You are on page 1of 18

FALSAFAH, KONSEP DAN

KEPENTINGAN KAJIAN
TINDAKAN

Sumber: www.cgmulia.com

Apakah Kajian
Tindakan?

Intervensi berskala kecil ke dalam fungsi dunia


sebenar dan melihat kesan-kesan intervensi ini.

Kajian Tindakan adalah berdasarkan sesuatu situasi


iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba
mengatasinya dalam konteks itu.

Bersifat kolaboratif di mana sepasukan penyelidik


dan guru bekerjasama dalam sesuatu projek.

Ia berunsur penglibatan di mana ahli pasukan


mengambil bahagian secara langsung atau tidak
langsung

Apakah Kajian Tindakan?

Penilaian kendiri yang berbentuk perubahan dibuat


berterusan berdasarkan penilaian berterusan.

Mengikut Blum, Kajian Tindakan mempunyai dua


peringkat- iaitu peringkat diagnostik di mana
permasalahan dikaji dan membentuk hipotesis, dan
peringkat terapeutik untuk menguji hipotesis .

Stenhouse (1975) berkata Kajian Tindakan bukan


sahaja menyumbang kepada pengajaran dan
pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan
pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain.

Ia menambahkan pengetahuan praktik guru

Bagaimanakah Kajian Tindakan


dapat dibezakan dengan
penyelidikan gunaan?

Penyelidikan gunaan lebih berfokus


kepada menentukan hubungan dan
menguji teori. Maka ia lebih tegaskan
metod saintifik tapi Kajian Tindakan
menginterpretasikan metod saintifik
dengan tidak begitu tegas. Ia tumpukan
bukan kepada generalisasi tapi kepada
ilmu pengetahuan yang tepat kepada satu
situasi spesifik.

Kelicinan kerja, produktiviti kerja,


motivasi dan hubungan pekerja,
kebajikan
Apakah
aspekkeseluruhan
yang boleh ditumpukan

Analisis kerja dengan tumpuan kepada


olehketrampilan
penyelidik tindakan?
kerja

Perubahan organisasi yang boleh


membawa kepada fungsi yang
diperbaiki

Perancangan dan pengubalan dasar

Inovasi dan perubahan

Penyelesaian masalah

KONSEP Kajian Tindakan

Kajian Tindakan merupakan satu bentuk inkuiri


refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif;
dilakukan oleh peserta yang berada dalam
sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan
kerasionalan dan keadilan amalan-amalan
kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri,
di samping meningkatkan kefahaman mereka
tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana
amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart,
1988) Menurut mereka, Kajian Tindakan
bergerak dalam satu kitaran yang berterusan
melibatkan empat peringkat - tinjauan,
perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

McNiff (1988) mentafsirkan Kajian


Tindakan sebagai satu pendekatan untuk
memperbaiki atau meningkatkan kualiti
pendidikan melalui perubahan dengan
menggalakkan guru-guru menjadi lebih
sedar tentang amalan mereka sendiri,
menjadi kritis terhadap amalan-amalan
tersebut dan bersedia untuk
mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam
inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta
melibatkan guru-guru lain secara
bersama.

McNiff (1988)

Satu pendekatan untuk memperbaiki atau


meningkatkan kualiti pendidikan melalui
perubahan dengan menggalakkan guru-guru
menjadi lebih sedar tentang amalan mereka
sendiri.

Menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut


dan bersedia untuk mengubahnya.

Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan


oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain
secara bersama.

Somekh (1989) menyatakan


Kajian Tindakan sebagai satu kajian
terhadap situasi sosial yang
melibatkan peserta dalam situasi
sosial itu sendiri sebagai penyelidik
dengan niat untuk memperbaiki
kualiti amalan masing-masing.

CIRI-CIRI Kajian Tindakan


Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan
Kajian Tindakan dengan menggunakan
C.R.A.S.P
Critical collaboration enquiry by
Reflective practitioners who are
Accountable in making the results of their
enquiry public
Self evaluative in the practice and
engaged in
Participative problem solving and
continuing professional development

Grundy dan Kemmis


(1981)
menyenaraikan
tiga
pra

membuat kajian ke atas satu amalan sosial


syarat
yang dilihat sebagai satu tindakan strategik
yang boleh diperbaiki

mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri


daripada urutan aktiviti merancang, bertindak,
memerhati dan merefleks

dilaksanakan oleh orang yang


bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti
tersebut dan beransur-ansur melibatkan
subjek-subjek kajian tanpa hilang kawalan ke
atas proses penyelidikan

Henry dan Henry (1982)


menyenaraikan ciri-ciri
Berbentuk
kolaboratif di antara guru dengan
ini

guru, guru dengan pelajar atau guru dengan


ibubapa

Berbentuk kitaran aktiviti - merancang,


bertindak, memantau dan mereflek serta
menjana pusingan yang berikutnya (lebih
daripada satu pusingan - Elliot(1991) berkata
sekurang-kurangnya 3 pusingan atau satu tahun
pengkajian

Menyumbang ke atas memajukan proses


pengajaran pembelajaran

Kajian Tindakan bercirikan:

Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri

Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan

Menyebarkan dan mengongsi pengalaman kepada peserta dan


mereka yang berminat

Penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment

Kolaborasi dengan mengwujudkan suatu komuniti berfikiran


kritis -dilakukan oleh guru dlm konteks harian

Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen utk


meningkatkan kefahaman praktis utk memperbaiki amalan
pendidikan

Pembelajaran progresif secara berterusan dalam suatu


lingkaran

TUJUAN Kajian Tindakan

There are two essential aims of all action


research: to improve and to involve. Action
research aims at improvement in these areas:
firstly, the improvement of practice; secondly, the
improvement of understanding of practice by
practitioners; and thirdly the improvement of the
situation in which the practice take place.Those
involved in the practice being considered are to
be involved in the action research process in all
its phases of planning, acting, observing and
reflecting.
(Carr dan Kemmis, 1986:1)

Tujuan Kajian Tindakan ialah


untuk:

1. Membantu guru menghadapi cabaran


dan masalah berhubung dengan amalan
pengajaran pembelajaran.
2. Memperkembangkan kemahiran
profesion guru khususnya
mengenalpasti teknik atau kaedah
pembelajaran yang berkesan.
3. Memberi peluang utk mengukuhkan
asas pengetahuan profesion perguruan.
4. Menyelesaikan masalah-masalah
profesional tanpa arahan luar.

Samb..
5. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan
rutin
6. Meningkatkan amalan-amalan profesional. Dengan itu
mempunyai hakmilik (ownership) dalam
memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan.
Diberikan kuasa utk membuat keputusan
(empowerment).
7. Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi
kendiri dan usaha sendiri.
8. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha
berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan
kepuasan kerja.
9. Memberi peluang kepada guru utk menjadi agen
perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis
kekuatan dan kelemahan diri.

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN :

mendapat sumber maklumat penting untuk


memahami amalan pengajaran guru, amalan
pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam
bilik darjah dan sebagainya;

dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan


lebih berkesan;

dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan


pembelajaran memudahkan pencapaian objektif
mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan
memperbaiki amalan sendiri

meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk


jalinan kerja yang aktif dan efektif;

Samb.

dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang


kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup
menerima perubahan dan berupaya membuat
penilaian terhadap kurikulum dan ko-kurikulum;

membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas


dalam membuat sebarang perancangan untuk
tindakan ; dan

merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru


yang terbabit melalui kerjasama secara
kolaboratif.

You might also like