You are on page 1of 2

Dokumentasi Program Lonjakan Paradigma Aspuri

Tarikh : 27 Febuari 28 Febuari 2015


Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Alawiyah
Pihak yang terlibat :
1. Pihak Asrama
2. Warden asrama
3. Alumnai SMKAP seramai 17 oranng

Matlamat :
Program ini diadakan bagi melahirkan pelajar asrama yg berfikiran luas dan aktif serta Berjaya
menjadikan nilai murni sebagai tunggak kehidupan.

Perjalanan program :
27 Febuari 2015
Program bermula pada jam 4:00 petang bertempat di surau SMKAP. Bermula dengan sesi
pengenalan para fasilitator. Kemudian sesi pembahagian kumpulan.Mereka turut dikehendaki
untuk melakar panji setiap kumpulan masing-masing. Mereka juga di bekalkan dengan sehelai
kain putih sebagai barang amanah mereka.
Barang amanah tersebut dikaitkan dengan tanggungjawab seorang pelajar. Ini bertujuan
bagi menyedarkan bahawa tugas sebagai seorang pelajar memegang amanah yang sangat berat.
Mereka perlu sedar tentang tanggugjawab yang ditanggung selama ini.
28 Febuari 2015
Program diteruskan lagi pada jam 3:30 pagi. Program night walk diadakan bertujuan bagi
mendedahkan kepada para pelajar asrama bahawa untuk menuntut ilmu perlukan pengorbanan
yang besar dan sentiasa bersedia untuk menhadapinya. Mereka perlu tahu bahawa mereka perlu
sentiasa berusaha tanpa mengeluh bagi memenuhi kehendak ibu bapa.
Program diteruskan lagi dengan mengadakan qiamullail. Qiamullail diadakan bagi
menyedarkan kepada pelajar asrama bahawa ia dapat memberi kekuatan rohani serta jasmani
seperti mana Rasulullah serta para sahabat,
Seterusnya, pada jam 7:30 pagi. Senaman aerobik diadakan bagi melahirkan pelajar
asrama yang aktif. Senaman aerobik ini telah diketuai oleh :

1.
2.
3.
4.
5.

Nor Maziah
Amanina Nur Zulaikha
Nor Amira
Nur amirah
Nurul Farhana

Pada jam 8:00 aktivi telah tamat. Program diteruskan pada jam 9:00 pagi. Aktiviti setrusnya
berlangsung didalam surau SMKAP.
Program yang dijalankan ialah wheres my balloon. Game ini bertujuan untuk menyedarkan
kepada mereka bahawa proses pembelajaran perlu kepada konsep kerjasama. Serta perlu
mengelak daripada sikap pentingkan diri sendiri.
Seterusnya , war game telah diadakan. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Game ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar bahawa membentuk study group
dalam proses pembelajaran itu sangat berkesan. Selain itu, game ini jugak member
penghayatan kepada pelajar asrama tentang kisah perjuangan rasulullah dan para sahabat.
Selepas itu, program diteruskan lagi dengan acara penutupan.

You might also like