You are on page 1of 11

SPSK PK07/

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PETALING


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
BIL 1 / TAHUN 2014

Tarikh

: 03 Januari 2014 / Jumaat

Masa

: 12.05 Tengahari

Tempat

: Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Puan Norlita binti Khamis


Nama Yang Hadir :
1. Puan Norlita binti Khamis
2. Encik Ahmad Nailan bin Rosli
3. Encik Faizal bin Hussain
4. Encik Haris bin Mohd Yunus
5. Encik Shamsul Bahri bin Abdullah
6. Encik Sirajuddin bin Mokhtar
7. Encik Mohd Supri bin Ismail
8. Encik Naim bin Hussin Lee
9. Encik Redhuan bin Ismail
10. Puan Norina binti Misnan

11. Puan Thayyibah binti Manaf


12. Puan Juhaida binti Bahari
13. Puan Noor Azilawati binti Mohamad Noor
14. Puan Nur Hanani binti Mohd Ghazali
15. Puan Siti Aisyah binti Mohamad
16. Puan Siti Azwina binti Zanuddin
17. Puan Sawani binti Abdul Wahab
18. Puan Nor Hazwani binti Rahim
19. Puan Siti Hasmira binti Muhammad Razani

Nama guru yang tidak hadir ( bersebab) :


1.

Puan Noor Shafawati binti Wahab - Cuti bersalin

2.

Pn Siti Azwina bt Zainuddin

- Cuti bersalin

Turut Hadir : Cik Hajjah Norhayati bt Ismail -GPK Tadbir dan Kurikulum

1.0: PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 : Mesyuarat Panitia untuk kali yang pertama ini telah dipengerusikan oleh Ketua Panitia
yang baru iaitu Puan Norlita binti Khamis. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah AlFatihah dan doa oleh Ustaz Redhuan Bin Ismail.
1.2 : Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat
kali pertama bagi tahun 2014 ini.
Tindakan : Makluman
2.0 : BUTIR-BUTIR MESYUARAT
2.1 : Ucapan Guru Penolong Kanan 1
2.1.1: Cik Hajjah Norhayati selaku GPK1 mengucapkan syukur kerana dapat
menjalankan mesyuarat mengikut takwim. Ucapan tahniah kepada ketua
panitia dan setiausaha yang baru. Lantikan baru untuk memberi peluang
kepada guru yang lain.
2.1.2: Program bacaan surah Yasin kali pertama pada hari Jumaat berjalan dengan
baik.
Tindakan : Makluman
2.2 : Senarai Nama Dan Maklumat Guru
2.2.1: Pengerusi meminta guru Pendidikan Islam dan j-Qaf mengisi borang
maklumat guru dan jadual waktu untuk dimasukkan ke dalam fail panitia.
Tindakan : Makluman
2.3 : Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
2.3.1: Pengerusi meminta guru-guru memaklumkan barangsiapa yang belum
mendapatkan Fotokopi RPT tahun 2014. Penghantaran RPT ditetapkan pada
hari Jumaat 10 Januari 2014 untuk cop pengesahan. Semua guru

perlu

membuat fail poket RPT dalam buku RPH untuk setiap tahun yang diajar.

Tindakan : Makluman
2.4 : Penulisan Impak Dan Refleksi
2.4.1: Guru Penolong Kanan menyatakan guru-guru perlu menulis jumlah murid
yang menguasai dan tidak menguasai. Perlu juga menyatakan jumlah murid
yang diambil oleh guru j-QAF.
Tindakan : Makluman
2.5 : Penggunaan Buku Tulis Murid
2.51 : Pengerusi menyatakan penggunaan buku tulis bagi murid Tahap 1 mencukupi
dengan hanya menggunakan satu buah buku tulis. Bagi murid Tahap 2 guna
dua buah buku tulis.
Tindakan : Makluman
2.6 : Borang Rekod Pencapaian 100%
2.6.1: Pengerusi meminta agar semua guru dapat menyediakan Rekod Pencapaian
100% bagi setiap kelas yang diajar pada tahun 2014 dan dihantar kepada
Pn.Rosmiza selaku Pengurus Kualiti sebelum pada 16 Januari 2014.
Tindakan : Makluman
2.7 : Pelan Strategik, Pelan Taktikal Dan Pelan Operasi
2.7.1: Pengerusi akan menyediakan Pelan Strategik lima tahun. Pelan akan dibuat
berdasarkan Pelan Strategik.
Tindakan : Pengerusi
2.8 : Penghantaran Analisa PKSR 2013
2.8.1: Penghantaran analisa PKSR II 2013 ke JPWP akan dilakukan pada bulan
Januari.
Tindakan : Makluman
2.9 : Ujian Selaras Dan Ujian Sumatif

2.9.1: Pengerusi memaklumkan bahawa Ujian Selaras 1 bagi tahun 5 dan akan
dijalankan pada bulan Mac 2014. Bagi tahun 1 hingga tahun 4 KSSR, guru
boleh menjalankan ujian sumatif pada waktu yang dengan Ujian Selaras 1.
Tindakan : Makluman
2.10 : Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
2.10.1: Pengerusi juga mengingatkan guru-guru Pendidikan Islam dan j-Qaf bahawa
pencerapan akan dijalankan oleh pentadbir dan ketua panitia.
Tindakan : Makluman
2.11 : Geran Perkapita (PCG)
2.11.1: Pengerusi memaklumkan PCG Panitia Pendidikan Islam masih menunggu
waran dari KPM. Encik Faizal bin Hussain dilantik sebagai bendahari yang
baru. PCG Panitia Pendidikan Islam digabungkan dengan Panitia Pendidikan
Moral dan Kajian Tempatan. Alat dan kelengkapan panitia tidak dapat
digunakan secara maksimum kerana ketiadaan bilik yang sesuai.

Tindakan : Makluman
2.12 : Aktiviti Tahunan Panitia
2.12.1 : Program Tasmik
2.12.1.1: Pengerusi meminta Encik Haris bin Mohd Yunus selaku penyelaras
j-Qaf supaya menyediakan jadual tasmik, buku tasmik dan surat
penangguhan jika perlu.
Tindakan : Penyelaras j-Qaf

2.12.2 : Program Bacaan Yasin


2.12.2.1: Pengerusi memaklumkan kepada Encik Faizal bin Hussain selaku
penyelaras Program Bacaan Yasin agar menyediakan jadual guru
bertugas untuk bacaan Yasin. Guru bertugas tersebut perlu hadir
awal supaya dapat mengedarkan Buku Yasin kepada murid-murid
dan dapat mengendalikan program dengan lancar.
Tindakan : Penyelaras
2.12.3 : Maulidur Rasul
2.12.3.1 : Pengerusi memaklumkan penyelaras bagi sambutan MaulidurRasul
adalah Encik Redhuan bin Ismail. Penyelaras perlu menyediakan
kertas kerja dan membuat dokumentasi. Kertas kerja perlu dihantar
pada 13 Januari 2014. Aktiviti terdiri daripada selawat ke atas Nabi
Muhammad s.a.w , perarakan, ceramah dan kuiz.
Tindakan : Penyelaras Sambutan Maulidur Rasul
2.12.4 : Kem Bestari Solat (KBS)
2.12.4 : Pengerusi memaklumkan bahawa Program Kem Bestari Solat
meliputi KBS 1, 2, 3 dan 4. Penyelaras perlu menyediakan kertas
kerja dan membuat dokumentasi. Senarai penyelaras adalah seperti
berikut:
KBS 1 : Puan Thayyibah binti Manaf
KBS 2 : Puan Siti Aisyah binti Mohamad
KBS 3 : Puan Nur Hanani binti Mohd Ghazali
KBS 4 : Puan Siti Azwina binti Zanuddin
Tindakan : Semua penyelaras Kem Bestari Solat

2.12.5 : Israk dan Mikraj


2.12.5.1 : Pengerusi memberitahu bahawa penyelaras bagi program Israk
Mikraj iaitu Encik Naim bin Hussin Lee diminta menyediakan
kertas kerja dan membuat dokumentasi bagi pelaksanaan program
tersebut.
Tindakan : Penyelaras Israk Mikraj
2.12.6 : Ihya Ramadhan
2.12.6.1 : Pengerusi memaklumkan bahawa penyelaras bagi program Ihya'
Ramadhan dilantik Encik Mohd Supri bin Ismail dan Puan Noor
Shafawati binti Wahab. Penyelaras perlu menyediakan kertas kerja
dan membuat dokumentasi.
Tindakan : Penyelaras Ihya' Ramadhan
2.12.7 : Nuzul Al-Quran
2.12.7.1 : Pengerusi memberitahu penyelaras bagi sambutan Nuzul AlQuran dilantik Encik Ahmad Nailan bin Rosli. Penyelaras perlu
menyediakan kertas kerja dan membuat dokumentasi.
Tindakan : Penyelaras Nuzul Al-Quran
2.12.8: Khatam al-Quran.

2.12.8.1: Pengerusi memaklumkan bahawa penyelaras bagi program


Khatam Al-Quran dilantik Puan Norina binti Misnan. Penyelaras
perlu menyediakan kertas kerja dan membuat dokumentasi.
Tindakan : Penyelaras
2.12.9: Sambutan Awal Muharram.
2.12.9.1 : Pengerusi

memberitahu

penyelaras

bagi

sambutan

Awal

Muharram ialah Puan Noor Azilawati bt Mohd.Nor. Penyelaras


perlu sediakan kertas kerja dan membuat dokumentasi.
Tindakan : Penyelaras
2.12.10: Program PAFA.
2.12.10.1 :

Pengerusi memberitahu penyelaras bagi Program PAFA iaitu


Puan Juhaida binti Bahari. Laporan perlu dihantar empat kali
dalam setahun.
Tindakan : Penyelaras

2.12.11 : Majlis Tilawah al-Quran (MTQ 2014)


2.12.11.1 :

Pengerusi memaklumkan bahawa Penyelaras Majlis Tilawah AlQuran ialah Encik Sirajuddin bin Mokhtar. Berikut ialah nama
penyelaras bagi setiap bahagian pertandingan:
Tilawah (L) : Encik Ahmad Nailan bin Rosli
Tilawah (P) : Puan Siti Aisyah binti Mohamad
Puan Nur Hanani binti Mohd Ghazali
Hafazan (L) : Encik Faizal bin Hussain
Hafazan (P) : Puan Juhaida binti Bahari
Bercerita (L) : Encik Naim bin Hussin Lee
Bercerita (P) : Puan Nor Hazwani binti Rahim
Puan Siti Hasmira binti Muhammad Razani
Azan

: Encik Haris bin Mohd Yunus

Nasyid

: Encik Mohd Supri bin Ismail


Encik Redhuan bin Ismail

Tindakan : Semua Penyelaras


3.0 : HAL HAL LAIN
3.1 :

Encik Faizal bin Hussain mengemukakan cadangan menukarkan Persatuan Agama


Islam kepada persatuan pelapis bagi program MTQ. Murid - murid yang berpotensi,
berbakat dan berminat akan diambil menjadi ahli persatuan. Panitia akan
mengemukakan cadangan tersebut kepada pihak pentadbir.
Tindakan : Pengerusi

3.2 :

Encik Haris bin Mohd Yunus memaklumkan nama-nama penyelaras bagi program jQAF adalah seperti berikut:
Senarai nama murid tahun 1

Puan Nur Hanani binti Mohd Ghazali

Senarai nama murid tahun 2

Puan Siti Azwina binti Zanuddin

Senarai nama murid tahun 3

Puan Siti Aisyah binti Mohamad

Senarai nama murid tahun 4

Encik Redhuan bin Ismail

Senarai nama murid tahun 5

Puan Siti Hasmira binti Muhammad Razani

Senarai nama murid tahun 6

Encik Faizal bin Hussain

Penyelaras e-Pelaporan

Encik Mohd Supri bin Ismail

Penyelaras Jawi

Encik Naim bin Hussin Lee

Penyelaras KBS

Puan Thayyibah binti Manaf

Penyelaras Al-Quran

Puan Noor Azilawati binti Mohamad Noor


Tindakan : Semua guru j-QAF

3.3 :

Encik Haris bin Mohd Yunus mengemukakan cadangan perubahan kedudukan guru
semasa perhimpunan rasmi pada hari Isnin. Beliau mencadangkan guru lelaki berada
di barisan hadapan guru perempuan. Panitia bersetuju untuk mengemukakan
cadangan tersebut kepada pihak pentadbir.
Tindakan : Pengerusi

3.4 :

Puan Norina binti Misnan memohon maaf sekira ada kesalahan dan kesilapan
sepanjang menjadi ketua panitia pada sesi lepas. Beliau memohon kerjasama kepada
semua guru untuk memberi komitmen kepada ketua panitia pada sesi ini.

Tindakan : Makluman
3.5 :

Puan Juhaida binti Bahari mengemukakan pertanyaan tentang format laporan PAFA.
Puan Norina binti Misnan menyatakan format laporan PAFA adalah mengikut format
laporan j-QAF.
Tindakan : Makluman

3.6 :

Puan Siti Aisyah binti Mohamad mengemukakan pertanyaan tentang cara untuk melatih
murid bertarannum. Pengerusi memaklumkan latihan boleh menggunakan kaset dan
video untuk melatih murid dalam tarannum al-Quran.
Tindakan : Makluman

3.7 :

Panitia akan cuba memohon sumbangan surah Yasin, LCD, karpet dan terjemahan alQuran daripada Baitul Mal. Panitia akan kemukakan kertas kerja aktiviti sepanjang
tahun kepada pihak Baitul Mal.
Tindakan : Pengerusi

3.8 :

Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum memaklumkan Pengajaran dan


pembelajaran perlu mengikut sukatan KPM.
Tindakan : Makluman

4.0 : PENUTUP

4.1 :

Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 1.05 tengahari dengan ucapan terima
kasih kepada semua guru yang hadir.

Disediakan oleh :

Encik Ahmad Nailan Rosli


( Setiausaha Panitia Pendidikan Islam )

10

11

You might also like