You are on page 1of 7

5.

0 Pengenalan
Bab ini membincangkan dapatan kajian dengan lebih mendalam lagi serta kaitannya dengan
beberapa hasil kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Perbincangan
adalah berdasarkan kepada data-data yang telah dianalisis dari aktiviti yang telah dijalankan
oleh subjek. Dalam bab ini juga membincangkan rumusan secara keseluruhan tentang kajian
yang dijalankan dan juga beberapa cadangan untuk memperbaiki lagi kajian-kajian yang akan
dijalankan di kemudian hari.
5.1 Objektif Kajian
Perbincangan adalah berdasarkan kepada hipotesis kajian yang telah ditetapkan. Objektif yang
telah ditetapkan ialah mengenalpasti samada latihan skipping yang dijalankan oleh subjek
adalah sesuai dan boleh digunakan untuk meningkatkan kekuatan otot kaki. Selain daripada itu
ianya juga adalah untuk membandingkan dapatan ujian pra dan ujian pasca yang telah
diperolehi.
5.2 Perbincangan Hasil Kajian
Secara umumnya, boleh dikaitkan bahawa pencapaian seseorang atlet atau pelajar itu
bergantung kepada keberkesanan latihan yang disediakan oleh guru atau jurulatih masingmasing. Sebagai seorang guru atau jurulatih yang baik haruslah menyediakan perancangan
yang lebih berkualiti dan bersistematik. Sekiranya seseorang guru atau jurulatih gagal
merancang untuk pelajarnya maka kejayaan tentu sukar untuk dicapai oleh atlet atau pelajar
tersebut.
Dari latihan skipping yang dicipta dan telah dijalankan selama 8 minggu oleh penyelidik
menampakkan peningkatan yang positif kepada tahap kekuatan otot kaki pelajar. Ini secara
tidak langsung telah membuktikan bahawa kekuatan otot kaki boleh diperbaiki dengan cara
latihan yang sistematik dan sesuai.

5.2.1 perbincangan hipotesis 1


Dapatan kajian bagi Ho1, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kuasa otot
kaki diantara ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan pelajar tingkatan 2 SMK Pelindung,
Kuantan, menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dengan ujian pasca
bagi kumpulan kawalan kerana kumpulan kawalan tidak menjalankan apa-apa aktiviti atau
latihan yang sistematik yang membolehkan perubahan kekuatan kaki berlaku. Secara tidak
langsung membuktikan bahawa latihan dan pemantauan yang sistematik ini sangat penting
kepada pelajar ataupun atlet untuk peningkatan prestasi mereka. Hal ini sealiran dengan
pendapat Cascio (1989) yang menyatakan latihan terdiri dari program terancang yang direka
bentuk untuk menambahbaikan prestasi diperingkat individu, kumpulan, dan organisasi. Hasil
kajian juga menggambarkan bahawa

aktiviti fizikal dan sukan yang dijalankan sebelum

menjalani ujian ini tidak mempengaruhi dapatan kajian.


5.2.2 perbincangan hipotesis 2
Dapatan kajian bagi Ho2, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kuasa otot
kaki diantara ujian pra dan ujian pasca kumpulan rawatan pelajar tingkatan 2 SMK Pelindung,
Kuantan, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pasca
bagi kumpulan rawatan yang mana setelah menjalani program latihan skipping selama lapan
minggu secara terancang dan sistematik. Dalam kajian ini juga menunjukkan hasil daripada
program latihan yang dijalankan oleh pelajar memberikan hasil yang positif kepada pelajar
dapat dibuktikan melalui ujian lompat jauh berdiri pra dan pasca. Hasil kajian ini membuktikan
kesan latihan skipping yang khas terhadap kumpulan latihan mempengaruhi secara signifikan
dan mendatangkan kesan ke atas kekuatan otot kaki. Komitmen, disiplin dan kesungguhan
subjek untuk menerima latihan secara langsung mempengaruhi peningkatan keupayaan dan
kekuatan otot setelah menjalani latihan selama lapan minggu. Hal ini sealiran dengan
kenyataan yang dinyatakan oleh Rimmer dan Slievert (2000), penggunaan kaedah latihan yang
berkesan dapat meningkatkan kerja kuasa eksplosif otot dengan lebih efisien. Menurut Fleck &
Kraemer (1997), sistem neuro otot akan berubah mengikut rangsangan kekuatan dan akan
berlakunya adaptasi pada otot yang mengakibatkan perubahan persembahan pada kerja
luaran. Peningkatan kekuatan dan kuasa merupakan hasil daripada adaptasi fisiologi ke atas
penambahan beban yang dilakukan dalam setiap sesi latihan. Ianya juga berlaku disebabkan
hipertrofi otot tanpa menambahkan bilangan fiber otot.

5.2.3 perbincangan hipotesis 3


Hasil kajian Ho3, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kuasa otot kaki ujian
pra

diantara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam kalangan pelajar SMK

pelindung, Kuantan, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara keduadua kumpulan. Kedua-dua kumpulan yang diuji tidak menunjukkan perbezaan prestasi sebenar
bagi kumpulan latihan sebelum dijalankan latihan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
kedua-dua kumpulan adalah sama atau setara dari segi kekuatan sebelum mereka menjalani
eksperimen ini. Hasil pengujian ke atas kedua-dua kumpulan menggambarkan bahawa sukan
dan aktiviti fizikal yang pernah diikuti oleh subjek sebelum menjalani ujian ini tidak
mempengaruhi dapatan kajian. Gambaran yang jelas dapat dilihat melalui keputusan ujian
lompat jauh berdiri bagi ujian pra tiada perbezaan yang signifikan dari skor min yang diperolehi
daripada kedua-dua kumpulan subjek tersebut. Bompa (1999) aspek pembinaan bahagian otot
anggota perlu diambil kira dan diberi penumpuan spesifik apabila memulakan latihan, Ini
merupakan asas kepada latihan kemahiran yang lebih tinggi terhadap seorang atlet. Asas yang
kukuh seterusnya akan membantu pada peringkat yang seterusnya.
5.2.4 perbincangan hipotesis 4
Dapatan kajian Ho4, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kuasa otot kaki
ujian pasca diantara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam kalangan pelajar SMK
pelindung, Kuantan, menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara di antara keduadua kumpulan bagi ujian pasca. Kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan kekuatan kaki
yang positif apabila diuji berbanding kumpulan kawalan yang tidak menunjukkan perubahan dari
ujian pra. Hasil dapatan ini membuktikan kenyataan yang dinyatakan oleh Barrow dan Mc Gee
(1979) dalam kajian mereka yang menyatakan bahawa faktor latihan memainkan peranan
penting untuk meningkatkan tahap prestasi atlet atau pemain. Oleh yang demikian, kumpulan
kawalan langsung tidak diberikan apa-apa program skipping atau program lain secara
terancang dan sistematik, maka hasilnya kumpulan kawalan tidak menunjukkan sebarang
perbezaan yang signifikan dari segi kekuatan otot kaki apabila diuji berbanding kumpulan
rawatan. Melalui latihan yang dijalankan itu, bilangan ulangan perlakuan juga merupakan antara
faktor utama yang menyebabkan meningkatkan kekuatan dan tahap kuasa otot, semakin
banyak ulangan semakin besar saiz otot dapat dibentuk. Bertepatan dengan hal yang di

nyatakan oleh Lawrence, W.W (1999), di mana latihan kekuatan yang merupakan ulangan
maksimum `Repetition Maximum(RM) sebanyak beberapa kali ke atas kumpulan 38 orang
lelaki muda yang tidak mendapat latihan dan telah dapat menunjukkan peningkatan kekuatan
otot mereka, khususnya untuk mendapatkan kuasa eksplosif.
5.3 Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan analisis dapatan kajian ialah kekuatan merupakan
antara faktor utama yang penting dalam mempengaruhi sesuatu pergerakan atau lompatan
dalam sukan dan permainan. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan kesan yang positif
kepada penyelidik dalam menjalani program latihan skipping dalam kalangan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Pelindung yang terlibat dalam ujian yang diberikan secara langsung.
Kajian ini memberikan kekuatan kepada penyelidik, guru mahupun jurulatih yang akan
datang tentang tahap kekuatan otot kaki pelajar lelaki bagi menilai dan menentukan kualiti
seseorang atlet dalam sukan dan permainan yang ingin diceburi. Otot di bahagian kaki
hendaklah diransang secukupnya melalui program yang cukup agar dapat menghasilkan
tenaga yang tinggi. Kekuatan tenaga yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat sudah tentu
akan menghasilkan kuasa yang maksimum terhadap otot tersebut. Antara faktor lain juga,
pengetahuan yang mendalam tentang ilmu sains sukan seperti pemakanan, fisiologi sukan juga
merupakan kaedah yang perlu dikuasai oleh guru supaya keupayaan pelajar dapat ditingkatkan
ke tahap yang maksimum melalui program latihan yang bersistematik.
Berdasarkan keputusan kajian yang telah dianalisis dan dibincangkan ini, dapat
disimpulkan bahawa subjek kumpulan rawatan mempunyai peningkatan tahap kekuatan setelah
menjalani program latihan skipping selama lapan minggu berbanding kumpulan kawalan yang
tiada peningkatan yang ketara kerana tidak menjalani apa-apa latihan yang sistematik.
Keupayaan kekuatan merupakan salah satu komponen yang amat penting dalam
menilai tahap kecerdasan pelajar samada untuk aktiviti fizikal atau sukan dan permainan
disamping menentukan kualiti kesihatan pelajar dalam kehidupan harian mereka. Daripada
pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi oleh pelajar semasa menjalani program latihan
ini akan memberikan kesedaran kepada mereka untuk menceburi diri dalam aktiviti fizikal atau
sukan samada di luar mahupun dalam sekolah.

Kajian ini amat berguna kepada guru-guru pendidikan jasmani, guru sains sukan mahupun
jurulatih sukan bagi memastikan atlet ataupun pelajar mereka sentiasa melibatkan diri dengan
aktiviti fizikal serta latihan yang banyak melibatkan kekuatan otot kaki seperti bola tampar, bola
sepak, dan semua sukan yang melibatkan otot kaki.

5.4

CADANGAN KAJIAN

Semasa menjalankan kajian ini, terdapat beberapa faktor yang akan mendatangkan masalah
kepada penyelidik dan subjek yang akan digunakan. Oleh sebab itu penyelidik yang akan
datang haruslah menitikberatkan kepada perkara-perkara yang difikirkan bermasalah itu.
Penyelidik akan datang perlu mengambil kira tempoh masa bagi menjalankan kajian, keperluan
kajian serta maafaat daripada kajian itu sendiri. Dimana kajian ini penting sebagai bahan
rujukan kepada guru dan jurulatih. Hasil daripada kajian yang dijalankan seharusnya dapat
digunakan oleh guru dan pelajar yang ingin meningkatkan prestasi terutama kepada jurulatih
bagi acara lompatan dan sukan yang terlibat seperti lompat tinggi dan bola sepak serta pelajar
yang terlibat dalam acara atau sukan tersebut. Seseorang pelajar itu dapat menilai tahap
pencapaian mereka dengan melakukan ujian yang telah disahkan dan telah diuji kesahannya.
Oleh itu, penyelidik ingin mencadangkan beberapa cadangan kepada penyelidik akan datang.
5.4.1 Pelajar
Sepanjang proses menjalankan kajian ini, penyelidik menyedari bahawa ada beberapa perkara
yang perlu ditekankan berkaitan dengan program latihan skipping yang mana tahap motivasi
pelajar yang perlu ditingkatkan semasa menjalankan aktiviti skipping. Hal ini kerana terdapat
segelintir pelajar yang memandang rendah atau merasakan tidak sesuai bagi lelaki untuk
melakukan latihan skipping. Penyelidik perlu mengubah tanggapan pelajar supaya pelajar atau
subjek melakukan dengan penuh semangat. Selain itu juga, penyelidik yang menjalankan
program latihan skipping perlu mengubah lokasi untuk melakukan latihan bagi mengelakkan
pelajar cepat merasa bosan sebagai contoh di pantai, dalam dewan, dan seumpamanya.
Pemilihan lokasi seharusnya tempat yang selamat, bersih dan senang untuk subjek hadir bagi
melancarkan segala aktiviti yang dirancang.
5.4.2 Guru atau Penyelidik
Dalam menjalankan proses kajian ini juga, penyelidik terkesan sesuatu yang perlu diambil berat
iaitu semasa penyelidik menjalankan ujian lompat jauh berdiri. Penyelidik mencadangkan
supaya boleh menerapkan sedikit dari aspek motivasi semasa hendak membuat lompatan.
Galakan rakan-rakan mereka untuk menyokong dan memberi kata-kata semangat dan sorakan
supaya subjek dapat melakukan dengan menggunakan kekuatan yang paling maksima.

5.4.3 Penyelidik akan datang


Sepanjang menjalankan aktiviti program skipping ini, penyelidik menyedari bahawa banyak
kelebihan yang dapat diperolehi melalui latihan skipping ini. Kepada penyelidik akan datang
saya mencadang supaya menjalankan program latihan skipping ini kerana banyak aspek yang
boleh uji sebagai contoh ketangkasan, koordinasi, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot
dan sebagainya. Penyelidik berharap agar cadangan yang telah dikemukan dapat diberi
perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya oleh penyelidik di masa akan datang bagi
membantu mereka menghasilkan keputusan yang lebih jitu terutama melibatkan program
latihan skipping.
5.5 Penutup
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa program latihan skipping ini dapat
memberi kesan yang positif dalam meningkatkan kekuatan otot kaki pelajar. Bukan latihan ini
sahaja yang berjaya digunakan dan memberi kesan yang memberangsangkan tetapi, semua
aspek yang terlibat sebagai contoh kesungguhan pelajar, disiplin, dan sebagainya turut sama
menyumbangkan kesan yang positif. Oleh itu, bagi memastikan latihan bagi komponen yang di
uji ini berkesan, pelajar perlulah mengikut latihan dengan baik dari segi masa latihan dan juga
kekerapan latihan. Jika latihan ini tidak dijalankan dengan betul, penurunan tahap kecergasan
pelajar akan menurun. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan garis panduan kepada semua guru
dan jurulatih terutama kepada yang akan melatih atlet baru yang akan mengambil bahagian
dalam acara lompatan dan sukan serta dapat digunakan ujian ini sebagai ujian untuk memilih
pelajar atau atlet bagi acara lompatan.

You might also like