You are on page 1of 6

SEJARAH PENANAMAN PADI DI

MALAYSIA
Penanaman padi secara kekal di Semenanjung Malaysia
bermula pada abad ke 10 di Sungai Muda dan Sungai
Merbok (Kedah-Perlis) dan kawasan lembah sungai di
Kelantan dan Terengganu. Cara dan kaedah pertanian di
kawasan-kawasan ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh
Thai.
Kemudian, penanaman padi dipraktikkan di Melaka pada
abad ke 15 ketika penjajahan Portugis dan Belanda.
Orang Minangkabau yang berhijrah daripada Sumatera
memperkenalkan kaedah penanaman padi secara basah
di Melaka dan Negeri Sembilan, termasuk Pahang dan
beberapa negeri lain sehingga abad ke 17. Walau
bagaimanapun terdapat sumber lain yang menyatakan
kaedah penanaman padi basah ini diperkenalkan oleh
orang Thai dan di bawa masuk ke utara Semenanjung
pada abad ke 15.
Hubungan dalam pembentukan masyarakat di utara dan
selatan Semenanjung banyak dipengaruhi oleh teknik
penanaman padi basah. Di bahagian utara dipengaruhi
oleh Thai terutama sekali Patani manakala di selatan
banyak dipengaruhi oleh orang Sumatera. Penanaman

padi menjadi penting dan sebagai sumber kehidupan


untuk penduduk di Semenanjung Malaysia.

SEJARAH
RINGKAS
POKOK
GETAH DI
MALAYSIA

Industri getah asli di Malaysia bermula pada


tahun 1877 di Kuala Kangsar, Perak. Anak
getah yang ditanam adalah spesis Havea
Brasilliensis. Estet getah pertama telah
dibangunkan

di

Melaka

pada

tahun

1902/1903. Selepas itu keluasan penanaman getah terus


berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06
juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran tertinggi yang pernah
dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada
tahun 1988.
Secara ringkasnya pokok getah berasal dari negara Brazil.
Christopher Columbus ahli pelayaran Sepanyol ialah orang
pertama menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau
telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya.
Pada tahun 1768 kasut getah pertama telah dicipta. Seterusnya
pada tahun 1770, Priestly, seorang ahli kimia telah menamakan
hasil getah sebagai rubber kerana boleh diguna untuk memadam
tulisan pensil. Pada thun 1823, Soloman Mcintosh telah mencipta
kain kalis air daripada getah. Charles Goodyeer pula telah
memperkenalkan proses pemyulkanan dan seterusnya pada

tahun 1846, Thomas Hancook telah berjaya membuat tayar


daripada getah asli. Pada tahun 1888, John Dunlop telah berjaya
mencipta tayar pneumatik yang lebik

SEJARAH
PENANAMA

selesa daripada tayar padu.

Sawit atau kelapa


sawit (Elaeis
guineensis) berasal dari Afrika Barat. Industri
sawit Malaysia dan Indonesia bermula
apabila
empat anak benih dari Afrika ditanam di Taman
Botani Bogor, Indonesia pada 1848. Benihnya dari
Bogor ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan
sebagai tanaman hiasan di Deli, Sumatera pada
1870-an dan di Rantau Panjang, Kuala Selangor
pada 1911-1912.
Di Taman Botani Bogor terletak di Bogor di
Indonesia terdapat pohon kelapa sawit tertua di
Asia Tenggara yang berasal dari Afrika.
Dibina pada 1817, seluas 87 hektar hasil usaha
Prof. Dr. Reinwadt, ahli botani Belanda. Terdapat
20,000 tanaman yang tergolong dalam 6,000
spesies.
Perladangan kelapa sawit di Malaysia
Industri sawit Malaysia bermula pada 1917 apabila
Ladang
Tenmaran
di Kuala
Selangor ditanam
dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang.

Apabila
pewarisan
bentuk
buah
difahami,
penanaman komersil beralih daripada bahan dura
kepada kacukan dura x pisifera (D x P). Kacukan D
x P menghasilkan buah tenera. Penanaman ladang
menggunakan bahan D x P berlaku secara
mendadak pada awal 1960-an apabila Felda
membuka tanah rancangan secara besar-besaran.

SEJARAH
TENTERA
DARAT
MALAYSI
A

perangsang. Waklaupun mengalami kecederaan, namun beliau


telah menunjukkan semangat untuk terus berjuang hingga ke
titisan darah terakhir. Akhirnya tentera musuh telah berjaya
menawan Bukit Chandu dan Lt Adnan telah ditikam dengan benet
dan mayat beliau digantung kepala ke bawah disebatang pokok.
Satu
lagi

Lt Adnan
bin Saidi
peristiwa yang menyayat hati berlaku pada 28 Februari 1942
apabila seramai 8 orang pegawai Askar Melayu, setelah menjadi
tawanan perang dibunuh di Pasir Panjang disebabkan
keengganan mereka menanggalkan pakaian seragam tentera
mereka. Selain dari anggota-anggota Askar Melayu, ramai lagi
anak-anak Melayu menceburkan diri sebagai anggota dalam
Federation Volunteer Forces menentang tentera musuh dan ramai
yang turut terkorban. Di samping itu ramai anak-anak Melayu
yang berkhidmat dengan Tentera British seperti Royal Army
Service Corps (RASC), Royal Army Ordnance Corps (RACC),
Royal Artillery (RA) dan lain-lain pasukan yang turut berjuang.
Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 15 Feb 1942 dan anggota
Askar Melayu yang masih hidup telah menjadi tawanan perang.
Apabila diperintahkan pulang ke kampong masing-masing ramai
dari mereka meneruskan perjuangan menentang pemerintahan
Jepun melalui pergerakan bawah tanah.

You might also like