You are on page 1of 8

Falsafah Barat(Pendidikan)

Falsafah Pendidikan Barat


Falsafah Pendidikan Barat mengandungi unsur-unsur falsafah tradisional dan juga aliran
moden.

Di

antara

falsafah

pendidikan

tradisional

yang

utama

ialah perenialisme dan essensialisme.Manakala, falsafah pendidikan moden yang berpengaruh


ialahprogresivisme, rekonstruktivisme, dan eksistensialisme.
Perenialisme
Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman
idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM). Sebagai aliran falsafah pendidikan
moden, perenialisme ini adalah dipelopori oleh R. M. Hutchins (1899-1977), Mortimer J. Alder
(I802-?) dari Amerika Syarikat, dan Jacques Maritain (1882-1973) dari Perancis.
Mengikut ahli-ahli perenialisme, oleh kerana pengaruh materialisms,pragmatisme dan
fahaman sains, nilai moral dan rasional manusia semakin merosot. Untuk menyelamat
tamadun manusia daripada kelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah mengutamakan
perkembangan potensi rasional individu, menolong mereka menemui prinsip-prinsip mutlak,
dan

daripada itu,

memahami

dunia

yang

sebenar.

Maka,

tugas

utama

dalam

proses pendidikan ialah mendisplinkan mental dan jiwa pelajar, di samping mengembang
potensi menaakul. Sehubungan ini, membaca bahan-bahan tulisan agung dari masa lampau
merupakan tugas yang penting bagiseseorang pelajar. Ahli perenialisme berpendapat,
melalui pembacaan tulisan-tulisan cendekiawan zaman lampau, pelajar dapat bersemuka
secara tidak langsung dengan pemikiran mereka dan mempelajari cara memikir seperti
mereka.

Maka,

pembelajaran,

tugas
melatih

pendidikan
pelajar

ialah

dalam

memupuk
3M,

kelakuan

moral, menguasai

alat

iaitu membaca, menulis danmengira, serta

mengingat petikan-petikan daripada karya-karyaagung sebagai asas kehidupan yang rasional


dan matang pada masa depan. Di samping itu, mereka berpendapat pula bahawa pendidikan
kemanusiaan, termasuk agama, ialah mata pelajaran yang penting dan hendaklah dipelajari
terlebih dahulu daripada pendidikan sains.
Essensialisme
Essensialisme pula berasas daripada falsafah tradisional.Pandangan pendidikan ahli-ahli
essensialisme

banyak

dipengaruhi

oleh

falsafah idealisme dan realisme. Falsafah

pendidikanessensialisme ini adalah dipelopori oleh William C. Bagley (1874-1946) dari


Amerika Syariklat pada tahun 1938. Penyokong-penyokong essensialisme ialah Thomas

Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel. Selepas Russia berjaya menghantar satelitnya
ke

angkasa

lepas

pada

tahun

1957,

essensialisme

semakin

diutamakan

sebagai

pertimbangan asas dalam inovasi kurikulum sekolah.


Ahli-ahli falsafah pendidikan essensialisme, seperti James B. Conant (1893-1978) dan Hyman
George Rickover (1900-?), berpendapat fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni
yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi insan yang baik adalah bergantung
kepada pengaruh kebudayaan masyarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk
membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan.
Mengikut mereka, guru memainkan peranan yang utama dalam proses pendidikan, membantu
pelajar memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa, agar mereka dapat
berjaya hidup dalammasyarakat secara terus menerus. Guru hendaklah mengamalkan
sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif
membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan mahir menggunakan
teknik peneguhan ataupun ganjaran dan denda. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai
kelayakan akademik

yang

berpatutan,

emosi

stabil,

dan

juga

memahami

psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja. Mengikut ahli-ahli essensialisme, ilmu


diperolehi dengan berkesan adalah bergantung kepada kerajinan dan tumpuan perhatian pelajar.
Minat bukan kunci kejayaan dalam pembelajaran. Minat boleh dipupuk selepas berusaha
bersungguh-sungguhdaripada

bimbingan

guru

secara

terus-menerus.

Pelajar

hendaklahmemahami dan mematuhi kewibawaan dan pimpinan guru. Di dalambidang


kurikulum,

ahli-ahli

essensialisme

menyarankan

kurikulum

sekolah hendaklah

dibentuk

berdasarkan keperluan masyarakat; bahan-bahan pelajaran hendaklah disediakan secara rapi


dan logikal; aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang secara sistematik dan
mengikut sekuen yang sesuai; dan kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkan secara rapi
mengikut pencapaian peperiksaan. Di dalam peringkat sekolah rendah, pendidikan 3M,
(iaitu membaca, menulis dan mengira) merupakan perkara-perkara yang asas diikuti dengan mata
pelajaran tambahan seperti sejarah, ilmu alam, sains dan bahasa asing. Mata pelajaran yang
kurangpenting ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik. Di sekolah menengah,
pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus hendaklah diperkembangkan, diikuti
dengan mata pelajaran arithmetik, algebra, geometri, trigonometri dan kalkulus, fizik, kimia,
biologi dan geologi. Seperti sekolah rendah, mata pelajaran yang kurang penting
ialah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan muzik, ditambah dengan mata pelajaran
vokasional dan aktiviti luar bilik darjah (iaitu aktiviti kokurikulum).
Ahli-ahli essensialisme pula menyarankan nilai-nilai masyarakat termasuk nilai-nilai sosial,
kebudayaan, politik, cerdekiawan dan penulisan yang terkenal hendaklah diajar sepanjang
peringkat persekolahan. Sehubungan ini, guru hendaklah mempunyai kelayakan dan
kemahiran dalam bidang nilai-nilai masyarakat tradisi dan masyarakat moden.

Progresivisme
Progresivisme berasas daripada falsafah naturalisme danpragmatisme. Falsafah naturalisme
adalah dipelopori oleh Jean J. Rousseau (1712-1778: Perancis), Heinrich Pestalozzi (bangsa
Swiss : 1746-1827) dan Freidrich Froebel (bangsa Jerman : 1782-1852), semasa zaman
reformasi di antara tahun 1712hingga 1860.
Mengikut Rousseau, kelahiran manusia adalah suci dan semula jadi seperti kain putih, dan
coraknya

pada

masa

depan

adalahdipengaruhi

dan

ditentukan

oleh

alam

sekitarnya. Maka, Teori Pembelajaran Semula Jadi, yang berasaskan daripada falsafah
pendidikan Rousseau ini, menekankan hasil pembelajaran seseorang adalah dipengaruhi dan
ditentukan oleh alam sekelilingnya. Teori pembelajaran ini bercanggah dengan memaksa
pelajar belajar seperti yang disarankan dalam Teori Disiplin Mental.la sebaliknya menyarankan
agar menunggu timbul minatnya terhadap pembelajaran. Maka, Teori Pembelajaran Semula
Jadi

menekankan

keberkesanan pembelajaran

bergantung

kepadakesediaan

pembelajaran seseorang, yang telah menjadi salah satu prinsip pengajaran dan pembelajaran
yang utama dalam masakini.
Naturalisme merupakan teras falsafah pendidikan Rousseau. Beliau menegaskan, untuk
membentuk manusia yang ideal, kita harus ; melaksanakan pendidikan bercorak naturalisme.
Di dalam alam sekitar, mengikut kajian beliau, kedudukan orang dewasa dengan kanakkanak adalah berlainan. Oleh itu, di dalam aspek pendidikan, kedua-dua kumpulan mereka
hendaklah dipandang berlainan. Tambahan pula, kanak-kanak hendaklah diajar cara yang sesuai
mengikut peringkat perkembangan umur mereka. Kanak-kanak akan menjadi mangsa sekiranya
mereka dipaksa belajar mengikut pendidikan orang dewasa.
Manakala, pragmatisme adalah dipelopori oleh John Dewey (1859-1952), William H.
Kilpatrik (1871-1965), Boyd H. Bode (1873-1953), dan Harold V. Rugg (1886-1960) dari
Amerika Syarikat.
Falsafah pragmatisme adalah dilahir daripada andaian bahawa ilmu pengetahuan dapat
diperolehi melalui cara perhubungan manusia dengan alam sekitarnya. Ahli falsafah yang
menggunakan pendekatan pragmatik ini berpendapat bahawa sesuatu idea, prinsip atau
fakta hanya boleh dikatakan benar dan bermakna apabila idea, prinsip atau fakta itu telah
diuji secara objektif serta saintifik, dan membawa hasil yang memuaskan. Dengan perkataan
lain, kebenaran sesuatu idea, prinsip atau hukum bergantung kepada hasil yang diperhatikan
secara objektif dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan.
Ahli-ahli falsafah pragmatisme, seperti Pierce dan John Dewey,berpendapat pula bahawa cara
yang paling berkesan untuk memperolehi ilmu pengetahuan ialah menggunakan kaedah
penyelesaian masalah. Mengikut mereka, usaha mencari penyelesaian sesuatu masalah dilahir
daripada keperluan dan minat.Aktiviti menyelesaikan masalah akan dapat dilaksanakan dengan

berkesan apabila timbulnya keperluan dan minat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di
bawah konteks pendidikan,pendekatan pragmatik pula menjadi sesuatu kaedah mengajar dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan penggunaan kaedah penyelesaian masalah,
pelajaran akan menjadi lebih mudah, lebih menarik dan lebih bermakna kerana pelajaran adalah
dirancang mengikut keperluan dan minat pelajar.
Kemunculan aliran progresivisme pada tahun 1930-an adalah bertujuan menentang
pendidikan tradisional yang disifatkan sebagai pasif dalam pembelajaran, kerana ia
mengutamakan kemahiran mengingat dan latihan yang rapi. Lantaran ini, John Dewey dan ahliahli

progresivisme

yang

lain

menyarankan

progresivisme

untuk

menentang

aliran

perenialisme, khasnya mengritik autoriti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Di dalam fahaman progresivisme, pelajar merupakan peranan utama dalampembelajaran. Mereka
berpendapat segala aktiviti pengajaran danpembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan
minat, keperluan dan kebolehan pelajar. Mereka menggambarkan pelajar sebagai individu yang
berpengalaman, bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri ingin tahu. Oleh itu, mereka harus
diajar dengan pendekatan kajian sosial, projek, penyelesaian masalah dan ujikaji. Guru yang
berkesan adalah guru yang memainkan peranan sebagai pembimbing dan penasihat
dengan membimbing pelajar menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperolehi ilmu
pengetahuan melalui usaha diri sendiri. Sehubungan ini, pcrkara-perkara yang hendak
disampaikan patutlah berlandaskan minatpcngalaman dan kebolehan pelajar.
Mengikut Dewey, pendidikan di sekolah merupakan sebahagian kehidupan harian pelajar.
Maka, sekolah bukan sahaja tempat untuk memperolehi ilmu pengetahuan, tetapi juga sesuatu
tempat untuk pelajar bckerja dan hidup secara bermasyarakat. Sehubungan ini, beliau
menyarankan mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup diperkenalkan dan tlipelajari dengan
kaedah praktik di dalam bengkel sekolah, demi memupuk kemahiran daya cipta di kalangan
pelajar.

Sebagai masyarakat kecil, sekolah hendaklah berperanan untuk mendorongkan kerjasama


di kalangan anggota-anggotanya di samping mengamalkan kepimpinan demokratik dalam hal
pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkataan lain,
ahli-ahli

progresivisme

menyokong

penggunaan strategi

kolaboratif

dan

koperatif

dalam aktiviti-aktiviti pendidikan. Guru hendaklah menggalakkan pelajar mengambil inisiatif


sendiri dan menggunakan kaedah kerja praktik dan pengalaman sedia ada untuk memperolehi
ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. Ilmu sains sahaja
merupakan ilmu yang sebenar. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah kajian sains, termasuk aplikasi prinsip "membuat
sambil belajar".Kaedah sains merupakan kaedah koperatif, dan di bawah aplikasinya dalam
kehidupan bermasyarakat ialah sesuatu kaedah bersifat demokratik. Ini bermakna, mengikut
mereka, sekolah hendaklah beroperasi sebagai organisasi yang bercorak demokratik.
Rekonstruktivisme
Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman
progresivisme

dan

menjadi

suatu

falsafah

sendiri.

Pelopor

utama

aliran

fahaman

rekonstruktivisme ialah George S. Counts (1899-1974) dam Harold O. Rugg (1886-1960),


kedua-duanya adalah penyokong pragmatisme John Dewey.
Ahli-ahli rekonstruktivisme berpendapat falsafah pendidikan progresivisme hanya sesuai
digunakan dalam masyarakat yang stabil; oleh itu, adalah perlu mengadakan sesuatu
falsafah 'krisis'seperti rekonstruktivisme untuk menyelamat kebudayaan masyarakat yang
kian diancam dan menghadapi masalah keruntuhan. Tambahan pula, mengikut mereka,
progresivisme terlalu mementingkan pendekatan dan proses pendidikan, hingga mengabaikan
objektif dan hasilnya. Mereka berpendapat, tugas utama pendidikan hams mengandungi
objektif eksplisit, iaitu membentuk "Order Baru Masyarakat" sebagai objektif yang ideal,
membaiki masyarakat, merealisasikan demokrasi untuk masyarakat dan sarwa jagat, demi
membawa kebajikan dan kesejahteraan untuk manusia.
Aliran fahaman rekonstruktivisme mula menjadi perhatian di dalam tahun 1950-an, apabila
Theodore

Burghard

Hurt

Brameld

(1904-?)

menggabungkan teori

progresivisme dengan behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme. Beliau berpendapat


pengalaman sebenarnya ialah hasil interaksi manusia dengan elemen-elemen dalam alam
persekitaran dan alam sosial, di mana pengalaman individu merupakan tempat utama dalam
proses interaksi tersebut. Nilai berubah mengikut perubahan masyarakat. Nilai yang tertinggi
akan dapat dicapai apabila individu dan masyarakat memperolehi kepuasan dalam peringkat
penyempurnaan. Sehubungan ini, sekolah seharusnya menjadi sesuatu organisasi yang
mengamalkan prinsip rekonstruktivisme. Hal ini memerlukan pelajar mematuhi segala

prinsip tingkah laku yang ditentukan dan berusaha mempertingkatkan kualitipembelajaran


mereka. Mengikut mereka, teori progresivisme yangmenyarankan kaedah penyelesaian
masalah tidak mempunyai objektif dan nilainya, dan cara yang berkesan untuk mengkaji masalah
sosial

ialah teknik perbincangan, yang

akan

dapat

mencapai

matlamat

penyelesaian

masalah sosial, dan seterusnya membentuk masyarakat sosial yang harmoni dan sempurna.
Maka, teori rekonstruktivisme, di dalam usaha membina masyarakat baru, menumpukan usaha
kepada perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial manusia. Mereka percaya bahawa
sekolah

boleh memainkan

peranan

membentuk

semula

masyarakat

yang

harmoni

dansempurna. Maka, peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi
juga, yang lebih pentingnya, membawa isu-isu sosial yang penting untuk dibincang dan
diselesaikan secara usahasama. Ringkas kata, teori rekonstruktivisme menekankanteknik
perbincangan dan penggunaaan
penyelesaian masalah.

Untuk

kemahiran
mencapai

berjikir
matlamat

kritis

dan

pendidikan

ini,

kreatif dalam
bahan-bahan

pelajaran hendaklah distrukturkan secara sistematik dan bersepadu. Mata pelajaran kemanusiaan
hendaklah menjadi fokus utama dalam rancangan kurikulum sekolah, agar membentuk pelajar
yang berperikemanusiaan, berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal.
Eksistensialisme

Aliran

fahaman

eksistensialisme

merupakan

falsafah

pendidikan

Barat

yang

berasaskan naturalisme Rousseau dan mazhab humanis,adalah dipelopori oleh Carl Rogers
(1902-1987), dengan mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan ilmu pengetahuan. Ahliahli eksistensialisme berpendapat pelajar tidak patut mengorbanindividualiti mereka untuk
memperolehi ilmu pengetahuan. Maka, pembelajaran yang berkesan harus mempunyai makna
kepada individu yang berkenaan. Hanya melalui cara ini, pelajar barulah berupaya bertindak
berdasarkan ilmu pengetahuan dan kefahamannya dalam situasi mengikut masa dan keadaan
yang sesuai. Mereka menekankan kurikulum yang menjadi fokus utama hendaklah
dipindahkan daripada perkara alam dunia kepada dunia personaliti. Ini bermakna bahan
pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai-nilainya hendaklah ditentukan oleh
pelajar sendiri. Pemilihan dengan tepat atau silap adalah tanggungjawab pelajar sendiri. Guru
hendaklah menghormati pandangan dan pemilihan pelajar dan tidak patut memaksa pelajar
menerima nilainya. Permainan yang mempunyai unsur kreatif dan pendidikan seni
mengandungi nilai etika dan estetik yang tinggi, kerana kedua-duanya membongkar konflik di
antara individualiti dengan alam persekitaran, mencetuskan perasaan dan emosi pelajar, dan
oleh itu, membolehkan pelajar mengembangkan potensi mereka dengan sempurna. Maka,
sekolah hendaklah menyediakan peluang untuk pelajar menemui kendiri diri dan memupuk
kemahiran berfikir secara reflektif untuk menilai diri serta keupayaan disiplin diri. Amalan

falsafah pendidikan eksistensialisme banyak didapati daripada sekolah-sekolah terbuka di


Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun dan model Sekolah Summerhill di United Kingdom.

Membanding beza antara cabang-cabang dalam falsafah pendidikan Barat


TRADISIONAL

ASPEK
MAZHAB

KONSEP

MATLAMAT
PENDIDIKAN

TUMPUAN

PERENIALISME

Secara semulajadi, ciri


manusia bersifat sejagat
dan tidak berubah-ubah.

Mengajar ilmu dan


nilai bersifat sejagat
dan abadi.

Kurikulum : Bidang
Kemanusiaan dan
kesusasteraan;
Guru : penyampai ilmu
yang pakar;
Kaedah mengajar:
Didaktik;
Murid : penerima ilmu
yang bersifat pasif.

ESENSIALISME

Penekanan diberi
kepada perkara-perkara
asas.

Mengajar ilmu dan Kurikulum :Kemahiran


budaya yang bersifat
asas (3M).
asas sahaja.
Guru :penyampai ilmu
yang mahir.
Kaedah
mengajar :didaktik
Murid :Penerima ilmu
yang bersifat pasif.

MODEN

ASPEK
MAZHAB

KONSEP

MATLAMAT
PENDIDIKAN

TUMPUAN

PRORESVISME

REKONSTURKTIVISME

EKSISTENTIALISME

Manusia berupaya
menyesuaikan diri
terhadap perubahan.

Menghasilkan individu
yang sedia menghadapi
perubahan dalam
kehidupan seharian.

Kurikulum :
Kebebasan memilih
mata pelajaran yang
diminati.
Guru : Pembimbing
dan pengurus ;
Kaedah mengajar :
Induktif;
Murid : Mencari ilmu
dan bersifat aktif.

Sekolah merupakan
landasan untuk
membentuk masyarakat
baru.

Mengasaskan corak
budaya baru.

Kurikulum :bidang
sains sosial;
Guru : Agen
perubahan;
Kaedah
mengajar :berpusatkan
murid;
Murid :Berani
mencuba dan bersifat
aktif.

Manusia
bertanggungjawab ke
atas diri sendiri.

Tidak digariskan.

Kurikulum :Bidang
estetik dan falsafah.
Guru :pemangkin
ilmu.
Kaedah
mengajar
:Berpusatkan murid.
Murid :Penerima ilmu
dan bersifat aktif.

You might also like