You are on page 1of 9

1.

0 Pendahuluan
Hari ini ramai orang bercakap tentang kecemerlangan sekolah. Para ibubapa mahukan anak mereka
memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan. Oleh itu mereka akan memilih sekolah untuk
menghantar anak-anak mereka. Sekolah yang menjadi rebutan adalah sekolah yang cemerlang yang
disebut Sekolah Berkesan. Sekolah Berkesan menurut Peter Mortimore (1996) adalah :
a high performing school through its well established system, promotes the highest academic and other
achievement for the maximum number of its students regardless of backgrounds of their families
Di dalam Sekolah Berkesan every child can learn and that we have the knowledge we need to create
schools in which child can learn. Disamping itu ianya merupakan sebuah sekolah di mana pencapaian
akademiknya adalah maksimum. Sekolah ini juga merupakan organisasi yang mempunyai tahap
reliability yang tinggi, matlamat sekolah yang jelas dan eksplisit, ilmu pengurusan yang direkodkan dan
prosedur operasi yang standard. Disamping itu sekolah ini merupakan sebuah organisasi yang
mempunyai sumber yang memuaskan dan peralatannya tersusun dengan kemas.
2.0 Perbincangan Ciri-ciri Sekolah Berkesan
Peter Mortimore (1995), telah mengemukakan sebelas ciri sekolah berkesan.
Lawrence W. Lezotte (1991), memberikan tujuh ciri Sekolah Berkesan. Berdasarkan kajian dan konsultasi
dengan ibubapa, Persatuan Ibu bapa dan Masyarakat di Canberra (ACT Council of Parents & Citizens
Assosiation Australia telah mengemukakan sembilan ciri Sekolah Berkesan. Berdasarkan kepada tiga
kajian diatas perbincangan akan berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan oleh Mortimore.
a) Kepimpinan profesional.
Edmonds (1978) menyatakan principals can make a difference yang bermaksud sesebuah sekolah
boleh dimajukan dan kemajuan sekolah berpunca dari kepimpinan pengetua. Ciri ini juga menekankan
bahawa pengetua sekolah sebenarnya seorang profesional dan berilmu yang mengamalkan kepimpinan
kurikulum, merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu apa yang
berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Berdasarkan kajian dan penulisan Sekolah Berkesan, Sweeney (1983) telah mengenal
pasti enam ciri kepimpinan pengetua yang berkait dengan keberkesanan sekolah. Ciri-ciri itu ialah
memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam akademik, menyusun dan menetapkan strategi
pengajaran, menyedia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah, kerap menilai pencapaian
para pelajar, menyelaras program pengajaran dan memberi semangat kepada guru. Oleh itu kepimpinan
pengetua tertumpu kepada bidang utama iaitu pengajaran, strategi bagi mencapai matlamat itu serta
pembangunan dan peningkatan kecekapan para guru dalam bidang pengajaran.Dari enam ciri pengetua
berkesan tadi, lima darinya berkaitan dengan kepimpinan pengajaran dan hanya satu berkaitan dengan
kepimpinan pentadbiran. Perkara ini disokong oleh Bennis (1985) yang mengatakan kepimpinan
berkesan adalah pemimpin yang bercorak doing the right thing and doing the thing right. Rutherford
pula mengkonsepsikan pengetua yang berkesan sebagai pemimpin sekolah yang mempunyai wawasan
yang jelas tentang sekolahnya. Sergiovanni (1984) sekiranya sekolah itu hendak berkesan maka
pengetua itu mestilah mempunyai peranan pemimpin yang berketrampilan.
b) Perkongsian visi dan matlamat.
Sesebuah Sekolah Berkesan perlu mempunyai falsafah sekolah tersendiri yang telah menetapkan
visi,misi dan objektif sekolah itu. Leithwood dan Montgomery(1986) mendapati sebuah Sekolah Berkesan
akan menumpukan kepada pembentukan matlamat sekolah yang jelas dan komprehensif. Matlamat
sekolah ditentukan berdasarkan input, latarbelakang dan aspirasi para pelajar serta keperluan
masyarakat sekitar. Fokusnya adalah untuk memperolehi satu visi yang dikongsi bersama dan ahlinya
faham peranan masing-masing dalam mencapai visi tersebut. Fokus dan visi diterbitkan daripada
kepercayaan dan nilai yang sama yang akan menghasilkan satu arah tuju yang konsisten. Falsafah
sekolah melibatkan ekspektasi yang tinggi di kalangan staf dan pelajarnya.
(c) Persekitaran pembelajaran .
Ciri ini bermaksud Iklim sekolah yang baik dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah
yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam suasana
berorientasikan tugas, di samping wujudnya disiplin kendiri di kalangan pelajar.Persekitaran sekolah
Berkesan adalah persekitaran yang sihat dan kondusif untuk pelajar dan stafnya berada. Kawasan
sekolah dan bangunannya sentiasa bersih, selamat dan dijagai dengan rapi. Dengan ini satu hubungan
positif akan terhasil di antara persekitaran dan warga sekolah. Ini menyebabkan para pelajarnya sensitif
kepada kebersihan dan berusaha untuk mengawalnya tanpa perlunya peraturan tertentu.. Persekitaran

yang begini boleh menyebabkan masalah disiplin dikalangan pelajar berkurang.


(d) Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Ciri ini menampakkan keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik
darjah. Kajian menunjukkan ada perkaitan yang rapat di antara tumpuan kepada pengajaran dan
pembelajaran sekolah dengan keberkesanan guru. Kajian juga menekankan sekolah patut memfokus
pada kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Rumusan pelbagai kajian oleh Mortimore
menunjukkan bahawa sekolah harus memaksimumkan masa belajar, meningkatkan penggunaan masa
belajar, mengagihkan masa untuk mata-mata pelajaran prioriti secara seimbang. Sebahagian besar masa
guru ditumpukan pada pembelajaran murid dan guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran
kognitif murid. Sekolah mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan luar bilik
darjah. Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang berpengetahuan
mendalam dalam kurikulum dan bertumpukan penguasaan kemahiran-kemahiran asas. Masa
pembelajaran dioptimumkan dan aktiviti-aktiviti ko kurikulum diselaraskan supaya masa pembelajaran
tidak terabai.
(e) Pengajaran yang bertujuan.
Mortimore mendapati kualiti pengajaran adalah intipati sekolah berkesan di samping memiliki guru yang
berkualiti. Ciri pengajaran bertujuan pula bermakna organisasi itu perlu mempunyai pengurusan bilik
darjah yang efisien, tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur, dan amalan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang fleksibel dan sesuai. Pengurusan bilik darjah yang efisien termasuk pengurusan fizikal
bilik darjah, pengurusan emosi bilik darjah, dan pengurusan suasana sosial bilik darjah. Perancangan dan
penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan kegiatan mengorganisasi dan merancang perkarapekara yang bersabit dengan tempat duduk pelajar,alat bantuan mengajar, alat pandang dengar, sudut
aktiviti dan pameran, papan tulis dan berbagai-bagai perabot lain dengan sempurna. Suasana emosi pula
adalah gabungan daripada berbagai-bagai perkara seperti suara guru, sikap dan ekspektasinya,
kemesraaannya, kelucuannya, teknik mengawal bilik darjah, stail kepimpinan dan kaedah mengajar serta
penggunaan pujian. Suasana sosial bilik darjah pula berkaitan dengan interaksi antara pelajar sesama
sendiri sama ada sesama jantina atau berlainan jantina dan antara pelajar dengan gurunya. Tujuan
pengajaran yang dibuat dalam Sekolah Berkesan perlulah jelas supaya matlamatnya dapat dicapai
seperti yang diharapkan. Selain dari itu pengajaran guru itu perlulah ada struktur tertentu iaitu ada set
induksinya, langkah-langkah aktivitinya,kaedah P&P yang akan digunakan, ada penilaian semasa P&P
dan ada penutup pengajaran pada hari itu.
(f) Pengharapan yang tinggi.
Ciri ini bermaksud sekolah Berkesan mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang
terhadap pelajar-pelajar mereka kerana rumusan dari Mortimore menunjukkan ada kaitan yang rapat di
antara jangkaan kejayaan yang tinggi dan keberkesanan pelajar. Dalam sekolah Berkesan juga para
gurunya percaya yang pelajarnya akan dapat mencapai skil-skil pembelajaran tertentu dan gurunya juga
yakin bahawa mereka mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menolong pelajar-pelajar tersebut.
Guru akan menggunakan strategi tambahan seperti pembelajaran semula dan penyusunan semula
kumpulan untuk pastikan mendapat kejayaan. Guru juga sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta
berkeyakinan terhadap pelajar yang meransang mereka untuk berjaya. Ransangan ini diberi melalui
kata-kata pujian yang tekal.
(g) Pengukuhan yang positif.
Mortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor penting bagi
meningkatkan motivasi pelajar. Pengukuhan ini perlu bagi menjamin pencapaian akademik dan
peningkatan disiplin pelajar akan meningkat. Pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik akan
diselia oleh guru dan diberi pengukuhan kefahaman yang jelas. Kaedah masteri akan digunakan sehingga
semua masalah akademik pelajar dapat diselesaikan. Pelajar yang mempunyai masalah disiplin pula akan
diberi nasihat dan tunjukajar yang sepadan dengannya. Selepas itu mereka ini akan dipantau secara
berterusan. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil. Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah
yang teratur, yakni yang berasaskan rasa kepunyaan dan keterlibatan. Disiplin yang berkesan dapat
mengekalkan suasana damai di sekolah. Di samping itu, guru juga harus mendapat maklum balas segera
tentang setiap tindakan yang dijalankan, sementara kepada pelajar pula ganjaran atau hukuman perlu
disegerakan selepas setiap kebaikan atau kesalahan dilakukan.
(h) Pemantauan kemajuan.
Sekolah berkesan perlu sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi sekolah secara
teratur dan pemantauan terhadap pencapaian pelajar secara berkala. Hasil dari pemantauan ini
digunakan untuk memperbaiki pencapaian seseorang pelajar dan program-program sekolah yang telah
dijalankan. Pencapaian pelajar dalam setiap kali peperiksaan dibincang dan diambil tindakan jika ada

kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti. Dengan ini satu program khas dirangka bagi mengatasi
kelemahan tersebut. Penilaian terhadap pencapaian sekolah perlu dipantau dalam semua bidang
termasuk kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Mengikut Glesman (1984) menjelaskan bahawa
markah kemajuan yang diperolehi oleh pelajar merupakan pembolehubah penting yang boleh
dimanipulasi oleh pengetua untuk meningkatkan prestasi pelajar.
(i) Hak dan Tanggungjawab Pelajar.
Rumusan oleh Mortimore turut mendapati sekolah berkesan menekankan usaha meningkatkan harga diri
pelajar. Pelajar sepatutnya diberi peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai
kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan tanggungjawab yang
sesuai kepada mereka.Hak utama pelajar disekolah adalah untuk mendapat pengetahuan yang tepat dan
komprehensif melalui P&P formal dalam bilik darjah dan proses pembentukan akhlak dan sahsiah melalui
sistem pendidikan di sekolah itu. Tanggungjawab utama pelajar adalah mempastikan bahawa mereka
mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam semua bidang sama ada akademik, ko kurikulum atau pun
akhlak. Untuk menjaga hak pelajar ini maka pihak sekolah perlu mempunyai satu badan tertentu untuk
menjaga kebajikan mereka. Badan kebajikan ini akan menyokong keupayaan seseorang pelajar sehingga
ke tahap tertentu dan menolong menyelesaikan permasalahan yang timbul dikalangan mereka.
(j) Hubungan- rumah sekolah.
Dapatan oleh Walberg (1984) menunjukkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa mempunyai
kesan yang signifikan terhadap pembelajaran pelajar. Kajian telah menunjukkan bahawa pentingnya
penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah mereka.
Pihak ibu bapa diberi peluang untuk memberi pandangan dan melibatkan diri dengan lebih aktif dengan
pihak sekolah. Pihak sekolah dan guru-guru faham kepentingan penglibatan ibu bapa di sekolah dan
dengan itu berusaha supaya penglibatan mereka dapat dioptimumkan lagi. Hubungan ini seterusnya
dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan
guru. Pengetua pula boleh mengukuhkan lagi hubungan melalui dasar-dasar yang terbuka. Dalam
sekolah berkesan ibu bapa terlibat dengan pembelajaran pelajar dalam berbagai cara dan sentiasa hadir
dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Para ibu bapa juga terlibat untuk menyokong matlamat dan polisi-polisi
tertentu sekolah. Penubuhan dan penglibatan PIBG adalah dapat merealisasikan hasrat ini.
(k) Organisasi Pembelajaran
Ciri ini menekankan bahawa sekolah perlu mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan
guru-guru dan staf sokongan supaya terus meningkatkan ilmu profesional mereka sesuai dengan tugas
yang dipikul. Pengurusan sekolah harus mengadakan program perkembangan staf untuk membantu
guru-guru meningkatkan lagi mutu P&P di dalam bilik darjah dan membantu staf sokongan dalam
melakukan tugas dengan lebih berkualiti. Champagne (1980) menyatakan terdapat bukti yang
menunjukkan bahawa perkembangan staf menghasilkan perhubungan yang baik antara guru dengan
pelajar dan antara pengetua dengan guru. Dengan ini konsep kaizen akan dapat dihayati dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan. Perkembangan staf ini perlu dibuat berdasarkan "need
assessment guru-guru dan staf sokongan. Sekolah juga boleh menggunakan kepakaran dan kemahiran
guru sekolah sendiri atau kepakaran luar dalam program pembangunan staf di sekolah. Selain dari itu
sekolah berkesan juga menggalakkan guru-guru menjalankan kajian diperingkat sekolah,menyertai
seminar atau perbengkelan diluar sekolah dan juga menghasilkan buletin berkala untuk kegunaan para
guru yang lain.
3.0 Sejauh manakah SM Sains Machang telah berusaha untuk mencapai status Sekolah Berkesan?
Secara ringkasnya Sekolah Menengah Sains Machang adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh. Bilangan
pelajarnya adalah 700 orang,70 orang guru dan 16 orang staf sokongan. Luas kawasan sekolah ini ialah
50 ekar dan mengandungi 4 blok sekolah , enam blok asrama, sebuah dewan besar, sebuah
gimnasium ,dua belas unit kuarters guru dan dua puluh empat unit kuarters staf sokongan.
Berdasarkan ciri-ciri oleh Mortimore diatas maka sejauh manakah Sekolah Menengah Sains Machang
Kelantan telah berusaha untuk mencapai status sekolah berkesan akan dibincangkan. Merujuk kepada
ciri yang pertama iaitu kepimpinan profesional maka pengetua sekolah ini telah berusaha mengamalkan
gaya kepimpinan berkesan dengan menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan
misi sekolah. Beliau telah membentuk dan mengamalkan dasar sekolah yang telah dipersetujui bersama
di dalam mesyuarat pengurusan tertinggi sekolah yang diadakan setiap pagi Selasa , bertindak secara
proaktif, kreatif dan inovatif dalam setiap tindakannya. Pendekatan pengetua adalah pendekatan
ekleketik. Beliau sentiasa berhemah dalam menangani sesuatu isu dan masalah, mempunyai sikap
luwes dan terbuka dimana semua staf berpeluang menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.
Keputusan dibuat secara kolektif dan kolaboratif. Pengetua sekolah juga bersedia dan telah pun
melakukan beberapa pembaharuan tanpa terlalu memikirkan risiko asalkan tujuan dan matlamat

pembaharuan itu adalah untuk para pelajarnya. Satu gaya kepimpinannya ialah membuat rondaan setiap
pagi (MBWA) selepas perhimpunan di halt stand sekolah. Beliau juga telah berusaha mengamalkan
kepimpinan pengajaran dengan cara memberi bimbingan kepada semua guru tentang pelbagai kaedah
P&P seperti kaedah Masteri, konstektual, inkuiri penemuan dan sebagainya. Selain dari
mempengerusikan Jawatan Kuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid, beliau juga membuat
pemantuan kemajuan murid dan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Budaya ilmu dan berfikir
sentiasa menjadi keutamaannya terutama apabila berinteraksi dengan guru-guru dan para pelajar.
Pengetua juga telah menyediakan wahana pencetus minda dengan menggalakkan mereka menjalankan
dan membentangkan kajian tindakan. Dasar permufakatan dalam bekerja juga diamalkan oleh pengetua
dengan membina pasukan pemikir(think tank) dan pasukan kerja yang mantap. Pengetua sentiasa
berusaha mengupayakan Penolong-penolong Kanan dan guru-guru Kanan matapelajaran dengan cara
memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas, menurunkan kuasa untuk membuat
keputusan mengikut bidang kuasa masing-masing, menurunkan kuasa untuk mengambil tindakan
tertakluk kepada bidang tugas masing-masing dan memberi bimbingan serta nasihat untuk
meningkatkan keupayaan kepimpinan.
Dalam menjadikan sekolah ini sebagai Sekolah Berkesan, maka pernyataan visi dan misi sekolah telah
dibentuk. Pembentukan visi dan misi sekolah ini dibuat berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
wawasan negara,perkembangan pendidikan semasa, analisis SWOT, secara kolektif dan kemudian dikaji
semula mengikut keperluan. Akhirnya setelah melalui beberapa siri mesyuarat dan perbincangan ,visi
dan misi sekolah dibentuk.Visi sekolah ini berbunyi Menjelang Wawasan 2020 Sekolah Menengah Sains
Machang akan melahirkan pelajar terbaik selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Misinya adalah
Sekolah Menengah Sains Machang akan menyediakan Pendidikan terbaik berasaskan 4 tunjung bestari
iaitu budaya berfikir, berakhlak mulia, bersifat global dan celik IT melalui pengurusan sistematik dengan
berfokuskan akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri pelajar. Pengdokumentasian visi dan misi
adalah di dalam buku perancangan sekolah, buku panduan tugas guru, buku peraturan sekolah, brosur
sekolah, majalah sekolah dan laman web sekolah. Kedua-dua visi dan misi sekolah pula dihebahkan dan
diperjelaskan dalam perhimpunan sekolah, mesyuarat guru dan mesyuarat PIBG. Visi dan misi juga
dipamerkan di di bilik gerakan sekolah, di papan kenyataan sekolah, di bilik guru, dipejabat, dibilik-bilik
darjah dan di dinding bangunan sekolah.
Berdasarkan ciri Sekolah Berkesan yang ketiga, sekolah ini telah berusaha untuk membentuk iklim dan
persekitaran pembelajaran yang kondusif. Dari segi premis, pihak sekolah telah mempastikan bangunan
sekolah dan semua bilik-bilik darjahnya mempunyai ciri-ciri keselamatan. Sekolah juga menentukan
persekitarannya bersih dan ceria serta mempastikan segala kemudahan mengcukupi dan selesa. Satu
langkah yang dibuat supaya sekolah sentiasa bersih ialah mengadakan gotong royong perdana setiap
bulan dan mengadakan kawasan-kawasan angkat. Program kawasan atau taman angkat ini bertujuan
supaya setiap pelajar ada rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan
tersebut. Oleh itu setiap kelas telah diagihkan kawasan angkat mereka bertanggungjawab menceriakan
kawasan tersebut. Dari segi sistem komunikasi pihak sekolah telah mewujudkan sistem komunikasi yang
membolehkan maklumat disampaikan kepada individu dan kumpulan sasaran secara telus, jelas dan
mudah difahami. Dengan ini satu sistem siaraya sekolah telah di wujudkan. Maklumat-maklumat juga
boleh di dapati dari papan-papan notis disekitar kawasan sekolah. Satu laluan ilmu telah juga diadakan
disekolah ini dimana semua maklumat terkini telah ditampalkan dikawasan tersebut.
Merujuk kepada ciri yang keempat iaitu tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Fokus
utama sekolah ini adalah kepada P&P. Setiap tahun perkara yang dinantikan oleh warga sekolah ialah
pengumuman keputusan peperiksaanPMR dan SPM. Jika keputusannya baik maka proses P&P dianggap
telah berlaku dengan sempurna. Di sekolah ini, kualiti P&P guru amat dititik beratkan. Oleh itu semua
guru diminta membuat perancangan rapi sebelum sesuatu proses pengajaran dijalankan. Semua
rancangan pengajaran di taip di dalam sistem komputer sekolah dan dihantar kepada pengetua setiap
hari Khamis menerusi e- mail atau sistem net work sekolah. Pengetua akan menyemak rancangan
pelajaran tadi. Guru-guru diminta mengambil kira ke pelbagaian kecerdasan (multiple intelligences)
pelajar dalam melaksanakan proses P&P nya. Untuk mempastikan supaya semua sukatan pelajaran
dapat dihabiskan seperti yang dirancang maka masa pembelajaran dioptimumkan samada melalui masa
yang diperuntukan di dalam bilik darjah atau melalui kelas-kelas tambahan yang dipanggil kelas KERAH.
Kelas KERAH ini telah bermula bulan Mac lagi dan mengandungi dua fasa iaitu fasa menghabiskan
sukatan (Mac ke Julai) dan fasa pengukuhan dari bulan Ogos hingga Oktober. Kaedah support team
juga diperkenalkan disekolah ini untuk mengatasi masalah guru matapelajaran yang terpaksa menghadiri
kursus diluar sekolah atau bercuti. Dalam kaedah ini jika seseorang guru matapelajaran itu cuti maka
rakan dalam panitianya akan mengambil alih peranannya supaya proses pembelajaran tidak terganggu.

Guru matapelajaran tersebut terlebih dahulu diminta menyediakan bahan edaran matapelajaran itu dan
memberikan kepada guru penggantinya. Bagi mempastikan bahawa P&P guru tidak terbantut kerana
kekerangan peralatan dan bahan bantu mengajar maka satu sistem pengurusan fiskal dibentuk iaitu
setiap ketua panitia diminta membuat budget masing-masing untuk membeli bahan-bahan bantuan P&P.
Konsep satu alat satu pelajar diperkenalkan semasa pelajar membuat eksperimen makmal. Jika
dulunya pelajar membuat eksperimen dalam kumpulan yang mengandungi 5 orang maka dengan konsep
baru ini bilangan ahli akan dikurangkan dengan penambahan alat radas tadi. Satu lagi perkara yang
dibuat disekolah ini dalam menjamin proses pembelajaran kendiri pelajar ialah program prep
terancang. Kelas prep adalah satu kelas dimana pelajar belajar secara sendiri disamping membuat
kerja-kerja rumah. Untuk mempastikan bahawa aktiviti ini berjaya maka satu sistem pemantauan
terancang telah diadakan oleh pengetua, penolong-penolong kanan dan ketua-ketua bidang disamping
para waden. Semasa kelas prep ini juga para pelajar diminta mengisi buku KEPROJEK mereka. Buku ini
adalah buku catatan harian yang mencatatkan apa yang mereka belajar semasa kelas prep dan buku ini
akan diselia oleh penolong kanan pentadbiran.
Merujuk kepada ciri kelima iaitu pengajaran bermatlamat maka sekolah ini menekankan pengurusan bilik
darjah yang berkesan dengan mengamalkan konsep bilik darjah terbuka. Dengan menggunakan konsep
ini kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan dan pelajar dibahagikan kepada beberapa
kumpulan mengikut kebolehan masing-masing. Penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran amat
digalakkan dan pendekatan yang digunakan oleh guru-guru adalah berpusat kepada pelajar dimana
interaksi antara pelajarguru dijalankan. Pelajar pula berada dalam keadaan aktif dan mereka diberi
peluang untuk bergerak dan berbincang dengan rakan sedarjah atau dengan gurunya. Dari segi bentuk
dan kemudahan bilik darjah disediakan dengan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Disamping itu hasil kerja pelajar diletakkan ditempat yang
sesuai dalam bilik darjah dengan tujuan untuk menimbulkan suasana yang menarik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Di belakang bilik darjah diletakkan rak besi yang mengandungi banyak
pigeon hole untuk digunakan oleh pelajar. Dengan ini barang-barang pembelajaran pelajar tidak akan
bersepah. Di depan dan belakang kelas dilekatkan dengan papan kenyataan soft board dan pelajar
diminta untuk memenuhkan softboard itu dengan maklumat berfaedah seperti carta organisasi kelas,
artikel-artikel dan bahan-bahan bercetak dari internet. Dari segi pengajaran berstruktur pula , semua
guru diminta menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan harian yang mengambilkira tahap
kebolehan dan keupayaan pelajar. Mereka diminta melaksanakan set induksi yang dapat menarik
perhatian dan meransang minat murid dan menjuruskan ke arah kesediaan minda murid. Semasa
penyampaian isi pelajaran pula guru diminta menyampaikan pengajaran dengan mengamalkan
pendekatan berasaskan prinsip pengajaran asas iaitu daripada mudah ke kompleks atau daripada konkrit
ke abstrak, menghubungkaitkan pengajaran dengan kehidupan,menggunakan bahasa yang yang tepat,
menggunakan masa dengan optimum,melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan pelajar dan
mengambil kira pelbagai kecerdasan serta menerapkan kemahiran berfikir.Dari segi teknik penyoalan,
guru menyoal pelajar dengan mengemukakan soalan mengikut aras kognitif berdasarkan Taksonomi
Bloom, menyusun soalan dari mudah ke sukar, memberi masa pelajar berfikir,mengcungkil jawapan dari
murid dan memberi respons yang sesuai terhadap jawapan pelajar. Selain dari itu guru membuat
peneguhan terhadap pembelajaran dengan memberi pujian secara lisan atau isyarat bukan lisan
terhadap perlakuan yang baik dan memberikan teguran yang bersesuaian terhadap perlakuan negatif
pelajar. Guru juga diminta memberikan kerja rumah kepada pelajar mengikut keupayaan dan kebolehan
mereka. Guru akhirnya mengakhiri pengajaran dengan membuat penutupan kognitif dan penutupan
sosial. Dari segi penyesuaian pengkaedahan pula guru disekolah ini diminta supaya melaksanakan P&P
dengan kaedah yang pelbagai dan sesuai dengan tahap pencapaian para pelajar. Kaedah P&P yang boleh
digunakan adalah pembelajaran masteir, kajian masa depan, inkuiri penemuan, kontekstual,
konstruktivisme , koperatif dan kolaboratif.
Ciri Sekolah Berkesan yang keenam pula ialah pengharapan yang tinggi. Pengetua dan guru-guru
sentiasa memberikan semangat dan harapan kepada para pelajarnya di perhimpunan pagi dan dalam
bilik darjah. Pengetua meyakinkan kepada semua pelajarnya bahawa mereka boleh memberikan
kejayaan kepada sekolahnya. Maka dengan itu satu program aku janji di buat. Dalam program itu para
ibu bapa dijemput datang ke sekolah untuk melihat anak mereka menanda tangani satu surat aku janji .
Para pelajar juga ditentukan take of value (TOV) mereka. Nilai TOV ini diperolehi dari keputusan
peperiksaan akhir tahun masing-masing. Dengan nilai TOV inilah maka setiap pelajar diminta
menyatakan target masing-masing untuk tahun seterusnya.
Ciri yang ketujuh ialah pengukuhan yang positif. Sekolah Menengah Sains Machang sentiasa memberikan
pengukuhan positif kepada para pelajarnya dengan cara menghargai segala sumbangan mereka kepada

sekolah. Pelajar yang berjaya menaikkan nama sekolah akan diberikan penghargaan yang sewajarnya
seperti diberi sijil atau hadiah. Setiap kali selepas keputusan peperiksaan peringkat sekolah pelajar yang
mendapat markah yang tinggi akan diberi anugerah didalam perhimpunan pagi. Nama pelajar yang
menjadi pelajar terbaik dalam peperiksaan awam akan dipamerkan di dinding dewan sekolah. Satu
program yang dinamakan sistem merit de merit diperkenalkan. Dalam sistem ini pelajar akan diberi
markah jika mereka menyumbang apa-apa kebaikan disekolah manakala jika mereka melakukan apaapa kesalahan markah akan dipotong. Juga di asrama di perkenalkan konsep sistem rumah yang ada
hubungkait dengan sistem merit demerit tadi. Sistem rumah adalah satu sistem penempatan pelajar
diasrama mengikut rumah sukannya. Pelajar-pelajar dari rumah yang sama akan ditempatkan dalam
bangunan atau dormitori yang sama. Apabila seseorang pelajar mendapat markah meritnya, markah ini
juga akan dimasukkan kedalam markah untuk rumahnya. Para pelajar akan menjaga disiplin mereka
supaya markah rumah mereka tidak akan dipotong. Di akhir tahun markah jumlah untuk rumah dan
markah merit individu tertinggi akan diumumkan dan hadiah akan diberikan.
Ciri kelapan ialah memantau kemajuan. Di Sekolah ini beberapa aktiviti dibuat untuk melaksanakan
sistem pemantauan berkesan. Bagi mempastikan kecemerlangan dalam proses P&P bilik darjah maka
pencerapan P&P guru di adakan secara formal. Pencerapan ini dilakukan oleh Pengetua, Penolongpenolong kanan, Guru-guru kanan matapelajaran dan oleh guru-guru cemerlang disekolah. Satu jadual
dibuat dan pencerapan ini dibuat sebanyak dua fasa iaitu semester pertama dan semester kedua
persekolahan.Selepas pencerapan dibuat perbincangan antara pencerap dengan pihak guru diadakan
untuk memantapkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran bilik darjah. Satu salinan laporan dibuat
untuk rujukan pengetua.Pemantauan buku latihan pelajar juga dibuat oleh pihak sekolah dimana pihak
pentadbir akan meminta secara rawak lima buah buku latihan dari setiap kelas untuk diperiksa semula.
Pihak pentadbir pula akan memantau secara berkala bilik-bilik darjah, bilik-bilik khas,dewan sekolah,
gimnasium dan sekitar kawasan sekolah. Pemantauan dorm diasrama dibuat pada setiap hari .Untuk
pemantauan bilik-bilik air satu buku log digunakan.Pemantauan aktiviti kokurikulum dibuat pada setiap
hari Ahad dan Khamis kerana hari tersebut adalah hari Kokurikulum.
Ciri kesembilan ialah Hak Dan Tanggungjawab Pelajar. Dalam ciri ini sekolah menekankan kepada
kebajikan pelajar. Oleh itu pihak sekolah telah melancarkan tabung sekolah yang diuruskan oleh seorang
guru. Tabung ini mendapat sumbernya dari kutipan derma orang ramai. Wang yang ada digunakan untuk
membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan.Demi menjaga kebajikan pelajar, berbagai
kemudahan disediakan iaitu water cooler,set television dikantin,diasrama dan disekolah. Untuk pelajar
ke klinik pula, setiap hari telah dikhaskan sebuah bas untuk membawa ke klinik yang jaraknya 4 km dari
sekolah. Telefon-telefon awam dipasang dilokasi -lokasi tertentu di kawasan sekolah. Kemudahankemudahan rekreasi dibuat dikawasan kolam lebih kurang 10 ekar. Kawasan ini dilengkapi dengan
kawasan trek jogging ,kemudahan memancing di kolam dan berkayak. Kemudahan bersukan yang lain
juga disediakan. Peralatan sukan adalah mengcukupi, begitu juga dengan padang-padang permainan dan
gelanggang. Program mentor-mentee dibuat secara formal setiap dua minggu sekali di asrama. Mentor
iaitu para guru akan berjumpa dengan menteenya
Ciri kesepuluh ialah Hubungan Rumah-sekolah. Hubungan antara sekolah ini dengan pihak ibubapa
adalah erat. Mesyuarat tetap AJK di buat dua bulan sekali. Para ibu bapa sentiasa dijemput untuk hadir
ke majlis-majlis rasmi sekolah seperti hari sukan tahunan, hari konvokesyen sekolah, hari terbuka
asrama,hari kokurikulum, dan hari kecemerlangan sekolah. Selain dari itu, khas untuk memfokuskan halhal akademik diadakan program runding cara akademik. Program ini akan diadakan sebanyak dua kali
setahun selepas peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan prestasi kedua pada bulan Ogos.
Dalam majlis ini ibu bapa dijemput ke sekolah untuk menerima keputusan peperiksaan anak masingmasing. Kaunter-kaunter matapelajaran dibuka untuk pertemuan terus ibu bapa, para pelajar dan guruguru matapelajaran. Disamping itu kaunter perkhidmatan kaunseling, kaunter HEM, kaunter akademik
juga turut dibuka. Semua cadangan dari ibu bapa boleh dibuat menerusi kaunter-kauner yang telah
disediakan. Program solat hajat akan diadakan bersama para ibu bapa sebelum sesuatu peperiksaan
awam di adakan. Satu lagi program yang dibuat melibatkan ibu bapa ialah program aku janji dimana
pelajar akan duduk bersebelahan ibu bapanya ,kemudian membaca ikrar pelajar dan seterusnya
menandatangani perakuan aku janji. Program seterusnya ialah program izin ilmu dimana sebelum
peperiksaan awam guru-guru akan mengizinkan ilmu yang dicurahkan mereka diguna oleh para pelajar.
Sekolah juga mempunyai hubungan yang rapat dengan agensi-agensi luar seperti pihak Bomba, Polis,
Jabatan Kesihatan, Jabatan Bekalan Air, JKR ,TNB, Majlis daerah dan sebagainya. Setiap tahun wakil
jabatan-jabatan ini akan dijemput ke majlis makan malam nolstalgia sekolah bagi meraikan sumbangan
mereka kepada pihak sekolah.
Ciri kesebelas ialah organisasi Pembelajaran. Sekolah Menengah Sains Machang telah merangka dan

melaksanakan beberapa siri program pembangunan staf. Antara tajuk-tajuk yang ditekankan ialah
kaedah-kaedah P&P Bestari,Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SKPM),kajian Tindakan, Pengurusan
Strategik,Pengurusan Masa dan Kursus ICT dalam P&P. Dalam kursus ICT beberapa tajuk di sentuh
seperti program ISIS,perisian power point, flash, autuoware dan microsoft word. Pihak sekolah juga
menekankan kepada para gurunya supaya melaksanakan kajian tindakan. Oleh itu selepas sahaja kursus
Kajian Tindakan semua guru diminta untuk menghantar proposal masing-masing kepada pengetua dalam
masa dua minggu. Kemudian barulah para guru diminta mengutip data dan menulis kajian tindakannya
itu. Program untuk memantapkan kerohanian sokongan staf dan guru dibuat setiap hari Khamis. Dalam
program ini serorang ustaz memberikan tazkirah kepada semua guru dan staf sokongan yang ada
kelapangan masa. Sistem Buddy untuk menolong guru-guru sains dan matematik juga di buat pada
masa terakhir persekolahan. Mesyuarat Panitia Matapelajaran juga dibuat dwimingguan iaitu pada hari
Khamis masa pertama persekolahan.Laporan mesyuarat panitia ini hendaklah diserahkan kepada
pengetua seminggu selepas mesyuarat itu diadakan.
4.0 Cabaran-cabaran kearah menjadi Sekolah Berkesan
(a) Kepimpinan Pengetua
Cabaran pertama yang dihadapi oleh pengetua adalah mengenai budaya Sekolah. Sekolah Menegah
Sains Machang mempunyai budaya tersendiri yang sudah diwarisi sejak penubuhan sekolah ini lagi.
Tugas pengetua adalah menentukan budaya ini selari dengan ciri sekolah berkesan. Budayabudaya
negatif seperti gejala membuli pelajar baru, tidak acuh kepada pembelajaran, tidak menepati masa,
pakaian selekeh, suka mengambil barang orang lain mem, tidak memberi salam, suka memperlekeh
rakan-rakan, tidak mahu menjadi pemimpin, budaya kampung, perasaan introvert dan inferiority
complex yang tinggi ditangani dengan serius oleh pihak pengetua. Oleh itu pengetua perlu
menyenaraikan semua budaya yang ada di sekolah ini,menganalisis satu persatu dan mengambil
tindakan yang sewajarnya.
Pengetua juga menghadapi cabaran dari segi mengamalkan kepimpinan pengajaran. Ini adalah kerana
tugas pentadbiran yang bertimbun dan banyak yang datangnya PPD, JPN dan Sektor Sekolah Berasrama
Penuh. Sekarang ini lebih kurang 60% daripada masa pengurusan dan pentadbiran pengetua adalah
mengurus pejabat dan hanya sedikit masa untuk melaksanakan kepimpinan pengajaran. Begitu juga
pengetua perlu menggunakan kaedah empowerment untuk mengagihkan tugas-tugas pentadbiran
kepada semua penolong-penolong kanannya. Pihak pengetua hanya perlu memantau sahaja. Dengan
cara ini barulah pengetua mempunyai masa yang banyak untuk melaksanakan program kepimpinan
pengajaran.
(b) Cabaran tentang Proses P&P Bilik Darjah
Satu perkara yang timbul dalam pemantapan proses P&P bilik darjah di sekolah ini adalah tentang guru
yang terpaksa hadir mengikuti kursus,seminar, membawa pelajar aktiviti sukan dan kokurikulum. Hampir
setiap hari ada sahaja guru yang terpaksa bertugas diluar dan meningalkan kelas mereka. Walaupun ada
kaedah yang dibuat diperingkat sekolah untuk mengatasi masalah ini tetapi ia tetap menjadi cabaran
kepada pihak sekolah kerana kadang kala ramai guru yang terpaksa keluar sekolah. Guru-guru relief
kelas tidak mengcukupi. Guru-guru pengganti ini sebenarnya pun ada komitment dan tanggungjawab
yang lain. Ada juga program guru muda dibuat untuk mengatasi masalah ini.Program guru muda ini
hanya setakat dapat mengatasi masalah ini buat sementara sahaja sebab mereka adalah tidak terlatih
dan tidak mempunyai konten yang mendalam dalam sesuatu subjek itu sendiri.
Satu lagi cabaran ialah dalam penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan guru dan pelajar sekolah ini.
Dengan pelaksanaan P&P matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sekarang maka
Bahasa Inggeris menjadi sangat penting. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan seperti English Day,
Public Speaking, Buddy Sustem, English Camp dan kursus dalaman masih lagi belum menjamin
penguasaan bahasa ini di tahap yang tinggi.
(c) Cabaran tentang penglibatan Ibu Bapa
Walaupun banyak program telah dirangka yang melibatkan ibu bapa, satu masalah yang timbul adalah
peratus ibu bapa yang hadir ke majlis-majlis anjuran sekolah tidaklah tinggi . Ini mungkin berlaku kerana
para pelajar sekolah ini datangnya dari seluruh negeri Kelantan . Jadi untuk menghimpunkan semua ibu
bapa dalam masa yang sama adalah satu cabaran kepada pihak sekolah. Satu lagi sebab mengapa
kehadiran ibu bapa tidak seratus peratus ialah kerana masalah kerja iaitu mereka mungkin susah untuk
mendapat cuti dari majikanya. Walau bagaimana pun pihak sekolah cuba memaklumkan segala
perkembangan sekolah melalui surat atau melalui anak-anak mereka.
(d) Cabaran Prasarana Dan kemudahan sekolah
Satu masalah besar yang di hadapi oleh sekolah ini adalah masalah air. Sekolah ini mendapat bekalan air
dari Air Kelantan Sdn. Bhd. Tetapi disebabkan masalah tertentu bekalan air ke sekolah ini sering

terputus. Para pelajar terpaksa bangun pada awal pagi lagi untuk mendapatkan bekalan air yang
sentiasa terhad. Ada pelajar yang tidak mandi untuk ke sekolah pada keesokan harinya dan
menyebabkan mereka lesu tidak bermaya untuk meneruskan proses P&P mereka. Kekurangan air ini
juga menyebabkan masalah-masalah yang lain seperti tandas menjadi kotor, pelajar lambat ke kelas
prep , pelajar lambat mengikuti aktiviti ko kurikulum dan lain-lain aktiviti. Masalah air ini bukan sahaja
melibakan para pelajar tetapi juga melibat para guru yang tinggal di kawasan sekolah, pihak kantin dan
dewan makan asrama. Kadang-kala pelajar terpaksa diminta pulang kerumah kerana bekalan air
terputus. Pihak sekolah telah cuba mengatasi perkara dengan melakukan berbagai cara seperti membina
telaga raya, meminta bantuan dari agensi luar iaitu Air Kelantan Sdn Bhd., Jabatan Kerja Raya maupun
pihak Bomba tapi setakat ini masih tidak berjaya sepenuhnya. Peruntukan juga telah diperolehi untuk
membina telaga tiub dan sebanyak dua telaga tiub telah dibina tetapi kuantiti air masih lagi belum
mengcukupi untuk menampung bilangan pelajar sejumlah 700 orang itu.
Satu lagi cabaran dalam hal prasarana sekolah adalah dari segi keceriaan sekolah. Cat di dinding
sekolah, asrama, pangsapuri guru, flat pekerja telahn pudar dan usang. Untuk mengecat semua tempattempat ini memerlukan kos yang sangat tinggi. Begitu juga untuk menjaga tandas, bilik-bilik khas, bilik
guru, bilik komputer ,gimnasium sekolah, dewan sekolah, pangsapuri guru, flat pekerja, asrama dan
dewan makan asrama memerlukan kos yang tinggi. Bilik guru yang ada sekarang juga agak padat. Oleh
itu pihak pentadbir perlu memikirkan cara untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membaiki
perkara-perkara yang disebutkan tadi. Peruntukan kewangan yang diperuntukan oleh pihak KPM tidaklah
mengcukupi untuk membaiki semua tempat tadi sekali gus. Antara langkah-langkah yang dibuat untuk
mendapatkan dana bagi tujuan perkara diatas adalah melalui sumbangan PIBG, menganjurkan program
Walkathon atau Jogathon , memohon sumbangan dari Persatuan Bekas Pelajar dan dari orang ramai.
(e) Cabaran Budaya Research
Budaya menjalankan kajian adalah satu budaya yang patut dimiliki oleh semua guru yang mengajar
disekolah ini. Satu masalah yang timbul ialah ketidaksanggupan para guru untuk menjalankan kajian
kerana memikirkan perkara ini sukar dan memerlukan masa yang banyak. Oleh itu maka pihak sekolah
telah berusaha memahamkan para guru bagaimana untuk melakukan kajian ini yang dimulai dengan
membuat kajian tindakan. Sebahagian guru memikirkan masa yang yang gunakan untuk membuat
kajian ini sebaiknya digunakan untuk membuat perkara lain yang lebih berfaedah. Ini lah cabarannya
ialah bagaimana untuk menggalakkan guru melaksanakan kajian ini tanpa dipaksa oleh sesiapa. Selain
dari pihak guru sekolah ini juga mempunyai satu lagi cabaran iaitu menjadikan para pelajarnya terdidik
dengan budaya kajian dan inovasi. Untuk menjadi sekolah berkesan amalan melakukan kajian ,
membuat inovasi dan mencipta alat-alat baru melalui kaedah rekacipta sepatutnya telah menjadi satu
amalan di sekolah ini.
(f) Cabaran ICT
Sekolah ini adalah salah sebuah sekolah yang dilengkapi dengan peralatan komputer yang mengcukupi
oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Disekolah ini terdapat tiga makmal komputer yang
digunakan oleh pelajar dan guru-guru. Antara cabaran yang dihadapi ialah perisian yang disediakan tidak
sesuai dengan pelajar SBP iaitu tahapnya adalah terlalu mudah untuk diikuti oleh pelajar disekolah ini.
Dengan itu maka pihak sekolah mencari alternatif lain supaya perisian yang disediakan dan digunakan
dalam P&P bilik darjah adalah sesuai dengan pelajar yang yang ratanya mempunyai tahap kecerdasan
yang tinggi. Dari segi program pula tidak semua guru yang mahir dalam menggunakan komputer dalam
P&P. Oleh itu satu cabaran kepada semua guru supaya melengkapkan diri mereka supaya dapat
menggunakan komputer semasa mengajar di dalam bilik darjah. Pihak sekolah sudah pun berusaha
memberikan beberapa kursus dalaman dalam menyediakan bahan P&P berbantukan komputer ini. Satu
lagi cabaran yang dihadapi ialah masalah server yang sentiasa rosak. Apabila ini berlaku semangat guru
dan pelajar yang menggunakan perkhidmatan komputer akan terganggu. Begitu dengan talian internet
yang kerap terganggu juga merencatkan lagi rentak penggunaan komputer semasa P&P. Satu lagi
masalah yang timbul ialah mengenai keselamatan maklumat dalam sistem komputer disekolah.
Maklumat-maklumut yang ada dalam sisitem di sekolah perlu mempunyai satu sistem keselamatan
supaya tidak dapat dicerobohi oleh individu yang tidak berkenaan.
(g) Cabaran Tentang Kegemilangan Sekolah
Dari segi pencapaian akademik sekolah ini berada dalam kelompok 15 sekolah teratas dikalangan
Sekolah Berasrama Penuh. Boleh dikatakan bahawa keptusan peperiksaan PMR dan SPM sekolah ini
adalah baik. Cabaran yang dihadapi sekolah ini dalam hal ini adalah untuk mendapat tempat pertama
dalam ranking Sekolah Berasrama Penuh. Jika ini dapat dilakukan maka sekolah ini akan dapat mencapai
status sekolah gemilang di negara ini. Dengan input pelajar , bilangan guru yang ada, keadaan prasarana
P&P yang ada, semangat dan cita-cita serta jangkaan kejayaan yang tinggi di kalangan pelajar adakah

sekolah ini akan mencapai target yang dikehendaki? Selain dari prestasi dalam bidang akademik , bidang
kokuriulum dan sukan juga menjadi target sekolah ini. Ada banyak lagi permainan sukan sekolah ini
yang tidak mencapai taraf johan negeri dan peringkat kebangsaan. Oleh itu adalah menjadi satu cabaran
kepada pihak sekolah supaya dalam bidang sukan dan lain-lain pertandingan kokurikulum juga sekolah
ini menjadi juara.
(i) Masalah disiplin Pelajar
Masalah disiplin disekolah ini adalah agak terkawal. Tidak ada masalah disiplin yang berat dan ketara
dikalangan para pelajar disekolah ini. Walau bagaimanapun masih adalah lagi terdapat beberapa kes
terpencil yang timbul seperti kes ponteng, lewat ke kelas, mencuri, bergaduh dan merokok. Dengan itu
kempen disiplin sifar masih belum dapat tercapai sepenuhnya. Masalah disiplin disekolah ini bermula
selepas pelajar pulang ke asrama. Oleh itu menjadi satu cabaran kepada pihak sekolah bagi
mempastikan bahawa tiada lagi masalah perlanggaran disiplin berlaku di sekolah ini.
5.0 Kesimpulan
Dalam perbincangan di atas telah dibincang secara menyeluruh ciri-ciri Sekolah Berkesan. Ciri yang
paling utama ialah kepimpinan pengetua dalam mengendalikan seluruh jentera sekolah bagi mencapai
sekolah yang diingini ini. Seorang pengetua yang profesional akan menggunakan pendekatan konsep
kepimpinan pengajaran dalam memimpin dan mengurus sekolah. Dimulai dengan membentuk visi dan
misi sekolah dan menghebahkannya maka seluruh warga sekolah akan dapat menentukan halatuju
sekolah itu. Pengetua juga tidak boleh lupa tentang persekitaran pembelajaran iaitu mewujudkan iklim
sekolah yang harmoni untuk berlansungnya proses P&P di dalam bilik darjah. Guru-guru pula mesti
mempunyai pengajaran yang bertujuan dan sentiasa menekankan harapan untuk mendapat kejayaan
yang tinggi kepada pelajarnya.Pelajar patut diberi pengukuhan yang positif dalam semua aktiviti yang
dibuat di dalam atau diluar bilik darjah. Pemantauan yang sistematik dirangka supaya pengetua dapat
membuat penilaian pencapaian sekolah pada masa-masa tertentu. Pelajar juga perlu diberikan haknya
dan kesedaran tentang tanggungjawabnya kepada dirinya, ibubapanya dan sekolahnya. Hubungan
sekolah dengan ibubapa perlu lebih akrab supaya segala permasalahan terutama pembentukan minda
dan akhlak pelajar dapat diselesaikan. Akhir sekali untuk menjamin mutu pengajaran dan pembelajaran
adaah tinggi maka program pembangunan staf perlu dimantapkan lagi.
Dalam mencapai sekolah Berkesan ini maka Sekolah Menengah sains Machang telah pun mengambil
langkah-langkah dan menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu supaya tidak sahaja dapat menjadi sekolah
cemerlang tetapi sekolah yang gemilang dan terbilang. Namun begitu, sekolah ini tidak boleh lari dari
kekangankekangan yang timbul seperti masalah pengurusan , P&P guru dalam bilik darjah,prasarana
sekolah , masalah disiplin pelajar dan hubungan dengan masyarakat luar. Kekangan ini merupakan
cabaran-cabaran yang perlu diperhatikan dengan serius oleh pihak pentadbir sekolah. Kaedah kerja
sepasukan telah terbukti dapat mengatasi masalah yang telah dibincangkan di atas. Kejayaan organisasi
moden sering dikaitkan dengan peranan kerja sepasukan. Pasukan yang dibentuk biasanya sentiasa
bekerjasama bagi tujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Pengetua yang berjaya ialah pengetua
yang dapat menjadikan sebuahnya dari sekolah biasa kepada sekolah yang berkesan dan dikenali kagumi
oleh semua orang.
BIBLIOGRAFI:
1. Bennis,W., dan Nanus. B, Leaders: Strategies for taking charge. New York:
Harper & Row, 1985.
2. Chan Yuen Fook, Kertas Kerja: Pengurusan Strategik Ke Arah Sekolah Berkesan, 1999.
3. Hussein Mahmood, Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993.
4. Lezotte,Lawrence W . Correlates Of Effective Schools: The First and Second
Generation. Effective Schools Products, Ltd., Okemos, M1, 1991.
5. Lethhwood, K.A., dan Montgometry,D.J.. Improving principal effectiveness: The
principal profile. Toronto : OISE Press, 1986.
6. Mortimore, P .Key characteristics Of Effective school. Kertas Kerja yang
dibentangkan di Seminar Sekolah Efektif. IAB, Kuala Lumpur,1995.
7. Sweeney,J, Research synthesis on effective school leadership. Educational
Leadership,39(5),hlm, 346-352, 1982.
8. Walberg,H.J, Improing the productivity of Americas schools. Educational
Leadership, 41(8) hlim 19-27, 1984.

You might also like