You are on page 1of 16

Pendidikan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan proses

pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran Sejarah. Oleh itu guruguru Sejarah memain peranan yang penting untuk menerapkan pemikiran Sejarah melalui
aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir. Hanya proses
pengajaran dan pembelajaran yang bermakna sahaja yang boleh merangsang pemikiran
pelajar (Maharom, 1998). Oleh sebab itu pendidikan Sejarah hendaklah dilakukan sebagai satu
kuasa yang hidup yang boleh mengaitkan peristiwa masa lalu dengan hakikat semasa (Abd
Rahim, 2000). Para pelajar perlu diterapkan dengan dengan konsep pemikiran Sejarah agar
dapat memberi satu persepsi baru kepada minda pelajar bahawa Sejarah bukanlah satu subjek
yang kaku dan membosankan. Malah ia dapat mendedahkan kepada para pelajar bagaimana
seseorang ahli Sejarah itu bekerja melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru
mereka (Isabel et all. 1997).

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SEJARAH DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN


Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, kepentingan pelajaran sejarah
ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Melalui sejarah seperti yang dinyatakan oleh Davies (1994)
dapat memupuk integrasi nasional kerana ia mengajar tentang nilai-nilai politik dan kenegaraan.
Pendidikan sejarah mampu mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar agar
melibatkan diri dengan masyarakat yang lebih kompleks. Situasi ini secara tidak langsung dapat
menanamkan semangat patriotik dalam kalanga geerasi muda.

Kepentingan pendidikan sejarah dalam mewujudkan perpaduan kaum dan keharmonian di


samping memperkasakan semangat patriotism dalam kalanga rakyat pelbagai kaum diberi
penekanan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah (KPM: 2003). Mata pelajaran ini digubal agar
dapat memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai
warganegara Malaysia dan warga dunia. Ia juga berhasrat untuk mewujudkan semangat
perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia dalam kalangan masyarakat pelbagai
kaum (KPM:2003).

MASALAH
PENERAPAN
PEMBELAJARAN

PEMIKIRAN

SEJARAH

DALAM

PENGAJARAN

DAN

Penerapan pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar akan berhadapan dengan masalah
sekiranya guru kurang berpengetahuan dan pengajaran hanya bergantung kepada buku teks
semata-mata. Wilson (1989) misalnya, mencadangkan pengetahuan yang mendalam tentang
Sejarah bukan hanya melibatkan pengetahuan yang lebih banyak, iaitu keupayaan
menyebutkan lebih banyak tahun, mengenal lebih banyak nama, dan mengingat semula lebih
banyak peristiwa. Sebaliknya, ia melibatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang
fenomena sejarah, termasuk pensejarahan atau bagaimana sejarah dihasilkan.

Kemahiran pemikiran sejarah memerlukan pelajar-pelajar serba boleh. Mereka perlu


meneroka, menyelidiki, menganalisis dan menginterpretasi sumber. Juga memerlukan mereka
untuk membuat perkaitan tentang sebab dan akibat berdasarkan peristiwa sejarah. Ini
bermakna pelajar-pelajar itu perlu memiliki pemikiran yang kritis dan kreatif, serta memenuhi
kriteria-kriteria pemikiran sejarah. Bersesuaian dengan mata pelajaran ini yang merupakan satu
mata pelajaran yang kompleks, abstrak dan empirikal.
Namun tidak semua pelajar dapat mencapai tahap seperti yang diperlukan dalam
pemikiran sejarah. Justeru itu akan berlaku masalah sekiranya pelajar yang masih belum
mencapai kriteria pemikiran sejarah terpaksa untuk membuat interpretasi sumber-sumber
sejarah. Mungkin apa yang ditafsirkan tidak mencapai tahap yang dikehendaki dan keputusan
atau tafsiran itu tersasar jauh daripada apa yang diharapkan.
Kemahiran pemikiran sejarah ini sukar dilaksanakan sekiranya kita masih berada dalam
sistem pendidikan yang sama seperti hari ini, iaitu sistem pendidikan di negara kita yang terlalu
menumpukan kepada peperiksaan semata-mata tanpa menghiraukan aspek-aspek yang lain.
Abdul Rahim (1989) menyatakan isi kandungan yang terlalu banyak dan padat, ditambah pula
dengan kesuntukan masa kerana perlu menghabiskan sukatan pelajaran sebelum waktu
peperiksaan. Keadaan ini menjadikan Sejarah kurang menarik dan tidak dapat mencapai
objektif untuk menguasai kemahiran pemikiran sejarah.
Malah menurut Khoo Kay Kim (2000) pembelajaran sejarah yang hanya menekankan
aspek hafalan fakta, tarikh serta pergolakan dunia yang berlaku beribu-ribu tahun yang lampau
menyebabkan pelajar mempunyai pandangan yang sempit tentang proses dan perkembangan
negara dan menanggap pelajaran sejarah sebagai menjemukan dan tidak merangsang untuk
berfikir.
Pandangan Khoo Kay Kim turut disokong oleh Subadrah Nair (2005) ,penumpuan
kepada hafalan ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak didedahkan kepada pemikiran kritis dan
kreatif. Pengajaran Sejarah juga terlalu bersifat tradisional yang hanya berpusatkan kepada
guru dan bersifat satu hala mewujudkan keadaan pelajar-pelajar tidak memainkan peranan aktif
di dalam kelas. Situasi yang sering berlaku ialah pelajar-pelajar hanya dikehendaki mendengar
atau menyalin nota yang dicatatkan oleh guru. Guru pula amat gemar menggunakan kaedah
kaedah khutbah atau syarahan dalam pengajarannya .
Corak pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru ini dapat dikaitkan dengan
pengajaran guru yang terlalu terikat dengan buku teks. Nota-nota , pengajaran yang diberi
diambil dari buku teks semata-mata. Tiada usaha lebih yang dilakukan oleh guru Sejarah
semata-mata bergantung kepada buku teks. Pengajaran guru Sejarah juga mendedahkan
kelemahan-kelemahan dari segi menentukan pencapaian objektif-objektif yang sesuai. Objektif
yang bersifat umum tidak dapat menentukan objektif pengajaran dengan berkesan dan
menyebabkan pengajaran guru gagal menyampaikan pengetahuan dan mengembangkan
kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan.
Menurut Abd Rahim (1998) kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata
pelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat penting

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk
mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala kaedah dan metodologi pengajaran
yang bersifat spoon feed, induktif dan khutbah yang hanya mementingkan pelajar menerima
apa sahaja yang disogok oleh guru tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan
perubahan budaya belajar dan budaya mengajar era perkembangan informasi maklumat yang
berlaku dalam masyarakat moden.
Ramai yang berpendapat mengajar sejarah hanyalah tentang bercerita atau just tell
stories. Sejarah mengandungi kisah tentang kehidupan individu atau tokoh. Sesuatu cerita jika
diceritakan dengan baik boleh menarik minat pelajar untuk belajar sejarah. Para sejarawan
sependapat bahawa fakta tidak boleh bercakap, jadi menjadi tugas sejarawan untuk
membentuk persoalan, membentuk inferens, membuat penilaian sekiranya perlu dan membuat
kesimpulan tentang fakta sejarah tersebut (Crabtree et all., 1993). Oleh itu pelajar-pelajar perlu
didedahkan dan diterapkan dengan kemahiran pemikiran Sejarah. Keadaan ini selaras dengan
Orientasi pendidikan sejarah peringkat Sekolah Menengah Atas yang bertujuan untuk memberi
pemahaman ilmu dan memupuk pemikiran sejarah Namun begitu, untuk memupuk kemahiran
pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar-pelajar bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah
lagi Sejarah merupakan satu subjek yang paling sukar untuk diajar di sekolah menengah (Sizer,
1984). Ini dapat dibuktikan dengan kaedah pengajaran guru sejarah yang tidak sesuai dan
kurang menarik. Malah ramai yang tidak mengetahui bagaimanakah kaedah pengajaran
Sejarah yang paling baik atau sesuai (Howard & Mendenhall, 1982).

Bagi menerapkan konsep pemikiran Sejarah di dalam bilik darjah, proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah perlulah merangsang pemikiran pelajar. Ini boleh dilaksanakan melalui
aktiviti pembelajaran aktif yang melibatkan proses mencari bukti, membuat pertimbangan dan
rasionalisasi, interpretasi dan imaginasi dengan bimbingan guru. Oleh itu para guru Sejarah
perlulah memiliki pemahaman dan pengetahuan mengenai kemahiran pemikiran Sejarah untuk
dilaksanakan dalam pengajaran mereka.

Bagi membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran Sejarah, ia memerlukan bukan
sahaja kemahiran menguasai fakta, malah pelajar tersebut juga perlu mempunyai kemahiran
menganalisis perkaitan antara satu fakta dengan fakta yang lain. Justeru itu, pelajar-pelajar
perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas bagi menyokong hipotesis serta sebab dan
akibat.

PENDEKATAN INKUIRI
Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka
untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan
kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan
yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan
dengan menyediakan satu situasi yang membingungkan. Individu yang menghadapi situasi
sedemikian (secara semula jadi) bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam
model ini, terdapat lima fasa seperti rajah di bawah:

Rajah 3 Lima Fasa Model Inkuiri

Keterangan model inkuiri:


Fasa 1: Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur cara
inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan bagaimana sebatang
pisau dibuat daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan ia menjadi bengkok,
memerlukan murid berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan
untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru.
Fasa 2: Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat tentang kejadian
yang dilihat atau alami.
Fasa 3: Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru dalam situasi
untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini murid mungkin bertanya
tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis maklumat yang diperlukan dan
mengubah corak penyoalan.
Fasa 4: Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu keterangan. Mungkin ada
murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk pemahaman mengenainya.
Fasa 5: Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka memerlukan soalan yang
berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat lanjut daripada guru

Pengertian Pendekatan Inkuiri


Menurut Piaget, inkuiri merupakan pendekatan yang mempersiapkan peserta didik pada
situasi untuk melakukan eksperimen sendiri secara luas agar melihat apa yang terjadi, ingin
melakukan sesuatu, mengajukan pertanyaan-pertanyaan, dan mencari jawabannya sendiri,
serta menghubungkan jawaban yang satu dengan yang lain, membandingkan apa yang
ditemukannya dengan yang ditemukan peserta didik yang lain.
Kuslan dan Stone (Dahar dan Liliasari 1986, dalam Iskandar, 1996/1997:68)
mendefinisikan pendekatan inkuiri sebagai pengajaran dimana guru dan murid mempelajari
peristiwa-peristiwa ilmiah dengan pendekatan dan jiwa para ilmuan.
Hinrichsen juga menambahkan bahwa (1999) inkuiri mengandung dua makna utama yaitu
inkuiri sebagai inti dari usaha ilmiah dan inkuiri sebagai strategi untuk belajar mengajar IPA,
sebagai strategi mengajar IPA inkuiri merupakan metode yang mengharuskan murid untuk
mengkonstruk sendiri pengetahuannya melalui pertanyaan mereka tentang suatu hal, kemudian
merencanakan dan melakukan investigasi untuk menjawab pertanyaan tersebut, melakukan
analisis dan mengkomunikasikan hasil penemuan mereka.
Proses-proses inkuiri adalah menemukan masalah, menyusun hipotesis, merencanakan
eksperimen, melaksanakan eksperimen untuk menguji hipotesis, mensintesis pengetahuan,
mengembangbangkan beberapa sikap yaitu sikap objektif, ingin tahu, terbuka dan bertanggung
jawab.
Pendekatan inkuiri merupakan pendekatan penemuan yang menuntut pengetahuan yang
lebih kompleks dibandingkan pendekatan discovery. Pada pendekatan inkuiri murid dengan
proses mentalnya sendiri dapat menemukan suatu konsep, sehingga dalam menyusun
rancangan percobaan dilakukan atas kemampuannya sendiri. Pada pendekatan inkuiri,
permasalahan dilontarkan oleh guru, cara pemecahan masalah ditentukan oleh murid,
penemuan kesimpulan juga dilakukan oleh murid.
Berdasarkan beberapa definisi di atas, dapat di simpulkan bahwa pendekatan inkuiri
sebagai suatu model pembelajaran yang terpusat pada murid, yang mana murid didorong untuk
terlibat langsung dalam melakukan inkuiri, yaitu bertanya, merumuskan permasalahan,
melakukan eksperimen, mengumpulkan dan menganalisis data, menarik kesimpulan, berdiskusi
dan berkomunikasi. Dengan demikian, murid menjadi lebih aktif dan guru hanya berusaha
membimbing, melatih dan membiasakan murid untuk terampil berfikir (minds-on
activities) karena mereka mengalami keterlibatan secara mental dan terampil secara fisik
(hands-on activities) seperti terampil merangkai alat percobaan dan sebagainya. Pelatihan dan
pembiasaan murid untuk terampil berfikir dan terampil secara fisik tersebut merupakan syarat
mutlak untuk mencapai tujuan pembelajaran yang lebih besar yaitu tercapainya keterampilan
proses ilmiah, sekaligus sikap ilmiah disamping penguasaan konsep, prinsip, hukum, dan teori.

Prinsip-prinsip Pendekatan Inkuiri


Dalam penggunaan pembelajaran inkuiri terdapat beberapa prinsip yang harus diperhatikan
oleh setiap guru, diantaranya :
a.

Berorientasi pada Pengembangan Intelektual.

Tujuan utama dari strategi inkuiri adalah pengembangan kemampuan berpikir. Tidak sebatas
penguasaan materi tetapi sejauh mana murid beraktivitas mencari dan menemukan sesuatu.
b.

Prinsip Interaksi.

Guru tidak menempatkan diri sebagai sumber belajar tetapi sebagai pengatur interaksi agar
murid mengembangkan kemampuan berpikirnya melalui interaksi mereka.
c.

Prinsip Bertanya.

Guru berperanan sebagai penanya karena kemampuan murid untuk menjawab pertanyaan
merupakan sebagian dari proses berpikir.
d.

Prinsip Belajar untuk Berpikir.

Belajar bukan sekedar mengingat sejumlah fakta tetapi proses berpikir (learning how to think),
yakni proses mengembangkan potensi seluruh otak, baik otak kiri maupun otak kanan, baik
otak reptile, otak limbic, maupun otak neokortek.
e.

Prinsip Keterbukaan.

Tugas guru adalah menyediakan ruang untuk memberikan kesempatan kepada murid
mengembangkan hipotesis dan secara terbuka membuktikan kebenaran hipotesis yang
dianjurkannya.

Kelebihan dan Kekurangan Pendekatan Inkuiri


Berikut ini adalah beberapa kelebihan pembelajaran yang menggunakanpembelajaran
inkuiri :
a. Bruner (Amin, 1987:133), seorang psiklog dari Harvard University di Amerika Serikat
menyatakan beberapa keuntungan metode inkuiri sebagai berikut :
1.

Murid akan memahami konsep-konsep dasar dan idea-idea lebih baik.

2. Membantu dalam menggunakan daya ingat dan transfer pada situasi-situasi proses belajar
yang baru.

3.

Mendorong murid untuk berpikir inisiatif dan merumuskan hipotesisnya sendiri.

4.

Mendorong murid untuk berpikir dan bekerja atas inisiatifnya sendiri.

5.

Memberikan kepuasan yang bersifat intrinsic.

6.

Situasi proses belajar menjadi lebih merangsang.

b.

Pengajaran berubah dari teacher-centered menjadi student centered

c.

Dapat membentuk dan mengembangkan konsep diri (self concept)

d.

Tingkat pengharapan bertambah.

e.

Dapat meningkatkan bakat kemampuan individu.

f.

Dapat menghindarkan murid dari cara-cara belajar tradisional (menghafal)

g.

Memberikan waktu bagi murid untuk mengasimilasi dan mengakomodasi informasi.

h. Menekankan kepada pengembangan aspek kognitif, afektif, dan psikomotor secara


seimbang, sehingga pembelajaran lebih bermakna.
i.

Memberikan ruang kepada murid untuk belajar sesuai dengan gaya belajar mereka.

j. Sesuai dengan perkembangan psikologi belajar modern yang menganggap belajar adalah
proses perubahan tingkah laku berkat adanya pengalaman.

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer


Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang
besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat
membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih
menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk
mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and
Russell (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek
pendidikan.
Perkembangan PPBK Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah lama
wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu
projek PPBK yang dinamakan PLATO (Programmed Logic Automatic Teaching Operation) telah
dibangunkan dengan kerjasama Universiti Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus
untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan dengan
melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993.
Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS
dan Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan utama PPBK adalah melibatkan empat
mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah

pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah
Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang
dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan
melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian PPBK yang
bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa.
Jenis-jenis PPBK
Terdapat lima jenis PPBK yang utama iaitu latihtubi, tutorial, simulasi, permainan dan
penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai
digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi.
Latihtubi adalah suatu latihan yang berikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman
pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang
betul atau salah. Seterusnya komputer dapat memberikan maklumbalas kepada pelajar. Ini
akan membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus
mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja.
Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di sampaikan
secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Seterusnya komputer akan
menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk
memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang
berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi.
Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran
sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif
dengan komputer berdasarkan perana masing-masing bagi membuat keputusan,
menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya
sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata
pelajaran seperti sains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang
mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama.
Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana
pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan
keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran
dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan
dan penyelesaian masalah. pelajar-pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi
juara.
Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan
untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh pelajar. Pelajar akan
melakukan pilihan yang sesuai dan tepat. Pembinaan bahan PPBK Apabila hendak membina
bahan PPBK, beberapa aspek perlu diambil kira seperti ahli-ahli kumpulan dan jenis perisian
yang sesuai digunakan supaya mencapai objektif yang ditetapkan pada mula-mula lagi.
Menurut Tay Vaughan (1994) ahli kumpulan yang akan membina bahan perisian akan terdiri
dari :

i) seorang ketua projek,


ii) pakar pedagogi,
iii) pakar pengaturcara,
iv) pakar grafik,
v) pakar audio dan
vi) pakar video.
Terdapat dua pilihan untuk pembinaan bahan perisian iaitu :
i) bahasa pengatucaraan atau ii) alat pengarangan.
Peringkat-peringkat pembinaan yang perlu di ambil ialah:
i) Perancangan perlu dikenal dibuat seperti tajuk, anggaran perbelanjaan dan tarikh-tarikh
mengikut jangkaan fasa yang perlu disiapkan.
ii) Peringkat menyediakan rekabentuk skrin seperti skrip, storyboard .
iii) Menjalankan pengaturcaraan di dalam komputer.
iv) Apabila selesai dibina, bahan PPBK tersebut hendaklah diuji kesesuaiannya. Segala
kekurangan perlulah diperbaiki semula.
v) Membuat dokumentasi.
vi) Seterusnya barulah ianya dapat digunakan oleh pelajar-pelajar.
Penilaian
PPBK Menurut Alessi and Trollip (1991) proses penilaian melibatkan beberapa langkah iaitu :
i) Melihat dokumentasi sekali imbas dan meneliti maklumat penting
ii) Mendapatkan maklumat tentang perisian kursus dari dokumentasi yang dilampirkan untuk di
salin ke borang penilaian.
iii) Menggunakan perisian kursus pada komputer dari awal hingga akhir sambil meneliti ciri yang
sedia ada.
iv) Melakukan kesilapan menaip dengan sengaja. Lihat apa terjadi.
v) Memberikan penilaian berdasarkan penggunaan.
Menurut Douglass E. Wolfgram (1994) ciri-ciri bahan kursus yang baik ialah :
i) Isi kandungan yang bersesuaian dengan objektif pembelajarandan tahap kognitif pelajar .

ii) Arahan yang mudah digunakan dan jelas.


iii) Penggunaan grafik yang menarik.
iv) Terdapat selitan audio untuk menimbulkan rangsangan dan motivasi.
v) Terdapat interaksi antara komputer dengan pelajar di mana maklumbalas dapat diberi secara
serta merta.

Penggunaan pendekatan dalam mata pelajaran sejarah


Pengajaran berbantukan komputer boleh dilihat sebagai satu alternatif ke arah
melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan selaras dengan hasrat
kerajaan yang ingin mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana ia menjadi asas
kepada Pembentukan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Pengajaran berbantukan komputer
boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan teknologi
ICT melalui laman web pembelajaran untuk mengadakan latih tubi di dalam kelas. Setiap
pelajar dikehendaki menjawab soalan latih tubi di laman web dan kemudian guru dan pelajar
akan membincangkan jawapannya di dalam kelas. Sebagai contoh, laman web yang disediakan
oleh Kementerian Pelajaran iaitu, http://spp.moe.edu.my mengandungi pelbagai nota dan latih
tubi yang amat berguna buat guru dan pelajar Guru memainkan peranan yang penting di dalam
penyebaran penggunaan komputer kepada para pelajar melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selain menarik minat pelajar tehadap P&P di dalam kelas. Pengajaran
berbantukan computer Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah
salah satu proses yang dapat membantu menjayakan dasar pembelajaran berpusatkan pelajar.
Perancangan yang teliti diperlukan dalam menghasilkan perisian pembelajaran yang sesuai dan
berkesan dengan teknologi komputer dan multimedia. Gabungan audio, video, animasi dan
interaksi pengarahan bagi persembahan multimedia dapat member peluang kepada pelajar
menggunakan dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui teknologi.
Komputer ialah teknologi masa kini yang begitu cepat berkembang. Pelbagai jenis
maklumat dapat diperoleh melalui satu klik sahaja. Pelajar hari ini lahir dalam dunia
berteknologi tinggi. Oleh hal yang demikian, komputer tidak dapat dipisahkan daripada dunia
mereka. Pada masa depan, teknologi komputer akan menjadi lebih canggih dan menakjubkan
memandangkan kemajuan pesat teknologi ini pada hari ini.
Pada pendapat saya, penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan
bukanlah sesuatu yang baru dan negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus
pembangunan yang berasaskan komputer ini.Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya
mampu untuk membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi ia juga berpotensi
sebagai alat untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Komputer juga dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran. Ciriciri komputer yang lebih mesra, tidak jemu, tidak sakit hati dan sabar semasa membuat dan
menggunakan program menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang
kurang cerdas. Ini jelas sekali dalam strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu
dilakukan oleh pelajar. Menurut KPM ( 1997 ), aspek teknologi telah digabungkan dalam
kurikulum di sekolah sebagai satu daya usaha untuk menyemai dan memupuk minat serta sikap
yang positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan diubahdaripada
sesuatu yang berdasarkan kepada memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif
dengan menggunakan teknologi terkini.
Kebiasaanya pelajar akan mudah tertarik dengan pengajaran yang menggunakan
komputer untuk sesuatu subjek. Pelajar akan mudah memahami dan minat dengan
penggunaan teknologi masa kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran juga merupakan
salah satu kaedah yang dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran di dalam kelas
dengan berkesan di samping dapat menarik perhatian pelajar untuk menumpukan tentang apa
yang di sampaikan.
Terdapat beberapa perkara penting yang oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1. Komputer hanya akan bertindak sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya penggunaan
komputer dapat dilaksanakan dengan berkesan.
2. Komputer tidak akan mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa berusaha
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT.
3. Penggunaan komputer dapat mengurangkan beban tugas guru dan pelajar disamping setiap
kerja dalam dilakukan dengan kemas teratur dan sistematik.

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ICT DAN TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN


SEJARAH.
Kebaikan penggunaan ICT dan Teknologi Komputer dalam pengajaran mata pelajaran
sejarah adalah kerana, penggunaan ICT ini mampu untuk meningkatkan daya kefahaman
pelajar terhadap mata pelajaran sejarah terutamanya terhadap tema yang agak sukar untuk
difahami. Hal ini dapat dilihat melalui tema dalam matapelajaran sejarah yang memerlukan
pelajar mengingat sesuatu peristiwa yang berkronologi. Hasil daripada pengaplikasian ICT dan
Teknologi Komputer, maka dengan itu, guru dapat menyediakan pelbagai bahan yang
berbentuk multimedia yang lebih menarik. Hal ini seterusnya boleh membuatkan pelajar
bertambah minat dan tertarik terhadap persembahan grafik yang dipersembahkan oleh bantuan
teknologi komputer. Oleh yang demikian, melalui persembahan grafik ini akan menambahkan
kefahaman terhadap murid. Sebagai contohnya, menggunakan tayangan filem dalam
pengajaran tentang tema pembukaan Melaka. Oleh itu melalui rangsangan tayangan ini akan
meningkatkan daya kefahaman murid.

Selain itu, penggunaan ICT dan Teknologi Komputer dalam pengajaran sejarah akan
menjadikan pelajar lebih bermotivasi dalam mempelajari mata pelajaran sejarah yang mana
penggunaan teknologi ICT seperti melayari internet dalam pencarian bahan pelajaran
mendorong pelajar untuk mengetahui dan terus mencari fakta dan sumber-sumber sejarah di
dalam laman web. Pelaksanaan dalam mengaplikasikan bahan bantu mengajar ini boleh
dijalankan di makmal komputer sekolah. Oleh yang demikian, melalui semangat pelajar ini
dapat kita lihat usaha dan motivasi yang dapat dipupuk hasil daripada pengajaran
menggunakan alat bantu mengajar ICT dan Teknologi Komputer. Motivasi ini akan
menyebabkan pelajar akan bertambah minat dalam mata pelajaran sejarah sekaligus
menjadikan mata pelajaran sejarah menjadi pelajaran yang diminati dalam kalangan pelajar
sebagaimana mata pelajaran sains dan matematik yang mendapat sambutan di kalangan
pelajar.
Pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar juga dapat dilihat melalui pengaplikasian
bahan bantu mengajar ICT dan Teknologi Komputer. Hal ini dapat dilihat melalui, konsep kendiri
yang dapat diertikan sebagai berterusan. Dalam konteks ini, dapat dilihat melalui pembelajaran
kendiri yang akan mengurangkan secara tidak langsung masalah keciciran pembelajaran di
kalangan pelajar terutamanya pelajar yang tidak berapa sesuai dengan pembelajaran kaedah
kelas yang mana ianya merupakan lebih kepada pemusatan guru dalam menyampaikan
pengajaran. Oeh yang denikian, dalam penggunaan kaedah ini akan menyebabkan pelajar
boleh menjalankan pembelajaran serta interaksi dengan guru melalui internet atau laman web
yang menjadi medium dalam penyampaian bahan pelajaran sejarah.
Penggunaan bahan bantu mengajar ICT dan Teknologi Komputer ini juga membawa
kelebihan kepada pelajar dalam mendalami mata pelajaran sejarah. Hal ini demikian apabila,
ict dan teknologi membolehkan pelajar dalam mendapatkan bahan bantu belajar seperti
rujukan dan nota daripada internet yang mana ianya sukar untuk didapati dalam mana-mana
buku. Oleh itu, dalam hal ini pelajar dapat mengakses internet melalui komputer dengan
penggunaan bantuan bahan bantu mengajar ini. Sepertimana
dalam mengendalikan
pembelajaran dalam bentuk bantuan ICT dan Teknologi Komputer bahawa ianya akan
menyebabkan kita melakukannya di dalam makmal komputer. Hal ini telah terbukti bahawa,
internet adalah Teknologi Komputer pada masa kini yang dapat membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.i
Penggunaan bahan bantu mengajar melalui aplikasi ICT dan Teknologi Komputer dalam
pengajaran sejarah akan menambahkan suasana pembelajaran yang seronok dan lebih
mencabar bagi pelajar. Dalam konteks ini akan menyebabkan pelajaran sejarah dapat
disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti slaid dan video ke dalam komputer menggunakan
LCD screen yang mana akan menyebabkan pelajar dapat merasai suasana dalam sejarah
sepertimana peristiwa sebenar. Video merupakan, rakaman adegan ataupun sesuatu peristiwa
dan aksi sama ada dirancang atau berlaku dengan spontan.ii Oleh itu, ini akan menyebabkan
pelajar akan berasa bahawa belajar sejarah melalui menonton video hang tuah sebagai
contohnya adalah merupakan pembelajaran yang seronok di samping memberikan cabaran
mengenalpasti jalan cerita dan juga cabaran dalam pengendalian komputer.

Kelebihan penggunaan ICT dan Teknologi Komputer juga dapat dilihat dapat dengan
penggunaan ini akan meningkatkan daya kreatif, kemahiran berfikir dan imiginasi pelajar dalam
menyambungkan peristiwa-peristiwa sejarah yang berkronologi seperti kewujudan tamadun di
dunia. Melalui penggunaan computer, guru dapat membina satu bahan yang boleh
memudahkan pelajar dalam mengingati fakta sejarah. Sebagai contohnya, menggunakan
persembahan power point dalam menyampaikan pengajaran. Oleh yang demikian, kewujudan
tamadun disusun dalam slaid agar dapat menimbulkan kesistematikan dalam penyampaian
input pelajaran terhadap sejarah.iii Walau bagaimanapun, dalam aplikasi ICT dapat dilihat
bahawa melalui melayari internet pelajar dapat mengakses pelbagai laman web terutamanya
yang berkaitan dengan sejarah.
Selain itu, melalui penggunaan bahan ICT dan Teknologi Komputer dalam pengajaran sejarah
dapat memberikan kebaikan dan kelebihan dalam memberikan pelajar kemahiran dalam
mengendalikan komputer sepertimana yang pelajar aliran sains nikmati.iv Sepertimana yang kita
lalui sebelum, ini hanya pelajar dalam jurusan sains dan teknologi maklumat yang berpeluang
dalam mempelajari penggunaan teknologi dan aplikasi ICT dalam pembelajaran. Oleh yang
demikian melalui pembelajaran menggunakan teknologi komputer dalam sejarah akan
memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar jurusan kemanusiaan.
Selain itu, dalam pengalikasian ICT dan Teknologi Komputer dalam pengajaran sejarah
akan memberikan bimbingan yang minimum dan menjadikan pengajaran lebih berkesan.
Bimbingan yang minimum dapat kita lihat dalam penggunaan komputer akan memudahkan
pemahaman kepada pelajar kerana adanya rangsangan grafik komputer. Hal ini lebih jelas
dengan penggunaan video sebagai bahan pengajaran. Sebagai contohnya tayangan video
hang tuah akan meningkatkan kadar rangsangan kepada pelajar berbanding dengan kaedah
penceritaan semata-mata. Hal ini akan memberikan rangsangan atau kefahaman yang
minimum skurang-kurangnya terhadap pelajar melalui suasana, plot dan konflik yang terdapat
dalam hikayat Hang Tuah.

KELEMAHAN ICT DAN TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN SEJARAH.

Bahan bantu mengajar(BBM) dalam aplikasi ICT dan Teknologi Komputer adalah tidak
dinafikan sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan pada masa kini. Walau bagaimanapun
dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah terdapat kelemahan dapat diteliti dalam penggunaan
bahan bantu mengajar ini. Kelemahan ini ialah melalui penggunaan ICT dan Teknologi
Komputer ini akan mengurangkan interaksi pembelajaran antara pelajar dengan guru. Dalam
penggunaan bahan bantu ini lebih menggalakkan pemusatan kepada guru atau Teacher
centered.v Hal ini dapat dilihat melalui penerangan dan penggunaan slaid akan menyebabkan
hanya guru sahaja yang akan bercakap tanpa melibatkan pelajar dalam interaksi minda. Hal ini
dapat dilihat mengurangkan kemustahakan kaedah bercerita yang sangat ideal dalam
pengajaran sejarah.vi

Selain itu, kelemahan dalam penggunaan bahan bantu mengajar ICT dan Teknologi
Komputer dapat dilihat melalui masalah kelemahan murid dalam mengendalikan computer dan
menggunakkan ICT. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan tenaga pengajar yang mahir dalam
penggunaan komputer dalam pengajaran subjek Sejarah. Oleh yang demikian, disebabkan
oleh masalah ini akan menyebabkan pengajaran sejarah tidak berkesan kerana tiadanya
kemahiran dan kebolehan guru dan pelajar dalam pengendalian Teknologi Komputer. Hal ini
menggambarkan permasalahan ataupun kelemahan yang akan dihadapi dalam penggunaan
Teknologi Komputer dalam pengajaran sejarah. Walhal, dalam penggunaan ICT pula setakat ini
laman web yang berbentuk pembelajaran masih agak kurang didapati.
Kelemahan dalam penggunaan ICT dan Teknologi Komputer dalam pengajaran Sejarah
ialah ianya akan mengurangkan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar secara
langsung sepertimana dalam kaedah-kaedah lain seperti penggunaan bahan bantu mengajar
papan tulis yang mana akan menyebabkan lebih banyak interaksi dan penerapan nilai-nilai
murni dalam jiwa pelajar berlaku. Hal ini dapat dilihat melalui, perkongsian pengalaman yang
biasanya berlaku dalam kaedah penceritaan. Walau bagaimanapun, dalam penggunaan bahan
bantu mengajar ICT dan Teknologi Komputer akan menyebabkan pelajar kurang minat dalam
mendengar penyampaian guru dan hanya khusyuk dengan komputer yang digunakan oleh
guru.
Selain itu kelemahan dalam penggunaanya dala pengajaran sejarah dapat dilihat
dengan ianya akan menjadi bahan untuk pelajar mendapat kepuasan dalam kelas. Hal ini dapat
dilihat melalui, pelajar masuk ke dalam kelas hanya kerana mereka mahu melihat dan
berseronok melihat tayangan atau slide yang memperlihatkan pengurusan grafik.
Seterusnya,pelajar hanya bosan dengan pengajaran yang berpusatkan guru kerana tidak
adanya interaksi antara pelajar dengan guru semasa proses pembelajaran kerana guru hanya
tertumpu kepada bahannya dan hanya sibuk dengan pengedalian komputer yang agak rumit.
Selain itu, dalam pengajaran sejarah berbantukan Teknologi Komputer dan ICT adalah
merupakan satu kaedah pengajaran yang sangat mementingkan penyampaian yang berkesan
dan masa dalam pengaplikasianya haruslah optimum. Berbeza dengan pembelajaran sejarah
yang memerlukan penghuraian yang panjang lebar adalah tidak semudah yang disangkakan
boleh diaplikasikan dalam teknologi komputer sepertimana dalam matematik yang mana
persoala 1+1 adalah jawabnya 2. Hal ini demikian kerana, dalam pembelajaran sejarah
pelbagai sudut harus diteliti dalam pengkajiannya yang mana ianya biasannya terbahagi
kepada tiga aspek iaitu, ekonomi, politik dan sosial yang memerlukan penjelasan yang
berbeza-beza.

JURIAH LONG, INOVASI DALAM PENGAJARAN BAHASA, SAINS SOSIAL DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT,
Penerbit universiti kebangsaan Malaysia, 1998, 190.
ii

Ibid.

iii

Jerold E. Kemp, Ed.D. Corak Rancangan Pengajaran, Suatu Rancangan Untuk Menggubal Unit dan
kursus, 1987. hlm 8.
iv

Juriah Long, op. cit,. hlm 192.

Ibid.

vi

Omardin Haji Ashari, Kaedah Pengajaran Sejarah: Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan, Utusan
Publications & Distributor, 1996, hlm 54.

You might also like