You are on page 1of 5

Perkembangan Peranan dan Kedudukan Sultan Semasa Penjajahan

British
British mula campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu bermula dengan
Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Perjanjian Pangkor ini ditandatangani antara Gabenor
Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke dengan Raja Muda Abdullah yang membenarkan
pihak Inggeris untuk bercampur tangan secara rasmi dalam urusan negeri Perak. Perjanjian
ini berpunca daripada dua sebab. Pertama, semasa kemangkatan Sultan Ali, Raja Abdullah
sebagai Raja Muda yang sepatutnya dilantik sebagai sulatn baru tetapi baginda tidak
menghadiri majlis pengebumian. Oleh itu, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik
mengikut istiadat pertabalan Raja-Raja Melayu. Raja Abdullah berasa tidak puas hati
mendorong baginda meminta bantuan dari Inggeris. Kedua, terdapat pergaduhan antara
kongsi gelap Cina untuk merebut perlombongan bijih timah. Peristiwa-peristiwa ini yang
mendorong Raja Abdullah meminta bantuan pihak British untuk menyelesaikan masalah
terebut. Sultan Perak dan pembesar-pembesar Melayu tidak memahami bahawa perjanjian ini
akan meluputkan kuasa Sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Sultan Abdullah salah faham
mengenai terma utama Perjanjian Pangkor mengenai perlantikan seorang Residen. Sultan
Abdullah memikirkan bahawa Residen British hanya berkuasa memberikan nasihat kepada
Sultan dan bahawa boleh Sultan mengetepikan nasihat yang diberikan oleh Residen. Punca
salah faham adalah dalam penterjemahan Artikel VI Perjanjian di antara versi Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu.

Begitu juga dengan negeri-negeri Melayu yang lain seperti Negeri Sembilan, Selangor
dan Pahang yang pentabir tempatan meminta campur tangan British dalam menyelesaikan
masalah. Residen bertanggungjawab memberi nasihat kepada Sultan dalam semua
pemerintahan am kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Pelaksaanan
pentadbiran oleh Residen adalah bertanggungjawab kepada Gabenor, tetapi bukan raja.
Walaupun sultan-sultan kekal menjadi Raja yang berdaulat, tetapi mereka terikat dengan
perjanjian British. Pada hakikatnya, "Residen" ialah pemangku Sultan yang secara praktis
tidak dikawal oleh Gabenor atau Whitehall, yang menguasai "negerinya melalui
pemerintahan peribadi secara langsung dengab atau tanpa kerjasama Sultan peribumi."
Dengan perkataan lain, walaupun Sultan masih ketua negeri, namun kuasa mentadbir masih
berada di tangan Residen.

Di setiap negeri ditubuhkan Majlis Negeri yang mana Sultan sebagai presiden majlis.
Keahliannya terdiri daripada Residen British, pembesar-pembesar Melayu dan lain yang
dilantik oleh Sultan yang bertindak mengikut nasihat Residen. Sesudah itu, Sultan hanya
mengesahkan anggota yang dilantik oleh Residen. Hal ini jelas nampak bahawa Sultan
kehilangan kuasa mentadbir dan tidak lagi berdaulat.

Dari segi perundangan, Sultan kehilangan kuasa mutlak. Dulu Sultan ialah ketua
negeri yang menjadi sumber perundangan dan kuasa eksekutif dan mahkamah rayuan terakhir
dalam negeri. Suratcara kerajaan dan dokumen hak milik mestilah dimeterai oleh Sultan.
Perintah dan peraturan pula dikeluarkan atas nama baginda. Namun semasa zaman
penjajahan British,

British memperkenalkan sistem perundangan baru. Sultan hanya

mempunyai kuasa simbolik manakala kuasa sebenar terletak dalam tangan Residen British.
Baginda tidak lagi berkuasa menjatuhkan hukuman apabila sistem perundangan baru
dilaksanakan dengan perlantikan hakim-hakim untuk menjalankan sistem perundangan.
Baginda hanya diperuntukkan kuasa perundangan yang terbatas atas perkara-perkara yang
berkaitan dengan agama Islam tetapi bukan soal pemungutan zakat. Perundangan sedemikian
yang dibuat oleh Raja hendaklah mendapat persetujuan Gabenor.

Selain itu, raja juga kehilangan kekuasaan terhadap ekonomi dan hak ke atas tentera.
Ketika dahulu Sultan adalah pemilik tanah dan penguasa ekonomi kerana memiliki tanah dan
boleh mengurniakan tanah kepada sesiapa terutamanya pembesar. Justeru, Sultan dapat hasil
daripada pungutan hasil. Namun, pegawai British telah mengambil alih tugas mengutip cukai
dari pembesar selepas pelaksaanan sistem Residen dan raja-raja telah kehilangan sumber
pendapatan. Urusan percukaian dan import- eksport juga tidak lagi bawah penguasaan raja.
Ekonomi kapitalis secara beransur-ansur mengganti ekonomi tradisional. Sultan juga tidak
dibenarkan memiliki tentera sendiri manakala pentadbir British membentuk pasukan polis
dan askar tersendiri. Hal ini menjelaskan bidang keselamatan terlepas daripada kekuasaan
sultan.

Raja kehilangan kuasa dalam semua aspek pentadbiran menyebabkan raja-raja tidak
puas hati. Walaupun mereka tidak biasa memerintah sebelum itu, mereka tidak diberi layanan
yang begitu menghinakan oleh sesiapa. Raja-raja tahu apa yang mereka terima bukanlah
sesuatu yang mereka maksudkan ketika mendatangani perjanjian dengan pihak British.
Ketidakpuashatian raja-raja telak melahirkan Durbar yang bertujuan bagi pihak British

mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Negeri-Negeri Tanah Melayu. Durbar yang
pertama kali dilangsung di Kuala Kangsar pada tahun 1897. Durbar ini berjaya megubah
nasib dan kehidupan orang Melayu serta merapatkan hubungan sesama raja-raja dan secara
tidak langsung, dengan rakyat yang berhampiran. Persidangan-persidangan itu, menjadi
medan utntuk kedua-dua pihak- raja-raja dan pembesar mereka di satu pihak dan pihak
British di pihak yang satu lagi-bertemu dan membolehkan raja-raja menyuarakan rasa tidak
puas hati terhadap pentadbiran kerajaan British dan "layanan hina" mereka yang diterima.
Yang paling menonjol selepas Durbar ialah peranan raja-raja sebagai pelindung atau penjaga
dan peranan ini penting kerana pada masa itu, orang Melayu tidak mempunyai suara atau
perwakilan dalam pentadbiran kerajaan British. Pada masa itu, orang Melayu tidak
mempunyai parti politik seperti sekarang. Cadangan dan kritikan raja-raja berhubung dengan
pentadbiran dan dasar kerajaan British sewaktu persidangan boleh diambil sebagai hujah
yang menyediakan kesahan bagi kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong dan rajaraja dalam soal keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan sekarang.

Antara isu yang diutarakan oleh raja-raja di Durbar adalah kedudukan bahasa Melayu
dalam pentadbiran, bidang kuasa kadi penghulu, kemasukan besar-besaran kaum imigran
terutama orang Cina. Sultan Perak telah menghujahkan beberapa perkara yang tidak rasa puas
hati dengan pentadbiran British. Baginda berasa kesal kerana British tidak menyerahkan
peranan yang penting kepada orang Melayu dalam pentadbiran negeri. Baginda juga
membangkang terhadap pemusatan kuasa yang semakin jelas dalam pemtadbiran British.
Sultan Perak juga mengkritik cara pentadbiran British memajukan industri perlombongan
yang bukan sahaja meminggirkan orang Melayu tetapi juga menyebabkan golongan peribumi
kehilangan maruah mereka sebagai penduduk asal negara ini. Baginda juga membangkitkan
soal tanah simpanan Melayu dan sektor pertanian yang diabaikan olehh pihak British.

Walaupun dikatakan kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja yang berdaulat tidak
berubah di sisi undang-undang, kenyataan adalah tidak demikian bebas dan berdaulat. Rajaraja terpaksa menunduk kehendak pihak British. Pihak British menggunakan kekerasan dan
kekuatan mereka untuk memaksa raja-raja Melayu dan pembesar mendengar perintah mereka.
Pihak British menggunakan kekuatan dan kekayaan mereka untuk menjalankan pentadbiran
secara tidak langsung di Tanah Melayu. Jadi meskipun raja-raja berdaulat dari segi teori,
undang- undang perlembagaan kenyataan yang kelihatan adalah sebaliknya.

Selepas Perang Dunia Kedua, Malayan Union telah ditubuhan pada tahun 1 April
1946 yang merupakan gabungan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat tanpa
penyertaan Singapura. Majlis Raja-Raja di bawah Malayan Union Order- in- Council 1946
terdiri daripada raja-raja, pegawai-pegawai kanan mereka, Ketua Setiausaha Malayan Union,
Penasihat Undang-Undang dan Setiasaha Kewangan. Majlis ini dipengerusi oleh Gabenor
Malayan Union. Majlis Raja-Raja hanya relevan dalam perbincangan draf undang-undang
tentang agama Islam dan hal- hal yang dirujuk kepada majlis oleh Gabenor. Bagaimanapun,
Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memaksa Gabenor melaksanakan nasihat
atau syornya. Berbeza dengan persidangan-persidangan Durbar sebelum itu, majlis, di bawah
skema tahun 1946 tidak bebas seperti dahulu.

Skema Malayan Union 1946 tidak dapat dilaksanakan dengan berjaya kerana
tentangan yang kuat aripada orang Melayu. Antara faktor penentangan Malayan Union adalah
penhapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu, tamadun orang Melayu terhakis dan
kerakyatan yang terlalu liberal. Tindakan Sir Harold MacMichael yang mengancam
penurunan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya baginda tidak menerima Malayan
Union telah mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan orang Melayu.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah menggantikan Malayan Union pada


tahun1948. Kedaulatan raja-raja Melayu dikembalikan dan perkumpulan yang dimulakan
dalam gagasan yang kontroversial itu diteruskan dengan peranan dan signifikan yang baharu
dan tersendiri. Di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Majlis Raja-Raja
diperbadankan dengan rasmi dan dilengkapkan dengan kuasa dan sekretariat sesuai dengan
kedudukan dan peranannya. Dianggotai oleh kesemua sembilan orang raja, majlis
bermesyuarat sekiranya dirasakan perlu dipengerusi oleh salah seorang daripada raja-raja. Ini
adalah antara ciri signifikan dan menarik di bawah skema 1948 kerana jika dibandingkan
dengan struktur di bawah persidangan-persidangan Durbar dan skema 1946, Majlis Raja-Raja
kini eksklusif untuk raja-raja. Pengerusi mesyuarat majlis ditentukan oleh raja-raja sendiri
dan majlis diberi hak untuk menemui Pesuruhjaya Tinggi British.

Di bawah skema 1948 itu juga raja-raja mempunyai hak dan kuasa yang sebelum ini
tidak wujud. Ini termasuklah penerangan oleh pesuruhjaya yang diberi tanggungjawab oleh
undang-undang untuk mengirim rang undang-undang yang hendak dibentangkan dalam
Majlis Persekutuan. Dengan itu raja-raja diberi hak untuk mengambil tahu hal-hal berkenaan

dengan pembuatan undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi British juga diberi tanggungjawab


menerangkan dasar-dasar kerajaan persekutuan kepada raja-raja. Pegawai tinggi tersebut juga
diberi kuasa untuk menimbangkan pandangan raja-raja. Agak jelas bahawa peranan dan
kedudukan Majlis Raja-Raja semakin kukuh.

Meskipun kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja kelihatan berubah-ubah, mungkin


boleh dikatakan bahawa perubahan itu sekadar mengambil bentuk yang baharu dengan
berubahnya masa. Majlis Raja-Raja, khususnya raja-raja sendiri perlu melengkapkan diri
dengan kelayakan dan kemampuan yang sesuai dengan tugas0tugas dan kuasa perlembagaan
mereka . setakat ini agak jelas kelihatan betapa kuasa formal perlembagaan sahaja, seperti
yang berlaku dalam konteks kuasa agamaraja-raja, tidak mencukupi untuk mereka berfungsi
dengan berkesan. Ertinya, jika perubahan tidak dilakukan ada kemungkinan peranan dan
kuasa formal itu lama-kelamaan menjadi formaliti yang tidak memberi manfaat kepada
pembayar cukai.
http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/
Abdul Aziz Bari(2002). Majlis Raja-Raja Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
De V Allen (1967). The Malayan Union. New Haven: Yale University Monograph.

Gullick J.(1992). Rulers and Residents - Influence and Power in the Malay States 1870-1920.
Singapura: Oxford University Press.
Hall D.G.E. (1981). History of Southeast Asia. London: Macmillan.

Muhammad Kamil Awang (2001). Sultan dan Perlembagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

You might also like