You are on page 1of 15

KESAN AMALAN GAYA KEPEMIMPINAN PENGETUA TERHADAP

PERUBAHAN TINGKAH LAKU DALAM ORGANISASI

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan amalan gaya kepemimpinan


pengetua

yang

dikomunikasikan

kepada

kakitangannya

terhadap

perubahan tingkah laku warga dalam sesebuah organisasi. Hasil tinjauan


dan analisa enam artikel mendapati bahawa enam gaya kepemimpinan
yang diamalkan oleh pengetua mampu memberi kesan terhadap perubahan
tingkahlaku dalam sesebuah organisasi.

Gaya-gaya kepimpinan yang

dibincangkan dalam kajian ini adalah gaya kepimpinan kolaboratif


terbuka, autoritatif membina, situasi, transformasi, pengajaran, dan
pemudah cara.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua yang

mengaplikasikan gaya kepimpinan yang berbeza mengikut situasi berbeza


mampu meningkatkan tahap motivasi dan kepuasan kerja guru.

Gaya

kepimpinan juga membantu perubahan terhadap pemantapan pengurusan


sekolah. Pengetua didapati berjaya mengatasi apa jua konflik yang
dihadapi dan mengadakan perancangan untuk meningkatkan keberkesanan
pentadbiran sekolah.

Gaya kepimpinan juga didapati mempengaruhi

pembentukan potensi diri dan inovasi. Akhir sekali, perubahan terhadap


pengajaran dan pembelajaran juga dipengaruhi oleh gaya kepimpinan
pengetua. Namun begitu, gaya kepemimpinan pengetua hanya memberi
kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi
keberkesanan organisasi.

Pengenalan
Kepimpinan telah diterima sebagai faktor utama yang membezakan antara
organisasi yang berkesan dengan organisasi yang tidak berkesan. Kepimpinan pengetua
adalah pengaruh yang paling penting dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Kepimpinan

berlaku

apabila

seseorang

itu

mendorong,

memujuk

dan

mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu.
Ralph M. Stogdill (1981) berkata, kepimpinan ialah proses mempengaruhi secara tersusun
kegiatan-kegiatan sesuatu kumpulan ke arah menentukan dan memenuhi matlamat
organisasi atau kumpulan itu.
Pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah
organisasi (Stodgill, 1974). Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah
kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, bagi organisasi seperti sekolah, pengaruh
kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan
sekolah di bawah pimpinannya.

Pembentukan organisasi sekolah berkesan, sangat

bergantung kepada kepimpinan pengetuanya.


Pengetua sekolah merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat sekolah
kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus di sesebuah sekolah.
Pengetua merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah menengah, dilantik oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah dan
persekitarannya. (Jemaah Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan,
1993).
Pengetua sekolah di Malaysia bertanggungjwab dalam hal-hal yang berkaitan
dengan sekolah termasuklah (Hussien, 1993, p21):
a.

Berusaha bagi mencapai dasar pendidikan di peringkat sekolah

b.

Mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kokurikulum, kebajikan


pelajar, guru dan staf sokongan sekolah.

c.

Menyediakan khidmat bantu yang secukupnya bagi meningkatkan


pengajaran dan pembelajaran.

d.

Mewujudkan dan memajukan iklim dan budaya sekolah.


2

Selain itu, tugas pengetua seperti yang disediakan oleh Bahagian Sekolah meliputi
tujuh bidang utama iaitu:
a.

Pengurusan kegiatan kurikulm, kokurikulum dan hal ehwal pelajar.

b.

Pengurusan sekolah (pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan perjawatan)

c.

Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

d.

Perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

e.

Kemajuan sekolah

f.

Pengajaran

g.

Kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan.

Peranan pengetua menjadi penting kerana tugas utamanya adalah memastikan


core business sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai kejayaannya.
Menyentuh tentang peranan ini, Greenfield (1995:75) merumuskan Oleh kerana sekolah
merupakan organsisasi yang bersifat normatif, kepimpinan merupakan alat yang paling
efektif bagi mengurus dan menambah baik sekolah. Kepimpinan merupakan satu bentuk
yang istimewa bagi mengajak orang lain, secara sukarela menukar tabiat mereka seperti
tindakan, sikap dan andaian-andaian.
Gaya kepimpinan dapat didefinisikan sebagai:
.. satu struktur kemahuan yang terselindung dalam diri pemimpin dan
mempengaruhi gelagatnya dalam berbagai-bagai suasana kepimpinan. Jadi, stail
kepimpinan merujuk kepada keseragaman matlamat dan kemahuan pemimpin
dalam suasana berlainan. ( Fiedler dalam Razali Mat Zin, 1996)
Gaya kepemimpinan seorang pengetua juga merupakan faktor penting dalam
keberkesanan sesebuah kumpulan atau organisasi (Ezhar Tamam, 1999 dalam Shukri,
2004). Gaya kepemimpinan seorang pengetua boleh membawa kepada pencapaian hasil
utama organisasi. Gaya tersebut juga mampu mempengaruhi perubahan besar dalam
organisasi serta membentuk komitmen ahlinya untuk mencapai misi, matlamat dan strategi
organisasi (Chan, 2004).

Selain itu, salah satu tugas besar dan kompleks bagi kepimpinan sekolah adalah
mengurus perubahan. Kepimpinan sekolah bergantung kepada pengetuanya (Holtzman,
1992).

Hanafi Kamal (1990), dalam menjelaskan perkara ini menyatakan bahawa

kepentingan pengetua dalam pentadbiran terutamanya dari aspek perubahan adalah kerana
sekolah dilihat sebagai organisasi yang sentiasa berubah. Setiap perubahan yang berlaku
memerlukan tindakan penyesuaian untuk penyelesaian masalah. Maka, di sinilah letaknya
peranan pengetua untuk melahirkan sekolah sebagai sebuah organisasi yang dinamis serta
berupaya menghadapi sebarang perubahan.
Selaku pengurus dan pentadbir, pengetua bertanggungjawab menentukan tujuan
organisasi, menetapkan dasar-dasar umum untuk perjalanan dan memberi tumpuan umum
terhadap keberkesanan organisasi secara keseluruhan untuk memenuhi objektif yang
ditetapkan (Boles, 1979). Sesebuah organisasi seperti sekolah mempunyai ahli pelbagai
latar belakang yang hendak dikawal, dibimbing serta dipimpin dengan teliti agar segala
tingkah laku mereka dapat diselaraskan. Selain itu, pada masa yang sama semangat dan
kepuasan ahli-ahlinya terjamin.
Walaupun mempunyai banyak kekangan dalam menghadapi perubahan, peranan
pengetua sebagai agen perubahan adalah sangat penting dan menonjol terutamanya
peranan untuk mengimplimentasi inovasi dan perubahan dalam budaya sekolah. Darjah
implimentasi bagi inovasi adalah berbeza disekolah-sekolah yang berbeza bergantung
kepada keprihatinan dan tindakan pengetua (Hall, Hord dan Griffin, 1980 dalam Mohd
Izham, 2009).
Kajian Interaksi Pengetua-Guru atau Principal-Teacher Interaction (PTI) yang
telah dijalankan oleh Hall et al (1987) dalam Mohd Izham (2009) telah mengenal pasti tiga
gaya kepimpinan yang berbeza di kalangan pengetua-pengetua iaitu sebagai responder,
manager dan initiator. Sekolah yang mana pengetua mempunyai gaya initiator adalah
yang paling berjaya diikuti dengan gaya pengurus (manager) dan akhir sekali ialah gaya
responder. Pengetua yang mempunyai gaya initiator bekerja secara kolaboratif dengan
fasilitator perubahan yang lain. Cara kolaboratif ini membolehkan sekolah lebih banyak
intervensi (nota kepada staf, mesyuarat kecil dan perbincangan tentang kemajuan), lebih
banyak intervensi pelbagai arah (tindakan yang diambil secara berkumpulan atau lebih
daripada seorang), lebih banyak tindakan dijalankan dengan merujuk guru-guru, lebih
4

arahan daripada pengetua, lebih banyak tindakan daripada guru-guru dan lebih fokus
kepada pelajar serta pembelajaran.
Seterusnya, dalam beberapa kajian lain mengenai kepimpinan transformasi
mendapati terdapat

pengaruh ke atas usaha gigih dan kepuasan orang bawahan

(Yammarino & Bass 1990), keberkesanan organisasi (Seltzer & Bass 1990), prestasi kerja
orang bawahan (Avolio et al.1988). Selain itu, hasil kajian Hoernemann (2000) dan
Jackson (2000) dalam Ishak Din (2003), juga mendapati kepimpinan transformasi boleh
mempertingkatkan kepuasan orang bawahan. Podsakoff et al. (1996 dalam Ishak Din,
2003), melaporkan bahawa kepimpinan transformasi mempunyai pengaruh yang kuat ke
atas kepuasan kerja orang bawahan dan komitmen orang bawahan kepada organisasi.
Southworth (2002), merumuskan bahawa kepimpinan pengajaran adalah
merupakan elemen yang paling penting dalam memastikan sekolah menjadi cemerlang.
Tiga aspek kepimpinan pengajaran yang secara konsisten mempunyai pengaruh ke atas
keberkesanan sekolah ialah menetapkan matlamat sekolah, pengetua yang sentiasa dapat
dilihat dan menggalakan perkembangan professional di kalangan guru.
Rumusannya, kajian-kajian mengenai perubahan banyak melaporkan dapatandapatan yang menggambarkan pentingnya pengetua berperanan sebagai agen perubahan
dan mempunyai gaya kepimpinan initiator perubahan bagi menjamin kejayaan perubahan
yang dilaksanakan.

Perubahan juga didapati akan meminggirkan sistem tradisi

persekolahan untuk memberi laluan kepada impak teknologi dan komunikasi yang serba
mudah dan cepat.

Begitu juga dengan kerenah birokrasi yang wujudnya banyak

mencengkam sistem persekolahan, akan lenyap kerana organisasi sekolah perlu cepat
bertindak balas kepada perubahan yang datang dari persekitarannya.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan amalan gaya kepemimpinan pengetua
yang dikomunikasikan kepada kakitangannya terhadap perubahan tingkah laku warga
dalam sesebuah organisasi. Hasil tinjauan dan analisa enam literatur mendapati bahawa
enam gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua mampu memberi kesan positif
terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru (Shukri, 2004; Mohd Nor, 2004; Maimuah,
2004; Chan, 2004), pemantapan pengurusan sekolah (Mohd Anuar, Azizi & Mohd Yusope,
2004; Mohd Nor, 2004; Maimunah, 2004; Noordin, Sharifudin & Azizi; Chan,2004),
5

pengembangan potensi diri dan inovasi (Chan, 2004; Noordin, Sharifudin & Azizi, 2004;
Shukri,2004), dan peningkatan amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
(Chan,2004; Mohd Nor, 2004; Mohd Anuar, Azizi & Mohd Yusope, 2004), tetapi hanya
memberi kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi
keberkesanan organisasi. (Noordin, Sharifudin & Azizi, 2004). Justeru, kertas ini akan
membincangkan aspek-aspek berikut :
i.

Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap peningkatan motivasi dan kepuasan kerja
guru;

ii.

Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap pemantapan pengurusan sekolah,

iii.

Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap perkembangan potensi diri dan inovasi,

iv.

Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap peningkatan amalan pengajaran dan


pembelajaran yang berkesan

Tinjauan Model atau Teori


Teori kepimpinan yang digunakan untuk menggambarkan kajian ini adalah teori
kontigensi. Menurut Robiah (2003), teori kontigensi mengandaikan bahawa keberkesanan
kepimpinan adalah bergantung kepada kesesuaian atau keselarasan personaliti pekerja dan
tingkah laku pemimpin dengan faktor-faktor situasi seperti struktur tugas, kuasa,
kedudukan atau jawatan, dan kemahiran serta sikap pekerja. Teori ini juga menganggap
tiada satu pun gaya kepimpinan yang baik dan sesuai untuk semua situasi, semuanya
bergantung kepada situasi semasa dan tahap keupayaan pekerja. Pengetua sebagai seorang
pentadbir dan juga pemimpin harus mengenal pasti faktor-faktor yang paling penting yang
boleh mempengaruhi tingkah laku kakitangan atau ahli yang dipimpinnya dalam situasi
yang tertentu, dan meramalkan gaya kepimpinan yang paling berkesan untuk situasi
tersebut. Model teori yang digunakan di bawah teori kontigensi ini ialah model teori
laluan matlamat House yang telah diasaskan oleh Martin G. Evans dan Robert House pada
tahun 1971, diambil dan diubahsuai daripada buku Teori Asas Pendidikan oleh Robiah
Sidin (2003), seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.

Rajah 1 : Model diubahsuai dari Model Teori Laluan Matlamat House

PERUBAHAN
TINGKAH LAKU

GAYA
KEPIMPINAN
-

Kolaboratif Terbuka
Autoritatif Membina
Situasi
Transformasi
Pengajaran
Pemudah Cara

Proses amalan
gaya kepimpinan
dikomunikasikan
kepada
kakitangan

Tahap motivasi dan


kepuasan guru
Pemantapan
pengurusan sekolah
Pengembangan
potensi diri dan inovasi
Amalan pengajaran
dan pembelajaran (P&P)
berkesan.

Model Teori Laluan Matlamat menyokong Teori Kontigensi Fielder dan


berdasarkan Teori Motivasi Harapan. Mengikut teori ini, pemimpin dianggap berkesan
apabila pemimpin boleh meningkatkan tahap penerimaan dan motivasi dalam kalangan
pekerja yang diuruskannya. Fokus teori ini adalah tingkah laku pemimpin, bagaimana
pemimpin dapat mengubahsuai stail kepimpinannya supaya berkesan dengan keadaan atau
situasi yang dihadapi. Selain itu, menurut teori ini motivasi, kepuasaan dan pelaksanaan
kerja seorang pekerja (guru) bergantung kepada gaya kepimpinan yang dipilih.
Kepelbagaian dimensi tingkah laku kepimpinan diselidik melalui teori ini. Antaranya,
termasuklah struktur permulaan pemimpin, pertimbangan, autoritatif, pengaruh hierarki
dan darjah keakraban penyeliaan. Setiap dimensi itu dianalisis berdasarkan variable laluan
Matlamat, seperti valens dan instrumentaliti.
Gaya-gaya kepimpinan yang akan dibincangkan adalah gaya kepimpinan
kolaboratif terbuka, gaya kepimpinan autoritatif membina, gaya kepimpinan situasi, gaya
kepimpinan transformasi dan gaya kepimpinan pengajaran. Berdasarkan teori ini, proses
pengetua mengamalkan gaya kepimpinannya akan mempengaruhi kakitangannya dengan
mengambil kira situasi organisasi dan personaliti pekerja.

Situasi organisasi dirujuk

kepada struktur tugas, peraturan dan sistem kuasa manakala personaliti pekerja pula
merujuk kepada keperluan peribadi, kebolehan pekerja dan kawalan diri. Proses ini akan
membentuk perubahan tingkah laku kakitangannya. Gaya kepimpinan pengetua akan

meningkatkan motivasi dan kepuasan guru, memantapkan pengurusan sekolah,


mengembangkan potensi diri dan inovasi guru dan pelajar, dan meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Perbincangan mengenai jenis gaya

kepimpinan dan pengaruhnya dalam perubahan tingkah laku kakitangan akan


dibincangkan dibawah.

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Motivasi dan Kepuasan


Kerja Guru
Amalan gaya kepemimpinan seseorang pengetua mampu memberi kesan terhadap
motivasi dan kepuasan kerja guru-guru dan staf dibawahnya. Shukri (2004), Mohd.Nor
(2004), Maimunah (2004) dan Chan (2004) sependapat bahawa gaya kepimpinan pengetua
mempunyai pengaruh terhadap peningkatan motivasi dan kepuasan kerja pekerja. Shukri
(2004) misalnya, mendapati bahawa amalan komunikasi kepemimpinan ketua sama ada
kolaboratif terbuka atau autoritatif membina mempunyai pengaruh yang ketara terhadap
kepunyaan yang kuat oleh warga organisasi (motivasi intrinsik) dan mempengaruhi sikap
penglibatan mereka dengan berkesan terhadap tugas dalam organisasi (motivasi
ekstrinsik).

Walau pun kedua-dua gaya kepimpinan tersebut memberi kesan positif

terhadap motivasi dan kepuasan kerja staf, pengaruh gaya kepimpinan kolaboratif terbuka
didapati lebih kuat.
Mohd. Nor (2004) yang mengkaji amalan gaya kepimpinan guru besar kepada
stafnya pula mendapati tingkah laku (gaya) kepemimpinan pengajaran guru besar memberi
kesan positif kepada motivasi dan komitmen kerja guru. Faktor insentif yang memuatkan
cara-cara guru besar menghargai, memuji dan mengukuhkan prestasi guru sebagai satu
bentuk insentif kepada guru-guru dan seterusnya meningkatkan motivasi dan kepuasan
kerja guru.
Melalui gaya kepemimpinan situasi, pengetua mengamalkan gaya kepemimpinan
berbeza kepada guru yang berbeza dalam situasi-situasi berbeza. Cara pengetua
menggunakan pendekatan berbeza mengikut kesesuaian situasi ini membantu mewujudkan
suasana kondusif dan bermotivasi dalam kalangan guru apabila mereka diuruskan dengan

adil dan sesuai dengan tugas yang diberi (Maimunah, 2004).

Contoh gaya berbeza

terhadap individu berbeza adalah seperti berikut :


a.

Gaya mengarah biasanya kepada guru-guru baru/ guru berprestasi rendah/


mengelak tugas.

b.

Gaya membimbing biasanya kepada guru yang kurang pengalaman dan


pengetahuan tentang kelas.

c.

Gaya menyokong biasanya kepada guru berpengalaman.

d.

Gaya mendelegasi biasanya kepada guru kanan/ pentadbir sekolah.

Kajian terhadap amalan gaya kepimpinan transformasional dalam kalangan


pengetua juga mendapati bahawa pengetua dapat mengenal pasti keperluan pengikut dan
sentiasa cuba meningkatkan keperluan pengikut ke peringkat motivasi dan kematangan
yang lebih tinggi.

Pada masa yang sama juga, pengetua cuba memenuhi keperluan

perkembangan potensi kakitangan (Chan, 2004).


Kesimpulannya, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua sama ada gaya
kepimpinan kolaboratif terbuka, gaya kepimpinan autoritatif membina, gaya kepimpinan
pengajaran, gaya kepimpinan situasi atau gaya kepimpinan tranformasional memberi
kesan positif terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru. Guru yang bermotivasi dan
mendapat kepuasan kerja dapat membantu mewujudkan sekolah berkesan dan
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Pemantapan Pengurusan Sekolah
Mohd Anuar (2004), Mohd. Nor (2004), Maimunah (2004), Nordin (2004) dan
Chan (2004) bersetuju bahawa gaya kepimpinan pengetua memberi kesan terhadap
pemantapan pengurusan sekolah.

Gaya pemudah cara, gaya pengajaran, situasi dan

transformasional adalah gaya yang dinyatakan memberi kesan positif terhadap


pemantapan pengurusan sekolah.
Kecemerlangan organisasi banyak di pengaruhi oleh elemen-elemen seperti guru
dan murid, struktur pentadbiran sekolah, teknologi pendidikan dan persekitaran sekolah
yang sihat. Pengetua yang mengamalkan gaya pemudah cara sentiasa mengemaskini
elemen-elemen tersebut, menyediakan spesifikasi kerja yang baru, mengatasi apa jua
9

konflik yang dihadapi dan mengadakan perancangan untuk meningkatkan keberkesanan


pentadbiran sekolah (Mohd Anuar, Azizi & Mohd Yusope, 2004).
Dalam konteks keberkesanan sekolah-sekolah rendah di luar bandar di negeri
Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, faktor kepemimpinan pengajaran merupakan salah satu
faktor utama yang menentukan keberkesanan sesebuah sekolah (Mohd Nor, 2004).
Sekolah yang berkesan mempunyai guru besar yang berfungsi sebagai pemimpin
pengajaran yang berkesan.
Dalam kajiannya, Maimunah (2004) mendapati pengetua-pengetua yang menjadi
respondennya mengamalkan gaya kepimpinan membimbing sebagai gaya kepemimpinan
utama dan gaya menyokong sebagai gaya kepemimpinan kedua. Ini bermakna pengetuapengetua tersebut mengamalkan gaya kepemimpinan mengikut kesesuaian situasi dan
masalah yang berlaku. Mereka berkebolehan dan berani dalam membuat keputusan. Ini
adalah positif apabila seorang ketua dilihat boleh menguruskan sesuatu perkara dan tahu
bertindak sewajarnya dan menjadikan pengurusan berkesan (Maimunah, 2004).
Noordin, Sharifudin & Azizi (2004) dalam kajian mereka mendapati gaya pemudah
cara telah membantu pentadbir memberi tumpuan kepada aspek pengurusan sekolah
dengan tidak perlu lagi memikirkan bebanan yang akan ditanggung oleh guru-guru.
Sementara Chan (2004) pula mendapati gaya kepimpinan transformasional memupuk para
pentadbir untuk mewujudkan pengurusan yang kolaboratif dan keberkesanan pengurusan
sekolah.
Kesimpulannya, gaya-gaya kepimpinan pemudah cara, gaya pengajaran, situasi
dan transformasional telah menunjukkan kesan yang positif terhadap pemantapan
pengurusan sekolah. Gaya-gaya tersebut juga didapati memberi kesan positif terhadap
keberkesanan sekolah kecuali gaya kepimpinan pemudah cara. Noordin (2004) mendapati
bahawa gaya kepimpinan pemudah cara hanya memberi kesan yang rendah terhadap
tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesanan organisasi.

10

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Perkembangan Potensi Diri dan


Inovasi
Chan (2004), Nordin (2004) dan Shukri (2004), sependapat menyatakan bahawa
gaya kepimpinan pengetua mempunyai pengaruh terhadap perkembangan potensi diri dan
inovasi pekerja. Perkembangan potensi diri dan inovasi mencerminkan kebolehan guru
atau staf dalam sesebuah sekolah untuk menggunakan bakat atau potensi diri dalam
melakukan perubahan dalam suatu kaedah P&P atau proses kerja. Perkembangan potensi
diri dan inovasi ini memerlukan dorongan daripada kepimpinan.
Chan (2004) mendapati bahawa gaya kepimpinan transformasional yang
diamalkan oleh pengetua cuba memenuhi keperluan perkembangan potensi kakitangan
apabila beliau dapat mengenal pasti keperluan pengikut dan sentiasa cuba meningkatkan
keperluan pengikut ke peringkat motivasi dan kematangan yang lebih tinggi. Amalan
pengetua ini juga berupaya membentuk keazaman diri dan kemampuan mendorong
seluruh warga organisasinya melaksanakan inovasi dalam pendidikan dan mempunyai
inisiatif untuk melakukan perubahan. Sementara Shukri (2004) pula mendapati gaya
kepemimpinan kolaboratif terbuka dan autoritatif membina yang diamalkan oleh pengetua
berupaya menerbitkan perlakuan yang menghargai dan memartabatkan organisasi secara
sukarela, ceria dan inovatif.
Satu kajian berkaitan gaya kepemimpinan pemudah cara dalam mempengaruhi
tekanan kerja, telah menunjukkan bahawa hanya terdapat sedikit sahaja guru yang
mengalami tekanan hasil dari tingkahlaku pemimpin organisasi sesebuah sekolah
(Noordin, Sharifudin & Azizi, 2004).

Ini menunjukkan tingkah laku positif seorang

pengetua menghasilkan tingkah laku yang positif daripada kakitangannya.


Kesimpulannya, gaya kepimpinan pengetua yang positif juga dapat mendorong
guru dan staf untuk memperkembangkan potensi diri dan melaksanakan inovasi dalam
urusan kerja seharian. Gaya yang positif ini juga dapat mengurangkan tekanan kerja yang
dihadapi oleh guru dan staf.

11

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Amalan Pengajaran


Dan Pembelajaran Yang Berkesan
Kajian-kajian

yang

dilaksanakan

mengenai

gaya

kepimpinan

pengetua

menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasional (Chan, 2004), gaya kepimpinan


pengajaran (Mohd. Nor, 2004) dan gaya pemudah cara (Mohd. Anuar, 2004) apabila
diaplikasikan oleh pengetua dapat meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan di sekolah.
Chan (2004) mendapati bahawa gaya kepimpinan transformasional membantu para
pentadbir ke arah menggalakkan perkembangan pembelajaran pelajar melalui programprogram pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian Mohd Nor (2004) pula jelas
menunjukkan bahawa terdapat perubahan kepada pengajaran dan pembelajaran melalui
gaya kepimpinan pengajaran. Cara guru besar memberi penghargaan dan pengiktirafan
kepada para pelajar yang berjaya dalam kurikulum dan aktiviti kokurikulum membuktikan
bahawa sekolah yang berkesan dari sudut pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan.
Seorang pengetua yang mempunyai kemahiran dalam pemimpin pengajaran boleh
membawa perubahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran para muridnya.
Kajian Mohd Anuar, Azizi & Mohd Yusope (2004) pula mendapati bahawa
pengetua membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran melalui gaya
pemudah cara dan tingkah laku beliau dalam menangani perubahan. Sebilangan besar guru
bersetuju bahawa pengetua bekerja sama dengan guru dan memberi keutamaan kepada
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kesimpulannya, amalan gaya kepimpinan transformasional, gaya kepimpinan
pengajaran dan gaya pemudah cara oleh pengetua atau guru besar mampu memberi kesan
terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Melalui gaya-gaya

kepimpinan ini, pengetua atau guru besar mendapat kerjasama guru dan pelajar yang
terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran.

12

Rumusan
Kepimpinan adalah proses di mana individu mempengaruhi ahli kumpulan lain
bagi mencapai matlamat kumpulan atau matlamat organisasi. Pengurusan dan kepimpinan
pendidikan yang berkualiti, berwibawa dan berkesan akan dapat menggerakkan anggotaanggota sekolah melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi ke arah mencapai
aspirasi dan objektif-objektif yang telah ditentukan. Kajian ini menekankan bahawa
kepimpinan sangat mustahak bagi menentukan kejayaan organisasi malah mungkin ia
faktor terpenting yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi. Namun
begitu, gaya kepemimpinan pemudah cara yang diamalkan oleh pengetua hanya memberi
kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesanan
organisasi.
Berdasarkan bukti-bukti daripada kajian ini menunjukkan bahawa gaya
kepimpinan pengetua adalah faktor yang membantu perubahan tingkah laku dalam
organisasi. Gaya kepimpinan yang positif membantu mewujudkan perubahan yang positif
dalam organisasi seterusnya menggalakkan kewujudan organisasi sekolah yang berkesan.

Cadangan
Dalam

melaksanakan

sesuatu

perubahan

di

sekolah,

pengetua

disaran

menggabungkan beberapa gaya pemudah cara perubahan yang bersesuaian dengan iklim
dan budaya yang wujud di sekolah. Gaya pemudah cara responden adalah baik untuk
diamalkan di peringkat awal memulakan perubahan dan diikuti dengan gaya pemudah cara
perintis, Banyak kajian menunjukkan bahawa warga sekolah memerlukan perubahan.
Hasrat ini dapat dicapai sekiranya pengetua mengamalkan gaya pemudah cara dan
tingkahlaku perubahan.
Selain itu, penyelidikan pada masa hadapan adalah disaran dilakukan dalam
konteks perbandingan tingkah laku kepemimpinan pengajaran antara guru besar atau
pengetua sekolah bandar dengan guru besar atau pengetua sekolah luar bandar. Seterusnya,
kajian juga digalakkan menggunakan

responden melewati batas negeri dan kaedah

longitudinal patut dilakukan agar dapat dibuat perbandingan secara signifikan.

13

Cadangan seterusnya, kajian masa hadapan digalakkan menggunakan pelbagai


konsep komitmen dan kepuasan kerja daripada pelbagai dimensi. Akhirnya, pengkaji juga
diharapkan mengggunakan model berbilang paras dan berbilang faktor keberkesanan
sekolah.

Rujukan :
Avolio, B.J., Waldman, D.A. & Einstein, W.O. 1988. Transformational Leadership In A
Management Game Simulation : Impacting The Bottom Line. Group And
Organization Studies.
Azizi bin Hj Yahaya et al. (t.th).
Tingkahlaku
Kepimpinan
Pengetua
dan
Hubungannya Dengan Tekanan Kerja Dan Keberkesanan Organisasi Di Beberapa
Buah Sekolah Terpilih Negeri Sembilan.
Boles, H.W. 1979, Educational LeadershipAnd Accountability, Journal of Reading and
Cases In Educational Administration. 6: 23-35.
Chan Yuen Fook. 2004. Kepimpinan Transformasional Dan Inovasi Pendidikan. Seminar
Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin
Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Greenfield, W., (1995), Towards the theory of school administration : The centrality of
leadership, Educational Administration Quarterly, 31 , 1: 61 85.
Hanafi Kamal, 1990, Implikasi beberapa teori kepada kepimpinan di sekolah. Suara
Pendidik, 13-14 (3&4), 28-32.
Holtzman, M., 1992, Do you really need leadership, Educational Leadership, 49(5), 36.
Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: DBP.
Ishak bin Din. 2003. Gaya Kepimpinan Transformasi dan Pengajaran. Gaya Manakah
Yang Manakah Diperlukan Oleh Pengetua? Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan. Institut Aminudin Baki: 9-10.
Maimunah bt Muda. 2004. Kepemimpinan Situasi Di Kalangan Pengetua Sekolah di
Malaysia. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12,
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Anuar Abd Rahman, P. Madya Dr. Azizi Hj Yahaya, Mohamaed Yusope Hassan.
2004. Gaya Pemudah Cara Perubahan Di Sekolah : Sejauh manakah Pengetuapengetua Mengamalkannya. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia..

14

Mohd Izham Mohd Hamzah, Sufean Hussin, 2009, Pengurusan Perubahan Terancang
Dalam Pembestarian Sekolah : Proses Pelaksanaan Polisi, Kuala Lumpur,
Penerbit Universiti Malaya.
Mohd Nor bin Jaafar. 2004. Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen dan Kepuasan
Kerja Guru : Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan Antara Sekolah Berkesan
dengan Sekolah Kurang Berkesan. Seminar Nasional Pengurusan
dan
Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran
Malaysia..
Noordin Hj Yahaya, Sharifudin Ismail, PM Dr. Azizi Hj Yahaya. 2004. Tingkah Laku
Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja dan
Keberkesanan Organisasi, Di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Di Negeri Sembilan.
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut
Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Razali bin Mat Zin. 1996. Kepimpinan Dalam Pengurusan. Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.
Robiah Sidin. 2003. Teori Pentadbiran Pendidikan. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Seltzer, J & Bass, B.M. 1990. Transformational Leadership: Beyond Initiation and
Consideration, Journal of Management: 693-703.
Shukri bin Haji Zain. 2004. Komunikasi Kepemimpinan dan Hubungannya Dengan
Motivasi. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12,
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Southworth, G. 2002. Instructional Leadership In Schools. Reflections and Empirical
Evidence. School Leadership and Management.
Stogdill, Ralph M.. (1974) Handbook of leadership: A survey of theory and research New
York: Free Press.
Stogdill, Ralph Melvin; Bass, Bernard M.. (1981) Stogdill's handbook of leadership: A
survey of theory and research Rev. and expanded / edition. New York: Free Press
Yammarino, F.J. & Bass, B.M. 1990. Transformational Leadership and Multi Level
Analysis. Human Relations.

15

You might also like