You are on page 1of 3

DOA MEMULAKAN SESI KULIAH VTO 3/2015

,


Ya Karim , Ya

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini,Dalam Kursus VTO Sesi 3/2015 bagi
menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hambahamba-Mu yang sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat
yang melimpah ruah kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang
sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa
kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga
dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan
jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya
saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.







DOA SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAAN







Allahumma Antal Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu,
atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Rafia al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang
menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala
usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan
janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau
sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan
kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia
dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti
kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.

You might also like