You are on page 1of 2

Rujukan:

http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/sejarah-pendidikan-jasmanidan-sukan-di.html

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN DI MALAYSIA


Perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat
yang besar:
1. Sistem pendidikan asal, iaitu system pendidikan yang telah ada sebelum
kedatangan pengaruh Barat.
2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah
menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India.
Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka.
Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan
sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian
dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal.
Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani.
Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan
Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni
Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School
yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev.
R.S Hutching. Sekolah itu ialah dibawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan
jasmani tidak dijalankan lagi.
Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang
formal walaupun peajaran pendidikan jasmani mula diajar secara tidakm formal.
Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang
membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha
pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat.
Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guruguru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar
pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani
untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk
pelajaran pendidikan jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan
pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana
telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach
Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W
Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932,
telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara.
Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48,
suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan
ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini
Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru pendidikan jasmani
dilancarkan secara berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris


dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama
merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah,
sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang
serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di bawah British Komanwel.
Bola sepak, bola keranjang, berenang d tenis adalah popular tetapi permainan
badminton paling popular. Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke
luar negara untuk meluaskan pengetahuan mengenai pendidikan jasmani. Setahun
kemudian, Pendidikan Jasmani dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi
kursus asas dan pilihan utama di Kirby.
Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford,
England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak
tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa Pendidikan
Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan
dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani IPSI
dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.
Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolahsekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk
kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun
Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960.
Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam
tahun 1961. Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula,kemudiaanya
sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih
dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan,pergerakan dan
kemahiran. Dimasukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian moden atau tarian
pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

You might also like