You are on page 1of 19

KPR 3012 SEMINAR REFLEKSI

KAJIAN TINDAKAN
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN
PELAJAR DALAM TOPIK PEMBAHAGAN SEL
BAGI SUBJEK BIOLOGI
NAMA: SYAFIQAH SHAARI
NO. MATRIK: D20091034832
PENSYARAH: DR. CHE NIDZAM

ABSTRAK

Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mencari kaedah pengajaran yang
sesuai bagi mengatasi masalah kesukaran untuk memahami tajuk pembahagian sel. Kajian ini
dijalankan adalah untuk membantu pelajar memahami dan menguasai apa itu pembahagian sel
dan proses-proses yang terlibat serta membantu pelajar belajar sendiri secara interaktif dan
berkesan. Kajian telah dijalankan ke atas semua pelajar tingkatan 4 Biruni yang mengambil mata
pelajaran Biologi berjumlah 21 orang. Bagi memulakan kajian ini satu sesi temu bual telah
dijalankan secara spontan untuk mengenalpasti punca masalah yang dihadapi yang menyebabkan
mereka sukar untuk memahami tajuk pembahagian sel. Dapatan daripada sesi temu bual secara
tidak langsung itu didapati pelajar tidak dapat menggambarkan apa yang dikatakan pembahagian
sel kerana topik ini bersifat abstrak serta pelajar berasa kurang bersemangat dengan pengajaran
dan pembelajaran yang hanya merujuk kepada buku teks semata dan tiada aktivti yang menarik.
Berdasarkan dapatan kajian temu bual tersebut, beberapa kaedah pengajaran telah dirancang dan
dilaksanakan. Antaranya tayangan video mengenai pembahagian sel, simulasi pergerakan tangan
yang melambangkan proses-proses dalam pembahagian sel, pengaplikasian nota ringkas serta
pelajar di dalam kumpulan menyelesaikan lukisan proses mitosis dan meiosis. Hasil kajian
mendapati pelajar memberi respon yang positif serta pembelajaran lebih seronok dan berkesan.

I.I

Latar Belakang Kajian


Kajian ini bertujuan untuk menganalisa sejauh mana pendekatan pengajaran guru di

dalam memberi kefahaman kepada pelajar terhadap subjek biologi. Menurut kebanyakan
pengkaji yang mengkaji mengenai otak dan pemikiran manusia menyatakan bahawa apa-apa
yang kita pelajari dan dapati adalah 99% datang daripada deria kita. Deria manusia terdiri
daripada deria penglihatan, pendengaran, hidu, rasa dan sentuh.
Menurut Dunn dan Dunn (1980), gaya pembelajaran ialah cara seseorang individu
menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau mengetahui
sesuatu kemahiran baru. Manakala menurut Slavin (1994) telah mengaitkan gaya pembelajaran
dengan personaliti iaitu jika pelajar mempunyai personaliti yang berbeza, maka mereka juga
mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.
Gaya pembelajaran ataupun stail, cara seseorang belajar terdiri daripada visual, auditori
dan kinestetik. Dalam kajian ini penyelidik menekankan gaya pembelajaran secara dua hala
semasa mempelajari subjek biologi. Sebagaimana yang kita tahu, subjek biologi merupakan
subjek yang berkaitan dengan alam sekeliling, kejadian diri dan juga perkara-perkara yang
abstrak. Justeru itu, kaedah pengajaran yang berbeza seterusnya mampu digunapakai bagi
memahamkan pelajar semasa mempelajari subjek biologi.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu


Sebelum memulakan pengajaran mengenai tajuk pembahagian sel, mereka terlebih dahulu
telah mengetahui sedikit sebanyak mengenai tajuk ini melalui tenaga pengajar yang sebelumnya.
Melalui pemerhatian semasa hari pertama saya memasuki kelas mereka, pelajar agak pasif
mendengarkan pengajaran dari guru. Apa yang boleh saya simpulkan adalah cara mengajar guru
yang satu hala serta mengajar berpandukan buku teks semata.
Ditambah dengan hasil temubual dengan mereka yang menyatakan mereka berasa bosan
dengan subjek biologi, dan mengantuk di dalam kelas semasa sesi pengajaran berlangsung.
Mereka juga tidak pandai mengambil isi-isi penting dalam buku teks untuk dimasukkan ke dalam
buku nota. Akibatnya mereka seperti menyalin sebulat-bulat seperti di dalam buku teks. Pada

waktu yang saya akan masuk pada pengajaran seterusnya, saya telah memikirkan strategi
pengajaran saya supaya pelajar faham dan seronok ketika belajar.
Pada pengajaran seterusnya, mereka mula menunjukkan reaksi positif. Pada awalnya saya
mengajar mereka melukis satu demi satu proses-proses dalam pembahagian sel di papan putih
serta kemudian memantau mereka. Saya juga tidak menggunakan alat bantu mengajar iaitu power
point. Ini kerana pada waktu ini, saya lebih senang menerangkan topik ini dengan kaedah
tradisional iaitu chalk and talk. Mereka juga memberi respon lebih faham jika guru menerang di
papan putih berbanding menggunakan power point. Ini kerana daripada temubual yang dilakukan,
sebenarnya mereka tidak gemar melihat apa yang ada di slide tanpa penerangan dari guru.
Tetapi mereka masih kurang jelas kerana topik pembahagian sel suatu yang abstrak. Justeru
itu saya harus memperbaiki kelemahan itu dengan menggunakan kaedah lain. Apabila
penggunaan BBM lemah dan tidak menarik perhatian pelajar, ianya akan membawa kepada
penggunaan teknik pengajaran yang tidak menyeronokkan. Pelajar akan mempunyai perasaan
ingin tahu yang sangat sedikit disebabkan oleh kelemahan ini. Penggunaan BBM sangat penting
bagi memastikan pelajar memberikan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P)

1.2

Pernyataan masalah
Masalah kerap berlaku kepada pelajar apabila mereka cuba memahamkan sesuatu hanya

berdasarkan deria pendengaran mereka sahaja. Ditambah pula dengan pengajaran dan
pembelajaran guru yang kurang menarik perhatian pelajar dan hanya merujuk kepada buku teks
sahaja. Kita sedia maklum bahawa subjek biologi merupakan satu subjek yang dalamnya terdapat
variasi atau kepelbagaian ilmu. Terdapat banyak fakta, teori dan rumus dalam subjek biologi yang
perlu difahami, dihafal dan diingat. Cara penyampaian guru sangat penting dan ia boleh
mempengaruhi minat dan motivasi pelajar untuk belajar subjek ini. Perkara yang perlu diberi
pertimbangan semasa pengajaran ialah cara belajar di kalangan pelajar. Setahu kita, gaya
pembelajaran visual agak popular di sekolah memandangkan sebahagian besar pelajar telah
mengamalkan jenis gaya tersebut.

Manusia normal juga, sebenarnya lebih tertarik kepada gambar berbanding hanya katakata. Otak kita juga akan menafsirkan kata-kata yang didengar dengan imaginasi di otak mereka.
Umpamanya kita mendengar ayat kereta. Minda kita tentunya akan membayangkan gambar
kereta, dan bukannya perkataan kereta. Di sini dapat disimpulkan bahawa pelajar perlu banyak
melihat, menggunakan deria penglihatan mereka untuk memahami sesuatu maklumat.

1.3

Objektif Kajian

Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk;


i.

Memastikan pelajar memahami dan menguasai topik pembahagian sel.

ii.

Mewujudkan suasana pembelajaran yg berpusatkan pelajar yang seronok dan


efektif.

1.4

Persoalan kajian
a) Adakah pengajaran berpusatkan pelajar dapat memberi kefahaman mengenai topik
pembahagian sel kepada pelajar?
b) Adakah pengajaran berpusatkan pelajar dapat memwujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan kepada pelajar?

1.5

Hipotesis

Terdapat peningkatan yang dikesan dalam penguasaan pelajar dan motivasi pelajar belajar dalam
topik pembahagian sel.

1.6

Isu Keperihatinan / Fokus Kajian


Fokus kajian ini ialah untuk melaksanakan kaedah yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi

masalah pelajar dalam memahami dan menguasai apa itu pembahagian sel dan proses-proses
yang terlibat serta membantu pelajar belajar sendiri secara seronok, berkesan serta tidak tertekan.

Kegagalan pelajar-pelajar dalam memahami konsep asas pembahagian sel pada waktu ini
akan lebih menampakkan kesan negatif pada tahun akan datang. Ini kerana pengetahuan awal
tentang pembahagian sel sangat penting bagi memahami topik-topik yang berkaitan dengan
pembahagian sel pada tingkatan 5 nanti seperti topik mutasi gen. Justeru itu saya bercadang untuk
membimbing dan membantu mereka bagaimana mereka boleh memahami topik pembahagian sel
yang abstrak dengan gaya pengajaran yang menarik serata pelbagai. Oleh itu, beberapa kaedah
mengajar telah saya lakukan bagi menangani masalah ini Adalah diharapkan kaedah pengajaran
yang diperkenalkan mampu memahamkan mereka dengan lebih baik lagi dalam topik
pembahagian sel.

1.7

Metodologi Kajian
Pada permulaan kajian, saya mengenalpasti kelemahan pengajaran dalam subjek biologi.

Setelah mengetahui masalah tersebut, saya merancang untuk menjalankan tindakan bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setelah membuat rancangan, saya bertindak mengikut
rancangan yang telah dibuat. Selepas itu, saya akan membuat pemerhatian terhadap keberkesanan
perlaksanaan tindakan. Pada akhir kajian, saya akan membuat refleksi dan menilai sama ada
perubahan yang dibuat dalam pengajaran mampu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar
terhadap topik pembahagian sel.

1.7.1

Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar

tingkatan 4 Biruni di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak berjumlah 21
orang.
1.7.2 Instrumen
a) Borang soal selidik (Lampiran)
b) Nota ringkas/ handsout (Lampiran)

1.7.3 Prosedur Pengumpulan Data


Dalam kajian ini, dua kaedah pengumpulan data akan digunakan, iaitu:
a) Pemerhatian
Saya akan membuat pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas. Tujuan pemerhatian tersebut adalah untuk
mengenalpasti sikap belajar pelajar dan bagaimana mereka memberi respons atau tindak
balas terhadap pengajaran guru seperti menjawab soalan guru, mengemukakan pendapat
dan pandangan masing-masing serta penyertaan dalam perbincangan kelas.
b) Soal selidik

Satu soal selidik dijalankan ke atas sample kajian selepas pengajaran topik pembahagian
sel. Soal selidik tersebut bertujuan untuk menyiasat pandangan dan reaksi pelajar terhadap
cara guru mengajar, kefahaman pelajar serta sikap pelajar dalam belajar.

1.7.4

Pelaksanaan Kajian

Saya telah mengadakan satu sesi temu bual pelajar 4 Biruni bagi mengenalpasti punca
masalah. Dapatan daripada temu bual secara tidak langsung ini saya jadikan asas dan panduan
untuk menyusun strategi dan tindakan bagi membantu pelajar mengatasi masalah tersebut.
Berdasarkan pemerhatian dan temu bual, masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah
masalah kesukaran untuk memahami topik pembahagian sel serta pengajaran yang tidak
menyeronokkan.

1.7.5

Analisis Tinjauan Masalah


Dapatan daripada sesi temu bual itu didapati;

i.

Pelajar tidak nampak apa yang dikatakan pembahagian sel kerana topik ini bersifat
abstrak
Pelajar berasa bosan dengan pengajaran dan pembelajaran lalu yang hanya

ii.

merujuk kepada buku teks semata dan tiada aktivti lain

Tindakan Yang Dijalankan


Antara tindakan pengajaran yang dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh
pelajar ialah melalui:

i.

i.

Simulasi pergerakan tangan

ii.

Tayangan video

iii.

Pengaplikasian nota ringkas

iv.

Kerja berkumpulan

Pemerhatian.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat ketika aktiviti 1 dijalankan, iaitu membuat simulasi
pergerakan tangan, didapati pelajar-pelajar seronok meniru gaya saya di depan. Saya membuat
pergerakan tangan bagi menunjukkan proses pembahagian sel iaitu peringkat profasa, metafasa,
anafasa dan telofasa. Cara saya ini bagi membuatkan mereka faham dan mudah mengingat proses
yang terlibat agar tidak tertukar. Selain itu, saya menyuruh mereka membuat ayat daripada huruf
P, M, A dan T. Ayat yang mereka bina adalah Pak Mat Ada Tukul
Ketika aktiviti 2 dijalankan iaitu tayangan video. Bagi saya video pergerakan pembahagian
sel sangat membantu. Apabila saya menayangkan video, pelajar-pelajar melihat dengan penuh
keasyikan dan memberi respon positif dan mengatakan baru mereka faham secara lebih
mendalam kerana mereka boleh lihat sesuatu yang abstrak. Video tersebut saya ulangi 2, 3 kali
sehingga mereka benar-benar puas dan dapat membayangkan bagaimana ianya berlaku. Ini dapat
membantu mereka memahami sesuatu yang seni seperti ini.
Aktiviti pengajaran seterusnya adalah aktiviti dalam kumpulan. Dalam aktiviti ini pelajar
dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan melengkapkan lukisan meiosis I dan satu
kumpulan lain melengkapkan proses meiosis II. Saya melihat pelajar senang hati menerima

tugasan dan bekerjasama dalam kumpulan masing-masing demi menyiapkan tugasan yang
diberikan guru. Pelajar teruja melihat lukisan dan marker yang berwarna-warni. Saya memantau
dan melihat sekiranya mereka memerlukan bantuan saya. Selesai melakukan aktiviti, saya
menyuruh mereka membentang di hadapan kelas. Pembentangan sebegini sangat membantu
mereka dalam membina keyakinan dan belajar berpusatkan pelajar. Mereka telah mempelajari
teorinya dan menyebutnya kembali semasa pembentangan.
Seterusnya sebagai tambahan, saya memberikan mereka nota ringkas tentang topik
pembahagian sel. Mereka gembira mendapat nota tersebut dan menmpal di dalam buku nota.
Seterusnya saya menegaskan agar mereka dapat belajar untuk mengambil isi-isi penting di dalam
buku teks dan bukannya menyalin bulat-bulat apa yang ada di dalam buku teks.
i.

Refleksi.

Dari pemerhatian saya, selama tiga hari mengajar pembahagian sel, 85% pelajar dapat
menguasai topik ini. Saya merasakan mereka dapat mengikut rentak saya mengajar dan berasa
selesa belajar dengan cara baru yang lebih aktif. Sepanjang saya mengajar juga, mereka tidak
mengantuk dan kelihatannya mereka dapat belajar dengan seronok kerana kaedah pembelajaran
yang pelbagai. Pembelajaran secara dua hala dilihat sangat memberikan respon yang positif.
Sebagai tambahan, saya juga ada memberikan mereka nota ringkas. Mereka lebih faham apabila
membaca nota saya.

Penilaian Persepsi Pelajar Terhadap Tajuk Pembahagian Sel dan Kaedah Pengajaran
Untuk mendapatkan maklumbalas pelajar terhadap persepsi mereka dalam topik
pembahagian sel, serta keberkesanan kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan, satu soal
selidik telah dilaksanakan (Lihat lampiran). Soalselidik dibina berdasarkan tajuk yang dipilih
iaitu pembahagian sel. Jumlah soalan yang diberikan ialah 15 soalan.

i.

Analisa dapatan daripada soalselidik yang telah dijalankan.

Kefahaman tentang pembahagian sel

Berdasarkan graf di atas, majoriti mereka berasa mereka mampu memahami topik
pembahagian sel dengan menjawab soalan mudah yang dikaji di dalam borang soalselidik.
Hanya sebilangan kecil yang tidak pasti akan beberapa soalan. Ini mungkin disebabkan
mereka perlu membuat lebih latihan untuk memahami seterusnya mengingati.

Kaedah pengajaran guru dalam topik pembahagian sel

Graf di atas menunjukkan respon pelajar terhadap kaedah pengajaran guru. Semua pelajar
memberi respon yang positif dengan skala 4 (bersetuju) dan 5 (amat bersetuju). Ini
menunjukkan pelajar menerima kelainan pengajaran yang guru tunjukkan. Mereka juga
berasa terbangkit motivasi dengan pengajaran dan kaedah yang guru mengajar
memudahkan mereka. Berdasarkan graf, semua pelajar amat bersetuju nota ringkas daripada
guru membantu mereka memahami pelajaran.

Sikap dan pandangan pelajar belajar

Graf di atas pula menerjemahkan sikap dan pandangan pelajar belajar. Soalan 1
menunjukkan semua pelajar memberi respon positif bahawa mereka suka melakukan
aktiviti semasa sesi pengajaran. Jika dilihat soalan ke 4, graf menunjukkan 6 pelajar tidak
pasti samada mereka gemar belajar dengan berpandukan buku teks atau tidak. Ini
menunjukkan terdapat pelajar yang tidak suka belajar dengan hanya membaca sahaja. Sesi
pembentangan juga membantu mereka lebih berani bercakap di hadapan kelas. Terdapat
juga pelajar yang agak pasif di dalam kelas. Mereka lebih suka duduk berbanding
bergerak. Mungkin pelajar ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kaedah
pengajaran yang baru.

1.8 Rumusan Pemerhatian Aktiviti Yang Dijalankan Secara Keseluruhan

Secara keseluruhan, berdasarkan pemerhatian yang dibuat ketika aktiviti yang dijalankan,
didapati semua pelajar yang terlibat dalam kajian ini seronok dan bersemangat untuk belajar
topik yang pada awalnya mereka merasakan sukar untuk memahaminya. Guru juga berasa
seronok untuk membimbing pelajar secara lebih berkesan dengan memberikan pelbagai
panduan dan tunjuk ajar bagi membolehkan pelajar menguasai topik pembahagian sel
dengan lebih baik. Adalah diharapkan kajian yang telah dijalankan di atas dapat
memberikan manfaat kepada guru Biologi juga guru-guru Sains yang lain dalam mengatasi
masalah pelajar yang mengalami kesukaran memahami topik yang abstrak juga masalah
pelajar tidak seronok untuk belajar. Di samping itu adalah diharapkan pelaksanaan kaedah
ini dapat juga dijalankan dalam mata pelajaran lain.

Lampiran
Simulasi pergerakan tangan yang melambangkan proses-proses dalam pembahagian sel

PROFASA
(Prepare)

METAFASA
(Middle)

ANAFASA
(Attract)

TELOFASA
(Two)

PROFASA METAFASA ANAFASA TELOFASA


P.ak M.at A.da T.ukul

Kerja berkumpulan melengkapkan gambarajah proses meiosis I dan meiosis II


MEIOSIS I

MEIOSIS 11

Borang Kaji Selidik

Assalamualaikum/Salam sejahtera,
Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas mengenai sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam topik pembahagiaan sel.
Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu penyelidik
mengetahui dan memperbaiki mutu pengajaran.
Segala maklumbalas yang diberikan akan diRAHSIAKAN.
Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.
Arahan
Soal selidik ini mengandungi dua bahagian. Anda perlu menjawab kesemua bahagian.
1. Sila jawab setiap soalan dalam kedua-dua bahagian untuk pilihan jawapan anda yang
terbaik.
2. Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan di dalam BAHAGIAN I dan bulat satu

jawapan pilihan anda yang difikirkan betul di dalam BAHAGIAN II.


BAHAGIAN I: Latar belakang
1. Jantina

[ ] Lelaki

[ ] Perempuan

2. Mata pelajaran sains yang diminati


[ ] Biologi
[ ] Kimia
[ ] Fizik
[ ] Matematik

BAHAGIAN II: Kaedah pengajaran guru dalam topik pembahagian sel.

Bulatkan pilihan anda mengikut skala berikut:

Item

Amat tidak bersetuju

Tidak bersetuju

Tidak pasti

Bersetuju

Amat bersetuju

Pernyataan

Skala

Saya suka melakukan aktiviti semasa sesi pembelajaran

Simulasi pergerakan tangan yang menggambarkan

proses P, M, A, T membantu saya dalam mengingat


3

Saya faham konsep asas dalam pembahagian sel

Saya gemar belajar berpandukan buku teks

Cara pengajaran guru yang pelbagai membangkitkan

motivasi saya untuk belajar


6

Sesi pembentangan membuatkan saya belajar untuk


berani bercakap di hadapan kelas

Saya tahu perbezaan mitosis dan meiosis

Tayangan video membantu saya dalam memahami

lebih

Nota ringkas yang diberi oleh guru membantu saya

pembahagian sel yang bersifat seni


9

Tugasan

berkumpulan

melatih

saya

agar

bertanggungjawab
10

dalam memahami pelajaran


11

Kaedah pengajaran guru menarik perhatian saya untuk

belajar
12

Saya jelas akan kepentingan pembahagian sel

13

Saya boleh memberikan satu contoh bagi mitosis dan

meiosis
14

Saya tidak gemar bergerak/melakukan aktiviti semasa


proses pengajaran dan pembelajaran

15

Saya boleh melukis empat peringkat asas dalam mitosis

Cadangan/komen: ..............................................................................................................................
............................................................................................................................................................
...............................

Bil.

Kategori

Kefahaman tentang pembahagian sel

Kaedah pengajaran dan pembelajaran oleh guru

Item
3, 7, 12, 13, 15
2, 5, 8, 10, 11

Sikap dan pandangan pelajar belajar

1, 4, 6, 9, 14

You might also like