You are on page 1of 2

Cabang-cabang Falsafah.sumber: http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/cabang-cabangfalsafah.

html
Falsafah boleh dibahagikan kepada empat cabang,iaitu metafizik,axiologi,epistemologi,dan
logik.
Metafizik (Ontologi)
Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat
realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya. Menurut takrifan dalam kamus,metafizik
merujuk kepada ... yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan. Metafizik bersifat
spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah:
Apa itu kebenaran?
Adakah Tuhan wujud?
Siapa itu manusia?
Apakah itu kebebasan manusia?
Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita mencari jawapan kepada
soalan-soalan tadi dengan hanya merujuk kepada dapatan-dapatan eksperimen atau
kajian saintifik.
Axiologi.
Axiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud nilai. Ia adalah cabang falsafah
yang mempersoalkan tentang baib atau buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh. Ia
merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.
1) Etika. Lebih mengutamakan apa yang sepatutnya kita lakukan dan apa yang paling
sesuai untuk kita lakukan. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti moral
dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat
dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti yang berikut:
Meta ethics- kajian tentang konsep etika.
Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika;
Applied ethics- kajian tentang penggunaan nilai etika.
Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:
Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?
Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?
Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?
2) Estetika. Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling dan
kehidupan. Dengan kata lain,ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen. Anatara
soalan-soalan yang cuba dijawab termasuklah:
Apa itu kecantikan?

Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?


Epistemologi.
Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan
kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud ilmu atau
sains dan logos yang bermaksud keterangan. Justeru,epistemologi berfokuskan kepada
penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.
Dengan kata lain,epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:
Apa itu ilmu?
Apakah sumber-sumber pengetahuan?
Apa yang diketahui oleh manusia?
Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?
Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?
Selain itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahan cara
mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti di bawah:
Wahyu. Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu
yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum;
Berasaskan pengalaman pancaindera. Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau
merupakan satu cara untuk kita memperoleh maklumat mengenai alam sekeliling kita.
Namun, cara mengetahui sedemikian berkemungkinan kurang tepat,misalnya,ayam goreng
yang kita rasa sebenarnya adalah arnab goreng,air yang kita lihat atas jalan raya sebenarnya
adalah sesuatu mirage.
Intuisi. Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan
tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang dapat mengesan sama ada anaknya menghadiri
kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja anaknya masuk ke dalam rumah.
Pandangan pakar bidang berkenaan berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dipunyai.
Misalnya,tokoh-tokoh falsafah yang terkenal seperti Socrates, Plato, Dewey dan sebagainya.
Logik. Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya
mengetahui sesuatu;
Kaedah saintifik. Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui
pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik,misalnya menjalankan temu bual,
membuat pemerhatian, mentadbirkan soal selidik, dan sebagainya.
Logik.
Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagu jawapan
yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah
dan yang mengelirukan.
Secara umumnya, terdapat dua jenis logik:
Logik induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat penaakulan terhadap
butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.
Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang
relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.
Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:
Apa yang dimaksudkan dengan taakulan baik atau kurang baik?
Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik?

You might also like