You are on page 1of 82

P EL AN S TRA TEGIK

JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

2011 2015

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Kandungan
iv

Kata-Kata Aluan

Bab I 1 Pendahuluan
2 Ringkasan Eksekutif
4 Pengenalan dan Latar Belakang
6 Logo
7 Carta Organisasi
8 Objektif
9 Fungsi dan Peranan
10 Punca Kuasa
11 Stakeholders dan Pelanggan

ii

Bab II 13 SENARIO PERSEKITARAN


14 Isu-Isu Strategik
22 Cabaran-Cabaran

Pejabat Kajibumi Batu Gajah, 1927

K an d u ngan

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Kandungan

Bab III















29 HALA TUJU STRATEGIK


30 Visi
31 Misi
32 Slogan
33 Nilai Bersama
35 Objektif Strategik
36 Model Transformasi
39 Pelan Tindakan
39 Objektif Strategik 1
46 Objektif Strategik 2
53 Objektif Strategik 3
61 Objektif Strategik 4
67 Peta Strategi
68 Elemen Penentu Kejayaan
70 Mekanisme Pelaksanaan
72 The Way Forward

Bab IV 73 PENUTUP

74
75

Penutup
Penghargaan

Pejabat JMG Pahang, 2011

iii

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Kata-Kata Aluan
Dato Yunus bin Abdul Razak
Ketua Pengarah Mineral dan Geosains Malaysia
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
sebagai peneraju utama dalam bidang mineral
dan geosains, perlu bertindak secara strategik
bagi mencapai kecemerlangan yang diharapkan
oleh stakeholders dan pelanggan. Hasrat ini
dapat direalisasikan melalui Pelan Strategik
yang disediakan. Sehingga kini JMG telah
menghasilkan dua Pelan Strategik, iaitu yang
pertama bagi tahun 1999 hingga 2005, diikuti
dengan yang kedua bagi tahun 2005 hingga
2010.

iv

Pelan Strategik ini menyediakan rangka hala tuju,


bidang fokus dan pelan tindakan JMG selaras
dengan agenda pemodenan dan transformasi
sistem penyampaian perkhidmatannya bagi
tempoh lima tahun bermula tahun 2011 hingga
2015.
Perancangan strategik yang baik perlu
diterjemahkan kepada pelan tindakan melalui
perancangan yang teliti, pelaksanaan yang
teratur serta pemantauan yang berkesan. Namun,
apa yang lebih penting ialah impak kepada
golongan sasar yang sepatutnya mendapat faedah
daripada pelaksanaan tersebut. Stakeholders
dan pelanggan sentiasa meletakkan harapan
yang tinggi terhadap JMG kerana peranan
yang dimainkan dalam menyumbang kepada
peningkatan daya saing ekonomi negara dan
kualiti hidup serta pengurangan risiko bencana
dan pemeliharaan alam sekitar.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Dalam pelan yang komprehensif ini, beberapa isu dan cabaran


kritikal berkaitan mineral dan geosains cuba ditangani. Jabatan
telah mengenalpasti empat objektif strategik yang perlu
dilaksanakan berdasarkan kepada amalan terbaik, dedikasi
dan penuh iltizam daripada semua pihak. Sungguhpun
demikian, usaha berterusan mesti dilakukan untuk menambah
baik pelan ini sesuai dengan keperluan dan cabaran baru pada
masa hadapan. Melalui pelan ini juga, adalah diharapkan
ianya dapat meningkatkan profesionalisme melalui semangat
kerja berpasukan ke arah kecemerlangan dan penghayatan
nilai-nilai murni.
Saya juga berharap agar semua pihak yang terlibat dapat
memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan
pelan strategik ini bagi menjayakan Visi dan Misi JMG.
Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang telah berusaha untuk memastikan
Pelan Strategik ini dapat direalisasikan dari peringkat
konseptual kepada satu dokumen yang padat dengan strategi
dan pelan tindakan sebagai panduan bagi semua warga JMG.

Dato Yunus bin Abdul Razak


Ketua Pengarah Mineral dan Geosains Malaysia

BAB I
PENDAHULUAN

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Ringkasan Eksekutif
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) selaku peneraju utama dalam
aspek pembangunan mineral dan perkhidmatan geosains negara, menyedari
hakikat bahawa perkembangan pesat yang berlaku di dunia hari ini memerlukan
jabatan membuat persediaan yang rapi bagi memastikan ianya berada di landasan
yang betul dan sejajar dengan arus perdana. Justeru, JMG perlu bertindak secara
strategik untuk mencapai kecemerlangan perkhidmatan yang diharapkan oleh
stakeholders dan pelanggan. Pelan Strategik JMG ini merangkumi hala tuju,
aspirasi, analisis persekitaran dalaman dan luaran, strategi-strategi utama dan
pelan tindakan bagi memastikan JMG berupaya menghadapi cabaran masa kini
dan masa hadapan serta berada pada tahap siap siaga bagi menjalankan tugas
dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan.

Pelan Strategik ini menyediakan rangka hala tuju, bidang fokus dan pelan
tindakan JMG bagi melaksanakan agenda pemerkasaan dan transformasi sistem
penyampaian perkhidmatannya untuk tempoh lima tahun bermula tahun 2011
hingga 2015. Untuk memenuhi hasrat ini, JMG membuat transformasi yang
melibatkan pindaan Visi dan Misi supaya lebih relevan dengan perubahan semasa
dan dapat membawa pencapaian sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi
serta bertaraf dunia.
Sebagai agensi tunggal kerajaan yang menerajui bidang mineral dan geosains
dalam negara, JMG telah menetapkan visi yang baru iaitu Peneraju Pembangunan
Mineral dan Geosains Menjelang 2020. Visi ini selaras dengan wawasan negara
menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. JMG komited
untuk menyediakan perkhidmatan berkepakaran tinggi kepada stakeholders dan
pelanggan dalam bidang mineral dan geosains.
Bagi menjayakan visi tersebut JMG menetapkan misi yang baru iaitu
Menyumbang Kepada Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara dan Kualiti
Hidup Melalui Penggunaan Maklumat, Perkhidmatan Berkepakaran Tinggi
Serta Penyelidikan Berkaitan Mineral dan Geosains Yang Efektif. JMG
berperanan untuk mempertingkatkan sumbangan sektor mineral dan geosains
terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat melalui
pembangunan sumber mineral yang mampan, penyelidikan dan pembangunan
(R&D) mineral serta penggunaan maklumat geosains yang berkesan. Ianya

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

dilakukan melalui perolehan (acquisition), tafsiran (interpretation), pengurusan


(management) dan sebaran (dissemination) data dan maklumat geosains.
Pengetahuan, data dan maklumat geosains boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah, membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat, dan
menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara serta pemeliharaan
alam sekitar dan pengurusan risiko bencana.
Empat Objektif Strategik telah dikenalpasti bagi melaksanakan fungsi dan tugas
yang dipertanggungjawabkan serta menangani isu-isu strategik dan cabarancabaran yang akan dihadapi dalam merealisasikan Visi dan Misi yang ditetapkan.
Objektif Strategik tersebut adalah seperti berikut:
1. Memperkasa pengurusan modal insan dan kapasiti organisasi ke arah
meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
2. Memperkukuh keupayaan aktiviti mineral dalam eksplorasi, pembangunan
dan promosi untuk memacu ekonomi negara.
3. Memantap pelaksanaan perkhidmatan geosains berkepakaran tinggi ke arah
pembangunan mampan yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup dan
pemeliharaan alam sekitar.
4. Memperkukuh penyelidikan dan pembangunan (R&D) mineral untuk
memajukan industri mineral negara.
JMG telah memperkenalkan Kod Etika sebagai panduan asas bagi setiap warga
dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mencapai Visi, Misi
dan Objektif jabatan sejajar dengan matlamat perkhidmatan dan negara. Ia
dirangkumkan dalam empat kod teras iaitu Profesionalisme, Kerja Berpasukan,
Menuju Kecemerlangan dan Menghayati Nilai-Nilai Murni. Bagi memudahkan
lagi penghayatan dan pengamalannya, Pelan Strategik ini merangkumkan empat
teras Kod Etika JMG dalam akronim STEP (Spiritual, Teamwork, Excellence,
Professionalism), yang akan membawa kepada integriti yang tinggi di kalangan
warga JMG.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Pengenalan
dan Latar Belakang
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ditubuhkan melalui penggabungan
Jabatan Penyiasatan Kajibumi dengan Jabatan Galian pada 1 Julai 1999.
Penggabungan ini bertujuan untuk memantapkan dan menyelaraskan aktiviti
kedua-dua agensi tersebut yang berada di bawah Kementerian Perusahaan Utama
(KPU) ketika itu.
Sejarah Jabatan bermula sejak abad ke-19 sewaktu kemasukan penjajah British
yang bermula di negeri Perak. Pada tahun 1874, Jabatan Galian ditubuhkan oleh
penjajah British bagi tujuan pengawalseliaan perlombongan bijih timah di Larut.
N.G.A. Geddie, seorang jurutera perlombongan telah dilantik sebagai Merinyu
Galian pertama.

Enakmen perlombongan negeri telah mula diperkenalkan di negeri Selangor


pada tahun 1891 bagi mengawal selia operasi perlombongan. Dalam usaha
membenteras kegiatan penyeludupan bijih timah, enakmen bijih mineral negeri
telah diperkenalkan buat pertama kalinya di negeri Perak pada tahun 1893.
Pejabat Kajibumi pertama telah ditubuhkan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur.
J.B. Scrivenor telah dilantik sebagai Ahli Kajibumi pertama di Tanah Melayu.
Pada tahun 1908 Pejabat Kajibumi telah dipindahkan ke Batu Gajah, Perak bagi
menumpukan kajian lapangan bijih timah di Lembah Kinta dan Larut. Pada tahun
1927, Pejabat Kajibumi dinaik taraf menjadi Jabatan Penyiasatan Kajibumi. Ibu
Pejabat Jabatan Penyiasatan Kajibumi telah dipindahkan ke Ipoh, Perak pada
tahun 1957. Pada masa yang sama penggantian kakitangan dengan anak-anak
tempatan bermula dan selesai sepenuhnya dalam tahun 1967.
Semasa penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Penyiasatan Kajibumi
Jajahan British di Borneo menjadi cawangan Jabatan Penyiasatan Kajibumi
Malaysia dan diberi nama baru, Jabatan Penyiasatan Kajibumi Kawasan Borneo
Malaysia. Setahun kemudian iaitu pada tahun 1964, Jabatan Galian Malaysia
Timur ditubuhkan.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Pada tahun 1968, Jabatan Penyiasatan Kajibumi Semenanjung Malaysia dan


Jabatan Penyiasatan Kajibumi Kawasan Borneo digabungkan menjadi Jabatan
Penyiasatan Kajibumi Malaysia di bawah seorang pengarah berpusat di Ipoh,
Perak. Pada tahun 1973, Ibu Pejabat Penyiasatan Kajibumi Malaysia telah
berpindah sekali lagi dari Ipoh ke Kuala Lumpur.
Bagi memberi kuasa untuk pegawai-pegawai kajibumi mengatur dan mengawal
penyiasatan kajibumi, Akta Penyasatan Kajibumi 1974 telah digubal dan
diwartakan pada 17 Februari, 1976. Berikutan daripada tindakan untuk memisah
bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri di bawah Perlembagaan
Persekutuan 1957, Akta Pembangunan Mineral 1994 (APM) dan Enakmen Mineral
Negeri (EMN) telah digubal. APM adalah satu perundangan persekutuan bagi
mengawal selia aktiviti eksplorasi dan perlombongan sementara EMN adalah
perundangan negeri bagi mentadbir pengeluaran tenemen mineral dan hasilhasil yang berkaitan dengannya.
Mulai 27 Mac 2004, JMG telah diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar (NRE) berikutan penyusunan semula kementerian.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Logo
Logo Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
merupakan sebuah lukisan grafik huruf ringkas nama
jabatan dan tukul geologi berwarna putih yang
berlatarbelakangkan sebuah sfera berwarna biru dan
hijau. Semua grafik dan sfera dilukis dengan garisan
berwarna keemasan. Bentuk logo dibuat sedemikan
rupa bagi menggambarkan Visi, Misi dan Objektif
Jabatan.
Bentuk sfera adalah bentuk bumi yang melambangkan kesediaan jabatan
menghadapi arus globalisasi khususnya dalam bidang mineral dan geosains
melalui penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Warna hijau dan biru melambangkan bidang mineral dan geosains meliputi
daratan dan lautan. Hijau juga melambangkan semua aktiviti yang dijalankan
menjurus kearah pembangunan mampan dan mesra alam. Warna biru membawa
maksud perpaduan dan kesetiaan warga JMG dalam menjalankan tugas dan
menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan kesungguhan warga JMG
mengamalkan nilai-nilai murni bagi menjayakan Visi, Misi dan Objektif Jabatan.
Garis lilitan keemasan pula menunjukkan keunggulan JMG dalam sektor
mineral dan geosains.
Sempadan antara biru dan hijau menunjukkan negara Malaysia, yang
disimbolkan oleh bentuk grafik garis pantai timur Semenanjung Malaysia dan
pantai barat Sabah dan Sarawak. Bentuk garis pemisah ini juga menunjukkan
grafik sebuah lombong dedah yang diurus dengan baik melalui penguatkuasaan
dan kawalseliaan.
Tukul geologi merupakan simbol kebanggaan ahli geologi yang melambangkan
tugas teras jabatan merangkumi aktiviti mineral, geosains, kawalseliaan dan,
penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Grafik JMG yang meringkaskan nama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
direka sedemikian rupa bagi melambangkan Jabatan sentiasa proaktif dan
mengutamakan R&D dalam usaha memajukan sumber mineral negara. Huruf
e yang menjadi titik kepada huruf J melambangkan semua aktivtiti jabatan
disokong oleh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang canggih bagi
memastikan semua maklumat jabatan diuruskan secara cekap dan berkesan.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Carta Organisasi
MENTERI

SUMBER ASLI DAN


ALAM SEKITAR MALAYSIA
Y. B. Datuk Sri Douglas Uggah Embas

TIMBALAN MENTERI
SUMBER ASLI DAN
ALAM SEKITAR MALAYSIA

Y. B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

KSU

SUMBER ASLI DAN


ALAM SEKITAR MALAYSIA
Y. Bhg. Dato Zoal Azha bin Yusof

KP JMG
Y. Bhg. Dato Yunus bin Abdul Razak

7
TIMBALAN KETUA
PENGARAH
OPERASI
Mohammed Hatta
bin Abd. Karim

TIMBALAN KETUA
PENGARAH
KORPORAT DAN EKONOMI
MINERAL
Mustapha bin Mohd Lip

Penyelarasan Perlaksanaan Operasi

Hal Ehwal Korporat

JMG Sarawak

Ekonomi Mineral

JMG Sabah

Pengurusan Maklumat

JMG Perak
JMG Pahang
JMG Johor
JMG Selangor / Wilayah Persekutuan
JMG Kelantan
JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang
JMG Negeri Sembilan / Melaka
JMG Terengganu

PENGARAH
BAHAGIAN
PERKHIDMATAN
TEKNIKAL

PENGARAH
PUSAT
PENYELIDIKAN
MINERAL

Alexander Unya ak Ambun

Dato Zulkifly bin Abu Bakar

Perkhidmatan Geosains

Teknologi Berasaskan Lempung

Perkhidmatan Makmal

Teknologi Berasaskan Silika

Perkhidmatan Lombong dan Kuari

Teknologi Berasaskan Bahan Batuan

Pengurusan Maklumat

Teknologi Bahan Termaju

Pentadbiran dan Kewangan

Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian


Metalurgi
Tebusguna dan Pemulihan

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Objektif
JMG mempunyai lima objektif utama:
1. Menyediakan maklumat komoditi mineral bagi meningkatkan pertumbuhan
industri berasaskan mineral.
2. Menggalakkan penggunaan optimum maklumat dan perkhidmatan geosains
bagi pembangunan yang mampan.
3. Memastikan pengusahahasilan sumber mineral berkembang secara teratur,
selamat, cekap dan mesra alam serta mendatangkan pulangan yang optimum
kepada negara.

4. Menggalakkan kepelbagaian penggunaan sumber mineral tempatan bagi


menyumbang kepada pembangunan sektor perindustrian negara melalui
aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).
5. Menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang mineral, geosains dan
perlombongan di peringkat nasional dan antarabangsa bagi menggalakan
pelaburan dalam sektor mineral dan perancangan pembangunan negara.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Fungsi dan Peranan


Bagi mencapai Visi, Misi dan Objektif yang ditetapkan,
dipertanggungjawabkan dengan peranan utama seperti berikut:-

JMG

1.

Mengendali eksplorasi mineral secara sistematik.

2.

Mengendali penyiasatan pelbagai bidang geosains seperti pemetaan geologi,


sumber air bawah tanah, geologi kejuruteraan, bencana geologi, geologi
alam sekitar, geologi marin, geofizik, dan bidang-bidang geosains lain
secara sistematik.

3.

Menyedia perkhidmatan analisis geokimia dan ujian fizikal bahan batuan


dan mineral.

4.

Bertindak sebagai bank data nasional bagi semua maklumat berkaitan


geosains dan sumber mineral negara.

5.

Mengumpul, menganalisis dan menyebarkan data dan maklumat berkaitan


eksplorasi mineral, perlombongan dan aktivti yang berkaitan.

6.

Menyedia perkhidmatan nasihat teknikal dan kepakaran dalam bidang


mineral, geosains, perlombongan dan pengkuarian.

7.

Membantu dan bekerjasama dengan pihak swasta dan industri dalam usaha
pembangunan sektor mineral.

8.

Menentukan supaya aktiviti perlombongan mineral serta aktiviti lain yang


berkaitan dengannya dijalankan dengan cara yang selamat, cekap dan
sistematik.

9.

Melaksana dasar dan arahan Kerajaan berhubung dengan industri mineral


dan geosains, di samping mentadbir dan menguatkuasa undang-undang
yang berkaitan, dan

10. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemindahan teknologi,


pembangunan sumber mineral serta mempromosi hasil penyelidikan supaya
digunapakai oleh pihak industri.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Punca Kuasa
Punca kuasa JMG bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab adalah seperti
berikut:

i) Pewujudan
1. Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 [Akta 2] Perintah Menteri-Menteri
Kerajaan Persekutuan (Pindaan) (No. 4) 1999
2. Waran Perjawatan Tahun 2001

ii) Sumber Kuasa


1. Akta Penyiasatan Kajibumi 1974
2. Akta Pembangunan Mineral 1994

10

3. Enakmen Bijih Mineral Negeri


4. Enakmen Pembeli Emas Mentah
5. Enakmen Mineral Negeri
6. Kaedah-Kaedah Kuari Negeri
7. Akta Kawalan Timah 1954 (Pindaan 1988)
8. Peraturan-Peraturan Kawalan Timah 1988
9. Assignment of Export Duty (Mineral Ores) Act 1964
10. Assignment of Revenue (Export Duty on Iron Ore) Act 1962

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Stakeholders dan
Pelanggan
Stakeholders
1.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

2.

Menteri Besar / Ketua Menteri

3.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Pelanggan
1. Agensi Persekutuan
2.

Pihak Berkuasa Tempatan

3.

Badan Berkanun Persekutuan

4.

Badan Berkanun Negeri

5. Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta


6.

Pelabur

7.

Pengusaha dan Pelombong

8.

Pelancong

9. Orang Awam
10

Pertubuhan Bukan Kerajaan

11. Anggota JMG

11

BAB II
SENARIO PERSEKITARAN

13

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Isu-Isu Strategik
Melalui analisis senario persekitaran, beberapa isu strategik telah dikenalpasti
seperti berikut:

1.

Gagasan 1Malaysia

Y.A.B Perdana Menteri Malaysia telah mencetuskan idea gagasan


Malaysia yang bertemakan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan. Bagi merealisasikan gagasan ini, JMG juga menyediakan
gagasan yang bertemakan 1JMG, Bumi Diteroka, Persekitaran Dipelihara
sebagai aspirasi kepada Pelan Strategik JMG 2011-2015.

14

2.

Pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan


(GTP)

Program Transformasi Kerajaan merupakan satu pelan hala tuju yang


menjadikan matlamat serta keberkesanan Kerajaan lebih telus dan
kuantitatif. Pelan tersebut memperincikan objektif, keberhasilan dan set
tindakan dalam bidang yang dikenal pasti sebagai Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA) dengan memberi fokus kepada Bidang
Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA). Sehubungan dengan itu, JMG
telah mengenal pasti beberapa bidang keberhasilan utama di peringkat
jabatan untuk dilaksanakan selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

3.

Pelaksanaan Pelan Transformasi Perkhidmatan


Awam

MAMPU telah memperkenalkan beberapa pembaharuan dan permodenan


dalam Perkhidmatan Awam di negara ini, termasuk transformasi Sistem
Penyampaian Perkhidmatan dengan matlamat untuk menjadikan
Perkhidmatan Awam negara ini bertaraf dunia. JMG turut melaksanakan
pelan transformasi ini selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia
sebuah Negara Maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

4.

Pelaksanaan Projek-Projek RMKe-10

Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) sebagai rancangan pembangunan


lima tahun negara akan dilaksanakan daripada tahun 2011 hingga
2015. Ia merupakan blok binaan pertama kepada road map Model Baru
Ekonomi ke arah mencapai Wawasan 2020. Perolehan maklumat mineral
dan geosains melalui pelaksanaan projek-projek di bawah RMKe-10 akan
dapat menarik minat pelabur bagi menjana pertumbuhan dan
mempelbagaikan sumber ekonomi negara di samping membantu kerajaan
negeri membuat perancangan guna tanah dan pemeliharaan alam sekitar
dengan lebih berkesan dan mampan.

5.

Meningkatkan Pelaksanaan
Negara 2 (DMN2)

Dasar

Mineral

DMN2 digubal untuk mempertingkatkan sumbangan sektor mineral


dalam pembangunan sosio-ekonomi negara melalui pembangunan
sumber mineral yang efisien, bertanggungjawab dan mampan di samping
penggunaan sumber-sumber mineral secara optimum. Bagi melaksanakan
program-program di bawah 9 teras DMN2, tiga pelan induk telah
disediakan iaitu Pelan Induk Pembangunan Mineral, Pelan Induk
Pembangunan Industri Kuari dan Pelan Induk Pemulihan Lombong dan
Kuari. Menjelang 2012, Pelan Induk Pemulihan Lombong dan Kuari
dijangka akan turut diterima pakai oleh Kerajaan Negeri sebagaimana
Pelan Induk Pembangunan Mineral dan Pelan Induk Pembangunan
Industri Kuari sejak akhir 2009 lalu.

15

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

6.

Memenuhi Keperluan Mineral Yang Berterusan

Dalam tempoh 2011 hingga 2015, negara dijangka memerlukan lebih


banyak bahan mineral terutama untuk menyokong sektor pembinaan dan
pembuatan ekoran daripada perkembangan ekonomi semasa yang kembali
pulih. Negara kini masih mengimport kebanyakan mineral yang kita
sendiri mempunyai banyak rizab yang berpotensi untuk diusahahasilkan.
Pengusahahasilan sumber mineral tempatan bukan sahaja dapat
mengurangkan pengaliran keluar wang negara malah memperluaskan
punca hasil negeri di samping menggerakkan ekonomi serta memberi
peluang pekerjaan kepada rakyat setempat.

16

7.

Memenuhi Keperluan Bekalan Air Bersih

Bekalan air bersih yang terjamin dari segi kuantiti dan kualiti merupakan
faktor utama dalam memacu kemajuan sosio-ekonomi negara. Sumber
air bersih perlu diterokai dan dibangunkan bagi memenuhi permintaan di
kawasan perbandaran dan luar bandar bagi meningkatkan prasarana asas
dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Dalam hal ini, sumber air bawah
tanah perlu dikaji bagi mengenalpasti kuantiti dan kualitinya; seterusnya
dibangunkan bagi menampung permintaan terhadap bekalan air bersih
negara yang semakin meningkat. Selain daripada itu, air bawah tanah
juga membantu dalam tindakbalas bantuan bencana seperti memadam
kebakaran gambut. Dalam usaha menangani fenomena perubahan iklim,
air bawah tanah perlu diteroka bagi menjamin sumber air yang mencukupi
sekiranya berlaku bencana kemarau yang berpanjangan.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

8.

Pengurangan Risiko Bencana Di Kawasan Sensitif


Geologi

Pembangunan dalam kawasan sensitif geologi terutama kawasan tanah


tinggi dan lereng bukit yang tidak terancang boleh menyebabkan berlakunya
geobencana seperti tanah runtuh, batu runtuh, lubang benam, tanah
mendap dan sebagainya yang menyebabkan kerugian harta benda dan
kehilangan nyawa serta trauma psikologi. Pengurusan geobencana perlu
mengambil kira maklumat geologi, terain, tektonik dan sejarah geobencana
di sesuatu kawasan. Dalam hal ini, pemetaan geobencana dan penilaian
risiko geobencana merupakan langkah utama dalam menangani bencana
geologi seterusnya mengurangkan risiko melalui perancangan guna tanah
dan penggunaan maklumat geosains dalam rekabentuk kejuruteraan dan
kerja tanah. JMG perlu memainkan peranan ini selaras dengan komitmen
negara terhadap Hyogo Framework for Action 2005-2015: Building the
Resilience of Nations and Communities to Disasters, dan World Summit
Outcome 2005 on Human Security: Freedom from Fear and Freedom
from Want.

9.

Penerokaan Sumber Tenaga Alternatif

Bekalan tenaga elektrik merupakan prasarana asas yang penting bagi


memacu pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat. Negara
perlu meneroka sumber tenaga alternatif bagi menambah sumber bekalan
tenaga elektrik negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber
tenaga fosil. Penerokaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui (RE)
atau tenaga hijau (GE) merupakan langkah kerajaan bagi menzahirkan
kesungguhan negara mengurangkan pembebasan gas rumah hijau (green
house gases) dalam usaha mengurangkan kesan pemanasan global. Dalam
hal ini, JMG perlu memainkan peranan aktif dalam mengenal pasti sumber
tenaga alternatif seperti geoterma dan coal bed methane.

17

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

10. Pemeliharaan Sumber Warisan Geologi


18

Warisan geologi merupakan sumber semulajadi yang penting kepada


negara dalam aspek warisan, budaya dan ekonomi. Sumber semulajadi
ini perlu dikenalpasti dan dipelihara untuk penyelidikan dan tarikan
pelancongan yang turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara
dan kesejahteraan masyarakat. Pengisytiharan Langkawi Geopark oleh
UNESCO pada 1 Jun 2007 telah memberikan identiti baru kepada Langkawi
sebagai destinasi eko-pelancongan dan geo-pelancongan di rantau ini.
Gabungan geo-diversiti dan bio-diversiti yang unik serta budaya setempat
pastinya menggamit lebih ramai pelancong melawat Langkawi. Justeru
itu JMG perlu memainkan peranan aktif dalam mengenalpasti kawasankawasan warisan geologi negara supaya ianya dapat dipelihara sebagai
khazanah untuk penyelidikan dan tarikan pelancongan.

11. Menangani Fenomena Perubahan Iklim


Penyiasatan dan penyelidikan geosains menjurus ke arah pemahaman


kepada asalan dan taburan sumber, alam semulajadi dan evolusi
landskap bumi yang kompleks serta pelbagai keadaan alam sekitar yang
mempengaruhi setiap habitat. Selaras dengan keperluan masyarakat dan
fenomena perubahan iklim, JMG perlu memainkan peranan untuk memberi
kefahaman perubahan iklim dunia yang dialami semenjak pembentukan
bumi. Kajian geosains terutama kajian yang melibatkan geologi Kuaterner
perlu diaktifkan semula bagi mengumpul maklumat mengenai perubahan
iklim secara lebih terperinci.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

12. Memantapkan Perundangan dan Peraturan


Perundangan dan peraturan adalah perlu bagi sesebuah organisasi


berfungsi dengan cekap dan berkesan. Perundangan yang lapuk perlu
dimansuhkan atau dipinda bagi memenuhi keperluan semasa. Sebagai
contoh, Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 telah diwartakan pada 17 Februari
1976 dan tidak pernah dipinda sejak diwartakan. Akta berkenaan perlu
ditambah baik bagi memenuhi peranan dan cabaran yang dilaksanakan
JMG pada masa kini.

13. Memacu Industri Mineral Negara Melalui


Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Mineral
Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) mineral dapat
mempertingkatkan penggunaan sumber mineral tempatan, tambah nilai
dan kepelbagaian produk serta penggantian mineral import. Seterusnya
hasil R&D ini mampu untuk memacu Malaysia sebagai pengeluar dan
pembekal tersohor bagi produk yang berasaskan mineral. Sepanjang tahun
2011-2015, JMG akan terus memperhebatkan usaha untuk menjadikan
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) sebagai Pusat Kecemerlangan R&D
mineral negara.

14. Peningkatan Sistem Penyampaian perkhidmatan


Kerajaan telah mengarahkan semua jabatan supaya menambah baik


dan meningkatkan sistem penyampaian terutama kepada orang awam
melalui beberapa pekeliling dan arahan berkaitan. Penggunaan ICT
merupakan salah satu kaedah digunapakai bagi mempercepatkan proses
kerja dan memudahkan orang awam berurusan dengan Jabatan. JMG juga
menubuhkan kumpulan kerja untuk terus mengkaji prosedur-prosedur
kerja untuk mengurangkan kerenah birokrasi, serta mencari kaedahkaedah mengurangkan masa memproses dan menambah baik sistem
penyampaian.

19

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

15. Perkongsian Pintar


JMG telah menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi dan pengusaha
mineral tempatan bagi mencapai matlamat perkongsian pintar dalam
usaha meningkatkan daya saing negara dan peningkatan taraf hidup
rakyat. Program-program kerjasama ini yang merangkumi pelbagai
aktiviti telah meningkatkan nama JMG dalam menyalurkan maklumat
dan kepakaran.
Diperingkat antarabangsa JMG perlu lebih aktif mengambil peluang
dalam aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi kerajaan dan bukan
kerajaan. Kerjasama yang telah dijalin dengan beberapa negara seperti
Thailand dan Indonesia perlu diperluaskan kepada pelbagai bidang serta
mencari peluang kerjasama yang serupa dengan negara-negara lain.

20

16. Pembangunan Modal Insan


JMG perlu memberi keutamaan terhadap pembangunan sumber manusia
berikutan dengan persaraan seramai 50 orang pegawai kanan mulai tahun
2012 hingga 2015. Jika tidak, ia akan mengakibatkan kepincangan ke atas
pengurusan Jabatan memandangkan pegawai-pegawai pengganti kurang
pendedahan. Usaha berterusan perlu untuk mengatasi masalah ini dengan
mengadakan program-program yang komprehensif untuk memenuhi
kehendak pelan penggantian.

17. Kawal Selia Industri Mineral Secara Mampan


JMG bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan Akta
Pembangunan Mineral 1994, Enakmen Mineral Negeri, Kaedah-Kaedah
Kuari serta Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengannya. Disamping
itu, JMG juga turut terlibat dalam membantu menguatkuasakan undangundang lain yang berkaitan.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

18. Pelaksanaan Keputusan Majlis-Majlis Mesyuarat


Negara
JMG terlibat secara langsung dalam majlis-majlis negara berikut:
1. Majlis Tanah Negara
JMG bertanggungjawab mengkaji serta menggubal pelan strategik
yang akan dijadikan halatuju pembangunan industri mineral negara.
2. Majlis Sumber Air Negara
JMG berperanan dalam melaksanakan keputusan majlis ini berkaitan
dengan sumber air bawah tanah negara.
3. Majlis Perancangan Fizikal Negara
JMG bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat aspek geosains
dan mineral berhubung dengan perancangan guna tanah.
4. Majlis Pengurusan Bantuan Bencana Negara
JMG bertanggungjawab menyediakan khidmat kepakaran geosains
dalam tindakan menyelamat dan pemulihan bencana.

21

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Cabaran-cabaran
Berdasarkan senario persekitaran, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sektor
mineral dan geosains masa kini serta bagi tempoh lima tahun akan datang
(2011-2015) adalah seperti berikut:

1.

22

Memartabatkan
negara

sumbangan

sektor

mineral

Sektor mineral yang tidak kompetitif, terancam dan mempunyai persepsi


negatif perlu dimartabatkan kedudukannya sebagai satu aktiviti yang
mampan dan penting dalam memacu ekonomi negara serta meningkatkan
taraf hidup rakyat. Dalam hal ini, JMG perlu;

a. Meyakinkan Kerajaan negeri untuk memberi keutamaan kepada aktivti
pembangunan sumber mineral di kawasan-kawasan yang berpotensi
supaya sumber tersebut tidak dimajirkan.
b. Menggalakkan pengusaha supaya meningkatkan penggunaan sumber
mineral tempatan dan mempelbagaikan produk melalui proses tambah
nilai.

c. Memastikan amalan terbaik digunapakai dalam aktiviti perlombongan
dan pengkuarian bagi memenuhi kehendak pembangunan mampan
industri mineral termasuk mematuhi piawaian pencegahan
pencemaran alam sekitar.

d. Meningkatkan kepakaran dan perkhidmatan yang kondusif bagi
mentadbir dan mengawalselia industri mineral selaras dengan
keperluan semasa supaya industri mineral membangun secara
mampan.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

2.

Persaingan menarik pelaburan sektor mineral

Persaingan dengan negara-negara serantau bagi menarik pelabur luar


negara untuk melabur dalam industri mineral tempatan. Oleh yang
demikian ianya memerlukan;
a. Peningkatan inventori mineral yang dianggap strategik kepada negara
seperti bijih timah dan bijih besi bagi memastikan bekalan kepada
industri peleburan domestik dan kelangsungan jangka panjang
pelebur.
b. Publisiti potensi mineral menerusi internet, konvensyen serta misi
pelaburan ke luar negara.
c. Kajian komprehensif bagi tujuan analisis pasaran, dagangan,
penggantian import, ramalan dan unjuran ekonomi berkaitan komoditi
mineral.

3.

Pemetaan geologi di sempadan negara

Pemetaan geologi di kawasan sempadan negara sangat penting bagi


menjamin kedaulatan negara dan keharmonian hubungan dua hala
dengan negara-negara jiran terutamanya dalam aspek penerokaan sumber
bumi yang merentasi sempadan.

Pemetaan geologi marin yang sistematik perlu dijalankan di pelantar


benua Laut China Selatan di bahagian utara Sabah dan Sarawak untuk
menyediakan Submission Fasa ke-2 kepada Commission on the Limits of
the Continental Shelf (CLCS), Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menuntut hak
milik Malaysia dibawah Artikel 76 United Nations Convention on the
Law of the Sea 1982 (UNCLOS). Sekiranya pemetaan perairan negara ini
tidak dilengkapkan, Malaysia akan kekurangan bukti dalam kes tuntutan
sempadan pelantar benua. Malaysia telah mengemukakan tuntutan
kawasan pelantar benua secara bersama dengan Vietnam dan akan
mengemukakan beberapa lagi tuntutan bagi kawasan-kawasan lain.

23

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

24

4.

Menggalakkan penggunaan maklumat geosains

Maklumat geosains adalah input penting dalam perancangan guna tanah


dan pembangunan negara. JMG perlu menyediakan maklumat geosains
yang berkualiti serta memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan
supaya dapat digunakan secara efektif dalam perancangan guna tanah
bagi mencapai pembangunan mampan serta mengurangkan risiko bencana
dan memelihara alam sekitar. Pemetaan geobencana dan penilaian risiko
bencana perlu dijalankan secara sistematik terutama di kawasan
perbandaran dan penempatan selaras dengan komitmen negara terhadap
Hyogo Framework for Action 2005-2015: Building the Resilience of
Nations and Communities to Disasters, dan World Summit Outcome 2005
on Human Security: Freedom from Fear and Freedom from Want.

5.

Menangani masalah bekalan sumber air bersih

Masih terdapat rakyat yang tidak mendapat bekalan air bersih terutama
mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan penempatan yang
terpencil. JMG perlu bertindak untuk menyediakan bekalan air bersih dari
sumber air bawah tanah bagi menyempurnakan prasarana asas luar bandar
dan kesejahteraan hidup masyarakat selaras dengan usaha kerajaan untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat.

6.

Persediaan menghadapi ancaman perubahan


iklim

Dunia sedang mengalami fenomena perubahan iklim yang antara lain


boleh menyebabkan kemarau yang berpanjangan yang akan mencetuskan
krisis bekalan air. Dalam hal ini, JMG perlu bertindak secara strategik
bagi menyiasat sumber air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi
bencana tersebut. Perubahan iklim boleh juga menyebabkan hujan lebat
berpanjangan mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan banjir.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

7.

Menjamin bekalan tenaga yang berkekalan

Sumber tenaga fosil semakin berkurangan serta penggunaan bahan api fosil
menyebabkan pembebasan gas rumah hijau (green house gases). Dalam
hal ini, JMG perlu meneroka sumber tenaga alternatif seperti geoterma
bagi menjana tenaga elektrik yang berkekalan serta mengurangkan
kebergantungan kepada sumber tenaga fosil dan mengurangkan
pembebasan gas rumah hijau. Sumber geoterma ini merupakan aset
strategik negara bagi menjamin daya saing negara dan kesejahteraan
hidup masyarakat.

8.

Melindungi khazanah warisan geologi

Khazanah warisan geologi yang telah dikenalpasti perlu dilindungi bagi


tujuan penyelidikan dan pelancongan berkonsepkan eko-pelancongan
dan geo-pelancongan. Jabatan perlu bekerjasama dan meyakinkan
pihak berkuasa yang berkaitan supaya sumber ini yang berpotensi
menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi negara dipelihara dan
dimanafaatkan.

9.

Memperkasa R&D mineral

Usahasama penyelidikan dalam bidang mineral dengan agensi-agensi


penyelidikan lain serta pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara
perlu diperluas dan diperhebatkan. Jabatan juga perlu meningkatkan
usaha bagi memberi perkhidmatan perundingan R&D, pengkomersilan
dan mempatenkan produk R&D. Pemindahan teknologi kepada industri
mineral serta industri kecil dan sederhana (IKS) juga hendaklah dilaksanakan
dengan lebih berkesan.

25

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

10. Meningkatkan sumber kewangan dan fasiliti


Kekangan sumber kewangan dan peralatan merupakan satu halangan


kepada Jabatan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
cekap dan berkesan. Peruntukan kewangan yang besar diperlukan untuk
menjalankan program tertentu seperti survei geofizik, survei geologi marin
dan penggerudian untuk eksplorasi dan penilaian sumber mineral.

11. Pembangunan modal insan berkepakaran tinggi

26

JMG perlu membentuk satu kumpulan pegawai yang berkepakaran


tinggi dalam bidang mineral dan geosains, dedikasi, efisien, komited dan
menggunakan peralatan berteknologi tinggi amat perlu untuk memastikan
penyampaian perkhidmatan yang cekap, diyakini dan berkesan. Untuk
mencapai matlamat tersebut tindakan berikut perlu diambil iaitu:
a. Menyediakan satu pelan strategik pembangunan modal insan
berhubung urusan kerjaya, latihan, kursus, kenaikan pangkat dan
anugerah.
b. Meningkatkan semangat kerja yang rendah di kalangan anggota
disebabkan oleh peluang kerjaya yang terhad dan kekangan struktur
organisasi.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

12. Menjamin kepentingan negara dalam kerjasama


antarabangsa
JMG perlu menyediakan satu kumpulan pegawai yang kompeten
dan terkedepan dalam melaksanakan kehendak jalinan perhubungan
antarabangsa dengan sempurna agar prestasi negara terbilang dan
kepentingan negara dapat dijaga. JMG terlibat dalam;
a. Organisasi-organisasi antarabangsa seperti Coordinating Committee
for Geoscience Programme in East and Southeast Asia (CCOP),
ASEAN Senior Officials Meeting on Minerals (ASOMM), ASEAN
Ministerial Meeting on Minerals (AMMin), dan Asia-Pacific Economic
Coorperation (APEC).
b. Kerjasama dua hala melalui memorandum persefahaman (MoU)
dengan Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.
c. Memberi input dalam perundingan perjanjian perdagangan bebas
(FTA).

27

BAB III
HALA TUJU STRATEGIK

29

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

VISI

Peneraju pembangunan mineral


dan geosains menjelang 2020

JMG merupakan agensi kerajaan yang mempunyai autoriti dan kepakaran bagi
menerajui penyiasatan, perkhidmatan dan penyelidikan dalam bidang mineral
dan geosains dalam negara. Ianya dilakukan melalui perolehan (acquisition),
tafsiran (interpretation), pengurusan (management) dan sebaran (dissemination)
data dan maklumat mineral dan geosains. Pengetahuan, data dan maklumat
mineral dan geosains boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah, membantu
meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat, dan menyumbang kepada
pembangunan sosio-ekonomi negara serta pemeliharaan alam sekitar dan
pengurusan risiko bencana.

30

JMG beriltizam untuk menjalankan eksplorasi mineral bagi meningkatkan


inventori mineral negara, menjalankan analisis profil komoditi mineral dan
membuat perancangan strategik bagi menangani cabaran semasa. JMG juga
bertanggungjawab memastikan aktiviti pengkuarian dan perlombongan
dijalankan dengan teratur dan selamat serta mematuhi undang-undang yang
telah ditetapkan. JMG juga menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
dalam bidang mineral untuk memajukan industri mineral negara.
JMG juga komited dalam penyiasatan dan perkhidmatan kepakaran geosains
meliputi bidang-bidang pemetaan geologi, sumber air bawah tanah, geologi
kejuruteraan, bencana geologi, geologi alam sekitar, geologi marin, geofizik,
penderiaan jauh, mineralogi, petrologi dan bidang-bidang geosains lain.
Visi ini selaras dengan wawasan negara menjadi negara maju dan berpendapatan
tinggi menjelang 2020.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

MISI

Menyumbang kepada peningkatan


daya saing ekonomi negara dan
kualiti hidup melalui penggunaan
maklumat, perkhidmatan
berkepakaran tinggi serta
penyelidikan berkaitan mineral
dan geosains yang efektif

JMG berperanan untuk meningkatkan sumbangan sektor mineral dan


geosains terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara dan kesejahteraan hidup
rakyat melalui pembangunan sumber mineral yang mampan dan penggunaan
maklumat geosains yang berkesan. Sumber maklumat, kepakaran, khidmat
nasihat dan hasil penyelidikan daripada JMG dapat membantu pihak berkuasa
dan pengusaha dalam membangunkan sumber mineral secara optimum. JMG
juga menyumbang kepada peningkatan pembangunan sosio-ekonomi negara dan
kualiti hidup serta pengurangan risiko bencana melalui penggunaan maklumat
dan aplikasi geosains yang efektif. Secara tidak langsung ianya juga dapat
menyumbang kepada kemajuan pelbagai industri lain seperti industri hartanah,
pelancongan, akuakultur dan industri asas tani.
Aktiviti
penyelidikan
dan
pembangunan
(R&D)
mineral
dapat
meningkatkan penggunaan sumber mineral tempatan dan kepelbagaian
produk serta penggantian mineral import. Seterusnya hasil R&D ini mampu
untuk memacu Malaysia sebagai pengeluar dan pembekal tersohor bagi produk
yang berasaskan mineral.

31

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

SLOGAN

32

1JMG,
Bumi Diteroka,
Persekitaran Dipelihara

Sebagai peneraju utama dalam


aspek pembangunan mineral dan
perkhidmatan geosains negara,
JMG
bertanggungjawab
untuk
memastikan pembangunan mineral
dan pembangunan fizikal seiring
dengan pemeliharaan alam sekitar.
JMG memainkan peranan penting
dalam meneroka sumber bumi
melalui aktiviti eksplorasi, R&D
dan kawal selia supaya dijalankan
dengan teratur, selamat dan mesra alam. Sehubungan dengan itu, JMG akan
bekerjasama dengan pihak pengusaha supaya meneroka sumber bumi secara
optimum.
JMG juga menjalankan penyiasatan bagi mengumpul maklumat geosains
dan memahami keadaan geologi negara. Pengetahuan dan maklumat
geosains boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah, membantu
meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dan menyumbang kepada
pembangunan sosio-ekonomi negara serta pengurangan risiko bencana dan
pemeliharaan alam sekitar.
Melalui peranan yang dimainkan oleh JMG, masyarakat boleh diyakinkan
bahawa pembangunan guna tanah dan penerokaan sumber bumi boleh
diusahakan mengikut amalan terbaik yang selamat dan mesra alam.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Nilai Bersama
STEP
SPIRITUAL

- Nilai-Nilai Murni

TEAMWORK

- Kerja Berpasukan

EXCELLENCE

- Kecemerlangan

PROFESSIONALISM - Profesionalisme

STE

ST

EP

TEP

STEP
Bagi mencapai matlamat Pelan Strategik ini, warga JMG perlu menghayati
dan mengamalkan nilai bersama yang merangkumi empat teras Kod
Etika JMG. Empat teras ini diakronimkan sebagai STEP (Spiritual,
Teamwork, Excellence, Professionalism), yang membawa maksud bahawa
pelaksanaan tugas dan tanggungjawab oleh warga JMG adalah mengikut
langkah-langkah dan memenuhi standard prestasi yang ditetapkan, bertunjangkan
nilai-nilai kerohanian yang murni, semangat kerja berpasukan, sentiasa cemerlang
dan tahap profesionalisme yang tinggi. Nilai bersama ini adalah seiring dengan
prinsip Rukun Negara, Etika Perkhidmatan Awam Malaysia dan PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta peraturanperaturan pentadbiran lain yang berkuatkuasa.

33

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Warga JMG perlu bertanggungjawab terhadap tugasan mereka selaras dengan


nilai-nilai berikut:

MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI

KERJA BERPASUKAN

(Spiritual)

(Teamwork)
Bertindak menuju satu visi

Bersih, cekap dan berintegriti


Sabar, ikhlas dan berhemah
Adil dan bijaksana
Pekerti mulia
Hidup sederhana dan bersyukur

Kepimpinan yang mantap dan


telus
Mempunyai semangat cintakan
organisasi
Ringan sama dijinjing berat
sama dipikul
Memupuk suasana kerja yang
harmoni

34
PROFESIONALISME

MENUJU KECEMERLANGAN

(Professionalism)

(Excellence)

Bertindak berdasarkan fakta


Proaktif, inovatif dan berdaya
saing

Mempunyai wawasan

Komited, berdisiplin dan


dedikasi

Utamakan kualiti

Berwibawa dan akauntabiliti

Peka dengan arus globalisasi

Budaya ilmu
Mesra pelanggan

Setia

Nilai-nilai ini sepatutnya dipegang dan dipertahankan serta dijadikan sebagai


perangsang kepada tindakan-tindakan positif dan menjadi pembatas kepada
tindakan negatif. Semua warga JMG bekerja dalam suasana yang harmoni dan
saling mempercayai antara satu sama lain. Idea dan luahan perasaan dapat
diketengahkan serta dibincangkan secara jujur dan terbuka.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Objektif Strategik
Bagi melaksanakan fungsi dan tugas yang dipertanggungjawabkan serta
menangani isu-isu strategik dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam
merealisasikan Visi dan Misi yang ditetapkan, empat Objektif Strategik utama
telah dikenalpasti iaitu:

Memperkukuh
keupayaan
aktiviti mineral
dalam eksplorasi,
pembangunan
dan promosi
untuk memacu
ekonomi
negara

Memperkasa
pengurusan modal
insan dan kapasiti
organisasi ke arah
meningkatkan
kecekapan
penyampaian
perkhidmatan

Objektif
Strategik
Memantap
pelaksanaan
perkhidmatan geosains
berkepakaran tinggi
ke arah pembangunan
mampan yang menyumbang
kepada kesejahteraan
hidup dan pemeliharaan
alam sekitar

Memperkukuh
penyelidikan dan
pembangunan (R&D)
mineral untuk
memajukan industri
mineral negara

35

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Model Transformasi
Model pelaksanaan Pelan Strategik JMG tahun 2011 hingga 2015 adalah
seperti gambarajah di bawah yang dinamakan Model Transformasi JMG.
Ianya berbentuk sebuah rumah yang mempunyai empat tiang teras iaitu
Objektif Strategik yang menyokong kepada Misi dan Visi jabatan. Tindakantindakan yang dirancang dalam Pelan Strategik adalah untuk mencapai
Objektif Strategik, Misi dan Visi Jabatan dalam usaha merealisasikan matlamat
Wawasan 2020.

36

Model ini menekankan konsep bahawa melalui tindakan-tindakan pembangunan


modal insan yang cemerlang dan organisasi yang mantap serta hala tuju yang
jelas berdasarkan empat Objektif Strategik akan memacu JMG mencapai
Misi dan Visi yang ditetapkan. Tindakan dan perkhidmatan warga
JMG ditunjangi oleh nilai bersama STEP, yang membawa maksud
bahawa pelaksanaan tugas dan tanggungjawab oleh warga JMG adalah
mengikut prosedur dan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan,
berpaksikan kepada nilai-nilai kerohanian yang murni, semangat kerja
berpasukan, sentiasa cemerlang dan tahap profesionalisme yang tinggi. Nilai
bersama ini diyakini berupaya membina tahap integriti yang tinggi di kalangan
warga JMG ke arah memberikan perkhidmatan yang telus, cekap dan berkesan.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

WAWASAN
2020

WAWASAN
2020

VISI
VISI

misi

37

MISI

OBJEKTIF
STRATEGIK

Memperkasa
pengurusan
modal insan
dan kapasiti
organisasi
ke arah
meningkatkan
kecekapan
penyampaian
perkhidmatan

NILAI
BERSAMA

SPIRITUAL

JMG

Memperkukuh
keupayaan
aktiviti mineral
dalam eksplorasi,
pembangunan
dan promosi
untuk memacu
ekonomi negara

Memantap
pelaksanaan
perkhidmatan
geosains
berkepakaran
tinggi ke arah
pembangunan
mampan yang
menyumbang kepada
kesejahteraan hidup
dan pemeliharaan
alam sekitar

Memperkukuh
penyelidikan dan
pembangunan
(R&D) mineral
untuk memajukan
industri mineral
negara

TEAMWORK

EXCELLENCE

PROFESSIONALISM

JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

38

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Pelan Tindakan
OBJEKTIF STRATEGIK 1
MEMPERKASA PENGURUSAN MODAL INSAN DAN
KAPASITI ORGANISASI KE ARAH MENINGKATKAN
KECEKAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

39

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Modal insan yang berkualiti merupakan elemen yang paling penting dalam
mencapai Visi JMG. Oleh itu, pembangunan modal insan dijadikan objektif
strategi yang utama dalam hala tuju JMG 2011 - 2015 bagi melahirkan modal
insan yang berkepakaran tinggi, kompeten, kreatif dan berinovasi serta sikap
positif dan memiliki nilai insaniah.

40

Beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kelemahan


penyampaian perkhidmatan jabatan. Kewujudan terlalu banyak skim
perkhidmatan dalam JMG dan ramai pegawai yang akan bersara dalam
tempoh 5 tahun akan datang merupakan di antara faktor yang mempengaruhi
tahap kecekapan berkenaan. Dengan itu, pembangunan modal insan perlu
dilaksanakan secara holistik melalui pemantapan struktur organisasi jabatan
dan kajian semula skim perkhidmatan. Satu pelan latihan yang komprehensif
akan disediakan yang merangkumi pelan penggantian dan program pembangunan
kepimpinan bagi melahirkan tenaga pakar yang berintegriti dan memenuhi
keperluan kepimpinan jabatan.
Penggunaan secara optimum dan efektif sistem pengurusan maklumat dan
komunikasi merupakan pemangkin kepada kejayaan sistem penyampaian jabatan.
Kecekapan pengurusan maklumat digital jabatan masih di peringkat rendah di
mana kurang daripada 2% laporan terbitan jabatan tersedia dalam bentuk digital.
Begitu juga dengan penggunaan teknologi maklumat, JMG masih kekurangan
aplikasi untuk menyokong perkongsian dan penyebaran maklumat secara
bersepadu dan terkini. Infrastruktur ICT yang sedia ada memerlukan peningkatan
dan penambahbaikan supaya ianya selari dengan perkembangan teknologi
masakini. Peningkatan ini perlu dilakukan bagi memastikan kelangsungan ICT
sebagai enabler dalam menjayakan fungsi dan peranan jabatan. Kejayaan ini
akan dapat direalisasikan dan memberi impak yang besar melalui pembangunan
dan penggunaan aplikasi mineral dan geosains yang bersepadu serta peningkatan
infrastruktur ICT. Inisiatif ini juga akan mampu menggalakkan lagi budaya
penggunaan ICT dalam jabatan. Disamping itu peluasan liputan perkhidmatan
berteraskan pelanggan diperkemaskan melalui portal jabatan yang komprehensif
dan sistem pengurusan perpustakaan yang berkesan.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Peningkatan sumber kewangan dan pemantapan pengurusan kewangan


merupakan antara yang penting dalam strategi ini agar jabatan memperoleh
peruntukan yang mencukupi bagi membiayai semua aktivitinya dengan
berkesan. Buat masa ini hampir keseluruhan peruntukan kewangan bergantung
secara langsung kepada peruntukan kerajaan. Oleh itu jabatan perlu berusaha
untuk mendapatkan sumber kewangan alternatif bagi meningkatkan kemampuan
memberi perkhidmatan teknikal kepada pelanggan. Disamping itu pematuhan
terhadap pengurusan kewangan dan akaun perlu dipertingkatkan bagi
mengekalkan pengurusan kewangan yang cemerlang.
Imej sesebuah jabatan memberi gambaran terhadap peranan dan fungsi jabatan
berkenaan. Sebagai sebuah jabatan teknikal yang memberi perkhidmatan kepada
masyarakat, JMG perlu tampil sebagai organisasi peneraju dalam bidang mineral
dan geosains dengan membangun, mempertingkat dan memperkasakan imej
korporat yang cemerlang. Usaha ini akan dilaksanakan melalui pelan transformasi
jabatan yang komprehensif merangkumi penglibatan media dan promosi. JMG
juga perlu berusaha memperluaskan lagi pengiktirafan perkhidmatan makmal dan
meningkatkan perkongsian pintar melalui kerjasama dengan pelbagai institusi
dalam dan luar negara.
Kewibawaan sesebuah jabatan bergantung kepada penguatkuasaan dan
pelaksanaan perundangan, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. JMG
mempunyai beberapa akta, peraturan dan garis panduan yang telah lama digubal
dan masih berkuatkuasa. Namun, pelaksanaannya bagi tujuan peningkatan
kecekapan perancangan pembangunan mampan dan pemeliharaan alam sekitar
didapati agak terbatas. Bagi memastikan akta, peraturan dan garis panduan
ini sentiasa relevan dengan keperluan semasa, maka usaha pemantapan perlu
dilakukan melalui semakan semula secara sistematik. Disamping itu, penyediaan
peraturan dan garis panduan yang baharu akan terus dilakukan.

41

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Bagi mencapai objektif strategik ini, strategi pelaksanaan dan tindakan yang akan
dilaksanakan disenaraikan dalam jadual berikut;
STRATEGI

TINDAKAN /
PROGRAM

1. Memperkukuhkan a. Memantapkan
organisasi dan
struktur organisasi
pembangunan
modal insan

INDIKATOR

Pertambahan
Pengukuhan
struktur organisasi
kakitangan dan
nisbah kenaikan
dilaksanakan
pangkat
mulai 2012
Peningkatan
tahap kepuasan
anggota

42

b. Membuat kajian
Kemajuan
semula skim
kerjaya yang
perkhidmatan sedia
lebih baik
ada yang pelbagai
c. Menyediakan
pelan latihan yang
komprehensif bagi
meningkatkan
tahap
profesionalisme
anggota

SASARAN /
TAHUN

Peningkatan
tahap kelulusan
akademik
Peningkatan
tahap
kompetensi
anggota

Tahap kepuasan
anggota mencapai
85%
Tahap kepuasan
anggota mencapai
85% mulai 2015
Sekurangkurangnya 2%
daripada jumlah
kumpulan P&P
memperolehi
ijazah lanjutan
setiap tahun
mulai 2011
Sekurangkurangnya 5%
anggota mendapat
kompetensi tahap
cemerlang mulai
2012

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

STRATEGI

TINDAKAN /
PROGRAM
d. Menyedia dan
melaksanakan
pelan penggantian
jabatan

INDIKATOR
Pelan
penggantian
disediakan

SASARAN /
TAHUN
Pelan penggantian
jabatan siap pada
2011

Pegawai
berpotensi
dikenalpasti
e. Menyediakan dan
melaksanakan
program
pembangunan
kepimpinan

Peningkatan
tahap
kepimpinan
anggota

Peningkatan
f. Menambah
tenaga pakar
bilangan tenaga
dalam semua
pakar dalam semua
bidang mineral
bidang mineral dan
dan geosains
geosains
2. Meningkatkan
a. Membangun
sistem pengurusan
aplikasi mineral
maklumat dan
dan geosains yang
komunikasi bagi
bersepadu
menyokong
penggubalan
b. Mempertingkat
dasar dan
infrastruktur ICT
membuat
keputusan
c. Pembudayaan
penggunaan ICT
dalam organisasi

Penjanaan
maklumat yang
tepat dan cepat

10% Pegawai
Gred 48 dan ke
atas menghadiri
program
kepimpinan
setahun mulai
2011
Menghasilkan
5 orang tenaga
pakar setiap tahun
mulai 2011
Tempoh
penyediaan
maklumat
dikurangkan
50% mulai 2012

Transaksi lebih Masa menunggu


cepat dan cekap
transaksi dapat
dikurangkan 50%
mulai 2012
Kadar celik ICT
meningkat

100% celik ICT


pada 2012

43

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

STRATEGI

TINDAKAN /
PROGRAM
d. Memperkemas
sistem pengurusan
perpustakaan dan
arkib

INDIKATOR
Maklumat
tersedia dalam
bentuk digital

15% pendigitan
dokumen mulai
2012

Tempoh carian
dokumen
dan data
dipercepatkan

Tempoh
masa carian
disingkatkan
50% mulai 2012

e. Membangunkan
Web /
portal jabatan yang
Portal yang
komprehensif
bermaklumat
dan interaktif

44

3. Meningkatkan
sumber
kewangan dan
memantapkan
pengurusan
kewangan

4. Memperkasa
imej korporat
organisasi

SASARAN /
TAHUN

Mengekalkan
pencapaian 5
bintang sehingga
2015

a. Mewujudkan
akaun
amanah untuk
melaksanakan
perkhidmatan
teknikal kepada
pelanggan

Peningkatan
perkhidmatan
perundingan
dan kepakaran

Akaun amanah
diwujudkan
pada tahun 2012

b. Meningkatkan
pematuhan
pengurusan
kewangan dan
akaun

Akauntabiliti
pengurusan
kewangan

Mengekalkan
pengurusan
kewangan
cemerlang

a. Menyediakan
pelan transformasi
jabatan yang
komprehensif

Peningkatan
indeks persepsi
pelanggan

80% pelanggan
berpandangan
positif terhadap
JMG mulai 2012

b. Menyediakan
pelan media dan
promosi

Peningkatan
indeks persepsi
pelanggan

80% pelanggan
berpandangan
positif terhadap
JMG mulai 2012

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

STRATEGI

TINDAKAN /
PROGRAM
c. Memperluaskan
lagi pengiktirafan
perkhidmatan
makmal jabatan

INDIKATOR

SASARAN /
TAHUN

Peningkatan
80% pelanggan
indeks kepuasan
berpuashati
pelanggan
dengan
perkhidmatan
yang diberikan
mulai 2012
Penambahan
makmal
memperoleh
persijilan
MS ISO 17025

5. Memantapkan
perundangan,
peraturan dan
garis panduan

d. Meningkatkan
perkongsian pintar
melalui kerjasama
dengan institusi
kerajaan dan
swasta, dalam
dan luar negara

Peningkatan
kecekapan
dan kepakaran
anggota

Bilangan
perkongsian
pintar sebanyak
2 perkongsian
mulai tahun 2011

a. Menjalankan
semakan secara
sistematik dan
mengharmonikan
akta-akta yang
berkaitan

Peningkatan
kewibawaan
jabatan

Semakan Akta
Penyiasatan
Kajibumi 1974
selesai pada 2012

b. Menyediakan
peraturan dan
garis panduan

Peningkatan
kecekapan
perancangan
pembangunan
mampan dan
pemeliharaan
alam sekitar

Peningkatan 10%
indeks kepuasan
pengguna mulai
2012
Satu peraturan/
garis panduan
setiap tahun
mulai 2011
Peningkatan
10% indeks
kepuasan
pengguna
mulai 2012

45

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

OBJEKTIF STRATEGIK 2
MEMPERKUKUH KEUPAYAAN AKTIVITI MINERAL
DALAM EKSPLORASI, PEMBANGUNAN DAN
PROMOSI UNTUK MEMACU EKONOMI NEGARA

46

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Mineral adalah bahan yang penting dalam pembangunan negara. Permintaan


terhadap mineral meningkat seiring dengan pembangunan dan pertambahan
penduduk. Malaysia dianugerahkan dengan kekayaan pelbagai sumber mineral
seperti emas, timah, besi, tembaga, mangan, bauksit, arang batu, lempung, kaolin,
pasir silika, batu kapur, agregat batuan, pasir dan kelikir. Dalam era 1950an
hingga 1970an, bijih timah merupakan sumber eksport kedua terpenting dan
ketika itu industri perlombongan menjadi tonggak kepada ekonomi negara.
Senario kini telah banyak berubah di mana industri perlombongan tidak lagi
menjadi tonggak kepada ekonomi negara. Jumlah pengeluaran mineral tempatan
pada tahun 2009 hanya RM3.1 bilion iaitu pertambahan 15 peratus berbanding
RM2.70 bilion pada tahun 2008. Sebahagian besar nilai pengeluaran tersebut
disumbangkan oleh mineral bukan logam iaitu RM2.07 bilion terutama agregat
batuan, barit, lempung, batu kapur, kaolin, pasir silika, feldspar dan mika.
Pertambahan ini selari dengan pertumbuhan sektor-sektor lain seperti infrastruktur,
pembinaan dan pembuatan.
Eksplorasi mineral perlu dilaksanakan secara sistematik untuk mengenal pasti
rizab sumber mineral yang signifikan dan berpotensi untuk dibangunkan. Keluasan
liputan survei geokimia negara sehingga kini telah mencapai 55.7% daripada
keluasan negara atau 185,000 km persegi. Eksplorasi mineral memakan masa
yang panjang, kos yang tinggi dan maklumat yang diperolehi terhad kerana kajian
tidak dilakukan sehingga ke peringkat terperinci. Penggerudian adalah kaedah
terbaik untuk menentukan jumlah rizab longgokan mineral yang berada di dalam
perut bumi tetapi ianya memerlukan kos yang tinggi. Sehingga kini, rizab mineral
berlogam dianggarkan berjumlah 51.7 juta tan, mineral bukan logam berjumlah
46.5 billion tan dan batu arang berjumlah 0.96 bilion tan
Pertumbuhan ekonomi negara dijangka kembali pulih dalam tahun 2011.
Perkembangan ini akan meningkatkan permintaan bahan mineral terutamanya
terhadap sumber mineral tempatan bagi menyokong sektor pembuatan dan
pembinaan. Pembangunan pesat khasnya di negara-negara seperti China, India
dan Afrika turut menyebabkan permintaan mineral terus meningkat.

47

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Negara kini masih mengimport kebanyakan mineral walaupun negara


mempunyai banyak rizab yang berpotensi untuk diusahahasilkan. Nilai import
mineral bagi tahun 2009 berjumlah RM5.62 bilion berbanding RM7.98 bilion
dalam tahun sebelumnya. Dalam tahun 2009, jumlah nilai import produk
berasaskan mineral adalah RM38.44 bilion. Sebahagian besarnya adalah import
produk berasaskan mineral berlogam iaitu RM35.67 bilion yang terdiri daripada
produk berasaskan besi dan keluli, emas, tembaga, aluminium, zink, timah dan
plumbum.
Pengurusan ekonomi mineral memerlukan kemahiran dalam bidang risikan
mineral tetapi kepakaran tersebut masih terlalu kurang di JMG. Bidang risikan
mineral merangkumi penyelidikan tentang pasaran domestik / antarabangsa,
harga, penawaran / permintaan, penggunaan, aliran dagangan, kegunaan dan
pasaran baru, pelaburan (direct / reverse), pelaburan tempatan dan asing, serta
pemantauan aktiviti huluan / hiliran sektor mineral negara.

48

Perhubungan komunikasi, pertukaran pandangan dan pengalaman antara


kerajaan dengan pihak awam, swasta, pengeluar dan pengguna telah diwujudkan
supaya sektor mineral negara terus membangun. Penyampaian maklumat melalui
penerbitan dan seminar adalah terhad dan kebanyakannya di peringkat dalam
negeri. Kekurangan program promosi menyebabkan kegagalan untuk menarik
pelaburan yang berkualiti dan tulen, sama ada dari pelabur tempatan atau dari
luar negara.
Pengusahahasilan sumber mineral tempatan bukan sahaja dapat mengurangkan
pengaliran keluar wang negara melalui import bahkan dapat meningkatkan
pendapatan melalui eksport mineral, memperluaskan punca hasil negeri seperti
pungutan royalti, bayaran fi, sewa tahunan tanah disamping menggerakkan
ekonomi serta memberi peluang pekerjaan kepada rakyat setempat.
Pembangunan sektor mineral negara berlaku dalam skala yang kecil, terhad dan
perkembangan yang terlalu perlahan. Aktiviti perlombongan dianggap sebagai
aktiviti yang memberikan pulangan ekonomi yang tidak setimpal dengan tahap
kerosakan alam sekitar yang berlaku. Oleh sebab itu terdapat negeri yang
keberatan untuk membuka kawasan baru bagi eksplorasi dan perlombongan.
Disamping itu, ciri perlombongan yang mempunyai tempoh pulangan yang
panjang menyebabkan sektor mineral diketepikan dalam perancangan guna
tanah berbanding dengan aktiviti ekonomi lain yang dianggap lebih memberikan
pulangan cepat dan tinggi.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Pembangunan kekal di atas longgokan sumber mineral sebelum ianya


dikeluarkan boleh mengakibatkan kehilangan sumber ekonomi negara. Hasilnya
menjadikan sumbangan sektor mineral kepada KDNK dan sosio-ekonomi negara
tetap kecil. Program road show dan latihan bagi meningkatkan kefahaman
berkaitan Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Enakmen Mineral Negeri 2001
telah dibuat di negeri yang mempunyai potensi sumber mineral. Sebagaimana
yang diharapkan, perkembangan tersebut telah meningkatkan kelulusankelulusan baru bagi pajakan lombong oleh kerajaan negeri dan mendorong
kepada pembukaan lombong-lombong baru yang turut menyumbangkan kepada
peningkatan kutipan royalti.
JMG bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan tujuh Akta dan
Enakmen Mineral Negeri serta Peraturan-Peraturan yang berkaitan. Disamping
itu JMG juga turut terlibat dalam membantu menguatkuasakan 18 undangundang lain yang berkaitan dengan industri mineral. Dasar Mineral Negara
2 (DMN2) telah dilancar tetapi pelaksanaannya masih belum sepenuhnya.
Penambahbaikan sistem regulatori telah dibuat melalui Akta Pembangunan
Mineral 1994 (APM) yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Persekutuan dan
Enakmen Mineral Negeri 2001 (EMN) yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa
Negeri. Undang-undang tersebut mewujudkan prosedur-prosedur yang jelas dan
telus bagi pengeluaran hakmilikan mineral, security of tenure serta kawalseliaan
aktiviti pembangunan mineral dengan memberi penekanan kepada pemuliharaan
dan pengurusan alam sekitar supaya sektor ini membangun secara mampan.
Kes salah urus dan pelanggaran undang-undang meskipun kecil dan terpencil akan
ditangani melalui penguatkuasaan yang berterusan dengan kerjasama daripada
semua pihak termasuk pengusaha. Ini bagi memastikan, industri mineral negara
diuruskan dengan baik, mesra alam dan secara mampan.

49

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Bagi mencapai objektif strategik ini, strategi pelaksanaan dan tindakan yang akan
dilaksanakan disenaraikan dalam jadual berikut;
STRATEGI
1. Meningkatkan
eksplorasi
sumber mineral

TINDAKAN /
PROGRAM

INDIKATOR

a. Menjalankan
program eksplorasi
dan penilaian
sumber mineral
termasuk mineral
khusus

Peningkatan
kekayaan
sumber mineral
negara

SASARAN /
TAHUN
Peningkatan
liputan
sebanyak
0.4% setahun
daripada
keluasan
negara mulai
2011
Peningkatan
inventori rizab
mineral 0.1%
menjelang
2014

50
b. Menggiatkan
penyiasatan
sumber pasir laut

Inventori rizab
pasir laut
bertambah
Peningkatan
permohonan
lesen
melombong
pasir laut

2. Meningkatkan
risikan dan
analisis komoditi
mineral

a. Menjalankan
analisis
komprehensif
terhadap pasaran,
dagangan,
penggantian import
dan ramalan
komoditi mineral

Peningkatan
minat pelabur
dalam industri
mineral di
Malaysia

Pertambahan
inventori rizab
pasir laut
sebanyak 10%
menjelang
2014
Permohonan
lesen
melombong
pasir laut
meningkat
sebanyak 5%
mulai 2012
Peningkatan
nilai pelaburan
sebanyak 5%
mulai 2012

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

STRATEGI

TINDAKAN /
PROGRAM

INDIKATOR

SASARAN /
TAHUN

3. Meningkatkan
promosi dan
penyebaran
maklumat secara
efektif dan
berterusan

a. Mengadakan road
show kepada Pihak
Berkuasa Negeri
berkaitan industri
mineral

Industri mineral
diterima oleh
Kerajaan Negeri
sebagai salah
satu bidang
pelaburan
utama

Minimum dua
promosi setiap
tahun mulai
2012

b. Menggalakkan
penggunaan
maklumat
mineral dalam
perancangan guna
tanah, pelaburan
dan pembangunan
fizikal

Maklumat
mineral diambil
kira oleh
pihak yang
berkaitan dalam
perancangan
pembangunan

Bilangan
khidmat
nasihat dan
pelaporan
mineral dalam
perancangan
guna tanah
meningkat 5%
setiap tahun
mulai 2011

c. Menyebarkan
maklumat mineral
dalam usaha
menggalakkan
penggunaan bahan
mineral tempatan

Peningkatan
penggunaan
sumber mineral
tempatan oleh
pihak industri

Kuantiti
pengeluaran
bahan mineral
meningkat 5%
setiap tahun
mulai 2011

51

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

STRATEGI

TINDAKAN /
PROGRAM

INDIKATOR

SASARAN /
TAHUN

4. Memastikan
pembangunan
dan penggunaan
sumber mineral
secara mampan

a. Melaksanakan
pelan-pelan induk
di bawah Dasar
Mineral Negara 2

Peningkatan
kemampanan
industri mineral

Pelaksanaan
30% setahun
pelan-pelan
tindakan mulai
2011

b. Memberi
khidmat nasihat
kepada pelabur
berkaitan kawasan
berpotensi untuk
pembangunan
mineral

Peningkatan
minat oleh
pelabur melalui
bilangan
pertanyaan
berhubung
mineral

Pertambahan
bilangan
permohonan
carigali mineral
sekurang
kurangnya 5%
setahun mulai
2011

c. Menggalakkan
kerajaan
negeri untuk
memperuntukkan
lebih banyak
kawasan bagi
carigali dan
perlombongan

Peningkatan
hasil
pendapatan
negeri
dalam sektor
perlombongan

Bilangan
pengeluaran
tenemen
mineral
meningkat 5%
setahun mulai
2011

a. Melaksanakan
aktiviti
penguatkuasaan
secara
bersepadu dan
mempertingkatkan
amalan
perlombongan
dan pengkuarian
terbaik di kalangan
pengusaha

Pengurangan
aduan,
kemalangan
dan indeks
pencemaran
alam sekitar

Bilangan
pengusaha
mencapai
tahap 5 bintang
meningkat 5%
setiap tahun
mulai 2012

52

5. Meningkatkan
keberkesanan
kawalselia
lombong dan
kuari

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

OBJEKTIF STRATEGIK 3
MEMANTAP PELAKSANAAN PERKHIDMATAN
GEOSAINS BERKEPAKARAN TINGGI KE ARAH
PEMBANGUNAN MAMPAN YANG MENYUMBANG
KEPADA KESEJAHTERAAN HIDUP DAN
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

53

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Perkhidmatan yang cekap dan berkesan memerlukan maklumat geologi yang


kemaskini dan tersedia. Dalam masa yang sama, keupayaan organisasi dan
kepakaran personel perlu dipertingkatkan bagi memberikan perkhidmatan
berkepakaran tinggi dan memenuhi kehendak semasa.
Peta dan maklumat geologi membantu dalam aktiviti carigali mineral dan air
bawah tanah, penyiasatan tapak, mengenalpasti risiko bencana dan melindungi
ekosistem sensitif.
Maklumat geologi negara masih belum lengkap terutama di Sabah, Sarawak dan
perairan Negara. Status pemetaan geologi negara sehingga tahun 2010 adalah
sebagaimana jadual di bawah:

Program / Aktiviti

54

1. Pemetaan geologi rantau Malaysia

Liputan
51.9% (171,475 km2 daripada 329,782 km2)

1.1 Semenanjung

86.4% (113,273 km2 daripada 131,713 km2)

1.2 Sabah

28.0% (20,536 km2 daripada 73,610 km2)

1.3 Sarawak

29.8% (37,080 km2 daripada 124,459 km2)

2. Pemetaan geologi marin

33% (182,820 km2 daripada 554,000 km2)

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Pemetaan geologi di kawasan sempadan negara sangat penting bagi menjamin


kedaulatan negara dan keharmonian hubungan dua hala dengan negara-negara
jiran terutamanya dalam aspek penerokaan sumber bumi yang merentasi
sempadan.
Malaysia turut terdedah kepada risiko bencana geologi seperti tanah runtuh, batu
runtuh, aliran debris, lubang benam, tanah mendap, gempa bumi dan tsunami.
Kejadian bencana tersebut menyebabkan kerugian harta benda dan kehilangan
nyawa serta trauma psikologi. Antara bencana geologi besar yang direkodkan
adalah:







Batu runtuh, Ipoh 1973, 40 kematian


Tanah runtuh, Highland Tower 1993, 48 kematian
Aliran debris, Genting Highland 1995, 21 kematian
Aliran debris, Kuala Dipang 1996, 44 kematian
Aliran debris, Sandakan 1999, 17 kematian
Aliran debris, Simunjan, Sarawak 2003, 21 kematian
Tsunami, Barat Laut Semenanjung Malaysia 2004, 68 kematian
Tanah runtuh, Bukit Antarabangsa, Selangor 2008, 5 kematian

Pembangunan yang tidak terancang dan terkawal seperti pembinaan perumahan


di kawasan bercerun, pembalakan dan pertanian boleh mengakibatkan risiko
bencana dan kemerosotan kualiti alam sekitar. Pemetaan geobencana, penilaian
risiko geobencana dan pemetaan geologi kejuruteraan merupakan langkah utama
dalam menangani bencana geologi. Maklumat geosains adalah input penting
dalam perancangan guna tanah dan rekabentuk kejuruteraan.
Kempen kesedaran awam perlu dipertingkatkan bagi memberi kefahaman kepada
pihak berkuasa dan masyarakat terhadap kepentingan makluamat geosains bagi
mengurangkan risiko bencana geologi.

55

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Sumber air bawah tanah merupakan aset strategik negara yang perlu diterokai
dan dinilai keupayaannya dari segi kuantiti dan kualiti untuk membantu sumber
air negara yang terlalu bergantung kepada air permukaan. Maklumat dan hasil
daripada kajian ini sangat berguna untuk diintegrasikan dalam program Integrated
Water Resources Management (IWRM) dan Integrated River Basin Management
(IRBM). Dengan perubahan iklim yang tidak menentu, negara harus bersedia
dengan sumber air alternatif termasuk air bawah tanah bagi memastikan negara
sentiasa cukup bekalan airnya.
Menurut laporan Malaysia Water Industry Guide 2009, penggunaan air bawah
tanah dalam sistem bekalan air domestik telah meningkat sebanyak 5% dari 197
MLD (million litre perday) dalam tahun 2008 kepada 207 MLD dalam tahun 2009.
Penggunaan air bawah tanah digunakan secara meluas di kawasan-kawasan
bermasalah bekalan air bersih seperti kampung terpencil, penempatan orang asli,
pulau-pulau dan kawasan pertanian.

56

Air bawah tanah terdedah kepada pencemaran ekoran daripada aktiviti


pembangunan dan pembuangan sisa yang tidak terkawal. Oleh itu, kajian
sistematik perlu dilakukan untuk memetakan akuifer air bawah tanah seterusnya
merangka langkah-langkah kawalan dan perlindungan akuifer dan kawasan
imbuhan air bawah tanah daripada pencemaran.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Negara memiliki banyak tapak geologi menarik seperti gua batu kapur, air
panas, permatang kuarza, volkano lumpur, air terjun, landskap geologi dan
sebagainya yang amat sesuai dibangunkan sebagai warisan geologi dan
tempat pelancongan. Semua tapak geologi merupakan sumber semula jadi
yang mempunyai nilai dari aspek pendidikan, ekonomi dan budaya yang
perlu dipelihara sebagai warisan negara. Khazanah warisan geologi ini perlu
dikenalpasti dan dipelihara untuk tujuan penyelidikan dan menjadi bahan
tarikan pelancong yang turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.
Sebagai contoh, pengisytiharan Langkawi sebagai Global Geopark oleh
UNESCO pada 1 Jun 2007 telah memberikan identiti baru kepada pulau
tersebut sebagai destinasi eko-pelancongan di rantau ini. Justeru itu tindakan
perlu diambil bagi mengenal pasti lokaliti dan kawasan yang mempunyai elemenelemen khusus sebagai warisan geologi supaya ianya dapat dipelihara sebagai
khazanah negara untuk penyelidikan, tarikan pelancong dan warisan kita kepada
generasi akan datang. Majlis Mineral Negara pada mesyuaratnya yang ketiga
telah memutuskan agar tapak-tapak warisan geologi dipeta dan dizonkan sebagai
warisan negara serta dimajukan untuk pembangunan industri pelancongan.
Pada masa ini sebahagian besar daripada tenaga elektrik dijana dengan
menggunakan sumber tenaga konvensional iaitu minyak, gas, tenaga hidro dan
arang batu. Kebanyakan daripada sumber tenaga tersebut semakin berkurangan
dan tidak mesra alam. Beberapa sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar,
angin, geoterma dan sebagainya telah berjaya dibangunkan di beberapa negara
luar. Penerokaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy)
atau tenaga hijau (green energy) yang mesra alam sangat digalakkan oleh
kerajaan. Dalam hal ini, sumber tenaga alternatif yang mempunyai potensi untuk
dibangunkan di negara ini ialah geoterma dan coal-bed methane (CBM). Ianya
akan membantu menjamin bekalan tenaga yang mencukupi untuk memenuhi
keperluan negara pada masa hadapan.
Kajian awal telah dibuat untuk mengenal pasti sumber tenaga geoterma.
Beberapa kawasan yang mempunyai potensi untuk menjana tenaga elektrik
daripada sumber geoterma telah dikenalpasti; antaranya di Tawau (Sabah),
Lojing (Kelantan), Hulu Slim (Perak), Sg. Kelah (Perak), Trong (Perak), Dusun Tua
(Selangor) dan Hulu Tamu (Selangor).

57

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Bagi mencapai objektif strategik ini, strategi pelaksanaan dan tindakan yang akan
dilaksanakan disenaraikan dalam jadual berikut;

58

STRATEGI

TINDAKAN /
PROGRAM

INDIKATOR

SASARAN /
TAHUN

1. Memperkasakan
pengumpulan
dan pembekalan
maklumat
geosains yang
menyakinkan

a. Menggiatkan
aktiviti pemetaan
geologi di
kawasan strategik
dan pelantar
benua

Pertambahan
maklumat
geologi
dan sumber
bumi bagi
meningkatkan
daya saing
negara

Peningkatan
sebanyak
1% setahun
kawasan
pemetaan
geologi negara
mulai 2013

b. Menyediakan
prosedur,
garis panduan
dan kaedah
pengumpulan
maklumat
geosains
berteraskan
teknologi dan
inovasi terkini

Peningkatan
kecekapan
kakitangan

Satu prosedur /
garis panduan
setiap tahun
mulai 2012

c. Meningkatkan
keupayan fasiliti
dan analisis bagi
pengumpulan
serta penyebaran
maklumat
geosains

Peningkatan
persepsi positif
dan tahap
akses kepada
maklumat
geosains

Peningkatan
sebanyak 5%
setahun mulai
2011

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

STRATEGI

TINDAKAN /
PROGRAM

2. Meningkatkan
pelaksanaan
perkhidmatan
geosains dalam
pengurusan
geobencana dan
pemeliharaan
alam sekitar

a. Meningkatkan
penggunaan
maklumat
pemetaan geologi
terain dan geologi
kejuruteraan
dalam
perancangan
pembangunan
fizikal

Peningkatan
pengunaan
maklumat

Peningkatan
5%
penggunaan
maklumat
mulai 2011

b. Meningkatkan
penggunaan
maklumat risiko
geobencana bagi
mengurangkan
ancaman bencana

Pengurangan
kerugian harta
benda dan
kehilangan
nyawa

Pengurangan
sebanyak 5%
setahun mulai
2011

a. Meningkatkan
kajian sumber
air bawah tanah
negara secara
sistematik

Peningkatan
liputan kajian
sumber air
bawah tanah
negara

1 lembangan
siap dikaji
dalam tempoh
2 tahun mulai
2011

b. Memberikan
perkhidmatan
pembangunan
dan pembekalan
air bawah tanah
di kawasan
bermasalah

Peningkatan
penggunaan air
bawah tanah
untuk kegunaan
domestik,
pertanian dan
pencegahan
kebakaran
gambut

Peningkatan
sebanyak 5%
penggunaan air
bawah tanah
menjelang
2015

c. Memberikan
perkhidmatan
pemantauan
kualiti air bawah
tanah negara

Peningkatan
maklumat kualiti
air bawah tanah

Pertambahan
sebanyak
5% telaga air
bawah tanah
yang dipantau
mulai 2012

3. Memantapkan
eksplorasi dan
pembangunan
sumber
air bawah
tanah untuk
kesejahteraan
hidup rakyat

INDIKATOR

SASARAN /
TAHUN

59

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

STRATEGI

60

TINDAKAN /
PROGRAM

INDIKATOR

SASARAN /
TAHUN

4. Memperkasakan
sumber warisan
geologi negara
bagi tujuan
penyelidikan
dan tarikan
pelancong

a. Mengenal pasti
dan memetakan
kawasan warisan
geologi

Kawasan
warisan geologi
negara yang
baru dikenalpasti

Pertambahan
10% kawasan
dikenalpasti
menjelang
2015

b. Mendapatkan
pengiktirafan
daripada Pihak
Berkuasa Negeri
sebagai kawasan
berpotensi
geopelancongan

Peningkatan
bilangan
kawasan warisan
geologi yang
diiktiraf

Dua kawasan
warisan
geologi yang
diiktiraf
peringkat
nasional
menjelang
2015

5. Meneroka
sumber tenaga
alternatif ke arah
kepelbagaian
penjanaan
tenaga

a. Mengenal
pasti sumber
geoterma sebagai
tenaga boleh
diperbaharui (RE)

Peningkatan
sumber tenaga
berasaskan
geoterma

Penilaian
satu sumber
geoterma siap
menjelang
2015

b. Mengenal pasti
potensi sumber
coal bed methane
(CBM) di Sabah
dan Sarawak

Penemuan
sumber tenaga
berasaskan CBM

Penilaian satu
sumber CBM
dimulakan
pada 2012

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

OBJEKTIF STRATEGIK 4
MEMPERKUKUH PENYELIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN (R&D) MINERAL UNTUK
MEMAJUKAN INDUSTRI Mineral Negara

61

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Selaras dengan objektif penyelidikan JMG, aktivitinya tertumpu kepada


penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menggalakkan penggunaan
mineral tempatan, meningkatkan pembangunan produk berasaskan sumber dan
membangunkan teknologi pengusahahasilan mineral secara mampan melalui
R&D.
Sehingga kini, JMG telah melaksanakan projek-projek R&D meliputi kajian
tambah nilai dan penghasilan produk hiliran yang berasaskan sumber mineral
tempatan seperti pasir silika, lempung, bahan termaju dan batuan. Dalam aspek
teknologi pengusahahasilan mineral secara mampan, R&D ditumpukan kepada
teknik pemprosesan, kawalan impak operasi perlombongan dan pengkuarian
kepada alam sekitar serta kajian pemulihan tanah bekas lombong dan kuari.

62

Dalam tempoh sepuluh tahun, JMG telah mencapai kejayaan dengan beberapa
penemuan penyelidikan yang telah dikenalpasti berpotensi untuk dikomersilkan.
Antaranya ialah teknologi penghasilan pelet kaca kristal dan teknologi penghasilan
adunan jasad seramik yang boleh dimanfaatkan oleh industri kecil dan sederhana.
Bagi pengawalan alam sekitar, perisian Estimated Dust Deposition Model (EDDM)
juga berpotensi untuk dikomersilkan. Kajian penggunaan pemangkin SiO2 / TiO2
ke atas efluen lombong menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Aktiviti-aktiviti R&D telah dapat dilaksanakan dengan adanya fasilitifasiliti makmal yang hampir lengkap. Fasiliti-fasiliti tersebut termasuklah
peralatan analisis seperti X-Ray Fluorescence, X-Ray Diffraction, Scanning
Electron Microscope, Induced Coupled Plasma (ICP), Atomic Absorption
Spectrometer (AAS), Ultra-Violet Spectrometer dan Fourier Transform Infra
Red (FTIR). Pelbagai jenis alat pemprosesan untuk pengasingan fizikal dan
fiziko-kimia disamping peralatan pencirian produk juga terdapat di makmalmakmal penyelidikan JMG.
Walaupun JMG telah mencapai tahap yang membanggakan dalam bidang
R&D, namun masih banyak ruang untuk mempertingkatkan kemampuannya.
Perancangan dan pelaksanaan penyelidikan akan lebih berkesan dengan
penubuhan Panel Penasihat Penyelidikan bagi memastikan aktiviti R&D yang
dijalankan sentiasa relevan dengan keperluan semasa. JMG perlu menumpukan
penyelidikan ke atas mineral tempatan, kitar semula mineral, penjagaan alam
sekitar dan keselamatan pekerjaan. Hasil penyelidikan perlu dikomersilkan
bagi meningkatkan keupayaan industri mineral tempatan. Disamping itu, aspek
perkongsian pintar perlu diperkukuhkan melalui kerjasama dengan pihak swasta
dan institusi pengajian tinggi serta perkhidmatan pakar luar negara. JMG telah
menjalin kerjasama R&D dengan institusi kerajaan dan swasta berikut:
a. Syarikat Sebangun Sdn. Bhd.
b. Syarikat Faizy Crystal Glass Blowing Sdn. Bhd.
c. Syarikat Rembau Crystals Sdn.Bhd.
d. Syarikat Schott Glass Sdn. Bhd.
e. Syarikat Langkawi Crystals Sdn.Bhd.
f. Syarikat Sweet Touch Sdn. Bhd.
g. Inheson Sdn. Bhd., Klang, Selangor
h.

Ceramic Facility Centre (CFC), Chemor, Perak.

i. Universiti Sains Malaysia

63

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Bagi mencapai objektif strategik ini, strategi pelaksanaan dan tindakan yang akan
dilaksanakan disenaraikan dalam jadual berikut;
STRATEGI
1. Menjadikan
JMG sebagai
Pusat
Kecemerlangan
R&D bidang
mineral

64

TINDAKAN /
PROGRAM

INDIKATOR

SASARAN /
TAHUN

a. Menubuhkan
panel penasihat
penyelidikan bagi
memastikan R&D
yang dijalankan
adalah relevan

Penyelidikan
yang relevan
kepada industri,
stakeholders dan
negara

Penubuhan
panel
penasihat
pada 2011

b. Meningkatkan
penyelidikan
ke atas mineral
tempatan bagi
menambah nilai,
kepelbagaian
penggunaan dan
penggantian
import

Peningkatan
penggunaan
hasil R&D

Penggunaan
hasil
penyelidikan
meningkat
10% pada
2015

c. Meningkatkan
penyelidikan ke
atas penjagaan
alam sekitar dan
keselamatan
pekerjaan serta
membentuk
piawai sesuai
dengan industri

Pengurangan
kesan negatif
alam sekitar dan
kemalangan
dalam industri
mineral

Penggunaan
hasil
penyelidikan
meningkat
10% pada
2015

d. Meningkatkan
penyelidikan
dalam bidang kitar
semula mineral

Pertambahan
bahan buangan
mineral yang
dikitar semula

Penggunaan
hasil
penyelidikan
meningkat
10% sehingga
2015

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

STRATEGI

2. Meningkatkan
aplikasi dan
pengkomersilan
hasil R&D

STRATEGI

TINDAKAN /
PROGRAM

INDIKATOR

e. Memantapkan
ujian batu
dimensi,
pemprosesan
mineral, dan
fasiliti ujian
tertentu

Peningkatan
permintaan
perkhidmatan

Permintaan
meningkat
10% setahun

a. Menggalakkan
sektor swasta
mengambil
bahagian dalam
aktiviti R&D JMG

Peningkatan
bilangan pihak
swasta menyertai
aktiviti R&D

Sekurangkurangnya
10% daripada
R&D yang
dijalankan
melibatkan
penyertaan
pihak swasta
menjelang
2013

b. Mengkomersilkan
hasil R&D mineral

Peningkatan
bilangan hasil
R&D yang
dikomersilkan

Sekurangkurangnya
10% hasil
R&D
dikomersilkan
menjelang
2013

TINDAKAN /
PROGRAM

INDIKATOR

SASARAN /
TAHUN

SASARAN /
TAHUN

65

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

3. Mengukuhkan
perkongsian
pintar R&D
dalam dan luar
negara

66

a. Meningkatkan
kerjasama dengan
pihak swasta dan
institusi pengajian
tinggi dalam R&D
mineral

Pertukaran
maklumat dan
penyelidikan
bersama

Peningkatan
bilangan
kerjasama
sebanyak 10%
menjelang
2015

b. Mendapatkan
perkhidmatan
pakar luar negara
dalam bidang
R&D mineral

Pertambahan
hasil
penyelidikan
bertaraf dunia

Hasil
penyelidikan
bersama pakar
luar meningkat
30%
menjelang
2015

c. Memberikan
perkhidmatan
kepakaran dalam
bidang R&D
mineral

Peningkatan
penggunaan
perkhidmatan
R&D mineral

Permintaan
meningkat
10% setahun
mulai 2012

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Peta Strategi
PELANGGAN

KEWANGAN

Meningkatkan sumber kewangan dan memantapkan


pengurusan kewangan

PROSES DALAMAN

Meningkatkan risikan dan analisis komoditi mineral


Memperkasakan pengumpulan dan pembekalan
maklumat geosains yang menyakinkan
Meneroka sumber tenaga alternatif ke arah
kepelbagaian penjanaan tenaga
Meningkatkan keberkesanan kawalselia lombong
dan kuari
Meningkatkan eksplorasi sumber mineral
Mengukuhkan perkongsian pintar R&D dalam dan
luar negara
Memperkasakan sumber warisan geologi negara
bagi tujuan penyelidikan dan tarikan pelancong

KAPASITI

Meningkatkan promosi dan penyebaran maklumat


secara efektif dan berterusan
Memastikan pembangunan dan penggunaan sumber
mineral secara mampan
Memantapkan eksplorasi dan pembangunan sumber
air bawah tanah untuk kesejahteraan hidup rakyat
Meningkatkan aplikasi dan pengkomersilan hasil
R&D
Meningkatkan pelaksanaan perkhidmatan geosains
dalam pengurusan geobencana dan pemeliharaan
alam sekitar

Memperkasakan imej korporat organisasi


Memantapkan perundangan, peraturan dan garis
panduan
Memperkukuhkan organisasi dan pembangunan
modal insan
Meningkatkan sistem pengurusan maklumat dan
komunikasi bagi menyokong penggubalan dasar
dan membuat keputusan
Menjadikan JMG sebagai Pusat Kecemerlangan
R&D bidang mineral

67

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Elemen Penentu Kejayaan


Pelan Strategik ini disediakan berdasarkan hala tuju dan bidang fokus JMG
selaras dengan agenda pemodenan dan transformasi sistem penyampaian
perkhidmatan sektor awam bagi tempoh lima tahun bermula 2011 hingga
2015. Lapan elemen utama dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kejayaan
pelaksanaan pelan strategik ini:

1. Komitmen Pengurusan Atasan


Pengurusan atasan JMG perlu memberikan perhatian serius serta komitmen


yang tinggi bagi menjayakan pelan strategik ini. Kesungguhan dan komitmen
pengurusan atasan memberi petunjuk bahawa pencapaian matlamat pelan
strategik adalah penting dan perlu difahami serta diteladani oleh semua
peringkat warga JMG.

68
2. Kapasiti Organisasi
JMG memerlukan kapasiti organisasi yang kukuh bagi melaksanakan
fungsi Jabatan ke arah mencapai matlamat strategik yang ditentukan.
Kapasiti ini merangkumi struktur organisasi yang mantap dan pelaksanaan
tugasan secara fleksibel seperti kerja berpasukan, matriks dan berasaskan
projek. Pembangunan modal insan juga merupakan elemen penting dalam
menentukan kapasiti sesebuah organisasi yang mengutamakan integriti dan
nilai-nilai murni.

3. Pembangunan Modal Insan


Jabatan akan memberi tumpuan kepada peningkatan ilmu dan kepakaran
modal insan melalui program pembangunan kompetensi yang sesuai dalam
bidang-bidang kritikal dan strategik. Pendekatan program pementoran,
coaching dan pengurusan pembangunan kerjaya akan dilaksanakan bagi
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerja.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

4. Pengurusan Ilmu (Knowledge Management)


Ilmu, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pemodenan penyiasatan,
penyelidikan dan penyampaian dalam sektor mineral dan geosains akan
dikongsi dan ditambah nilai melalui penggunaan sistem Pengurusan Ilmu atau
Knowledge Management (KM). Penggunaan optimum KM akan memastikan
penggunaan sumber ilmu secara berkesan dalam mencapai Objektif Strategik
JMG.

5. Infrastruktur dan Infostruktur


Kemudahan infrastruktur dan infostruktur yang mantap serta disokong oleh


sumber manusia yang berkeupayaan akan memacu JMG ke arah pencapaian
matlamat Pelan Strategik dengan lebih cemerlang.

6. Pelaksanaan dan Pemantauan Yang Berkesan


Kejayaan Pelan Strategik jabatan amat bergantung kepada cara pelaksanaan


dan pemantauan yang mantap dan berkesan. Justeru itu, pemantauan secara
berkala dan penambahbaikan yang berterusan perlu dilakukan pada setiap
peringkat pelaksanaan supaya ianya sentiasa berada dilandasan yang betul.

7. Kajian Semula Pelan Strategik


Kajian semula Pelan Strategik JMG akan diadakan pada tahun 2013
untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan objektif strategik dan
tahap pencapaian sasaran prestasi yang ditetapkan. Kajian semula akan
mengambilkira senario baru, perubahan persekitaran dan tumpuan strategik
JMG supaya ianya sentiasa relevan.

8. Komitmen Kerajaan

Komitmen Kerajaan merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan


pelan strategik Jabatan. Kerajaan hendaklah memastikan penggunaan input
geosains dalam perancangan projek pembangunan, memberikan keutamaan
terhadap pembangunan mampan sumber semula jadi seperti mineral dan
warisan geologi serta mengoptimumkan penggunaan sumber air bawah
tanah.

69

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Mekanisme Pelaksanaan
Bagi memastikan setiap Bahagian dalam JMG memainkan peranan dan
tanggungjawab masing-masing dalam tempoh 5 tahun, strategi dan pelan
tindakan di dalam pelan strategik ini akan dipantau dan dibuat kajian semula
mengikut perancangan seperti Jadual 1.
Untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan Pelan Strategik ini, satu
penilaian pencapaian akan dijalankan pada setiap dua tahun. Kajian semula
Pelan Strategik dan kajian keberkesanan akan dibuat pada tahun 2013 dengan
mengambil kira senario baru, perubahan persekitaran dan tumpuan strategik
JMG.

Jadual 1: Jadual perancangan pemantauan dan penilaian Pelan Strategik

70

Bil

Perkara

Tarikh Cadangan

1.

Mesyuarat pemantauan Pelan


Strategik

Setiap 6 bulan

2.

Penilaian pencapaian

Setiap 2 tahun

3.

Penilaian keberkesanan dan


kajian semula Pelan Strategik
JMG

2013

Bagi memantapkan tadbir urus dan memastikan Pelan Strategik ini berjalan dengan
berkesan, adalah dicadangkan satu jawatankuasa khas diwujudkan. Jawatankuasa
ini dinamakan Jawatankuasa Transformasi JMG. Keahlian jawatankuasa ini adalah
seperti di Jadual 2.

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Jadual 2: Jawatankuasa transformasi JMG


Jawatan

Keahlian

Pengerusi

Timbalan Ketua Pengarah (KEM)

Ahli

Pengarah (PPO)
Pengarah (EM)
Pengarah (PM)
Timbalan Pengarah (Makmal), BPT
Timbalan Pengarah, PPM

Setiausaha

Pengarah (HEK)

Jawatankuasa ini bertindak sebagai penyelaras dalam pemantauan, penilaian


dan kajian semula Pelan Strategik JMG berdasarkan kepada indikator dan
sasaran yang ditetapkan.

71

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

The Way Forward


Pelan strategik yang telah direncanakan ini akan berakhir pada tahun 2015.
Jabatan percaya segala strategi yang dirancang mampu dilaksanakan dan akan
menjadi realiti dalam tempoh tersebut. Memandangkan sektor mineral dan
geosains merupakan bidang yang sentiasa berkembang, berterusan dan progresif,
maka Pelan strategik ini tidak mencukupi untuk mengukur pencapaian Jabatan
secara holistik.
Bagi memastikan JMG terus relevan kepada stakeholders dan pelanggan,
jabatan perlu berwawasan lebih jauh ke hadapan. Selepas pelan ini menutup
tirainya pada tahun 2015, peranan JMG diharap akan lebih menyerlah dalam
aspek perkhidmatannya. Perancangan perlu diteruskan bagi membangun dan
memantapkan lagi transformasi perkhidmatan kerana selepas tahun 2015, JMG
akan mempunyai gagasan dan wawasan tersendiri untuk mencapai tahap seperti
berikut:

72

a. Menjadi agensi unggul di rantau Asia di mana piawaian pengurusan dan


perkhidmatan mineral dan geosains yang cekap dan berkesan melangkaui
jangka harap stakeholders dan pelanggan;
b. Menjadi pusat rujukan dan penanda aras di peringkat serantau mahupun
antarabangsa melalui jalinan kerjasama dengan institusi antarabangsa; dan
c. Memberi perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan.

BAB Iv
Penutup

73

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Penutup
Sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap amat diperlukan bagi
menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar serta strategi
pembangunan negara. Ianya juga bagi memenuhi tuntutan dan jangka
harap stakeholders dan pelanggan yang terus meningkat. Justeru, Pelan
Strategik JMG 2011-2015 telah menggariskan beberapa objektif strategik dan
pelan tindakan yang perlu dilaksanakan. Tumpuan akan diberikan kepada
usaha-usaha penambahbaikan, mekanisme pelaksanaan, penyelarasan,
pemantauan dan penilaian agar tindakan yang dirancang dapat dilaksanakan
mengikut tempoh yang ditetapkan. Pelan strategik ini juga akan dijadikan
rangka kerja kepada pihak pengurusan atasan untuk memantau hala tuju
organisasi dan meningkatkan keupayaan dalamannya bagi mencapai Visi
dan Misi yang telah ditetapkan.

74

P elan S trategik J M G 2 0 1 1 2 0 1 5

Penghargaan
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua warga yang terlibat dalam
menggubal Pelan Strategik JMG 2011-2015. Penghargaan yang sama juga
ditujukan kepada pihak MAMPU yang telah bertindak sebagai pemudahcara
dan menyemak deraf pelan strategik ini. Sumbangan yang telah diberikan oleh
semua yang terlibat sangat dihargai dalam usaha memperkasakan JMG dan
mempertingkatkan sistem penyampaiannya selaras dengan Gagasan 1Malaysia,
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

75

You might also like