You are on page 1of 2

Kad-i Bank Islam

Terma dan Syarat Program Pindahan Baki


1.
2.
3.




4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.
11.

12.
13.

Program Pindahan Baki Kad-i Bank Islam ini akan berakhir pada 31 Disember
2011. Program ini terbuka kepada semua Ahli Kad Utama Kad-i Visa Bank Islam/
Ahli Kad Utama Kad-i MasterCard Bank Islam sahaja.
Program Pindahan Baki ini hanya sah untuk permohonan Pindahan Baki yang
baru sahaja.
Program ini menawarkan 3 kadar Caj Kewangan iaitu:
Caj Kewangan
0%
1%
5%

Tempoh
6 bulan
12 bulan
24 bulan

Jumlah pindahan minima


RM1,000
RM1,000
RM1,000

Bagi kadar 0% selama 6 bulan, Ahli Kad akan menikmati kadar caj kewangan 0%
untuk tempoh 6 bulan sahaja. Sekiranya Pindahan Baki masih tertunggak selepas
tempoh 6 bulan, caj kewangan sebanyak 17.5% setahun akan dikenakan ke atas
baki pindahan tersebut, bermula pada bulan ke 7 (pada tarikh pindahan baki) dan
seterusnya sehingga baki tersebut dijelaskan.
Bagi kadar 1% selama 12 bulan, Ahli Kad akan menikmati kadar caj kewangan 1%
untuk tempoh 12 bulan sahaja. Sekiranya Pindahan Baki masih tertunggak selepas
tempoh 12 bulan, caj kewangan sebanyak 17.5% setahun akan dikenakan ke atas
baki pindahan tersebut bermula bermula bulan pada ke-13 (pada tarikh pindahan
baki) dan seterusnya sehingga baki tersebut dijelaskan.
Bagi kadar 5% setahun selama 24 bulan, Ahli Kad akan menikmati kadar caj
kewangan 5% setahun untuk tempoh 24 bulan sahaja. Sekiranya Pindahan
Baki masih tertunggak selepas tempoh 24 bulan, caj kewangan sebanyak 17.5%
setahun akan dikenakan ke atas baki pindahan tersebut bermula pada bulan ke-25
(pada tarikh pindahan baki) dan seterusnya sehingga baki tersebut dijelaskan.
Program Pindahan Baki ini hanya sah untuk tempoh 6/12/24 bulan dari tarikh
Akaun Kad-i Bank Islam didebitkan atau sebelum tempoh Kontrak Kad tamat.
Contoh: Jika Pindahan Baki didebitkan pada 1 Julai 2011, maka tempoh sah
Pindahan Baki selama 12 bulan iaitu sehingga 30 Jun 2012. Walaubagaimanapun
jika Kontrak Kad tamat pada 1 Januari 2012, tempoh Pindahan Baki akan tamat
pada tarikh Kontrak Kad tamat.
Permohonan untuk Program Pindahan Baki ini adalah tertakluk kepada kelulusan
pihak Bank serta Terma dan Syarat yang terkandung di sini. Pihak Bank berhak
untuk meluluskan atau menolak mana-mana permohonan dan menentukan
pemindahan Baki Tertunggak (Amaun yang dibenarkan) mengikut budi bicara
pihak Bank.
Akaun Kad Bank Islam mestilah berada dalam keadaan semasa dengan Had
Pembiayaan yang mencukupi untuk membolehkan pemindahan dilakukan. Dalam
tempoh promosi, lebih dari satu pindahan boleh dilakukan dalam satu-satu masa.
Setiap permohonan boleh mengandungi lebih dari satu pindahan ke institusi
kewangan yang lain dan jumlah pindahan keseluruhan untuk setiap permohonon
mestilah menepati klausa 13.
Penyata Kad terkini bagi akaun(-akaun) Kad yang dinyatakan mestilah disertakan
dengan Borang Permohonan Pindahan Baki yang ditandatangani dan juga bertarikh.
Bagi urusan pindahan yang akan dilakukan dalam tempoh pembayaran penyata
akaun kad yang dipindahkan, permohonan tersebut hendaklah diterima oleh pihak
Bank sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh tamat tempoh penyata. Pihak Bank
tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perubahan caj atau fi yang mungkin
dikenakan oleh institusi kewangan lain disebabkan oleh kelewatan pindahan.
Ahli Kad adalah bertanggungjawab menyelesaikan sebarang transaksi yang
dipertikaikan dengan institusi kewangan yang lain walaupun pihak Bank bersetuju
membuat pembayaran Pindahan Baki sepertimana diminta.
Ahli Kad hanya dibenarkan memindahkan sekurang-kurangnya RM1,000.00,
tertakluk kepada Had Pembiayaan dalam Akaun Kad Bank Islam. Jumlah
maksimum pindahan bergantung kepada ketersediaan Had Pembiayaan.

Pusat Kad Bank Islam, Aras 6, Wisma Bank Islam, Jalan Dungun,
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur Pusat Panggilan: 03-26 900 900
Email: bankislamcard@bankislam.com.my

14. Amaun yang diluluskan akan menjadi sebahagian dari jumlah Had Pembiayaan untuk
semua Akaun(-akaun) Ahli Kad Bank Islam, termasuk Akaun(-akaun) Kad Tambahan
(jika ada). Tiada kenaikan dalam Had Pembiayaan bersamaan dengan Amaun yang
Dibenarkan. Amaun yang Dibenarkan akan menurunkan Had Pembiayaan Akaun Kad
Bank Islam dengan sewajarnya.
15. Caj Ganti Rugi Kelewatan Pembayaran (Tawidh) sebanyak 1% dari Baki Tertunggak
sepertimana pada tarikh penyata akan dikenakan, sekiranya bayaran diterima
selepas tarikh matang iaitu minimum RM5.00 dan maksimum RM50.00, mengikut
mana yang lebih tinggi.
16. Tiada Caj Kewangan dikenakan ke atas Amaun yang Dibenarkan atau baki tertunggak
lain, dengan syarat Ahli Kad membayar amaun secara penuh pada atau sebelum
tarikh tamat tempoh. Selepas tempoh 6/12/24 bulan tamat, Caj Kewangan standard
sebanyak 13.5%- 17.5% setahun akan dikenakan.
17. Tiada Fi Penyelesaian Awal akan dikenakan jika Ahli Kad menamatkan atau memilih
untuk tidak meneruskan Program ini dengan membuat bayaran penuh Amaun yang
Dibenarkan atau baki tertunggak lain sebelum tempoh 6/12/24 bulan tamat.
18. Sekiranya Ahli Kad (yang telah menyertai Program ini) mengarahkan pihak Bank
untuk membatalkan Keahlian Kad Bank Islam sedia ada ataupun Keahlian Kad Bank
Islam ditamatkan oleh pihak Bank disebabkan mana-mana alasan seperti yang
dinyatakan dalam Perjanjian Kad, Ahli Kad bertanggungjawab menyelesaikan semua
baki tertunggak, termasuk fi dan caj yang mungkin dikenakan oleh pihak Bank
berikutan penutupan Akaun(-akaun) Kad Bank tersebut mengikut Perjanjian Kad.
19. Pemberitahuan akan dihantar kepada Ahli Kad jika permohonan untuk program ini
tidak berjaya. Jika permohonan ini diluluskan, pihak Bank akan membuat pindahan
Amaun yang Dibenarkan ke akaun(-akaun) Ahli Kad dengan institusi kewangan lain
seperti yang diarahkan, mengikut cara yang difikirkan wajar oleh pihak Bank.
20. Sehingga pembayaran (rujuk klausa 11) Amaun yang Dibenarkan dibuat oleh pihak
Bank ke institusi kewangan lain, Ahli Kad akan terus bertanggungjawab untuk
membuat pembayaran ke akaun(-akaun) kad kredit dengan institusi kewangan lain
mengikut terma pembayaran institusi kewangan tersebut. Pihak Bank tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang caj yang dikenakan ke atas mana-mana
bayaran yang terhutang atau mana-mana caj kewangan atau fi lain yang ditanggung
oleh Ahli Kad akibat kegagalan Ahli Kad atau kelewatan pihak Bank membuat
bayaran Amaun yang Dibenarkan kepada pihak institusi kewangan yang berkenaan.
21. Kandungan Terma dan Syarat ini adalah tambahan dan tanpa prejudis kepada Terma
dan Syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Kad-i Bank Islam. Sekiranya berlaku
pertikaian di antara Terma dan Syarat yang terkandung di sini dengan Terma dan
Syarat dalam Perjanjian Kad, keputusan pihak Bank terhadap Terma dan Syarat yang
akan digunapakai adalah menyeluruh.
22. Pihak Bank berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung program
ini dengan memberikan notis. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan,
penamatan atau pergantungan Program ini oleh pihak Bank tidak melayakkan Ahli
Kad untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap pihak Bank
disebabkan sebarang kerugian atau ganti rugi yang ditanggung oleh Ahli Kad
disebabkan kesan langsung atau tidak langsung pembatalan, penamatan atau
penggantungan ini.
23. Pihak Bank berhak, mengikut budi bicara mutlaknya untuk meminda Terma dan Syarat
yang terkandung di sini dengan memberi notis kepada Ahli Kad dan pindaan pada
Terma dan Syarat tersebut akan berkuatkuasa pada tarikh selepas notis.
24. Pihak Bank berhak menamatkan program ini pada bila-bila masa dengan notis dan
tanpa memberi sebarang alasan. Program ini boleh digantikan dengan program lain
secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mutlak pihak Bank.
25. Terma dan Syarat yang terkandung di sini dikawal selia dan diertikan mengikut
undang-undang Malaysia.

Berjimat Dengan
Pindahan Baki
Kad-i Bank Islam

Tertakluk pada terma dan syarat

Sah sehingga 31 Disember 2011


Pindahan minima RM1000
Tiada fi penyelesaian awal

Kelebihan Pindahan Baki Kad-i Bank Islam


1. Menggabungkan kesemua baki kad kredit yang
tertunggak yang lain ke dalam Kad Bank Islam
untuk pengurusan kewangan yang bijak.

Kepada:
Ketua Pemprosesan Pembiayaan
Pusat Kad Bank Islam
Tuan,

Kelebihan Utama
Kad Bank Islam*

Tempoh
6 bulan
12 bulan
24 bulan

Pindahan Minimum

Mematuhi kehendak Syariah sepenuhnya

No. Kad Bank Islam

Bebas dari caj kewangan berganda

Tarikh Luput Kad

RM1,000

Perlindungan Takaful percuma ke atas baki tertunggak

Khairat Kematian percuma kepada waris

3. Tiada caj kewangan berganda.


4. Perlindungan Takaful percuma atas baki tertunggak

Dokumen-dokumen yang diperlukan

Salinan penyata kad-kad kredit daripada bankbank lain (penyata 2 bulan terkini)

Bil.

No. Akaun Kad Kredit

Bank

Amaun
Dipindahkan (RM)

Jumlah
Saya ingin memilih program yang berikut :

5. Tiada fi pemprosesan
6. Tiada fi penyelesaian awal.

Nama Ahli Kad

2. Nikmati caj kewangan yang rendah


Caj
0%
1%
5%

Saya bersetuju untuk memindahkan baki tertunggak pada kad(-kad) kredit yang
dinyatakan seperti berikut, dengan syarat jumlah yang dipindahkan tidak melebihi
Had Pembiayaan pada Kad Bank Islam saya.

0%
1%
5%

Tempoh 20 hari pengecualian caj kewangan

*Tertakluk pada terma dan syarat

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi


Pusat Panggilan kami di talian
03-26 900 900 atau layari
www.bankislam.com.my

Tempoh
Tempoh
Tempoh

6 bulan
12 bulan
24 bulan

Saya bersetuju memberi kebenaran kepada Bank Islam Malaysia Berhad (Bank)
untuk memindahkan baki kad kredit tertunggak seperti yang dinyatakan di atas ke
Akaun Kad MasterCard Bank Islam / Kad Visa Bank Islam saya. Saya mengesahkan
bahawa pindahan yang akan dilakukan oleh pihak Bank adalah berdasarkan arahan
saya dan tiada sebarang implikasi atau kaitan dengan bank yang mengeluarkan
kad saya yang berkenaan. Saya juga mengesahkan bahawa pinjaman saya dari
kesemua sumber di Malaysia tidak melebihi gabungan jumlah agregat RM10 juta
(untuk bukan rakyat Malaysia sahaja). Saya telah meneliti dan memahami isi
kandungan dan bersetuju untuk menurut segala terma dan syarat berkaitan
Program PINDAHAN BAKI Kad Bank Islam
Tandatangan Ahli Kad
(Seperti tandatangan spesimen pada Akaun Kad)

Tarikh

Sila hantarkan kepada :


Pusat Kad Bank Islam, Aras 6, Wisma Bank Islam, Jalan Dungun,
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur Pusat Panggilan: 03-26 900 900
Email: bankislamcard@bankislam.com.my
Faks : 03-2782 1358 www.bankislam.com.my
(Sila emel atau faks borang dan dokumen yang diperlukan ini sekali sahaja)

You might also like