You are on page 1of 2

Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi antarabangsa dan

kehidupan seharian kita.


Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu ditentukan
berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan
menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.
Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinum-Iridium.

Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk kepada jumlah
jirim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder).
Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan adalah
'foot-pound-second (FPS)'.
Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawai untuk mengukur
panjang,jisim dan masa.
Pelbagai unit pengukuran yang digunakan diseluruh dunia;
Pengukuran
Panjang
Luas
Isipadu
Jisim / berat

Unit
Inci, kaki, ela, rantai, batu meter, kilometer
Inci persegi, kaki persegi, ela persegi, ekar
Inci padu, kaki padu, ela padu, gelen
Paun, auns, kati, tahil, gram, kilogram, tan, pikul

Unit panjang, jisim, isipadu dan luas dalam Sistem Imperial British adalah seperti berikut;
Panjang
12 inci = 1 kaki
3 kaki = 1 ela
22 ela = 1 rantai

10 rantai = 1 furlong
8 furlong = 1 batu
5280 kaki = 1 batu
1760 ela = 1 batu
Isipadu
1728 inci padu = 1 kaki padu
27 kaki padu = 1 ela padu
Jisim
437.5 hantap = 1 auns
16 auns = 1 paun (7000 hantap)
14 paun = 1 pikul
Luas
144 inci persegi = 1 kaki persegi
9 kaki persegi = 1 ela persegi
4840 ela persegi = 1 ekar
640 ekar = 1 batu persegi
Pertukaran faktor unit dalam sistem unit piawai
Sistem Imperial British kepada Sistem Metrik
1 inci = 25.4mm
1 kaki3 = 0.028 m3
1 kaki = 0.305 m
1 gelen = 4.5 liter
1 batu = 1.6 km
1 paun = 0.45 kg
1 kaki = 0.093 m
1 tan = 1016 kg
1 ekar = 4046.9 m2
1 kati = 0.6 kg
Sistem Metrik kepada Sistem Imperial British
1 m = 3.3 kaki
1 m3 = 35.3 kaki3
1 km = 0.6 batu
1 liter = 0.22 gelen
1 m2 = 10.8 kaki2
1 g = 0.035 auns
1 hektar = 2.5 ekar
1 g = 0.026 tahil
1 ml = 0.00006 inci3
1 kg = 1.65 kati

You might also like