You are on page 1of 2

BIDANG TUGAS GURU PENYELARAS KELAB / PERSATUAN DAN PASUKAN BERUNIFORM

1. Merupakan Guru Penggerak Utama bagi memastikan semua kelab/ persatuan dan badan
berunifom dapat bergiat aktif sepanjang tahun.
2. Sentiasa menjalin kerjasama yang baik dengan pentadbir sekolah dan guru-guru
penasihat kelab/persatuan/badan berunifom yang berada di bawah kawalannya.
3. Bekerjasama dengan guru-guru penasihat dalam merancang dan melaksanakan aktiviti
berdasar bidang tugas masing-masing.
4. Mempunyai Sistem Rekod Pemantauan yang kemas dan berkesan bagi memantau
keberkesanan aktiti kelab/persatuan/badan berunifom di bawah kawalan masingmasing.
BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT KELAB / PERSATUAN DAN PASUKAN BERUNIFORM

1. Memikir dan mencari idea-idea untuk memaju dan mempertingkatkan kelab/persatuan.


2. Membentuk Jawatankuasa Pelajar bagi kelab/persatuan yang berkenaan.
3. Memberi latihan yang betul tentang perlaksanaan mesyuarat
4. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan
digunakan.
5. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di
semua peringkat.
6. Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
7. Memastikan jawatankuasa yang terpilih menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.
8. Memastikan perjalanan kelab/persatuan tidak menyeleweng atau menyalahi
perlembagaan atau peraturan sekolah.
9. Memastikan keselamatan alatan atau barangan kelab/persatuan dan menjaga disiplin
dan keselamatan Ahli Jawatankuasa.
10. Mengiringi rombongan yang dikelolakan oleh kelab/persatuan dan menjaga disiplin dan
keselamatan Ahli Jawatankuasa.
11. Memastikan semua surat-menyurat daripada kelab/persatuan kepada pihak luar
hendaklah dibuat melalui Pengetua. Guru juga hendaklah memaklumkan kepada
Pengetua/Penolong Kanan sekiranya surat-surat daripada pihak luar yang dikirimkan
tidak melalui Pengetua sebelum sesuatu tindakan diambil.

You might also like