You are on page 1of 9

Fakta Mengenai Penyakit Denggi:

1) Apakah Penyakit Denggi?


-Demam denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh
virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.
-Orang yang sihat boleh mengidap penyakit ini melalui gigitan
nyamuk Aedes yang mengandungi virus denggi.
-Penyakit ini sangat merbahaya kerana tiada ubat untuk
merawatnya. Ia boleh membawa maut.
-Cara yang paling berkesan untuk menjauhkan penyakit ini ialah
dengan mengawal pembiakan nyamuk Aedes.
2) Apakah tanda-tanda diserang demam denggi?
-Terdapat pelbagai tandatanda diserang demam denggi seperti
demam kuat secara mengejut,ruam merah pada kulit, sengal
sengal otot, sendi, biji mata dan kepala serta pendarahan pada
badan, hidung dan mulut.
-Gejalagejala diserang demam denggi ialah seperti sakit kepala,
hilang selera makan, muntahmuntah dan sakit perut.
3) Bagaimana mengenali nyamuk pembawa virus denggi?
-Nyamuk pembawa virus denggi, iaitu nyamuk Aedes dapat dikenali
dengan warna berbelang hitam putih dikaki dan badannya.
-Nyamuk Aedes aktif menggigit pada awal pagi iaitu dari jam 57
pagi dan senja dari jam 57 petang.

-Nyamuk Aedes membiak di dalam air bertakung yang jernih di


dalam dan di luar rumah, seperti di bawah takungan peti ais, kolah
mandi, pasu bunga, atas pasu bunga, tempayan dan sebagainya.
Di luar rumah pula seperti di dalam tayar buruk yang manakung air,
saluran air hujan, tin kosong, drum isi air, tunggul buluh, pelepah
daun yang manakung air dan sebagainya.
-Kitaran hidup nyamuk Aedes ialah 1 minggu, bermula dari telur,
jentikjentik, kepompong dan seterusnya menjadi nyamuk dewasa.
4) Bagaimana cara untuk mengawal dan mencegah penyakit
denggi?
-Cara bagi mengawal demam denggi ialah mengamalkan
kebersihan persekitaran rumah dan tempat berkerja dan ini
seterusnya dapat menghapuskan tempat pembiakan nyamuk
Aedes.
-Cara mengawal pembiakan nyamuk Aedes ialah dengan menutup
semua bekas menyimpan air, salin, berus dan basuh semua tempat
menyimpan air seminggu sekali, bersihkan saluran air hujan,
pastikan tempat pembiakan seperti tayar buruk, kaca, tin dibuang
dengan selamat, tanam semua bekas yang menakung air,
masukkan racun pemusnah serangga (Abate) mengikut sukatan
setiap tiga bulan
sekali.
5) Bagaimana cara menghapuskan nyamuk Aedes?
-Salah satu jenis racun pembunuh jentikjentik nyamuk yang mudah
didapati dan selamat digunakan ialah Abate. Ukuran yang biasa
digunakan ialah 1 sudu the (10 gram) Abate dicampurkan ke dalam
100 liter air, ia boleh dimasukkan ke dalam semua bekas

menyimpan air yang tidak dapat dicuci air seperti tangki air,
tempayan, kolah air, pasu bunga dan sebagainya.
-Cara mengawal nyamuk Aedes dewasa ialah menggunakan racun
serangga (aerosal) dan pasang jaring nyamuk di tingkap rumah.
Semburan kabus (fogging) akan dilakukan.
-Semburan kabus dilakukan apabila kejadian kes denggi dilaporkan
di kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam dan diulang selepas 7
10 hari. Dua pusingan ini dilakukan berdasarkan kitaran hidup
nyamuk Aedes selama seminggu dan tempoh pengeraman virus
dalam nyamuk lebih kurang 10 hari berikutnya.
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh
jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar
oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui
gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada
orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu
Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi
(DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.
Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan
berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute
febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi
serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat
virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili
Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya
perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang

disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh


berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia
oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala
oleh Aedes albopictus).
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Tanda dan gejala

2 Diagnosis

3 Rawatan

4 Epidemiologi

5 Pencegahan

6 Wabak terkini

7 Mengenal pasti demam denggi

8 Bagaimana demam denggi berjangkit

9 Pautan luar

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]


Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit
kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot
(myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan
ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatalgatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah
terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada
sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh.
Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar
kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang

normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya


terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau
cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak
(lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot
jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari
dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali
sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku
(platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan
kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu
perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput
paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari
darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit
terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan,
trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration.
Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi
(dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar
kematian yang tinggi.

Diagnosis[sunting | sunting sumber]


Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran
klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik
gatal denganthrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.
Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan
bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara
klinikal.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk


mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit
tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena
mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan
dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin
diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan
banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga
pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan
beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum
air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebihlebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

Epidemiologi[sunting | sunting sumber]


Wabak pertama berlaku hampir serentak, di Asia, Afrika,
dan Amerika Utara pada tahun 1780-an, penyakit tersebut dikenal
pasti dan diberi nama pada 1779. Pada awalnya ia tidak
merbahaya. Wabak sejagat meletus di di Asia Tenggara sekitar
1950-an, dan pada 1975 DHF telah menjadi sebab utama kematian
dikalangan kanak-kanak dikebanyakan negara dikawasan tersebut.
Wabak denggi menjadi kebiasaan semenjak 1980-an, pada akhir
1990s denggi merupakan penyakit virus bawaan nyamuk paling
utama menjangkiti manusia selepas malaria, terdapat 40 juta kes
demam denggi dan beberapa ratus ribu demam denggi berdarah
setiap tahun. Pada Februari 2002 terdapat wabak teruk di Rio De
Janeiro, membabitkan satu juta penduduk tetapi hanya
mengakibatkan enam belas kematian.
Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau
enam tahun. Terdapat kecenderungan bahawa sebahagian besar
penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak sebelumnya

kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru
memasuki penduduk sasaran, samaada melalui kelahiran atau
immigrasi.
Penyakit Demam Denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun
1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi
berdarah berlaku di Georgetown,Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
pada tahun 1973. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan
demam denggi berdarah telah dikesan berlaku di seluruh negara.
Semenjak penyakit demam denggi mula dikesan, ia telah
menunjukkan peningkatan yang seiring dengan pertambahan
kawasan bandar, pembangunan dan peningkatan kepadatan
penduduk. Pada tahun 1991, sebanyak 6628 kes demam denggi
dilaporkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sebanyak 27,373
kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 4 kali
ganda dari tahun 1991.
Di Singapura, terdapat 4-5000 kes dilaporkan berkaitan dengan
demam denggi atau demam denggi berdarah setiap tahun. Pada
tahun 2003, terdapat 6 kematian disebabkan sindrom kejutan
denggi. Ia dipercayai bahawa kes demam denggi yang dilapurkan
adalah rendah kerana ia tidak mengendahkan kes subklinikal dan
kes di mana pesakit tidak hadir untuk rawatan perubatan. Kadar
kematian disebabkan denggi oleh itu dianggarkan kurang daripada
1 dari 1000 kes.

Pencegahan[sunting | sunting sumber]


Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi
flavivirus.

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau


mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah
menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti
berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan
jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan
(fogging) juga boleh membantu menghapuskan aedes dewasa
dengan mudah

Wabak terkini[sunting | sunting sumber]


Di Asia Tenggara:

Indonesia (2006): 114,656 kes dilaporkan dengan 1,196 kes


kematian.

Malaysia (2006): 34,386 kes dikesan dengan 70 kematian.

Thailand (2006): 20,000 dijangkiti dengan 23 kematian.

Filipina (2006): 16,929 kes dengan 324 kematian.

Singapura (2006): 3,051 kes dikesan.

Thailand (2006): 20,00 kes dikesan dan 23 kematian.

Myanmar (2006): 11,383 kes dikesan dan 128 kematian.

Vietnam (2006): 77,800 kes dikesan dan 68 kematian.

Mengenal pasti demam denggi[sunting | sunting sumber]


Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang
disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu
kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:


1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2. Bintik merah pada kulit
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata
dan kepala
4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5. Hilang selera makan
6. Muntah-muntah
7. Sakit perut
8. rasa pahit pada lidah
9. lemah dan tidak bermaya

Bagaimana demam denggi berjangkit[sunting | sunting sumber]


1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam
badannya.
4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

You might also like