You are on page 1of 4

PROJEK PENGURUSAN HARTA

PPR ISKANDAR (SRI STULANG)

KERTAS KERJA

CADANGAN KEPERLUAN KENAIKAN CAJ


PERKHIDMATAN PENGURUSAN HARTA PPR
ISKANDAR (SRI STULANG)

UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN


BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA
KERAJAAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

DISEDIAKAN OLEH

PERNIAGAAN NAEM
(0308534T)
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA: KB/D/02/494/357-050877

PROJEK PENGURUSAN HARTA


PPR ISKANDAR (SRI STULANG)

ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN

TUJUAN/ OBJEKTIF

JUSTIFIKASI KEPERLUAN KENAIKAN CAJ PENGURUSAN

KESIMPULAN

LAMPIRAN 1 PROFIL SYARIKAT


LAMPIRAN 2 PERINTAH GAJI MINIMUM 2012
LAMPIRAN 3 CADANGAN CARTA ORGANISASI PENGURUSAN
HARTA PPR

PROJEK PENGURUSAN HARTA


PPR ISKANDAR (SRI STULANG)

PERDAHULUAN
Kertas kerja ini dibuat adalah bertujuan untuk memperkenalkan syarikat
dan perkhidmatan yang ditawarkan Perniagaan Naem untuk membantu
pihak Kerajaan Negeri dalam memelihara hartanah berkeadaan baik dan
menyediakan persekitaran yang tenteram dan efisen.
Sehubungan dengan itu juga, kertas kerja ini dibuat untuk memohon
kenaikan caj perkhidmatan pengurusan harta PPR iskandar (Sri Stulang)
ke jumlah caj sebanyak RM57.00 seunit.
TUJUAN/ OBJEKTIF
Bagi membantu dan memelihara hartanah berkeadaan baik dan
menyediakan persekitaran yang tenteram dan efisen, Perniagaan Naem
mensasarkan 2 tujuan utama untuk dicapai:1. Kualiti
Pada dasarnya, pengurusan harta ini bertujuan untuk
menyediakan perkhidmatan sokongan bagi mengkoordinasikan
pengurusan dan pentadbiran sewaan dan fasiliti. Oleh itu,
Perniagaan Naem akan memastikan tujuan berikut dicapai: a. Memastikan bangunan dalam keadaan selamat, kondusif,
berkebolehan untuk digunakan disamping mengurangkan
penggunaan tenaga.
b. Mengekalkan kualiti bangunan
c. Membuat perancangan yang teratur dan bersepadu kepada
keperluan operasi dan penyelengaraan.
2. Keselamatan & Kesihatan
Isu keselamatan dan kesihatan sering menjadi isu social, dimana
ramai masyarakat telah menimbul minat yang aktif terhadapnya.
Pihak Perniagaan Naem telah mengunjurkan garis panduan bagi
meminimasasikan/ mencegah kemalangan atau penyakit berlaku
seperti berikut:a. Mewujudkan prosedur kerja yang mengambil kira
keselamatan penghuni, pelawat dan kakitangan.
b. Menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan bagi memberi maklumat serta
kesedaran untuk penghuni, pelawat dan kakitangan.

PROJEK PENGURUSAN HARTA


PPR ISKANDAR (SRI STULANG)

JUSTIFIKASI KEPERLUAN KENAIKAN CAJ PENGURUSAN


Bagi meralisaikan tujuan dan objektif Perniagaan Naem, adalah
menjadi keperluan supaya caj pengurusan dinaikan ke RM57.00 seunit. Ini
adalah disebabkan oleh beberapa perkara berikut: 1. Merujuk kepada subseksyen 23(1) Akta Majlis Perundangan Gaji
Negara 2011 (Akta 732), Perintah Gaji Minimum 2012 menyatakan
gaji minima seseorang pekerja ialah RM900 sama ada pekerja
tempatan atau pekerja asing berkuatkuasa 1 Januari 2013.
2. Kenaikan harga bahan minyak pada September 2013 akan melunjur
kepada kenaikan harga peralatan @ bahan-bahan yang berkaitan
dengan pembersihan, pengindahan kawasan, kawalan serangga
perosak dan penyelengaraan bangunan.
3. Penanggungan kos pengurusan oleh pihak pengurusan disebabkan
oleh tunggakan sewa yang terakru oleh penyewa. Dimana pihak
pengurusan harta perlu mempunyai peruntukan kewangan yang
seimbang dengan jangkaan kos untuk merealisasiakan perancangan
selengaraan yang ditetapkan selain menanggung kos pembayaran
bil-bil elektrik, air dan pembentungan yang terhad kepada kegunaan
umum/ awam.

KESIMPULAN
Faktor yang penting dalam pengurusan harta adalah memastikan
semua penghuni bangunan selesa, selamat dan sihat semasa menghuni
sesebuah bangunan. Bagi mencapai faktor tersebut, perkhidmatan yang
diberikan perlu mempunyai aspek yang bersepadu dalam perancangan,
kewangan, prosedur, peraturan dan piawaian serta sumber manusia.
Oleh itu, diharap kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan
perhatian positif oleh pihak kerajaan negeri terhadap cadangan justifikasi
keperluan kenaikan caj pengurusan.

You might also like