You are on page 1of 5

Kesinambungan subjek Matematik dengan bidang lain

1)

Kemahiran Hidup
Di dalam bab 10 Matematik tingkatan 5, pelan dan dongakan telah
dikenalpasti mempunyai kesinambungan dengan subjek Kemahiran Hidup dalam bab
2 tingkatan 1 iaitu Reka Bentuk Penghasilan projek. Dalam bab ini, pelajar perlu
membuat lukisan isometrik lakaran 2D bagi menunjukkan bentuk objek yang sebenar
dalam dua atau tiga pandangan. Contoh lakaran 2D ialah lukisan ortografik yang
menunjukkan bentuk projek tiga pandangan iaitu pandangan atas(pelan), pandangan
hadapan dan pandangan sisi. Lukisan ini amat penting bagi pelajar sebelum membuat
projek kayu yang sebenar.
Contohnya :

2) Fizik
Fizik adalah satu bidang yang amat berkait rapat dengan Matematik. Kebanyakkan
prinsip-prinsip yang digunakan di dalam Fizik adalah daripada Matematik. Konsep
geometri di dalam Matematik telah diaplikasikan di dalam Fizik.

Sebagai contoh pertama, di dalam konsep keseimbangan daya, konsep vektor, sudut
dan garis serta trigonometri daripada Matematik telah di aplikasikan bagi prinsip
paduan daya. Ia ditunjukkan dalam penyelesaian situasi berikut :
Rajah disebelah menunjukkan seorang pekerja sedang
menolak sebuah penggelek konkrit di atas padang
dengan daya 120N. Hitungkan komponen mengufuk
dan komponen menegak bagi daya itu. Apakah fungsi
setiap komponen itu?
Penyelesaian :
F x ialah komponen mengufuk manakala
kos 40 =

F y ialah komponen menegak.

Fx
120

F x =120 kos 40 =91.9 N

sin 40 =

Fy
120

F y =120 sin 40 =77.1 N

Matematik telah juga telah diaplikasikan dalam fizik dalam konsep kerja dibawah
tajuk keseimbangan daya.

Rajah di atas menunjukkan satu daya , F yang condong pada sudut

, kepada garis

mengufuk menggerakkan suatu objek melalui sesaran mengufuk , s. Dalam kes ini, kerja
yang dilakukan ialah
W =Fs kos
Dalam konsep kerja, prinsip trigonometri serta garis dan sudut telah digunakan bagi
menyelesaikan masalah.

Konsep garis dan sudut juga telah diaplikasikan di dalam prinsip pantulan cahaya dan
pembiasan

Hukum pantulan menyatakan apabila cahaya dipantulkan, sudut tuju, i adalah sama dengan
sudut pantulan, r. Jika sudut tuju adalah 30 maka sudut pantulannya juga adalah 30 .
Hukum ini diilustrasikan dalam rajah di atas.

Manakala bagi hukum pembiasan, selain garis dan sudut, konsep triginometri telah
diaplikasikan seperti dalam rajah di atas. Hukum pembiasan dikenal sebagai Hukum Snell.
Hukum Snell menyatakan sinar cahaya yang merembat dari medium yang kurang tumpat ke
medium yang lebih tumpat, indeks biasan medium, n ditentukan dengan persamaan :
n=

sin i(udara)
sin r (medium)

3) Geografi
Dalam bidang Geografi, konsep bearing dalam Matematik turut digunakan dalam
georafi dibawah tajuk Arah. Lapan arah mata angin yang juga arah utama kompas di
mana setiap arah mata angin mempunyai nilai sudut tertentu.

Selain itu, tajuk bumi sebagai sfera dalam Matematik tingkatan 5 mempunyai kesinambungan
dengan Geografi dalam menentukan latitud dan longitud.

Rujukan
Koo. S.H., Chong. G. C, Lam.Y. S., Heng. S. K., & Rahimah Jantan. (2012). Matematik
Tingkatan 2. Selangor : Pekan Ilmu Publications.
Lim.P .C.,Lim. C. C. & Toh. K. K .(2003). Fizik SPM. Selangor:Sasbadi
Badariah Hamzah, Cham.Y., Chang. S. L., Koay.K .C., & Yew.K L. (2011). Fizik Tingkatan
4. Johor: Zeti Enterprise.

Khaw. A. S., & Mohammad Ismail (2007). Success Geografi PMR. Selangor : Oxford Fajar
Bakti.
Ooi. K. L. (2014). Matematik Tingkatan 5. Selangor: Cemerlang Publications
Hajah Zainab Hj. Abd. Kadir, Kamaros Zaman Mohd Affendi, Samsudin Yasin, Rohani Abdul
Majid & Sivakkumar a/l Balakrishnan. (2003). Kemahiran Hidup Bersepadu
Tingkatan 1. Kuala Lumpur : Hypersurf Corporation
Chong. C. S.,& Ng. S. H. (2012). Fizik Tingkatan 5. Selangor : UG Press

You might also like