Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif dalam Matapelajaran
Ekonomi
TUJUAN KAJIAN
Mengkaji sejauhmana pendekatan pengajaran yang berbeza iaitu
pembelajaran koperatif mampu meningkatkan pencapaian pelajar, kemahiran berfikir serta motivasi mereka terhadap matapelajaran ekonomi asas. 1. Adakah pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam mengajar matapelajaran ekonomi asas dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar? 2. Adakah melalui pembelajaran koperatif pelajar lebih bersedia dan berminat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran ekonomi asas? 3. Adakah pelajar dapat menjana idea yang relevan dan kreatif terhadap perbincangan yang dikendalikan secara berkumpulan? 1. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). 2. Carr (2007) pelajar hendaklah didedahkan dengan pembelajaran yang berbentuk kumpulan kerana ini akan membantu pelajar untuk belajar membuat keputusan sendiri. 3. Panitz( 1998) pembelajaran koeratif membolehkan pelajar menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka melalui penggunaan teknik dimana guru menyediakan suatu cara pembelajaran yang berstruktur dan mereka harus ambil akauntabiliti ke atas tugasan masingmasing. 4. Zahara Aziz (2000) apabila guru memberikan tugasan kepada pelajar, maka mereka seharusnya memastikan tugasan tersebut boleh melatih kemahiran berfikir pelajar untuk menjana idea-idea yang bernas supaya pelajar mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dengan berfikir secara kreatif dan kritis. 5. Teori Behavioris Skinner- Apabila seseorang diberikan ganjaran yang setimpal maka motivasi mereka terhadap tugasan yang menjanjikan ganjaran yang positif akan meningkat menyebabkan mereka terdorong untuk melakukan yang terbaik untuk memperolehi ganjaran tersebut. 6. Kagan (1988)- pembelajaran koperatif merupakan satu cara pembelajaran yang berstruktur dimana aktiviti pembelajaran yang ideal adalah terhasil daripada penyesuaian isi kandungan pembelajaran dengan struktur pembelajaran yang sesuai dimana dapat meningkatkan minat serta kemahiran berfikir pelajar untuk mengikuti aktiviti pembelajaran dalam