memberi
komen serta menyoal secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah disediakan
terlebih dahulu.

ANALISIS

Mengikut pandangan Agama Islam

1. Definisi Hubungan Etnik


Firman Allah Taala;
Wahai manusia, Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki
dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara
kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh Allah maha
mengetahui, maha teliti ( Surah al-Hujarat ayat 13).

Hubungan etnik menggalakkan taaruf, berkomunikasi dan bergaul dengan semua orang
tanpa ada diskriminasi.

2.

Konsep / elemen mengikut kacamata Islam Kebahagiaan, Keadilan, Perpaduan,


Kemanusiaan dan Amanah
i.

Kebahagiaan

Kebahagiaan terdiri daripada kebahagiaan dunia dan akhirat. Setiap perkara mahmudah
yang dilakukan dan diredhai Allah S.W.T dan Rasulullulah S.A.W membawa kepada
kesejahteraan kepada dunia dan akhirat.
ii.

Keadilan

Adil adalah meletakkan sesuatu (sesuai ) pada tempatnya. Bukan bermaksud sama
banyak atau sama rata atau seimbang dalam semua perkara. Adil dan samarata adalah
berbeza.

iii.

Perpaduan

Perpaduan dilihat dari tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu 'marof'
manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu 'mungkar'.Oleh itu
adalah menjadi satu kewajipan terhadap orang Islam untuk menjaga perpaduan.

iv.

Kemanusiaan

Allah SWT telah melebihkan manusia atas segala makhluk yang lain. Dimana manusia
diciptakan dari himpunan dua unsur iaitu tanah dan ruh Allah, diciptakan sebaik-baik
kejadian dan dibekali dengan akal dan sarana-sarana penyempurna yang lain agar benarbenar siap menjadi makhluk yang paling mulia. Sebagaimana juga telah ditaklukkan dan
ditundukkan makhluk-makhluk yang lain untuk memenuhi keperluannya. Semua ini
dimaksudkan agar kemungkinan manusia menyempurnakan amanah sebagai khalifah dan
hamba yang beribadah dan memakmurkan bumi sesuai dengan petunjuk Tuhannya.
Firman Allah SWT: Dan telah Kami muliakan anak cucu Adam dan Kami membawa
mereka didaratan dan dilautan dan Kami beri mereka rizki dari hal-hal yang baik dan
Kami telah lebihkan mereka atas kebanyakan dari makhluk yang kami ciptakan. (QS.
Al-Isra:70).

10

v.

Amanah

Firman Al-Quran:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul
dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu,
sedang kamu mengetahui." (Al Anfaal 27)
Amanah adalah satu tanggungjawab yang besar. Allah memberi nikmat yang besar
kepada yang memegang amanah

3.

Cara untuk bagi mewujud, menjaga serta mengekalkan keharmonian hubungan


etnik di Malaysia dengan 5 elemen iaitu kebahagiaan, keadilan, perpaduan,
kemanusiaan dan amanah.

Pemimpin adalah tunjang untuk mengekalkan keharmonian hubungan etnik di


Malaysia. Seorang pemimpin mestilah memegang amanah, memelihara nilai
kemanusiaan, menjaga dan menyayangi rakyatnya seperti menyayangi dirinya
sendiri tanpa membezakan agama dan juga bangsa. Selain itu, mestilah
mengamalkan konsep keadilan dalam mentadbir masyarakat. Selepas pemimpin
melaksanakan dan menggabungkan kelima lima elemen tersebut, In Sha Allah
keharmonian hubungan etnik di Malaysia dapat dikekalkan.

11

Mengikut pandangan Agama Kristian

1.

Definisi Hubungan Etnik

Setelah mendengar dan meneliti pandangan dan jawapan yang


diberikan melalui hasil temubual bersama paderi dan ustaz, kami telah
membuat analisa secara ringkas untuk memudahkan kami mencadangkan
penambahbaikan untuk menjamin keutuhan kepelbagaian kaum dan budaya
di negara ini.

Seperti apa yang diperkatakan oleh Paderi Katolik, Fr Nicholas Stephen,


hubungan etnik ini merupakan satu anugerah dari Tuhan yang menbentuk
keadaaan yang harmoni. Jelasnya lagi bahawa setiap manusia berbilang
kaum, bangsa tidak boleh dipisahkan. Merujuk kepada Katekismus Gereja
Katolik, hormat kepada martabat manusia menuntut kebajikan penguasaan
diri, supaya mengendalikan ketergantungan kepada barang-barang dunia ini.
Berikut adalah analisa kelima-lima konsep yang ditekankan oleh agama
kristian menurut pandangan Paderi Katolik, Fr Nicholas Stephen, dari Paroki
Daerah Tuaran, Sabah.

12

2.

Konsep / elemen mengikut kacamata Islam Kebahagiaan,


Keadilan, Perpaduan, Kemanusiaan dan Amanah
i.

Kebahagiaan

Menurut dari pandangan Father Nicholas Stephen, kebahagiaan ini


adalah satu keadaan yang mana tidak ada persengketaan ataupun
peperangan antara individu, masyarakat mahupun sesebuah Negara di
dunia ini. Semua ini akan tercapai sekiranya wujudnya cinta kasih dan
saling sayang-menyayangi sesama manusia. Ia juga perlu bermula dari
keluarga dan seterusnya berkembang kepada masyarakat di sesebuah
kawasan tersebut.

Secara ringkasnya, elemen kebahagian dapat ditakrifkan dari konteks


agama kristian adalah seperti berikut:1. Kebahagiaan kehidupan adalah anugerah rahmat dari Allah yang mana
sifatnya adikodrati seperti rahmat yang menghantar kepadanya.
2. Elemen kebahagiaan ini menuntut dari kita keputusan-keputusan
penting yang ada hubunganya dengan kekayaan duniawi. Elemen ini
dapat membersihkan hati kita dan mengajar kita untuk mencintai Allah
lebih dari yang lain.
13

Berikut adalah petikan yang dipetik dari alkitab:Berbahagialah orang yang miskin di hadapan Allah, kerana merekalah yang
empunya Kerajaan Syurga.
Berbahagialah orang yang berdukacita, kerana mereka akan dihibur.
Berbahagialah orang yang lemah lembut, kerana mereka akan memiliki
bumi.
Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan kebenaran, kerana mereka
akan dipuaskan.
Berbahagialah orang yang murah hatinya, kerana mereka akan beroleh
kemurahan.
Berbahagialah orang yang suci hatinya, kerana mereka akan melihat Allah.
Berbahagialah orang yang membawa damai, kerana mereka akan disebut
anak-anak Allah.
Berbahagialah orang yang dianiaya oleh sebab kebenaran, kerana merekalah
yang empunya Kerajaan Syurga.
Berbahagialah kamu, jika kerana Aku kamu dicela dan dianiaya dan
kepadamu difitnahkan segala yang jahat.
Bersukacita dan bergembiralah, kerana upahmu besar di Syurga.
(Menurut Mat 5:3-12)
14

ii.

Keadilan

Menurut dari pandangan Father Nicholas Stephen, keadilan ini adalah


di mana suatu keadaan yang saling menghormati hak-hak asasi
manusia itu. Dalam kenyataannya, Keadilan Adalah Mempengaruhi
Keamanan Sejagat adalah boleh digunapakai untuk diungkapan
kepada keadaan masa kini. Namun tidak semua adil itu akan dapat
menjamin

kesejahteraan

hidup.

Ketidaksamarataan

juga

akan

menyebabkan pergolakan keamanan sejagat. Ini dapat dilihat daripada


konteks duniawi contohnya pemberian subsidi kerajaan. Subsidi ini
dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira kaya
atau

miskin.

Namun

hanya

golongan

elit

tentunya

mendapat

keuntungan yang tinggi daripada subsidi ini.

Secara ringkasnya, elemen keadilan dapat ditakrifkan dari konteks agama


Kristian adalah seperti berikut:1. Keadilan terdiri dari kehendak yang tetap dan teguh untuk memberi
kepada Allah dan sesama manusia tentang apa yang menjadi hak
mereka.
2. Penghormatan terhadap hak-hak asasi manusia.

15

Berikut adalah petikan yang dipetik dalam alkitab:Janganlah engkau membela orang kecil dengan tidak sewajarnya dan
janganlah engkau terpengaruh oleh orang-orang besar, tetapi engkau harus
mengadili sesamamu dengan kebenaran
(Menurut Im 1815 19:15)

Hai tuan-tuan, berlakulah adil dan jujur terhadap hambamu dan ingatlah
kamu juga mempunyai tuan di Syurga
(Menurut Kol 4:1)

iii.

Perpaduan

Menurut Matius 5: 43 -48, kita perlu saling menghormati dan


menyayangi sesama manusia tidak kira mereka adalah musuh kita.
Perpaduan ini tidak akan tercapai jika sikap ego masih wujud dan
menganggap orang lain yang berbeza pandangan adalah musuh.
Dalam ajaran Katolik, sikap saling toleransi dan rendah hati amat
dititikberatkan

untuk mengelak perpecahan dan pertelingkahan.

Perpaduan dapat dicapai sekiranya masyarakat bersatu padu tanpa


mengira latar belakang bangsa, agama, fahaman politik, warna kulit
dan banyak lagi yang mana dianggap sensitif dan boleh mendatangkan
isu. Tanpa perpaduan maka dunia menjadi huru-hara.
16

iv.

Kemanusiaan

Manusia itu dicipta menurut rupa dan gambaran tuhan Allah. Manusia
dikurniakan jiwa rohani, akal dan nafsu yang mana manusia dapat
berfikir tentang baik atau buruknya sesuatu perkara itu. Manusia
mempunyai sifat kemanusiaannya tersendiri dalam berdepan dengan
karenah dunia.

Berikut adalah ungkapan daripada sebuah buku agama:Kegembiraan dan harapan tamadun moden adalah kegembiraan dan
harapan umat Kristian. Kedukaan dan kegelisahan umat manusia
dewasa ini, terutama mereka yang miskin dan menderita juga
merupakan kedukaan dan kegelisahan umat Tuhan Allah.
Sesungguhnya segala sesuatu yang bersifat kemanusiaan menyentuh
pengikut-pengikut Kristus
(Gereja Dalam Dunia Moden, 1).
vi.

Amanah

Nilai amanah dapat ditakrifkan sebagai sikap bertanggungjawab yang


boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Menurut
dari pandangan Father Nicholas Stephen, nilai amanah datangnya
daripada sikap jujur seseorang itu. Ini dapat dilihat daripada manusia
apabila membuat sesuatu perkara itu tanpa ada sebarang tipu
muslihat dan agenda lain.
17

Kebahagiaan

Perpaduan

Keadilan

Agama

Amanah

Kemanusiaan

Gambarajah A
Model Asas Patung Manusia

Umumnya, agama perlu ada pada semua lapisan masyarakat sebagai


panduan hidup kita di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Mengikut
gambarajah di atas, kelima-lima elemen iaitu amanah, keadilan, perpaduan,
kemanusiaan, dan kebahagiaan dapat membentuk satu model lengkap
18

anggota badan manusia. Kita dapat tafsirkan sebagai contoh, tanpa elemen
kemanusiaan maka kita menganggap model di atas ini tidak mempunyai kaki
kanan dan kecacatan berlaku di situ. Begitu juga dengan elemen-elemen
yang seterusnya. Oleh itu, sekiranya semua manusia berpegang teguh
dengan kelima-lima elemen ini maka dunia ini adalah selamat untuk dihuni
oleh manusia. Jika sebaliknya, maka sesuatu perlu dilakukan oleh manusia
agar dapat memelihara kesejaterahan sejagat di muka bumi ini.

KESIMPULAN

19

Hubungan etnik ini janganlah hanya dilihat dari sudut luaran semata-mata tetapi juga perlu
diteliti melalui sudut konseptual. Rasa peneriman unsur kebudayaan lain yang sesuai di
Malaysia jelas menunjukkan bahawa hubungan etnik atau kaum di negara ini berada pada
tahap yang membanggakan.
Tidak hanya bergantung pada kekuatan ekonomi dan kestabilan politik dalam usaha
membawa negara kearah sebuah kerajaan yang maju di tahun 2020 kelak, keharmonian
kesatuan pelbagai rumpun di dalamnya turut berperanan penting. Setiap ahli masyarakat
perlulah mempunyai rasa bertanggungjawab untuk menjaga kelestarian hubungan etnik di
setiap peringkat pentadbiran kampung, mukim atau apa sahaja kawasan. Salah satu kekayaan
serta sumber kekuatan Malaysia adalah kemampuan masyarakat majmuk yang menetap di
dalamnya hidup secara aman, teratur dan saling hormat-menghormati.
Oleh yang demikian, sebagai langkah-langkah menjaga keharmonian ini kita mestilah
sentiasa berwaspada dengan ancaman luar. Pelaksanaan program-program berunsur
perpaduan bertujuan untuk menjaga serta menghormati jiran, pelbanyakkan aktiviti yang
umum bersifat kolektif iaitu keterlibatan menyeluruh, kekuatan rohani, mental, elakkan dari
melayari halaman yang tidak produktif, tidak lokek ilmu, kesanggupan untuk menyelami
budaya orang lain tanpa perlu takut, program kemasyarakatan seperti Anak Angkat di setiap
Homestay di Malaysia dan lain-lain lagi. Kesemua ini merupakan beberapa kaedah terbaik
bagi mengekalkan keharmonian hubungan etnik yang majmuk di Malaysia bak pepatah
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
LAMPIRAN

SKRIP SOALAN TEMUDUGA :


20

Nota : Semua soalan yang ditanya tidak berniat atau menyentuh


sensitiviti mana mana pihak / agama. Ianya hanya untuk tujuan
pembelajaran / soal selidik kajian universiti sahaja. Tujuannya
hanyalah untuk mengekalkan keharmonian hubungan etnik di
Malaysia.
SOALAN 1 :
Definisikan konsep Hubungan Etnik menurut perspektif agama Islam?

SOALAN 2 :
Huraikan konsep / elemen berikut mengikut kacamata agama Islam?

Kebahagiaan
Keadilan
Perpaduan
Kemanusiaan
Amanah

berikan definisi, penerangan dan contoh

SOALAN 3 :
Bagaimanakah kesemua konsep / elemen agama tersebut (kebahagiaan,
keadilan, perpaduan, kemanusiaan dan amanah) boleh membantu bagi
mewujud, menjaga serta mengekalkan keharmonian hubungan etnik di
Malaysia?

21

SKRIP SOALAN TEMUDUGA :


Nota : Semua soalan yang ditanya tidak berniat atau menyentuh
sensitiviti mana mana pihak / agama. Ianya hanya untuk tujuan
pembelajaran / soal selidik kajian universiti sahaja. Tujuannya hanyalah
untuk mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia.
SOALAN 1 :
Definisikan konsep Hubungan Etnik menurut perspektif agama Kristian?

SOALAN 2 :
Huraikan konsep / elemen berikut mengikut kacamata agama Kristian?

Kebahagiaan

Keadilan

Perpaduan

Kemanusiaan

Amanah

berikan definisi, penerangan dan contoh

SOALAN 3 :
Bagaimanakah kesemua konsep / elemen agama tersebut (kebahagiaan,
keadilan, perpaduan, kemanusiaan dan amanah) boleh membantu bagi
mewujud, menjaga serta mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia?

22

Peta Lokasi Politeknik Kota Kinabalu

Politeknik Kota Kinabalu


23

Peta Lokasi Gereja StJohns (Katolik Santo Yohannes)

St. Johns Church


24

Fadhlullah, Father Nicolas dan Paulkinson

Pejabat Father Nicholas


25

26

You might also like