You are on page 1of 18

PENGISIAN JAWATAN GURU CEMERLANG SISWAZAH

GRED DG44 (KUP), GRED DG52 (KUP) DAN GRED KHAS C (KUP)
TAHUN 2005
1.

Tujuan Surat Siaran


Siaran ini dibuat dengan tujuan:
i.

Memaklumkan definisi, rasional, syarat pencalonan dan permohonan Guru


Cemerlang Siswazah.

ii.

Mempelawa Pengetua, Pengarah Institusi, Pegawai Pelajaran Daerah,


Pegawai Pelajaran Gabungan, Pengarah Pelajaran Negeri, Pengarah
Bahagian berkenaan mencalonkan guru dan pensyarah yang layak dan
memenuhi syarat untuk menyandang jawatan Guru Cemerlang Siswazah.

iii. Mempelawa permohonan daripada guru dan pensyarah yang layak dan
memenuhi syarat untuk menyandang jawatan Guru Cemerlang Siswazah.
2.

Definisi Guru Cemerlang


2.1

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran


dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, khususnya dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran.

2.2

Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi:


a. Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah
yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika
perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin
terhadap keperluan pelajar.
b. Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang
menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran
kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran,
bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan
pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah
pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan,
berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.
c. Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya
meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) dan
membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

d. Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran


komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea
dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum.
e. Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif,
mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam
menjalankan tugas sebagai pendidik.
f. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru
Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan
melaksanakan idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan
negara.
3.

Tujuan Pewujudan Jawatan Guru Cemerlang


3.1

Jawatan Guru Cemerlang telah mula diperkenalkan pada tahun 1993


dengan tujuan berikut:
(a) memperluaskan
pelajaran;

jawatan

naik

pangkat

dalam

perkhidmatan

(b) memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru yang


berpengetahuan, berpengalaman, berkemahiran dan mempunyai
kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran;
(c) membolehkan guru-guru dinaikkan pangkat tanpa perlu
meninggalkan tugas mengajar di bilik darjah atau bertukar ke
jawatan pentadbiran; dan
(d) menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke jawatan lebih
tinggi secara laluan laju (fast track).

4.

Pencalonan dan Permohonan Guru Cemerlang


4.1

Calon dan pihak pencalon:

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Calon
Guru Sekolah
Menengah

Pencalon
Pengetua/Pegawai Pelajaran Gabungan/Pegawai
Pelajaran Daerah/Ketua Nazir Negeri/Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri/Ketua Nazir Sekolah.
Pensyarah Kolej
Pengarah Kolej Matrikulasi/Pengarah Bahagian
Matrikulasi
Matrikulasi/Ketua Nazir Sekolah.
Pensyarah Kolej
Pengarah Kolej Komuniti/Pengarah Bahagian
Komuniti
berkenaan/Ketua Nazir Sekolah.
Pensyarah Maktab Pengarah Maktab Perguruan/Pengarah Bahagian
Perguruan
Pendidikan Guru/Ketua Nazir Sekolah.
Pensyarah
Pengarah Politeknik/Pengarah Bahagian berkenaan/
Politeknik
Ketua Nazir Sekolah.
Pensyarah Institut Pengarah Institut Aminuddin Baki /Ketua Nazir
Aminuddin Baki
Sekolah.

4.2

Guru dan Pensyarah boleh memohon sendiri sekiranya tiada pencalonan


daripada mana-mana pihak di atas.

4.3

Semua pencalonan dan permohonan hendaklah dibuat dengan


menggunakan Borang Permohonan Guru Cemerlang Siswazah
(JNS/GCS/05/01).

4.4

Semua borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah


dikemukakan kepada Ketua Jabatan masing-masing.

4.5

Pihak sekolah, institusi pelajaran dan Bahagian Kementerian Pelajaran


yang menerima borang permohonan perlulah menyemak Borang
Permohonan Guru Cemerlang berdasarkan senarai semak yang
disediakan dalam Lampiran-i yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan
masing-masing.

4.6

Borang Permohonan yang lengkap dan telah disemak hendaklah


dimasukkan ke dalam sampul surat, dilakri dan dihantar kepada:
Pemohon daripada
1. Sekolah Menengah

2.

Dihantar kepada
Ketua Nazir Negeri
(alamat di negeri yang berkenaan seperti dalam
Lampiran-ii)
(u.p: Urus Setia Pemilihan Guru Cemerlang)
Ketua Nazir Sekolah,
Kolej Matrikulasi/
Jemaah Nazir Sekolah,
Kolej Komuniti/
Maktab Perguruan/ Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 5, Blok E-15, Kompleks Kerajaan Parcel E
Politeknik/Institut
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Aminuddin Baki
62604 Putrajaya
(u.p: Urus Setia Pemilihan Guru Cemerlang)

4.7

Permohonan yang tidak memenuhi syarat atau borang yang tidak


lengkap atau mengandungi maklumat palsu akan ditolak tanpa sebarang
pemberitahuan.

4.8

Hanya pemohon yang didapati layak sahaja akan dinilai.

5. Syarat-Syarat Umum Permohonan


5.1 Terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Gred DG41,
Penyandang Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP) dan Penyandang Guru
Cemerlang Gred DG54 (KUP) yang sedang mengajar di sekolah/
Kolej Matrikulasi/Kolej Komuniti/Maktab Perguruan/Politeknik/Institut
Aminuddin Baki.
5.2 Telah disahkan dalam jawatan.
5.3 Berumur sekurang-kurangnya 31 tahun pada 01.01.2005.
5.4 Telah diluluskan perisytiharan harta.
5.5 Mempunyai rekod perkhidmatan bebas daripada tindakan tatatertib.
5.6 Memperoleh Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang bagi
tiga tahun terakhir.
6. Syarat-syarat Khusus Permohonan
6.1 Bagi pemohon jawatan Guru Cemerlang Siswazah Gred DG44:
a. Pengalaman mengajar tidak kurang dari 7 tahun pada 01.01.2005
dalam gred DG41.
b. Telah lulus Peperiksaan atau Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
dalam gred sekarang.
c. Mempunyai kelayakan akademik dalam mata pelajaran yang dipohon
atau dalam disiplin yang sama, pada peringkat ijazah pertama atau
kelayakan ikhtisas.
d. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran
utama yang diajar oleh pemohon.
e. Mengajar mata pelajaran kepakaran selama 3 tahun terakhir berturutturut.

6.2 Bagi pemohon jawatan Guru Cemerlang Siswazah Gred DG52


(KUP):
a. Pemohon mestilah penyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG48
(KUP) tidak kurang dari 3 tahun pada 01.01.2005.
b. Telah lulus Peperiksaan atau Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
dalam gred sekarang.
c. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran
utama yang diajar oleh pemohon.
d. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon adalah sama dengan mata
pelajaran kepakaran dalam gred DG48 (KUP).
e. Kekal mengajar mata pelajaran kepakaran semenjak dilantik menjadi
Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP).
f. Kekal menyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP) semenjak
dilantik (tidak memegang jawatan pentadbiran seperti Pengetua, Guru
Penolong Kanan, Penyelia Petang di sekolah dan Ketua Jabatan di Kolej
Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab Perguruan, Politeknik dan IAB).

6.3 Bagi pemohon Guru Cemerlang Siswazah Gred Khas C (KUP):


a. Pemohon mestilah penyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG54
(KUP).
b. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran
utama yang diajar oleh pemohon.
c. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon adalah sama dengan mata
pelajaran kepakaran dalam gred DG54 (KUP).
d. Kekal mengajar mata pelajaran kepakaran semenjak dilantik menjadi
Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP).
e. Kekal menyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP) semenjak
dilantik (tidak memegang jawatan pentadbiran seperti Pengetua, Guru
Penolong Kanan, Penyelia Petang di sekolah dan Ketua Jabatan di Kolej
Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab Perguruan, Politeknik dan IAB).

7. Syarat Pelantikan
Pelantikan dan pengesahan perjawatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat
perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa.
8. Tanggungjawab Guru Cemerlang
8.1

Guru Cemerlang yang telah dilantik dikehendaki mengajar mata


pelajaran kepakarannya di sekolah/institusi pendidikan yang ditetapkan
dan tidak boleh memegang jawatan pentadbiran (tidak memegang
jawatan pentadbiran seperti Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penyelia
Petang di sekolah dan Ketua Jabatan di Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti,
Maktab Perguruan, Politeknik dan IAB).

8.2

Guru Cemerlang yang bertukar atau berpindah sekolah perlu mengajar


mata pelajaran yang sama untuk kekal dalam jawatan Guru Cemerlang.

8.3

Sasaran Kerja Tahunan Guru Cemerlang di Sekolah, Kolej Matrikulasi,


Kolej Komuniti, Maktab Perguruan, Politeknik dan Institut Aminuddin
Baki ialah seperti berikut:
Peratus Masa (%)
Bil.

Tugas

1.

Membuat Perancangan Pengajaran dan


melaksanakan pengajaran mata pelajaran
kepakaran untuk mencapai tahap yang
ditetapkan oleh Pengetua/ Pengarah
Institusi di tempat berkhidmat.
Memimpin dan membantu dalam tugas
kurikulum dan kokurikulum berkaitan
dengan mata pelajaran kepakaran di
tempat berkhidmat.
Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat
nasihat dan membimbing guru dan pelajar
dalam bidang kepakaran di tempat
berkhidmat.
Menjalankan
kajian,
menghasilkan
penulisan ilmiah, meneroka inovasi dan
penemuan baru dalam bidang/mata
pelajaran kepakaran dan membentang
hasilnya kepada masyarakat pendidik.
Melaksanakan tugas-tugas khas yang
diarahkan oleh Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri, Pengarah Bahagian di
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
restu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

2.

3.

4.

5.

Jumlah

Gred
DG44 DG48 DG52 DG54
Khas C
(KUP) (KUP) (KUP) (KUP)
(KUP)
75%

70%

65%

60%

50%

10%

10%

15%

15%

15%

8%

10%

10%

10%

10%

2%

5%

5%

7%

10%

5%

5%

5%

8%

15%

100 %

100 %

100 %

100 %

100 %

9. Tarikh Tutup Permohonan


Tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2005.
10. Tarikh Kuatkuasa
Surat siaran ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ia dikeluarkan.

(DATO DR. HAJI AHAMAD BIN SIPON)


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tarikh:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


PERMOHONAN GURU CEMERLANG SISWAZAH GRED DG44 (KUP), GRED DG52 (KUP) DAN
GRED KHAS C (KUP) TAHUN 2005
Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah adalah dipelawa untuk memohon jawatan Guru Cemerlang.
A. SYARAT PERMOHONAN
1.

2.
3.
4.
5.
6.

Terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Gred DG41, Penyandang Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP) dan Penyandang Guru
Cemerlang Gred DG54 (KUP) yang sedang mengajar di sekolah, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab Perguruan, Politeknik dan
Institut Aminuddin Baki.
Telah disahkan dalam jawatan.
Berumur sekurang-kurangnya 31 tahun pada 01.01.2005.
Telah diluluskan perisytiharan harta.
Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.
Memperoleh Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang bagi tiga tahun terakhir.

7.

Bagi pemohon jawatan Guru Cemerlang Siswazah Gred DG44 (KUP):


a. Pengalaman mengajar tidak kurang dari 7 tahun pada 01.01.2005 dalam gred DG41.
b. Telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam gred sekarang.
c. Mempunyai kelayakan akademik dalam mata pelajaran yang dipohon atau dalam disiplin yang sama, pada peringkat ijazah pertama
atau kelayakan ikhtisas.
d. Mata pelajaran yang dipohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.
e. Mengajar mata pelajaran yang dipohon dalam tempoh 3 tahun terakhir berturut-turut.

8.

Bagi pemohon jawatan Guru Cemerlang Siswazah Gred DG52 (KUP):


a. Pemohon mestilah penyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP) tidak kurang dari 3 tahun pada 01.01.2005.
b. Telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam gred sekarang.
c. Mata pelajaran kepakaran merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.
d. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon adalah sama dengan mata pelajaran kepakaran dalam gred DG48 (KUP).
e. Kekal mengajar mata pelajaran kepakaran semenjak dilantik menjadi Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP).
f. Kekal menyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP) semenjak dilantik (tidak memegang jawatan pentadbiran seperti
Pengetua, Guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang di sekolah dan Ketua Jabatan di Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab
Perguruan, Politeknik dan IAB).

9.

Bagi pemohon Guru Cemerlang Siswazah Gred Khas C (KUP):


a. Pemohon mestilah penyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP).
b. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.
c. Mata pelajaran kepakaran yang dipohon adalah sama dengan mata pelajaran kepakaran dalam gred DG54 (KUP).
d. Kekal mengajar mata pelajaran kepakaran semenjak dilantik menjadi Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP).
e. Kekal menyandang jawatan Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP) semenjak dilantik (tidak memegang jawatan pentadbiran seperti
Pengetua, Guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang di sekolah dan Ketua Jabatan di Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab
Perguruan, Politeknik dan IAB).

B. SYARAT PELANTIKAN
Pelantikan dan pengesahan perjawatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa.
C. TANGGUNGJAWAB
Guru Cemerlang yang telah dilantik dikehendaki mengajar mata pelajaran kepakarannya di sekolah/institusi pendidikan yang ditetapkan dan
tidak boleh memegang jawatan pentadbiran seperti Pengetua, Guru Penolong Kanan, , Penyelia Petang di sekolah dan Ketua Jabatan di Kolej
Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab Perguruan, Politeknik dan IAB.
D. CARA MEMOHON
1.
2.
3.

Ketua Jabatan tempat guru dan pensyarah bertugas boleh menjadi pencalon.
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG SISWAZAH (JNS/GCS/05/01).
Pemohon hendaklah merujuk Surat Siaran Pengisian Jawatan Guru Cemerlang Siswazah Gred DG44 (KUP), Gred DG52 (KUP), Gred
Khas C (KUP) Tahun 2005.

E. BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapati di sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Kementerian Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri, Jemaah Nazir Sekolah Negeri berkenaan dan melalui internet www.emoe.gov.my.

F. TARIKH TUTUP PERMOHONAN


Semua borang permohonan hendaklah sampai kepada Urus Setia Pemilihan Guru Cemerlang pada atau sebelum 30 JUN 2005.
URUS SETIA PEMILIHAN GURU CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2005
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JNS/GCS/05/01
CEMERLANG:

PERMOHONAN UNTUK GURU

Gred DG44 (KUP)


Gred DG52 (KUP)
Gred Khas C (KUP)
Sila tandakan (3 ) dalam petak berkenaan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG SISWAZAH

Pemohon dan ketua jabatan tempat pemohon bertugas hendaklah membaca surat siaran
PENGISIAN JAWATAN GURU CEMERLANG SISWAZAH GRED DG44 (KUP), GRED DG52
(KUP) DAN GRED KHAS C (KUP) TAHUN 2005 sebelum mengisi borang permohonan ini.

Arahan:
1. Borang permohonan ini hendaklah diisi dalam satu salinan.
2. Data dan maklumat yang diberikan hendaklah betul, tepat dan lengkap.
3. Semua dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dilampirkan
bersama.
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada
ketua jabatan masing-masing untuk tapisan awal.
5. Ketua jabatan dikehendaki mengemukakan borang permohonan yang melepasi
tapisan awal dalam sampul surat berlakri dan ditulis JNS/GCS/05/01 pada
sudut atas sebelah kiri, kepada:
Pemohon dari sekolah
Ketua Nazir Negeri
Jemaah Nazir Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
(alamat JNS negeri berkenaan)
(u.p. Urus Setia Penilaian Guru Cemerlang)

Pemohon dari Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Maktab


Perguruan, Politeknik dan Institut Aminuddin Baki
Ketua Nazir Sekolah
Jemaah Nazir Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 5, Blok E-15, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p. Urus Setia Pemilihan Guru Cemerlang)

6. Borang permohonan hendaklah sampai kepada alamat di atas pada atau


sebelum 30 JUN 2005.

BAHAGIAN I (Diisi oleh Pemohon)


MAKLUMAT PERIBADI DAN PERKHIDMATAN

Gambar

a. Pada tanda * potong mana yang tidak berkenaan.


b. Jika ruang yang disediakan tidak mencukupi, sila gunakan lampiran.

1. Nama (dalam huruf besar seperti dalam kad pengenalan):


_________________________________________________________________
2. No. Kad Pengenalan (Baru): ___________________(Lama): __________________
3. Tarikh Lahir: ___________________ 4. Jantina: *Lelaki / Perempuan
5. Keturunan: __________________

6. Agama: __________________________

7. Umur pada 1 Januari 2005: ________ Tahun ________ Bulan


8. Taraf Perkahwinan: *Berkahwin / Bujang
9. Tempat Bertugas Sekarang:
a. Nama dan Alamat
________________________________________________________________
________________________________________________________________
b. No. Telefon: __________________

c. No. Faks: ____________________

d. E-mail: __________________________
10. Alamat Rumah:
________________________________________________________________
________________________________________________________________
11. No. Tel. Rumah: ________________ 12. No. Tel. Bimbit: __________________
13. E-mail Pemohon: ___________________________
14. Nombor Fail Perkhidmatan (JPN/Bahagian): _______________________________
15. Skim Perkhidmatan Sekarang: _______________________________________
16. Tarikh Lantikan Sebagai PPP Siswazah: _______________________________
17. Tarikh Disahkan Sebagai PPP Siswazah: _______________________________
18. Jawatan Sekarang: ________________________________ Gred __________
Tarikh Lantikan:

__________________ Tarikh Disahkan:

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005

____________

19. Kelulusan Akademik Peringkat Ijazah:


Bil.

Kelulusan Akademik

Tahun

Pengkhususan

Kelulusan Ikhtisas

Tahun

Pengkhususan

20. Kelulusan Ikhtisas:


Bil.

21. Mata Pelajaran yang Dipohon: ________________________________________


22. Pengalaman Mengajar Mata Pelajaran Dipohon Sehingga Sekarang :
_________ Tahun ______ Bulan
23. Perisytiharan Harta Terkini: *sudah / belum Jika sudah nyatakan tarikh diluluskan:
_____________ dan No. Rujukan Surat Kelulusan: _______________________
24. Tindakan Tatatertib: *Ada / Tiada.

Jika Ada, Tarikh Hukuman: _____________

Jenis Hukuman: ___________________________________________________


25. Kelulusan PTK: *sudah / belum Jika sudah nyatakan tarikh lulus: __________
dan No. Rujukan Surat Kelulusan: ____________________
26. Tiga Mata Pelajaran Utama yang Diajar Sejak Tahun 2003:
Tahun

Mata Pelajaran

Tingkatan/
Waktu Mengajar Seminggu
Tahun/Kursus Bilangan Waktu Jumlah Jam

Institusi

2003

2004

2005

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005

27. Tugas Bukan Mengajar bagi Tahun 2003 Hingga 2005 di Peringkat Sekolah atau
Institusi:
Bil.

Tahun

Tugas

Bil.

1.

6.

2.

7.

3.

8.

4.

9.

5.

10.

Tahun

Tugas

28. Program atau Latihan Dalam Perkhidmatan (seperti kursus, seminar dan bengkel)
yang Telah Dihadiri. (Senaraikan lima program/latihan yang utama dalam sepanjang tempoh
perkhidmatan):
Bil.

Tempoh

Nama Program/Latihan

Penganjur

1.
2.
3.
4.
5.

29. Sumbangan Kepakaran Berkaitan Mata Pelajaran yang Dipohon Sejak Tiga Tahun
Terakhir (2003 2005):
A:

Agensi Peringkat Kementerian Pelajaran (seperti Lembaga Peperiksaan,


Majlis Peperiksaan, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pendidikan Guru, JAPIM
dan Pusat Perkembangan Kurikulum)

Bil.

Sumbangan Kepakaran

Penganjur

Tempoh

1.
2.
3.
4.

5.

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005

B: Agensi Pendidikan Peringkat Negeri (seperti JPN, PSPN).


Bil.

Sumbangan Kepakaran

Penganjur

Tempoh

1.
2.
3.
4.
5.

C:

Agensi Pendidikan Peringkat Daerah (seperti PKG, PPD, sekolah-sekolah


institusi-institusi sekitar)
Bil.

Sumbangan Kepakaran

Penganjur

Tempoh

1.
2.
3.
4.
5.

D: Agensi di Luar Kementerian Pelajaran Malaysia (seperti KEMAS, Kementerian


Kesihatan dan Kementerian Belia & Sukan)
Bil.

Sumbangan Kepakaran

Penganjur

Tempoh

1.
2.
3.
4.
5.

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005

30. Penghasilan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (seperti model, modul
dan garis panduan untuk pengajaran dan pembelajaran pelajar)
Bil.

Tajuk

Tahun Penghasilan

Kumpulan Sasaran

1.
2.
3.
4.
5.
31. Penulisan Ilmiah yang Pernah Dihasilkan dan Diterbitkan.
Bil.

Tajuk

Penerbitan
(majalah, jurnal, buku teks dsb)

Tarikh

1.
2.
3.
4.
5.
32. Kajian Tindakan yang Pernah Dibuat Sejak tiga (3) tahun terakhir (sila lampirkan).
Bil.

Tajuk Kajian

Peringkat

Tahun

1.
2.
3.
4.
5.
33. Inovasi Berkaitan Mata Pelajaran yang Dihasilkan sejak tiga (3) tahun terakhir:
Bil.

Inovasi Yang Dihasilkan

Tahun Dihasilkan

1.
2.
3.
4.
5.

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005

34. Anugerah/Penghargaan/Surat Kepujian yang Telah Diterima Berkaitan Mata


Pelajaran yang Dipohon Sejak Tiga Tahun Terakhir (2003 2005):
Bil.

Anugerah/Penghargaan/Surat Kepujian

Tahun

1.
2.
3.
4.
5.
35. Berikan huraian dalam 150 hingga 200 patah perkataan bagi setiap perkara
berikut:
(a) Sumbangan dan komitmen anda kepada organisasi.

....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
......
....

(b) Sumbangan anda dalam mempertingkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam


mata pelajaran kepakaran yang dipohon.

....
....
....
....
....

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005

....
....
....

....

(c)

Usaha Anda bagi Meningkatkan Tahap Profesionalisme dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Mata Pelajaran yang Dipohon.

....
....
....
....
....
....
....
....
....

....

(d) Harapan dan Wawasan Anda Sebagai Seorang Guru Cemerlang.

....
....
....
....
....
....
....
....
....

....

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005

PENGAKUAN PEMOHON
Saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberi adalah benar.
Tandatangan:

.
(Nama:
)

Tarikh :

ULASAN KETUA JABATAN:


....
....
....
....
....
..

PENGESAHAN KETUA JABATAN


Saya mengesahkan bahawa semua maklumat mengenai
_____________________________________________________________
(nama pemohon)

di atas sepanjang pengetahuan saya adalah benar.


Saya *menyokong / tidak menyokong permohonan ini.
Tandatangan

...............................................................
(Nama:
)

Tarikh : ..........................

Cop Jawatan :

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005

Lampiran - i
SENARAI SEMAK BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG TAHUN 2005
UNTUK JAWATANKUASA PENAPIS PERINGKAT JABATAN PEMOHON BERTUGAS
Nama Pemohon:

Alamat Tempat Bertugas: ..


Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

9.
10.
11.
12.
13.

Perkara
(semua salinan dokumen yang disertakan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan)

atau X

Pemohon telah disahkan dalam jawatan sekarang(sertakan salinan surat pengesahan perlantikan dan
surat sah jawatan).
Pemohon berumur sekurang-kurangnya 31 tahun pada 1.1.2005 (sertakan salinan kad pengenalan).
Telah diluluskan perisytiharan harta (sertakan salinan surat kelulusan).
Pemohon mempunyai rekod perkhidmatan bebas daripada tindakan tatatertib.
Pemohon ke jawatan GC DG44 (KUP) dan GC DG52 (KUP) telah lulus PTK (sertakan salinan surat
kelulusan).
Pemohon hanya memilih satu mata pelajaran kepakaran sahaja.
Pemohon ke jawatan GC DG44 (KUP) mesti telah mengajar mata pelajaran yang dipohon selama 3
tahun terakhir berturut-turut, bagi pemohon ke jawatan GC DG 52 (KUP) dan pemohon ke jawatan GC
Gred Khas C (KUP) mesti kekal mengajar mata pelajaran kepakaran jawatan Guru Cemerlangnya.
Pemohon Siswazah GC DG44 (KUP) telah mengajar sekurang-kurangnya 7 tahun dalam skim
perkhidmatan yang sama, Pemohon Siswazah GC DG52 (KUP) telah mengajar sekurang-kurangnya 3
tahun dalam skim perkhidmatan yang sama dan Pemohon Siswazah GC Gred C (KUP) mestilah
penyandang GC Gred DG54 (KUP).
Pemohon memperolehi Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang (85% ke atas) bagi 3
tahun terakhir.
Salinan sijil akademik dan ikhtisas yang telah disahkan disertakan.
Salinan jadual waktu mengajar terkini disertakan.
Tandatangan perakuan pemohon mengesahkan semua maklumat dalam borang permohonan adalah
benar.
Tandatangan perakuan Ketua Jabatan mengesahkan semua maklumat dalam borang permohonan
adalah benar.
MAKLUMAT / DOKUMEN TAMBAHAN YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA BORANG PERMOHONAN
OLEH KETUA JABATAN
(semua salinan dokumen yang disertakan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan)

1.
2.
3.
4.

Markah penuh dan wajaran Laporan Nilai Prestasi Tahunan bagi 2002 (20%), 2003 (35%) dan 2004
(45%) disertakan.
Borang Kenyataan Tata Tertib bagi setiap pemohon yang lengkap dan ditandatangan.
Borang Laporan Perisytiharan Harta yang lengkap dan ditandatangan.
Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap.

Catatan: Sila sertakan Senarai Semak ini bersama dengan borang permohonan.

Saya sahkan bahawa senarai semak ini telah diisi dengan tepat.
Tandatangan Ketua Jabatan

Tarikh: .

Borang Permohonan Guru Cemerlang 2005

...............
(Nama &
)
Jawatan:

Lampiran ii
ALAMAT JEMAAH NAZIR SEKOLAH NEGERI
KETUA NAZIR NEGERI PERLIS
JEMAAH NAZIR SEKOLAH PERLIS
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 7, BANGUNAN PERSEKUTUAN
KANGAR
PERSIARAN JUBILEE EMAS
01000 KANGAR, PERLIS

KETUA NAZIR NEGERI JOHOR


JEMAAH NAZIR SEKOLAH JOHOR
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BILIK 204-206, TINGKAT 2
BANGUNAN BANK NEGARA
JALAN BUKIT TIMBALAN
80000 JOHOR BAHRU, JOHOR

KETUA NAZIR NEGERI PERAK


JEMAAH NAZIR SEKOLAH PERAK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 3, KOMPLEKS ISLAM DARUL
RIDZUAN
JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG
30000 IPOH, PERAK

KETUA NAZIR NEGERI W.PERSEKUTUAN


JEMAAH NAZIR SEKOLAH WILAYAH
PERSEKUTUAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 17, WISMA KWSG
JALAN KAMPUNG ATTAP
50460 KUALA LUMPUR

KETUA NAZIR NEGERI KEDAH


JEMAAH NAZIR SEKOLAH KEDAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 8, MENARA PELADANG
JALAN TELUK WANJAH
05200 ALOR SETAR, KEDAH
KETUA NAZIR NEGERI SELANGOR
JEMAAH NAZIR SEKOLAH SELANGOR
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 3, FASA 3, KOMPLEKS PKNS
40000 SHAH ALAM, SELANGOR

KETUA NAZIR NEGERI TERENGGANU


JEMAAH NAZIR SEKOLAH TERENGGANU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 5, BANGUNAN SERI AMAR
JALAN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU
KETUA NAZIR NEGERI KELANTAN
JEMAAH NAZIR SEKOLAH KELANTAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 6, WISMA ILMU
BANGUNAN LUTH
15000 KOTA BAHRU, KELANTAN

KETUA NAZIR NEGERI PAHANG


JEMAAH NAZIR SEKOLAH PAHANG
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
JALAN GAMBUT
25000 KUANTAN, PAHANG

KETUA NAZIR NEGERI SARAWAK


JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
LOT 112, SECTION 58 KTLD
JALAN CENTRAL TIMUR
93200KUCHING, SARAWAK
KETUA NAZIR NEGERI SABAH
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
LOT D5, 1-5-3, BLOK D
TINGKAT 5, KOMPLEKS KUWASA
JALAN KARAMUNSING
88000 KOTA KINABALU, SABAH
KETUA NAZIR NEGERI PULAU PINANG
JEMAAH NAZIR SEKOLAH PULAU PINANG
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 41, BANGUNAN KOMTAR
10000 PULAU PINANG

KETUA NAZIR NEGERI SEMBILAN


JEMAAH NAZIR SEKOLAH NEGERI
SEMBILAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 5, YAYASAN NEGERI SEMBILAN
JALAN YAM TUAN. 70000 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
KETUA NAZIR NEGERI MELAKA
JEMAAH NAZIR SEKOLAH MELAKA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TINGKAT 2, BANGUNAN BANK RAKYAT
JALAN HANG TUAH, 75300 MELAKA

You might also like