You are on page 1of 2

Bintang aku dan kamu...

Sumbangan shukri pada Jumaat, 11 Mac 2005 @ 10:33:22


Menitis air mata ibu pasti jika dia mengetahui, walau aku
sebenarnya tidak rela. Bukan aku derhaka, bukan aku
mengejar dunia. Aku hanya seorang remaja yang terkapai-
kapai seorang diri. Mencari identiti yang tidak pasti.
Mengharap segalanya baik-baik sahaja. Aku membawa diri
dengan alasan mencari ilmu sedang aku tidak perlu begitu.
Memang ibu bangga tapi hatiku sendiri sakit
sebenarnya...padahal aku patut lega dengan keizinan ibu.

Kini. Aku telah lama diperantauan. Pastinya aku mahu


segera ketemu ibu. Mengkhabarkan aku sudah tahu apa
yang kucari selama ini. Namun, keputusan yang ku buat
dulu mengikat aku. Itulah balasan bagi yang tidak jujur pada
niat.

Kedewasaan yang kuimpikan dulu, sebenarnya tidak


membawa apa-apa erti kerana aku masih lagi kecil ketika
itu. Masih jua merindui ibu, mengharapkan ciuman dari ibu
dan paling penting aku suka dekat dengan ibu kerana itulah
bintang yang kucari selama ini. Aku marah betul bila ibu
membebel padaku, mengajar aku menjadi seorang gadis. Itu
dulu, kini aku tidak lagi mendengarnya...

Sesungguhnya aku rindu dan benar-benar rindu...


aku takut melihat ibu menangis. Aku tidak mahu dia
menangis walau tangisan itu hanya kerana terharu. Aku
ingin buat ibu bagai permaisuri. Namun aku tak mampu. Ibu
selalu berkata, melihat aku tersenyum dan menangis buat
dia bahagia.

Apalah dosanya hingga aku meninggalkan dia sendiri. Aku


selalu bertanyakan khabar dan meminta sesuatu yang paling
disukainya...
Dia rela menunaikan walau keletihan walau dikejauhan. Aku
tahu ibu sayangkan aku tapi sayangnya aku tidak
menghargai.

aku menyesal......Bisakah penyesalan aku mengubat luka


dihatinya....Luka mendengar perkhabaran dari aku setiap
kalinya. Aku tidak berniat begitu. Aku berusaha
memenuhinya... percayalah ibu aku memang maksudkan
perjuangan ini .

Hanya kerana aku, gagal menjadi pelajar terbaik dan sering


dipertengahan aku tetap bersyukur engkau masih melayan
aku seperti dulu.. Menyayangi aku seadanya ......Itulah kasih
ibu yang tiada akhirnya..... Kerana itu aku sering pulang ke
kampung membawa ibu jalan-jalan.

Meminta dia masakkan lauk kegemaran aku.....Suka benar


dia menunggu kepulangan aku dua minggu sekali. Syukur
aku pada tuhan kerana bintang itu aku ketemu sebelum
terlambat. Aku harap tiada sesiapa seperti aku mengabaikan
bintang yang selalu bersinar setiap masa..... yang sentiasa
ada untuk menunjuk jalan. Aku yakin bintang kalian jua
pasti sepertiku.....

You might also like