You are on page 1of 1

Integrasi Nasional

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum,budaya


serta agama dan kepercayaan yang dianuti. Ciri ini merupakan satu perkara yang
menyebabkan Malaysai sebuah yang unik dimana kemerdekaan Malaysia dikongsi
bersama dengan kaum lain dengan harmoni. Untuk mengekalkan kesepaduan
berbilang kaum ini, kerajaan telah memperkenalkan satu mekanisme yang
memperkuatakan hubungan ini dengan memperkenalkan Integrasi Nasional.
Perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), membawa maksud
sesuatu perihalan atau proses penggabungandan kesepakatan Untuk menjadi
satu.Integrasi pula bermakna penggabungan atau pergabungan dua atau lebih
beberapa kaum menjadi satu kesatuan. Integrasi Nasional pula membawa maksud
satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui
pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama. Di dalam konteks kehidupan
masyarakat Malaysia pada hari ini, pihak kerajaan amat menitikberatkan tentang soal
perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara
ini.
Intergrasi Nasional pada asasnya sebagai usaha memupuk kesefahaman dan
perpaduan antara pelbagai kaum.Sesebuah negara tidak akan mencapai kemajuan jika
masyarakatnya berpecah,ini kerana dengan adanya kestabilan sosio-politik serta
kerjasama antara semua kaum. Maka sesebuah negara itu akan maju tanpa
mempunyai masalah yang mengekangnya.
Idea Integrasi Nasional telah lama diperkenalkan namun pada tahun 2006
,kerajaan telah memperkenalkan Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional
sebagai mengukuhkan lagi perancangan serta hasrat kerajaan..Pelan ini dilaksanakan
dalam 5 tahun dan dimulai pada tahun 2006 iaitu 2006-2010.Dalam Pelan Tindakan
tersebut pelbagai masalah telah dikenal pasti dan perancangan untuk mengatasi
masalah tersebut telah dirangka dan dilaksanakan dalam tempoh tersebut.Ini
menunjukkan bahawa integrasi nasional adalah perkara asas bagi mencapai kemajuan.
Wawasan 2020 merupakan visi mencapai status negara maju dan perpaduan dan
integrasi merupakan aspek dan tulang belakang untuk mencapainya. Secara
keseluruhannya,Integrasi Nasional merupakan perkara yang amat penting dan
mempunyai pengaruh yang besar bagi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai
kaum ,kepercayaan serta adat yang diamalkan

You might also like