You are on page 1of 30

BAB 2

SISTEM MASYARAKAT
MELAYU TRADISIONAL
SEBAGAI ASAS
PEMBINAAN NEGARA

PENGENALAN
Sistem masyarakat Melayu tradisional
(masyarakat Melayu tradisi atau MMT),
merupakan
satu
perbincangan
pensejarahan
yang merujuk
kepada
zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM).
Wujudnya
sebuah
kerajaan
yang
mempunyai
sistem dan struktur
tersendiri, sesetengahnya telah dapat
dikekalkan dan diterima pakai sehingga
ke hari ini.

MMT merupakan satu istilah yang


mendefinisi siapa itu orang Melayu
yang mengamalkan sesuatu adatistiadat yang telah sebati dan kekal
secara turun temurun dalam kehidupan
mereka. Tidak begitu terpengaruh
dengan
perubahan
dan
suasana
sekeliling. Justeru unsur-unsur tradisi
dari segi politik, ekonomi dan sosial
yang ada pada masyarakat Melayu
dapat dikekalkan sepanjang zaman.

KONSEP-KONSEP PENTING
1. Sistem
Cara atau kaedah yang teratur dan
tersusun
baik-baik
untuk
melakukan
sesuatu Kamus Dewan
2. Struktur
Pola-pola atau corak (patern) yang wujud
secara relatif di antara elemen-elemen
yang terdapat dalam struktur itu. Elemenelemen tersebut ialah kelompok, institusi,
hierarki, dan norma-normanya.

3. Ke -RAJA -an
Dalam MMT, Ke-Raja-an menggambarkan sebuah
pemerintahan atau
sebuah kerajaan yang
memerintah, bukannya konsep negeri atau
negara sebagaimana pengertian hari ini. Ia juga
sering dipanggil Ke-Sultan-an. Ke-RAJA-an juga
membawa maksud kekuasaan Raja ke atas
pemerintahannya yang berpusat. Raja itu Kuasa
atau kata-kata Raja itu ialah undang-undang.
Dengan kata lain, Raja berkuasa mutlak. Maka
pada masa itu sesebuah kerajaan akan dikenali
seperti Kerajaan Melayu Melaka atau Kesultanan
Melayu Melaka, Aceh, Kedah, Patani, Perak,
Pahang, Brunei dan lain-lainnya.

4. Melayu
Gambaran tentang siapakah orang Melayu,
ciri-ciri dan sifat-sifatnya pada masa itu
telahpun ditulis dengan panjang lebar oleh
pengarang seperti Sir Frank Swettenham,
Sir Hugh Clifford, Richard Winstedt dan
lain-lainnya (Lihat huraian mereka seperti
dalam
senarai
bacaan).
Apa
yang
diistilahkan
sebagai
Melayu
dalam
perbincangan ini ialah dari segi lokasinya
iaitu orang Melayu di Semenanjung
Malaysia sebagai mewakili sebahagian
besar Melayu di Alam Melayu

PENEMPATAN
1. Lokasi
Sesebuah
Kerajaan
Melayu
digambarkan bermula dengan sebuah
penempatan di kuala atau di tepi
sungai yang mempunyai ciri-ciri asas
seperti ada strategik (pertahanan),
berpotensi berkembang (politik dan
wilayah) dan mempunyai kemudahan
jalan
laluan
(ekonomi
dan
perdagangan).

Rangkaian
penempatan
di
tepi
sungai/pantai
berkembang ke pedalaman membentuk penempatan
yang lebih meluas yang akhirnya membentuk satu
kelompok
pemerintahan.
Biasanya
kelompok
pemerintahan ini tidak akan berkembang maju
sehinggalah ia didatangi oleh seorang Raja atau Sultan
yang akan memberikan pemerintahannya. Inilah yang
telah dibuktikan oleh sejarah mengenai kewujudan
sistem pemerintahan di Melaka, Kedah atau Perak
misalnya. Di Kuala Sungai Melaka digambarkan telah
mempunyai
perkampungan
nelayan
sebelum
Parameswara berhasrat membuka sebuah kerajaan di
situ. Begitu juga dengan Perak yang telah mempunyai
pemerintah atau ketua-ketua tempatan di hulu, hilir,
darat dan baruhnya sebelum ketibaan Sultan pertama
yang menubuhkan Kerajaan Melayu Perak.

Penempatan paling asas, dikenali sebagai kampung atau


nama tradisinya dusun. Diketuai oleh ketua kampung
atau tok empat atau penghulu. Didiami oleh sebuah
keluarga besar ataupun oleh beberapa buah keluarga
yang menjadi peneroka awal. Ada potensi menjadi sawah
padi , dusun buah-buahan (pertanian), tempat
perlindungan daripada bencana peperangan, penindasan
atau serangan wabak penyakit berjangkit, tempat
persinggahan bermalam (sementara) bagi laluan darat.
Sebuah penempatan MMT yang telah berkembang,
terdapat rumah-rumah memanjang mengikut arah hulu
sungai dan di sekelilingnya di tanam dengan pokok
kelapa dan pokok buah-buahan kekal. Pedalamannya
dijadikan kawasan tanaman kontan, padi huma dan
getah setelah kedatangan penjajah. Kawasan paya yang
luas dan subur dijadikan sawah semasa musim hujan dan
tempat makan binatang ternakan seperti kambing,
lembu atau kerbau pada musim panas.

2. Kegiatan Kemasyarakatan
Masjid atau surau dan pasar-pasar sehari menjadi
tempat masyarakat berkumpul untuk aktiviti harian.
Sesebuah masjid mengandungi ruang sembahyang,
anjung tempat berbicara yang terpisah dari ruang
sembahyang dan tempat wudhuk. Di luar bangunan
terdapat tempat memasak terutamanya untuk
kegiatan bulan puasa atau hari-hari perayaan
kebesaran agama. Syarat bagi mendirikan masjid
bagi sesebuah kariah mestilah pemastautin lelaki
balighnya melebihi 40 orang. Beberapa buah
kampung yang dikumpulkan menjadi mukim,
disitulah yang akan didirikan masjid. Kampung yang
tidak mempunyai masjid, surau akan memain
peranan.

Pasar Sehari menjadi tempat berjual beli dan bertukartukar barangan. Masyarakat
mengamalkan kehidupan
yang mudah atau secukup hidup. Lokasinya di kuala
sungai atau anak sungai kerana faktor jalan laluan dan
pengangkutan yang mudah mempertemukan orang ramai.
Penduduk setempat membawa hasil pertanian dan
ternakan yang boleh ditukar atau dijual, manakala
pedagang dari luar (juga orang Melayu yang datang dari
luar kawasan-mukim atau daerah) juga membawa barang
dagangan mereka.
Mereka bergerak secara berkumpulan kerana faktor
keselamatan, kuatir karam dalam sungai atau dirompak di
tengah perjalanan. Ini mengiratkan silaturrahim dan
kelihatanlah
masyarakat
berada
dalam
suasana
bermuafakat kerana amat berpegang kepada adat dan
agama sebagaimana digambarkan oleh ungkapan hukum
bersendikan adat, adat bertiangkan agama. Dalam erti
kata lain, adat dan agama telah dapat menyatu dan
memperatkan perhubungan dan pergaulan dalam MMT.

3. Faktor Penyatuan
Penyatuan yang boleh memberikan persamaan
kepada semua MMT di seluruh pelusuk Alam Melayu
ialah penggunaan bahasa Melayu dan perkembangan
sastera yang sama, kehidupan sederhana yang penuh
dengan budi bahasa dan susur budayanya, agama
Islam yang
menjadi anutan dan pegangan serta
pemilikan ke atas tanah adalah hak-milik Raja (tidak
ada pemilikan kekal kecuali atas anugerah). Oleh yang
demikian, dalam MMT tidak ada batas sempadan kekal
(tetap) yang bertanda, yang akan memisahkan antara
sesama penduduk tetapi hanya ada perakuan
kawasan dan tanda kesetiaan. Kekuatan sesebuah
kerajaan diukur pada bilangan (ramai) penduduk yang
memperakui
kekuasaan
pemerintahan
dengan
memberi kesetiaan, bukannya kepada keluasan
kawasan secara mutlak.

PENDUDUK
MMT boleh diklasifikasikan
pemerintah dan rakyat.

kepada

dua

kelas,iaitu

Golongan pemerintah terdiri daripada Raja/Sultan, kerabat


terdekat, pembesar istana dan pembesar tempatan.
Golongan rakyat terdiri daripada rakyat bebas dan golongan
hamba. Mereka ini tinggal di sepanjang tepi sungai yang
sesuai dan di tepi laut dengan membentuk sebuah
penempatan
yang
berkembang
menjadi
mukim,
daerah/jajahan dan negeri (dalam istilah hari ini).
Penempatan juga berkembang ke pedalaman (darat), iaitu ke
hulu lembahan sungai yang berakhir ke kaki bukit.

Kedudukan sesuatu penempatan mencorakkan jenis


pekerjaan penduduknya. Pekerjaan asas seharian bertukar
menjadi pekerjaan utama yang berupaya mengeluarkan
hasil keluaran tempatan untuk keperluan makanan sendiri
dan sebagai keperluan pertukaran ataupun simpanan
semasa kecemasan.

Mencari hasil bumi dan galian, hasil hutan atau hasil


laut dibuat secara sambilan berselang seli dengan
kerja utama. Bagi yang kerja utamanya ke laut,
mereka akan beralih ke kerja galian dan hutan
semasa musim tengkujuh.
Secara keseluruhannya, penduduk mempunyai satu
sistem kehidupan yang sederhana dengan ekonomi
sara diri dan bertukar barangan perniagaan antara
penduduk di tepi pantai, di tepi sungai dan
lembahannya. Orang tengah (pengantara) dalam
perniagaan
ialah
pemerintah
dan
pemimpin
tempatan. Perniagaan diperluaskan dengan kawasan
jiran tetangga melalui jalan darat atau laut.
Perkembangan dalam kehidupan juga kemudiannya
menjadikan sebahagian kecil penduduk menjadi
pedagang-pedagang
sehingga
ke
peringkat
antarabangsa (dunia luar)

Pemerintah
Susun-lapis
tertingginya

golongan

pemerintah

dari

kedudukan

Raja atau Sultan.


Kerabat terdekat - dari kalangan isteri-isteri, ibu-ibu, anakanak, adik beradik dan bapa serta emak saudara bersama
anak-anak mereka.
Pembesar istana yang diketuai oleh Bendahara, diikuti oleh
Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari, Ketua
Hulubalang (Hulubalang Besar) dan lain-lain Orang Besar
Istana.
Pembesar Tempatan yang diistilahkan sebagai Orang Besar
Empat Lipatan dengan gelarannya Orang Besar Empat,
Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang
Besar Tiga Puluh Dua, Dato Penghulu dan Ketua Kampong.
Mereka menjalankan tugas di mana penempatan mereka
didirikan dan berasaskan kedudukan dan statusnya dalam
hierarki pemerintahan.

Rakyat
Terbahagi kepada rakyat bebas dan golongan hamba.
Rakyat bebas - orang kaya (berharta), ahli agama,
orang yang ada kepandaian yang dikenali sebagai
utas, tukang, pemuzik atau ahli Nobat, kerja
perbomohan serta mengurut, peniaga dan pedagang,
dan orang biasa yang menjadi petani, penternak atau
nelayan.
Boleh dinaikkan taraf mereka dengan kehendak
pemerintah kerana telah membuat jasa dan bakti atau
melalui perkahwinan. Maka wujudlah di kalangan
mereka ini Orang Bernama, Berjasa atau Bergelar.
Golongan hamba - mereka menjadi sedemikian kerana
warisan dari keturunan, berhutang, hukuman,
tawanan atau kerana kemahuan sendiri untuk
menghambakan diri atas sebab dan alasan tertentu.

MASYARAKAT SETEMPAT
Masyarakat Melayu meliputi satu rumpun suku-kaum yang
besar. Penempatannya, ia meliputi dari kawasan Champa
di Indo-China sampai ke kepulauan Madagaskar di Afrika.
Suku-kaum
yang
ada
di
Semenanjung
Malaysia
dibahagikan kepada tiga kelompok utama.
Pertama ialah orang Melayu yang berasal di sini
Kedua
ialah orang Melayu datang dari Sumatera,
Kalimantan, Jawa, Bugis, Patani dan Siam yang
mengamalkan adat istiadat, cara kehidupan dan agama
orang Melayu.
Ketiga ialah orang luar daripada kalangan orang Arab
dan India Muslim yang telah mengasimilasikan
kehidupan dengan orang Melayu melalui perkahwinan
dan Orang Peranakan (Anak Mami).

BIDANG
PEKERJAAN
DAN
HASIL
KELUARAN
Pekerjaan utama MMT banyak dipengaruhi
oleh tempat tinggal mereka.
Tepi laut nelayan, pedagang.
Tepi sungai dan pedalaman - petani atau
buat bendang.
Di luar musim kerja utama iaitu bertani,
mereka menternak, mencari hasil hutan dan
menjalankan kerja-kerja yang bersesuaian.

NILAI-NILAI
KEMBALI

MURNI

MMT:

SATU

PENGAMATAN

Keadaan penempatan, corak pekerjaan dan suasana


pemerintahan MMT telah membentuk satu corak
masyarakat
yang
tersendiri.
Mereka
telah
menghasilkan satu nilai kehidupan yang tidak sama
dengan masyarakat lain.
Sistem Politik
Asas hubungan politik Melayu berteraskan kepada
perjanjian dan perakuan antara Demang Lebar Daun
(mewakili rakyat) dengan Sang Si Perba (mewakili
Raja atau Pemerintah).

Perjanjian dan perakuan ini berbunyi:


- Demang Lebar Daun
Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan
menjadi hamba ke bawah duli yang dipertuan, hendaklah ia
diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku, dan jika ia berdosa,
sebesar-sebesar dosanya pun, jangan difadilatkan, dinista
dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya
dibunuh, itu pun jika berlaku pada hukum syara.
- Sang Si Perba
Hendaklah pada akhir zaman kelak, anak cucu bapa
hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia
zalim dan jahat pekerti sekalipun.

Demang Lebar Daun


Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak-buah
tuanku dahulu mengubahkan ia, maka anak cucu
patek pun mengubahkannya.
-

Sang Si Perba
Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.

Inilah perjanjian awal yang telah mengikat


kesetiaan dan memberi perlindungan di antara
pemerintah dan rakyat dalam MMT.

Wujud beberapa konsep yang menjadi pengikat dan


pengerat hubungan antara kedua pihak, iaitu
1. Konsep Taat Setia dan Penaung
Konsep ini menerapkan nilai perhubungan antara
pemerintah dengan rakyat. Rakyat memberikan taat
setia kepada pemerintah. Pemerintah pula memberi
perlindungan kepada rakyat melalui pemerintahan
yang adil dan saksama. Dalam erti kata lain, rakyat
memperakui ketuanan pemerintah dan pemerintah
menjadi penaung dan pelindung kepada rakyat.

2. Konsep Budi dan Anugerah


Rakyat memberi perkhidmatan kepada Raja
(kerajaan)
Pemerintah memberi anugerah kepada rakyat
dengan pangkat, gelaran, tanah atau kawasan
sebagai pegangan.
Namun sering digambarkan kita tentang kezaliman,
penindasan dan pekara buruk yang dilakukan oleh
pemerintah
Sebagai tindak balas adanya penderhakaan atau
rakyat melarikan diri dari pemerintahan yang zalim.
Keadaan ini berpunca dari kedua-dua pihak atau
salah satunya kerana tidak lagi berpegang pada
janji dan perakuan yang dinyatakan di atas.

Tidak mengikut kriteria dan garis panduan dalam membuat


perlantikan raja atau pemerintah.

Anak lelaki sulung


Berakal
Berilmu
Seboleh-bolehnya anak gahara
Mendapat sokongan para pembesar dan ketua-ketua
Dilantik dengan penuh adat istiadat

Apabila sesatu kriteria di


atas tidak dipatuhi dalam
membuat perlantikan seseorang Raja atau pemerintah,
maka berlakulah kepincangan dalam sistem pemerintahan
tersebut. Misalnya, rasa tidak
puas hati di kalangan
pewaris, keluarga dan pengikutnyamungkin berakhir
dengan pemberontakan yang mengakibatkan huru hara.

Sokongan dan kesetiaan padu pembesar sebagai kaki dan


tangan serta mata dan telinga Raja. Oleh itu kesetiaan
dan sokongan membantu melicinkan pemerintahan
sesebuah kerajaan.
Dalam catatan Sejarah Melayu digambarkan Sultan
Alauddin Syah terpaksa melakukan penyamaran dengan
berkawal dan meronda bagi menangkap pencuri dan
perompak kerana Datuk Temenggung tidak menjalankan
tugas dengan sempurna.
Begitu juga dengan nasib yang menimpa Raja
Muhammad yang tidak dapat menjadi waris takhta KMM
setelah Bendahara Paduka Raja Tun Perak menyatakan:
tetapi janganlah kita bertuankan anak raja seorang
ini. Penolakan ini terpaksa diakuri oleh Sultan Mansor
Syah dan menyerahkan Raja Muhammad kepada Seri
Bija Diraja untuk disuruh rajakan di Pahang

Sistem Ekonomi
Pada asasnya MMT mengamalkan ekonomi sara diri.
kurang mementingkan keuntungan yang berlebihan tetapi
lebih kepada perkhidmatan sosial (kemasyarakatan).
Ikut ajaran Islam yang menetapkan keuntungan
perniagaan sehingga tidak sampai ke peringkat menindas
pengguna.
Konsep sedekah jariah, sering berlaku memberi lebih dari
nilai harga barang
Dilakukan sendiri oleh orang Melayu (penduduk tempatan)
yang menjadi pembuat dan penjual dan kemudian
Catatan
dari
penulis-penulis
sebelum
ini
telah
menyatakan bahawa orang Melayu juga merupakan
pedagang dan pelaut terkenal.

Sistem Sosial
Kehidupan
penduduk
sentiasa
dalam
suasana
bermasyarakat, bergotong royong dan bekerjasama.
istilah muafakat membawa berkat telah jadi pengikat
perhubungan dalam MMT.
Contoh Permuafakatan dalam pemilihan jodoh
Kerja-kerja pertanian, dibuat secara gotong royong dari
meneroka
hutan
sehinggalah
mendapatkan
hasil.
Teknologi direka cipta sendiri - buat baji untuk menebang
pokok serta membelah kayu, pasang pelita dan unggun
api untuk meluruskan taliair dan dan batas sawah atau
bendang, lesung bagi mengisar padi , arah angin,
persenjataan, alat pertukangan, alat memasak, alat
tenunan serta pembinaan kapal layar untuk perdagangan.

Muafakat dalam aktivti keagamaan semasa


mengerjakan ibadah puasa dan menyambut hari
raya.
Berbuka puasa, memadai dengan membuat
sejenis kuih dan menghantar kepada keluarga
sekeliling, tuan rumah tersebut akan mendapat
balasan.
Hari Raya selain menziarahi kubur pada sebelah
paginya beramai-ramai, kunjung mengunjung ke
rumah saudara mara, mengunjung keluarga yang
lebih tua dari segi usia atau kedudukannya
dalam keluarga. Semua ini berlaku kerana
kuatnya ikatan kekeluargaan dan juga berpegang
pada adat serta mengikut ajaran keagamaan.

KESIMPULAN
Gambaran murni yang menjadi amalan kehidupan MMT
sebahagiannya masih diamal sehingga ke hari ini.
Nilai-nilai murni ini telah berjaya meletakkan orang
Melayu kepada satu tahap kehidupan yang menjadi
sebutan kepada dunia melalui kegemilangan Kerajaan
Melayu Melaka dan kemudiannya diteruskan oleh
kerajaan Melayu lain.
Kegemilangan ini mula lenyap setelah kerajaan Melayu
dicerobohi oleh penjajahan barat secara terus yang
mengamalkan dasar pecah dan perintah mereka.
Sejauh manakah kesungguhan menghidup dan
mengamalkan kembali nilai-nilai murni MMT setelah
negara ini mencapai semula kemerdekaannya.

Ada
usaha-usaha
untuk
mempertidakkan
kepentingan dan tingginya nilai-nilai murni orang
Melayu yang pernah wujud satu ketika dahulu di
negara ini.
Sama-samalah kita menilaikan diri kita sendiri, di
manakah kedudukan kita dalam menghayati
kehidupan sebagai seorang Melayu khususnya,
dan amnya kita sebagai rakyat Malaysia yang
berteraskan kebudayaan Melayu.
Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Sesuatu
bangsa itu akan lenyap jika
tidak dapat
mengenal lagi sejarah, tradisi budaya dan adatistiadat serta agamanya sendiri.

You might also like