You are on page 1of 4

The Size-Up

Asas kedua dalam pengurusan kawasan kebakaran adalah penilaian terhadap situasi. Fasa
permulaan dikenali sebagai size up dan ia adalah operasi awal di kawasan kebakaran.
Size-up ialah proses sistematik melibatkan pertimbangan yang cepat dan sedar dalam
semua situasi kawasan kebakaran yang kritikal dan mengarah kepada pelan pemadaman
yang rasional berdasarkan faktor-faktor tertentu. Size-up bukan sesuatu yang boleh
ditangguh atau memerlukan masa lama untuk bertindak.
Penilaian awal dalam menghasilkan maklumat untuk FGC membuat keputusan dan
mengambil tindakan. Malangnya proses tersebut selalunya bermula dengan keadaan
kebakaran yang teruk di mana semua maklumat yang berkaitan sukar atau mustahil untuk
dikumpul. Proses dalam menilai situasi sukar sepanjang fasa permulaan operasi kerana
FGC mencuba untuk mengumpul maklumat, menilai kelengkapan dan ketetapan dalam
masa suntuk.
Ia bukan suatu kebiasaan untuk jabatan bomba memulakan operasi sebelum mendapat
maklumat yang mencukupi berkenaan punca kebakaran yang kritikal. Kebakaran yang
marak boleh mengakibatkan tindakan yang diambil melalui gerak hati atau yang melibatkan
mengambil jalan yang paling singkat dan pantas, terus ke arah kawasan kebakaran.
Tindakan terbaik, pemikiran tangguhkan tindakan. Elakkan langkah-langkah dan tindakan
yang tidak terancang.
Penilaian awal adalah asas terhadap pelan pemadaman dan sabgat penting untuk
pencapaian keseluruhan. Tindakan yang pantas dan betul dari awal membolehkan FGC
untuk membina pencarian awal dan operasi yang efektif untuk mengawal kebakaran.
Pernyataan bahawa kawasan kebakaran sukar dikawal adalah tidak benar. Kebanyakkan
mangsa panik dan menyukarkan untuk berkomunikasi kerana masing-masing menjerit dan
kebnayakkan ahli bomb cenderung terhadap pelan pemadaman masing-masing. FGC
selalunya memulakan operasi menggunakan maklumat yang tidak mencukupi dan tidak
tepat.
Satu daripada masalah besar untuk FGC ialah pertimbangan berterusan terhadap maklumat
yang terlalu bnayak. Dia mestilah seorang yang boleh memproses maklumat, menerima
maklumat mengenai keadaan, menterjemahkan kepada keputusan taktikal, kemudian
mengarahkan kumpulan untuk bertindak berdasarkan keputusan tersebut. FGC harus
mereka sistem yang ringkas dan efisien bertepatab debgan info mengenai kawasan

kebakaran. Keberkesanannya meningkat seiring kebolehannya, seragam dengan penilaian


situasi.

The Initial Evaluation


FGC haruslah meletakkan dirinya dalam kedudukan sekuat atau sestabil yang mungkin
untuk penilaian awal yang pantas. Ini memerlukan bakat yang tertentu.

Ia haruslah

mempunyai maklumat kawasan kebakaran secara konsisten dan tafsirkan ke dalam


perkaran yang digunakan; maklumat tersebut digunakan untuk merangka struktur pelan
dalam keutamaan taktikal menyelamat, kawalan api atau kebakaran dan pemuliharaan
harta.
Penilaian awal bermula semasa penggera diterima. Pemberi maklumat member maklumat
seprti jenis panggilan, penghunian (occupancy), kawasan umum (general area) dan unit
bertindak balas. Semasa dalam perjalanan, FGC boleh membuat pemerhatian keadaan
cuaca, mencatat masa dan hari dan menerima maklumat tambahan seperti jumlah mangsa
terperangkap. FGC mempertimbangkan kesemua maklumat tersebut, memulakan penilaian
situasi sebelum tiba di tempat kejadian.
Semasa FGC mendekati kawasan kebakaran, dia boleh menambah maklumat atau tandatanda yang boleh dilihat ke pangkalan data bersama gambaran awal terhadap keadaan
kebakaran. Walaubagaimanapun, cara dia mendekati kawawan kebakaran adalah sengat
penting. Jika boleh pendekatan tersebut mestilah dalam bentuk separa atau bulatan penuh
mengelilingi kebakaran. Sistem drive-by ini mungkin akan melambatkan kehadiran yang
sepenuhnya, tetapi dapat menyediakan dirinya dengan maklumat yang penting yang tidak
terlihat pada tugas yang diperintahkan (kedudukan jawatan). Maklumat ini boleh
diaplikasikan terus kepada struktur yang berpotensi untuk runtuh atau sekiranya ada
masalah dalam tugasan menyelamat.

Visual Observation
Penilaian yang tepat banyak dipengaruhi oleh lokasi yang diarahkan (command post).
Semasa FGC memilih kawasan untuk dijadikan lokasi di bawah pengarahannya (command
post), dia haruslah ingat persekitarannya. Daripada command post, FGC haruslah boleh
perhatikan kesan umum kepada tindakan pemadaman kebakaran. Ini bermaksud
menempatkan kenderaan command berdekatan supaya boleh melihat operasi dan juga

mestilah dalam jarak yang cukup untuk melihat kawasan kebakaran dari pandangan yang
lebih luas.
Tiada orang tengah didalam situasi demikian. Pemerhatian visual adalah pandangan
daripada diri sendiri, langkah-langkah yang cepat untuk size-up keadaan kebakaran. FGC
haruslah meletakkan seorang pemerhati ynag berpengalaman tentang kebakaran sepanjang
operasi. FGC perlu sedar sesetengah keadaan kadang-kadang dapat dilihat dari luar
sebelum mereka sedar punca dari dalam.
Pemerhati visual dari FGC berkemungkinan menjadi sumber yang terbaik untuk member
informasi dari luar (exterior). Antara keadaan dibahagian luar yang senag dikesan secara
visual termasuklah:

Penyusunan kawasan (area management) jalan, bangunan, potensi pendedhan,

halangan laluan.
Bangunan yang terbakar secara terperinci (fie building detail) jenis bangunan, saiz,
tinggi, kepenghunian, seni bina, umur, keadaan secara umum dan kestabilan

struktur.
Status sumber (resource status) kedudukan dan kegunaan kelengkapan dan

aktiviti ahli bomba.


Kesan tindakan ahli bomba asas proses operasi.

Melihat diluar bidang arahan adalah cara pengumpulan data yang berkesan, tetapi ia hanya
terhad kepada kawasan yang hanya terdapat hanya satu arah pandangan. Kecacatan ini
boleh diseimbangkan dengan menggunakan data daripada plan pra-kebakaran dan laporan
hasil peninjauan daripada sektor kawasan kebakaran pelbagai. Ia ketara apabila FGC perlu
bergantung kepada laporan kemajuan (progress report) daripada unit dalaman semasa
pemadaman dari dalam iaitu secara mendadak semasa operasi pertahan kepung dan
lemas (surround and drown).

The Prefire Plan (Pelan Pra-Kebakaran)


Salah satu sokongan sewaktu fasa penilaian ialah pelan pra-kebakaran. Kebanyakan
jabatan bomba melaksanakan perancangan aktiviti sebagai sebahagian daripada program
berstruktur yang termasuk meninjau kepenghunian. Tinjauan ini untuk mengenalpasti dan
mencatat sebarang cirri-ciri penting yang akan member kesan kepada usaha pemadaman.
Maklumat yang dicatat disimpan dalam buku catatan di mana ia seriang dibawa dalam
bekas banrangan atau kenderaan (command vehicle).

Perancangan pra-kebakaran dijalankan dengan situasi yang sesuai dan berfaedah. Tinjauan
taktikal dijalankan sewaktu hari siang di daam situasi yang tiada kebakaran. Ia hanya tidak
memerlukan tindak balas segera. Ahli bomba mempunya masa untuk melawat atau
meninjau, membuat keputusan, merenung, melukis malah melukis semula sehingga ianya
tepat.
Sebaliknya keadaan semasa kebakaran menunjukkan reaksi yang berlawanan. FGC dan
ahli bomba mestilah berperanan dihadapan dan didalam bangunan yang terbakar, walaupun
pada waktu malam yang mana waktu singkat untuk membuat pemerhatian yang rapi. Dalam
keadaan ini, ia sukar untuk mentafsirkan pra-perancangan secara lanjut. Kebiasaannya FGC
hanya mendapat satu peluang untuk membuat keputusan yang tepat dalam jangja waktu
yang singkat. Secara realistiknya, ini menunjukkan pelan pra-kebakaran dirangka dalam
keadaan yang tenang dan baik tetapi biasanya digunakan dalam keadaan yang terburuk. Ini
menambahkan penekanan kepada peninjauan pra-kebakaran.
Pengumpulan maklumat menaikkan kesedaran dan menjadi kebiasaan kepada ahli bomba
yang harus menguruskan lokasi yang sedang ternakar. Pembelajaran terhadap pra-respon
penting untuk keselamatan perseorangan dan kesluruhan operasi kawasan kebakaran.
Walaupun semsa unit pemadaman selalunya tidak merujuk kepada pelan semasa
kebakaran berlaku, command officer (pegawai arahan) adalaha di posisi untuk
menggunakan pelan tersebut dan menyampaikan maklumata yang berkaitan kepada unit
hadapan dan kumpulan.
Aktiviti latihan yang berterusan haruslah memasukkan kepenggunaan dan ulangkaji praperancangan. Hal ini akan menaikkan kebiasaann dalam kepenghunian yang spesifik dan
rancangan yang terbaru sekiranya rancangan hanya ditulis dan disimpan. Ia tidak akan
digunakan secara efektif pada masa yang memerlukan.
Peringatan : Rancangan pra-kebakaran membekalkan FGC maklumat yang mustahil untuk
diperoleh semasa situasi kebakaran.

You might also like