You are on page 1of 2

TOPIK

Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif dalam Matapelajaran


Ekonomi

TUJUAN KAJIAN

Mengkaji sejauhmana pendekatan pengajaran yang berbeza iaitu


pembelajaran koperatif mampu meningkatkan pencapaian
pelajar, kemahiran berfikir serta motivasi mereka terhadap
matapelajaran ekonomi asas.
1. Adakah pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam mengajar
matapelajaran ekonomi asas dapat meningkatkan pencapaian
akademik pelajar?
2. Adakah melalui pembelajaran koperatif pelajar lebih bersedia
dan berminat untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran ekonomi asas?
3. Adakah pelajar dapat menjana idea yang relevan dan kreatif
terhadap perbincangan yang dikendalikan secara
berkumpulan?
1. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran
yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan
bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu
matlamat yang sama (Slavin, 1982).
2. Carr (2007) pelajar hendaklah didedahkan dengan
pembelajaran yang berbentuk kumpulan kerana ini akan
membantu pelajar untuk belajar membuat keputusan sendiri.
3. Panitz( 1998) pembelajaran koeratif membolehkan pelajar
menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka melalui penggunaan teknik dimana guru
menyediakan suatu cara pembelajaran yang berstruktur dan
mereka harus ambil akauntabiliti ke atas tugasan masingmasing.
4. Zahara Aziz (2000) apabila guru memberikan tugasan kepada
pelajar, maka mereka seharusnya memastikan tugasan
tersebut boleh melatih kemahiran berfikir pelajar untuk
menjana idea-idea yang bernas supaya pelajar mengambil
inisiatif untuk menyelesaikan masalah dengan berfikir secara
kreatif dan kritis.
5. Teori Behavioris Skinner- Apabila seseorang diberikan
ganjaran yang setimpal maka motivasi mereka terhadap
tugasan yang menjanjikan ganjaran yang positif akan
meningkat menyebabkan mereka terdorong untuk melakukan
yang terbaik untuk memperolehi ganjaran tersebut.
6. Kagan (1988)- pembelajaran koperatif merupakan satu cara
pembelajaran yang berstruktur dimana aktiviti pembelajaran
yang ideal adalah terhasil daripada penyesuaian isi
kandungan pembelajaran dengan struktur pembelajaran yang
sesuai dimana dapat meningkatkan minat serta kemahiran
berfikir pelajar untuk mengikuti aktiviti pembelajaran dalam

PERSOALAN KAJIAN

KAJIAN LITERATUR

kumpulan masing-masing.

You might also like