You are on page 1of 4

TEKNIK KEBUDAYAAN,

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH KELANTAN


BAHAGIAN PERMAINAN TRADISIONAL
DIKIR BARAT

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN DIKIR BARAT


1. PENYERTAAN
1.1 Terbuka kepada semua Sekolah rendah dan Menengah gabungan MSSk.
1.2 Penyertaan di peringkat negeri adalah berdasarkan pasukan yang mewakili MSSD sebagaimana
berikut:
1.2.1 Semua MSSD akan diwakili oleh satu (1) pasukan sahaja KECUALI MSSD Kota Bharu yang
diwakili oleh dua (2) pasukan.
2. PESERTA
2.1 Setiap pasukan akan mengandungi:
2.1.1 Lima belas (15) orang pendikir sahaja termasuk seorang (1) Jora dan seorang (1) Tukang Karut.
2.1.2 Pemuzik tidak lebih dari lima (5) orang.
2.1.3 Keseluruhan pasukan dikir ialah 20 orang.
2.1.4 Peserta terdiri daripada lelaki sahaja atau perempuan sahaja.
2.1.5 Semua peserta hendaklah dari sebuah sekolah sahaja.
2.1.6 Mana-mana pasukan dikir barat yang pesertanya lebih atau kurang daripada 20 orang akan
dikenakan penalti.

3. ALATAN
3.1 Setiap pasukan dibenarkan menggunakan lima (5) jenis alat muzik yang terdiri daripada senarai
berikut:
3.1.1 Gendang ibu
3.1.2 Gendang anak
3.1.3 Gong/ Ketawak
3.1.4 Buah Kocok/ Marakas
3.1.5 Canang/ Mong
3.2 Pasukan yang membawa lebih atau kurang daripada lima (5) jenis alat muzik ke pentas akan
dikenakan penalti.

4. PERSEMBAHAN
4.1 Berdikir (Jora) - Irama berdikir hanya boleh disampaikan dalam satu rentak sahaja.
4.2 Karut (Tukang Karut) - Rentak irama boleh dipelbagaikan

4.3 Nyayian ala dikir (Jora) - Hanya satu rentak irama


4.4 Wau Bulan (Tukang Karut) - Rentak irama Wau Bulan.

5. MASA PERSEMBAHAN
5.1 Masa persembahan tiap-tiap pasukan dibenarkan selama 20 minit mengikut bahagian berikut:
5.1.1 Berdikir ... 07 minit
5.1.2 Karut ......... 05 minit
5.1.3 Nyayian ala dikir .. 03 minit
5.1.4 Irama Wau bulan .. 05 minit
5.2 Masa yang diberlebihan bagi tiap-tiap bahagian tidak boleh diganti atau ditambah kepada manamana bahagian berikut.
5.3 Masa persiapan di pentas sebelum memulakan persembahan tidak melebihi 3 minit.
5.4 Persembahan dikir barat adlah dimula dengan bertabuh dan seterusnya mengikut urutan seperti
di atas.
5.5 Isyarat nyalaan lampu akan diberi bagi pasukan memula dan menamatkan persembahan.
5.6 Isyarat yang menandakan sesuatu bahagian tamat akan diberi melalui nyalaan lampu.
6. PENGGUNAAN BAHASA
6.1 Persembahan berdikir boleh menggunakan dialek Kelantan atau Bahasa Melayu atau campuran
kedua-duanya.
6.2 Peserta dilarang menggunakan bahasa kesat, gelaran tidak senonoh, sindiran tajam dan
perkataan yang tidak sopan atau lucah.
6.3 Peserta dilarang sama sekali menggunakan kata-kata yang sensitif dan boleh menyinggung
perasaan orang lain terutamanya pasukan lawan.
6.4 Kata-kata yang menyentuh peribadi seperti gelar-menggelar dan sindiran tajam adalah dilarang.
6.5 Peserta dilarang sama sekali menyentuh soal-soal politik, perkauman, Dasar Kerajaan (kecuali
untuk menerangkan kebaikan dan faedah kepada rakyat), hal-hal Agama (kecuali yang bermaksud
mengajak berbuat baik), dan hal-hal lain yang sensitif.
6.6 Jika menggambarkan hal-hal antarabangsa, peserta dilarang menyentuh maruah mana-mana
negara.
6.7 Peserta dilarang sama sekali menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Raja-Raja,
Keluarga Diraja dan hak-hak keistimewaan Raja-Raja.
6.8 Peserta dilarang menghina atau memburuk-burukkan mana-mana Pemimpin Negeri atau Negara.
6.9 Peserta-peserta juga dilarang menyentuh perkara-perkara yang menjadi rahsia Negara seperti
soal pertahanan, keselamatan dan seumpamanya.
7. PERLAKUAN
7.1 Peserta dilarang dilarang daripada menunjukkan perlakuan-perlakuan yang kurang sopan gerak
geri yang melampau yang boleh menimbulkan kemarahan mana-mana pihak atau yang boleh
ditakrifkan sebagai perlakuan seks atau seumpanya.
7.2 Peserta juga dilarang daripada menunjukkan geraklaku yang melambangkan simbol unsur-unsur
negatif.
7.3 Unsur unsur penyembahan dan pemujaan atau seumpamanya tidak dibenarkan.
8. TAJUK/ TEMA

8.1 Tajuk atau tema dalam Dikir Barat akan ditetapkan oleh pihak Teknik Kebudayaan MSSK
(Bahagian Permainan Tradisonal) mengikut tahun berkenaan.
8.2 Tema tahun 2003
8.2.1 Tema Hari Guru 2003
8.2.2 Negara Kita Tanggungjawab Kita
8.2.3 Keranamu Malaysia

9. PAKAIAN
9.1 Peserta-peserta bebas memakai pakaian seragam pasukan mengikut pilihan masing-masing.
9.2 Pakaian hendaklah sesuai dan tidak menjolok mata
9.3 Peserta dilarang membawa sebarang senjata atau replika senjata ke pentas , contohnya seperti
keris ,lembing dan sebagainya.

10. PEMARKAHAN
10.1 Markah-markah persembahan akan diberikan berpandukan perkara-perkara berikut:
10.1.1 Joro -Suara (10) }
-Lagu (05) } 20 markah
-Pantun (05) }
10.1.2 Tukang Karut -Pantun (10)
}
-Lagu/suara (10)
} 25 markah
-Gaya persembahan (05) }

10.2.3 Pasukan -Paduan Suara (10)


}
-Isi / tema (10)
}
-Gaya (05)
}
-Penghayatan / semangat (05) } 55 markah
-Muzik (15)
}
-Pakaian (10)
}
11.PENGHAKIMAN
11.1 Penghakiman dibuat oleh satu panel hakim yang terdiri dari:
11.1.1 Juri antara 3-5 orang
11.1.2 Seorang (1) Ketua Hakim
11.1.3 Hakim Lima (5) orang atau lebih bergantung kepada Jawatankuasa Pengelola.
11.1.4 Seorang (1) penjaga masa.
11.1.5 Seorang (1) juru kira markah/ pencatat.
11.2 Keputusan hakim adalah muktamad.

12. HAL-HAL LAIN

12.1 Peraturan lain adalah tertakluk kepada Peraturan Am pertandingan MSSK dan keputusan
Jawatankuasa Pengelola

You might also like