You are on page 1of 15

CHIKUNGUNYA.

sabtu, 15 mei 2010


communicable diseases
PENGENALAN
Chikungunya merupakan sejenis penyakit viral yang disebarkan menerusi jangkitan akibat
daripada gigitan nyamuk Aedes yang turut membawa virus demam denggi dan demam
kuning. Penyakit ini merupakan jangkitan melalui vektor di samping penyakit-penyakit
demam yang lain seperti malaria, denggi dan filariasis. Setiap berlakunya penyakit ini adalah
berpunca daripada nyamuk dan virusnya yang tersendiri yang disebarkan melalui gigitan
nyamuk pada individu yang sihat. Namun, setakat ini chikungunya masih belum dikatakan
bahawa terjadinya kematian atau pendarahan di Malaysia.
Antara contoh nyamuk dan virus bagi penyakit yang tergolong dalam jangkitan melalui
vektor ini adalah genus anopheles iaitu sejenis nyamuk tiruk yang menyebabkan berlakunya
malaria manakala filariasis pula disebabkan oleh kehadiran Wuchereria broncrofti dan Brugia
malayi.
Tempoh pengeraman virus bagi setiap penyakit ini adalah berbeza-beza mengikut kepada
kekuatan virus tersebut. Oleh itu, bagi mengelakkan kita daripada dijangkiti penyakitpenyakit ini, kita mestilah mengutamakan kebersihan kawasan persekitaran dengan
mengadakan aktiviti bersama keluarga dalam melakukan pembersihan kawasan kediaman.
Hal ini adalah untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan bagi nyamuk-nyamuk Aedes.
DEFINISI
Chikungunya adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh alfavirus, bawaan daripada
gigitan nyamuk betina iaitu Aedes albopictus atau Aedes aegypti. Nyamuk Aedes juga
menyebarkan virus penyakit demam denggi. Kedua-dua spesis nyamuk ini juga kebiasaanya
menggigit pada siang hari, tetapi paling aktif pada awal pagi dan lewat petang. Penyakit
demam chikungunya merupakan penyakit endemik (berlaku dengan kerap di sesuatu kawasan
atau populasi) berpunca daripada virus chikungunya dari keluarga Togaviridae (genus
alfavirus). Di Malaysia, chikungunya tidak pernah dilaporkan sehingga boleh menyebabkan
pendarahan atau kematian. Oleh itu bagi sesiapa sahaja yang digigit oleh nyamuk yang telah
dijangkiti oleh virus ini boleh mendapat penyakit chikungunya.
Kebanyakan pesakit mengalami gejala yang tidak berlarutan dan sembuh sepenuhnya. Walau
bagaimanapun terdapat sebahagian pesakit yang berumur lebih berisiko mengalami gejala
sakit sendi yang berpanjangan daripada biasa. Apabila daya tahan tubuh mereka sudah lemah,
virus chikungunya yang berada di dalam badan mereka boleh menyebabkan berlakunya
komplikasi otak seperti demensia (sejenis penyakit otak), kelumpuhan dan gangguan
ginjal. Perbezaan antara virus denggi dan virus chikungunya adalah virus denggi menyerang
pembuluh darah manakala virus chikungunya menyerang sendi dan tulang. Virus
chikungunya mengambil masa selama 3 hingga 12 hari untuk tempoh pengeraman tetapi pada
kebiasaannya atau puratanya adalah di antara dari 3 hingga 7 hari sahaja.Demam
chikungunya akut biasanya terjadi beberapa hari dan akan berlanjutan sehingga beberapa
minggu lamanya.
EPIDEMIOLOGI
Wabak chikungunya pertama kali dikesan di Afrika Timur yang berlaku pada tahun 1952
hingga 1953. Sejurus kemudian, epidemik ini berlaku pula di Filipina (1954, 1956 dan 1968),
Indonesia (1973), Thailand, Kemboja, Vietnam, India, Myanmar, Sri Lanka dan Indonesia.
Sejak tahun 2003, terdapat beberapa wabak berlaku di Kepulauan Lautan Pasifik termasuk
Madagascar, Comoros, Mauritius dan La Reuniondengan jumlah kes yang meningkat ketara
selepas bencana tsunami pada Disember 2004.

Sebanyak 148 kes yang melibatkan kematian iaitu secara langsung dan tidak langsung telah
dilaporkan sehingga Mac lalu di La Reunion dengan satu per tiga daripada penduduknya
yang berjumlah lebih kurang 777,000 telah disahkan menghidap penyakit chikungunya
disebabkan oleh virus itu.
Selain insiden yang mula dikesan penularannya sejak 1 April lalu di Bagan Panchor, Pantai
Remis, Perak, negara kita juga pernah dilaporkan sebanyak dua kali menghadapi wabak ini
iaitu pada tahun 1999 di Pelabuhan Klang yang melibatkan 27 mangsa iaitu majoritinya
adalah pendatang asing.
Walau bagaimanapun, kes chikungunya yang pertama sekali di Malaysia pernah dilaporkan
sekitar tahun 1960-an.
ETIOLOGI
Penyebab penyakit utama bagi chikungunya adalah berasal daripada sejenis virus, iaitu
alphavirus dan disebarkan melalui nyamuk betina Aedes aegypti. Nyamuk yang sama juga
menularkan kepada penyakit demam denggi berdarah. Walaupun penyakit ini bersamaan
dengan demam denggi berdarah, namun ini tidak membawa kesan yang memudaratkan
sehingga boleh mengakibatkan kematian. Penyakit chikungunya berlaku adalah disebabkan
oleh sejenis virus yang disebut virus chikungunya di mana virus chikungunyaini tergolong
dalam keluarga Togaviridae, genus alphavirus.
Di samping itu, nyamuk Aedes juga berkembang dan membiak di tempat penampungan air
bersih samada di dalam rumah mahu pun di sekitar rumah seperti tab mandi, tempayan, pasu
bunga, bekas-bekas minuman yang terdedah, tin-tin kosong yang berselerakan, pecahan botol
kaca, timbunan tayar-tayar yang terbuang, saluran longkang rumah dan sebagainya.
Pada musim hujan pula lebih banyak lagi tempat-tempat yang menampung air terutamanya di
bahagian atas bumbung rumah. Virus chikungunya juga berjangkit melalui gigitan nyamuk
Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Oleh itu pembiakan
nyamuk boleh berkembang dengan cepat apabila terjadinya penakungan air samada bersih
atau kotor di kawasan persekitaran kediaman kita.
PATOFISIOLOGI
Chikungunya berlaku adalah disebabkan oleh Virus Chikungunya atau dikenali juga sebagai
CHIK Virus (CHIKV) yang berasal daripada keluarga alphavirus. Terdapat lebih kurang 27
jenis alphavirus yang menyebabkan terjadinya sesuatu rebakan penyakit itu kepada manusia
atau mamalia yang lain. Virus chikungunya ini merupakan salah satu daripadanya. Di bawah
klasifikasi virus, virus chikungunya merupakan kumpulan ke-5 iaitu dari keluarga
Togaviridae dan gens Alphavirus. Ia terdiri daripada pelbagai virus dan kadang kala virus
tersebut boleh muncul selepas berlakunya mutasi pada genetiknya. Struktur diameter bagi
virus chikungunya adalah di antara 50 mm hingga 70 mm. Virus chikungunya mengandungi
RNA iaitu berbentuk seperti utas benang yang bersifat positif dan terpisah antara satu sama
lain.
KLASIFIKASI VIRUS CHIKUNGUNYA
Virus chikungunya ini atau dikenali juga sebagai alphavirus selalunya disebarkan melalui
nyamuk dan ia dipanggil sebagai Arboviruses. Virus ini merupakan kumpulan ke-5 yang
berasal daripada keluarga Togaviridae. Namun begitu, terdapat dua lagi keluarga iaitu
Astroviridae dan Barnaviridae. Di bawah keluarga Togaviridae, terdapat
dua lagi jenis virus iaitu Alphavirus dan Rubyvirus. Ross River Virus, Sindbis Virus dan
Chikungunya Virus adalah antara virus yang terletak dalam kumpulan Alphavirus.
KLINIKAL MANIFESTASI
Antara klinikal manifestasi yang dihidapi oleh seseorang apabila mendapat penyakit
chikungunya ialah:

Demam tinggi secara mendadak sehingga mencecah 39 C selama 2- 4 hari


Kesejukan dan menggigil
Pucat
Ruam (bintik-bintik kemerahan) pada kaki, tangan dan badan
Anoreksia (kurang selera makan)
Sakit kepala
Mata merah dan sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya)
Nausea dan muntah
Arthritis atau arthralgia (sakit pada bahagian sendi) terutamanya di hujung jari,
pergelangan tangan dan buku lali
Rasa ngilu pada tulang
Perut meragam

RAWATAN
Chikungunya adalah penyakit demam tinggi di mana suhu badan melebihi 39C iaitu ia sama
seperti demam denggi berdarah. Rawatan bagi chikungunya masih belum dapat ditemui lagi
kerana ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah chikungunya masih belum
dijumpai.Tetapi cara untuk mengubati penyakit ini adalah dengan pemberian ubatan seperti :Paracetamol iaitu ubat analgesik bertujuan untuk menurunkan suhu badan dan sebagai
ubat penahan sakit
Pemberian Anti-viral (7-10 hari)
Pemberian vitamin
Penggunaan ubat Chloroquine dipercayai boleh digunakan untuk merawati simptomsimptom seperti arthritis dengan kombinasi agen antiviral dalam rawatan jangkitan
chikungunya
Pemberian Chloroquine dengan dos 250 mg sehari memberi keputusan positif dan
merawat simptom-simptom seperti arthritis pada jangkitan chikungunya
Pesakit digalakkan untuk banyakkan pengambilan cecair jernih dan mendapatkan
istirahat yang cukup.

Banyakkan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayursayuran


Terapi homeopathy merupakan rawatan yang sangat berkesan untuk chikungunya.
Seperti denggi, tiada sebarang rawatan khusus untuk merawat jangkitan chikungunya.
Demam denggi juga tidak mempunyai sebarang vaksin yang wujud untuk mencegah
jangkitan virus tersebut. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya
menunjukkan bahawa simptom-simptom seperti arthritis (akibat chikungunya) tidak mampu
dirawati oleh Aspirin dan ubat-ubatan non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID).
DIAGNOSIS
Antara ujian diagnosis yang boleh dilakukan untuk menentukan penyakit chikungunya adalah
dengan cara:
Ujian darah serologi
Mengesahkan kehadiran imunoglobulin M dan G (IgM dan IgG) antibodi
kepada virus chikungunya. Virus chikungunya boleh diasingkan dari darah dalam tempoh
beberapa hari pertama jangkitan.
Membezakan samada seseorang itu mengidap denggi atau chikungunya kerana klinikal
manifestasi kedua-duanya (denggi dan chikungunya) hampir sama. Tetapi, demam
chikungunya tidak menyebabkan penurunan tahap platelet (tidak seperti denggi).

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Memandangkan tiada rawatan aktif mahupun rawatan pencegahan chikungunya, satu-satunya
cara bagi mengelakkan jangkitan adalah dengan mengurangkan pendedahan terhadap
jangkitan nyamuk ke tahap maksimum. Antara langkah yang boleh diambil untuk
menghindari penyakit ini adalah dengan membasmi tempat pembiakan nyamuk pembawa
virus iaitu nyamuk Aedes. Nyamuk ini membiak di dalam takungan yang mengandungi air
jernih dan biasanya berada di dalam rumah dan di sekeliling luar rumah. Hal ini termasuklah
dengan memusnahkan sarang pembiakan larva bagi menghentikan rantaian kitar hidup dan
penularannya. Antara pelbagai pilihan lain bagi melindungi diri daripada gigitan nyamuk
termasuklah:
CARA-CARA KAWALAN DI DALAM RUMAH
Basuh tempayan dengan memberus sehingga bersih bagi setiap minggu sebelum
mengisi air yang baru.
Buang air daripada pinggan-pinggan alas pasu bunga yang bertakung seminggu sekali
dan gosok sehingga bersih.
Tutup semua bekas simpanan air dengan rapat.
Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut.
Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam takungan air 3 bulan sekali mengikut
sukatan yang ditetapkan.
CARA-CARA KAWALAN DI LUAR RUMAH
Tanam semua benda buruk atau terbuang iaitu bekas-bekas yang boleh menakung air
hujan seperti botol, tin, plastik, tayar buruk dan sebagainya.
Bersihkan saluran hujan pada bumbung rumah seminggu sekali.

Tutup lubang salur udara, di tangki najis dengan jaringan untuk mencegah kemasukan
nyamuk.
NURSING DIAGNOSIS DAN NURSING INTERVENSI
1. Kulit yang sensitif berkaitan dengan gigitan nyamuk pembawa virus dibuktikan dengan
ruam dan bintik-bintik kemerahan pada seluruh badan.
Menasihati pesakit supaya menggunakan kelambu ketika tidur pada waktu malam.
Memberitahu pesakit agar memakai pakaiaan yang berlengan panjang atau berseluar
panjang terutamanya ketika berada di luar rumah pada waktu senja bagi mengelakkan
pendedahansecara langsung ke atas kulit terhadap gigitan nyamuk Aedes.
Sapukan krim repelen serangga yang disahkanselamat untuk digunakan pada kulit dan
pakaian bagi mengelakkan gigitan nyamuk pada tubuh badan kita.
2. Kurang selera makan berkaitan dengan kadar metabolism badan yang rendah dibuktikan
dengan penurunan berat badan pesakit.
Monitor intake dan output pesakit (I/O Chart).
Memberi blend diet atau makanan yang lembut seperti bubur kepada pesakit untuk
menggalakkan pesakit makan.
Menasihati pesakit supaya banyakkan mengambil makanan yang berfiber tinggi seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran.
Menggalakkan pesakit supaya banyakkan dalam pengambilan cecair jernih untuk
mengelakkan kekeringan pada mulut.
3. Jangkitan dalam tubuh badan berkaitan dengan sistem immuniti badan yang berkurangan
dibuktikan dengan pesakit mengalami demam yang tinggi sehingga suhu badan boleh
mencecah 39 C.
Monitor vital signs pesakit iaitu suhu, denyutan nadi, kadar pernafasan dan tekanan
darah.
Melakukan tepid sponging kepada pesakit bertujuan untuk menurunkan suhu badan ke
paras normal iaitu 37C-37.5C dengan meletakkan face flannel pada bahagian dahi, keduadua celah aksila dan kedua-dua celah femoral.
Membuat cold compress atau demahan sejuk untuk mempercepatkan penurunan suhu
badan yang tinggi.
Pemberian ubatan seperti Paracetamol sebagai ubat penahan sakit dan juga berfungsi
untuk menurunkan suhu.
4. Pembiakan nyamuk pembawa virus berkaitan dengan sistem pengaliran kumbahan yang
tidak berfungsi dengan baik dibuktikan dengan kawasan persekitaran kediaman yang kurang
bersih.
Memberitahu pesakit supaya membersihkan kawasan rumah dan persekitaran agar
bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk seperti nyamuk Aedes dengan cara
melakukan aktiviti gotong-royong bersama keluarga.
Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk
memastikan tiada sebarang pembiakan nyamuk pembawa virus seperti nyamuk Aedes.

Pastikan kawasan kediaman tidak mempunyai takungan air samada daripada pasu-pasu
dan tayar yang terbuang bagi mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit daripada virus
yang disebarkan.
5. Hypothermia berkaitan dengan penurunan kadar metabolik dibuktikan dengan pesakit
menggigil dan mengalami kesejukan yang melampau.
Melakukan vital signs pesakit.
Memberitahu pesakit supaya memakai pakaian yang tebal atau selimut tebal bagi
memanaskan badan dengan berlakunya penghasilan haba.
Memastikan pengudaraan persekitaran pesakit sesuai dengan keadaan pesakit seperti
menutup suiz kipas atau tingkap bagi mengelakkan udara yang sejuk kepada pesakit.
Memberi suasana yang tenang dan aman kepada pesakit yang mengalami masalah
kesihatan supaya pesakit dapat berehat dengan secukupnya.
NURSING INTERVENSI
Antara nursing intervensi lain yang boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada jangkitan
penyakit yang dibawa oleh nyamuk pembawa virus ialah:
Pasang penghadang nyamuk pada tingkap bagi mengelakkan kemasukan nyamuk ke
dalam rumah.
Pasangkan ubat nyamuk lingkaran, elektrik atau menggunakan semburan racun
serangga untuk memusnahkan nyamuk.
Biarkan pengudaraan berlaku dengan baik sama ada dengan memasang kipas angin
atau alat penghawa dingin di dalam rumah.
Selain itu, pesakit akan diasingkan daripada individu yang sihat atau isolation dengan
diletakkan di dalam sebuah bilik khas bagi seseorang yang menghidap penyakit berjangkit.
RUMUSAN
Jika seseorang itu mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit chikungunya, adalah
dinasihatkan dengan segera untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital
terdekat. Selain itu, kita juga boleh boleh melakukan pelbagai cara dalam menangani masalah
pembiakan nyamuk Aedes. Antaranya ialah membuang tin-tin atau botol-botol kosong yang
tidak digunakan lagi ke dalam tong sampah, membuang takungan air seperti di pasu bunga,
tempayan dan sebagainya.
Untuk menggalakkan kesihatan yang baik dan meningkatkan kualiti kesihatan, kita mestilah
menjaga kebersihan diri dan kawasan tempat tinggal sekurang-kurangnya seminggu sekali
bagi membasmi pembiakan dan perkembangan nyamuk pembawa virus seperti nyamuk
Aedes.
Kita juga boleh menggunakan semburan nyamuk, atau ubat pembunuh jentik-jentik dengan
memasukkanya ke dalam tempat takungan air mandi bagi membunuh dan
menghapuskannya.
RUJUKAN
http://paramedik.bbfr.net/chikungunya-h5.htm
http://www.chikungunya.in/prevention-of-chikungunya-fever.shtml
http://www.promosikesehatan.com/?act=news&id=39
http://www.virologyj.com/content/5/1/33
http://creativecommons.org/licenses/by/2.0

Penyakit Bawaan Air dan Makanan


imedikkelantan / December 15, 2013

Beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa kawasan di Malaysia dilanda banjir


yang teruk terutamanya di Kuantan, Kemaman serta beberapa tempat lagi di Pantai
Timur. Selain bahaya langsung yang dibawa banjir seperti hanyut dan lemas,
terdapat satu lagi bahaya yang diakibatkan oleh banjir iaitu penyakit bawaan air
dan makanan.

Di Malaysia, terdapat beberapa penyakit utama yang dikategorikan dalam


kumpulan penyakit bawaan air dan makanan iaitu demam kepialu, penyakit taun,
disenteri (cirit-birit berdarah), hepatitis A dan keracunan makanan. Penyakitpenyakit ini menjangkiti seseorang melalui pengambilan makanan atau minuman
yang tercemar dengan kuman penyakit tersebut. Kuman penyakit-penyakit ini
datang dari najis manusia dan najis binatang yang telah dijangkiti serta
persekitaran yang kotor.

Demam Kepialu (Typhoid)


Demam tifoid atau kepialu ialah sejenis penyakit berjangkit yang
disebabkan oleh kuman kepialu (Salmonella typhi) manakala demam
paratifoid pula disebabkan oleh kuman Salmonella paratyphi.
Gejala demam tifoid tidak begitu spesifik. Pada peringkat awal, gejalanya
ialah demam berpanjangan melebihi seminggu, sakit kepala, keletihan,
kurang selera, bengkak hati dan limpa, ruam merah, jangkitan salur
pernafasan dan gastrousus.
Pesakit tifoid boleh mengalami komplikasi yang serius seperti jangkitan
melibatkan organ-organ utama seperti peritonitis, meningitis, encephalitis,
hepatitis, myocarditis, pneumonia, thrombocytopenia, disseminated
intravascular coagulation dan haemolytic ureamic syndrome.
Taun (Cholera)
Penyakit taun disebabkan oleh jangkitan bakteria vibrio cholera yang
mempunyai gejala awal cirit-birit tanpa sakit, loya dan muntah. Jika tidak
dirawat segera boleh menyebabkan dehidrasi, asidosis, renjatan, kurang gula
dalam darah dan penyakit buah pinggang akut. Penyakit taun yang boelh
membawa wabak ini biasanya mempunyai kaitan dengan sanitasi
persekitaran, tahap kebersihan premis makanan, kebersihan diri dan bekalan
air minum yang kurang memuaskan.

Disenteri (Dysentry)
Disenteri atau cirit birit berdarah adalah diagnosis klinikal merujuk kepada
cirit birit dengan najis berair (loose or watery stool) mengandungi darah
yang boleh dilihat pada mata kasar. Ianya boleh disebabkan oleh bakteria
atau protozoa antaranya seperti Shigella sp. (terutamanya Shigella
dysentriae jenis 1 [Sd1]), Salmonella sp., Enteroinvasive E.
Coli dan Entamoeba histolytica.
Komplikasi boleh berlaku jika kehilangan banyak air yang memberi kesan
kepada jantung dan buah pinggang. Antara komplikasi yang perlu diawasi
ialah:
1. Demam yang tinggi (melebihi 39oC)
2. Kejang atau paralisis
3. Haemolytic uraemic syndrome: Sindrom dengan tiga kesan utama
Haemolytic anaemia, thrombocytopaenia dan kegagalan buah pinggang
Hepatitis A
Hepatitis A disebabkan oleh virus Hepatitis A (HAV). Cara jangkitan
utamanya ialah melalui makanan dan air. Ianya juga boleh berlaku melalui
pemindahan darah daripada penderma yang dijangkiti HAV.
Manifestasi penyakit hepatitis A bergantung kepada peringkat umur dan
kehadiran penyakit kronik lain. Pada amnya, keterukan jangkitan meningkat
dengan umur dan pesakit biasanya pulih sepenuhnya tanpa sebarang
komplikasi.
Keracunan Makanan (Food Poisoning)
Penyakit-penyakit bawaan makanan berpunca daripada pengambilan
makanan atau minuman yang tercemar. Ia termasuk keracunan makanan dan
jangkitan bawaan makanan (foodborne intoxication). Ciri-ciri klinikal
keracunan makanan adalah berbeza bergantung kepada jenis agen
mikrobiologi atau toksin. Antara punca utamanya ialah:
1. Jangkitan bakteria, virus dan parasit seperti Escherrichia coli, Norwalk virus
dan Toxoplasmosis
2. Toksin yang dibawa oleh pembiakan bakteria dalam makanan
seperti Clostridium perfringens, Clostridium botulinum, Staphylococcus
aureus dan Bacillus cereus

3. Toksin yang dihasilkan oleh tumbuhan ataupun haiwan seperti alga dan ikan
yang tertentu.
Terdapat persamaan umum antara penyakit-penyakit bawaan air dan makanan ini.
Antara tanda-tanda dan gejala umumnya ialah:
Sakit kepala yang kuat
Sakit perut
Loya dan muntah
Cirit birit
Demam panas dan berterusan selama 3 hingga 4 minggu
Ruam di badan
Tiada selera makan
Kulit kering
Mata layu dan cekung
Letih lesu dan tidak tidak bermaya
Tidak sedarkan diri dan meracau

Mencegah itu lebih baik daripada


merawat. Langkah-langkah pencegahan daripada mendapat penyakit bawaan air
dan makanan termasuk:
Minum air yang telah dimasak

Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum


dimakan
Basuh semua pinggan mangkuk dengan sabun dan air bersih
Sediakan makanan di tempat yang tinggi dan bersih
Makan makanan yang baru dimasak
Tutup semua makanan supaya tidak dihinggapi lalat
Pilih penjual/gerai makanan yang bersih jika membeli/makan di luar
Gunakan penyepit/senduk untuk mengambil makanan
Bina dan gunakan tandas yang sempurna dan bersih
Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan
makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas
Lupuskan sampah dan bersihkan kawasan rumah dengan sempurna supaya
lalat, lipas dan tikus tidak membiak

Sekiranya anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda ini, anda mungkin
telah dijangkiti oleh penyakit bawaan air dan makanan. Sila berjumpa dengan
doktor segera untuk pemeriksaan lanjut. Jangan dibiarkan penyakit anda berlarutan
kerana ianya boleh bertambah teruk, menjangkiti orang lain dan membawa maut.
Sabda Rasulullah SAW Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab
menunaikan hak terhadap badan kamu. (HR Bukhari).
Muslim Sihat, Islam Hebat

Dr Wan Muhd Riduan Bin Wan Jaffar


I-Medik Kelantan
Share this:
Twitter
Facebook
Google

Like this:
December 15, 2013 in Aktiviti.

Related posts

Selamatkan Gadisku!

Hari Valentine: Asal-usul dan Hukumnya

Karnival Lepasan Sekolah Kelantan Meriah

Post navigation
Seminar Lepasan SPM 2013 Dedahkan Laluan Selepas SPM
Misi Bantuan Pasca Banjir (Gelombang Kedua)
Leave a Reply

Video Korporat I-Medik


Search
Search

Post Terkini
Selamatkan Gadisku!
Hari Valentine: Asal-usul dan Hukumnya
Karnival Lepasan Sekolah Kelantan Meriah
Penyakit Bawaan Air dan Makanan
Klinik Bergerak I-Medik redah Pantai Timur

Like kami di facebook

Create a free website or blog at WordPress.com. The Expound Theme.


Follow

Follow I-Medik Kelantan

Mencegah lebih baik daripada mengubati adalah istilah yang


bersesuaian dalam usaha menjaga kebersihan persekitaran bagi
mencegah penyakit bawaan vektor daripada merebak. Bincangkan.

Penyakit bawaan vektor ialah penyakit yang boleh membunuh dan merebak sebagai wabak.
Penyebaran penyakit bawaan vektor berkait rapat dengan kegagalan mengurus selia kebersihan
persekitaran kawasan kediaman.
Antara penyakit bawaan vektor ialah demam denggi. Demam denggi berpunca
daripada vektor bawaan nyamuk aedes. Demam denggi boleh merebak menjadi wabak dan
boleh menyebabkan kematian bagi kes-kes kritikal seperti denggi berdarah. Nyamuk aedes
membiak dalam kawasan persekitaran yang kotor, banyak takungan air daripada sisa buangan
seperti tin dan sampah serta longkang yang tersumbat.
Penyakit bawaan vektor yang kedua ialah demam malaria. Demam malaria berpunca
daripada nyamuk tiruk yang meninggalkan bacteria dalam darah mangsa yang digigit oleh
nyamuk ini. Bakteria tersebut akan membiak dalam darah hingga boleh menyebabkan kesan
jangkitan bacteria seperti sakit kepala, demam sejuk yang melampau, dan sesak nafas.
Pembiakan nyamuk ini sering dikaitkan dengan kawasan petempatan yang kotor dan tidak
terurus dengan sempurna, kawasan pembuangan sampah, dan sisa buangan domestik.
Bagi mencegah wabak penyakit bawaan vektor daripada merebak, penjagaan
kebersihan persekitaran perlulah diutamakan. Komuniti kawasan perumahan dan kediaman
perlulah bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan dan kediaman seperti
membersihkan longkang yang tersumbat, kawasan belukar yang mempunyai takungan air.
Penghuni kediaman juga perlulah selalu membersihkan kawasan kediaman dengan memastikan
tiada air yang bertakung di dalam pasu bunga, bekas buangan tin, dan mana-mana simpanan air
yang menjadi kawasan pembiakan nyamuk.
Selain itu, Kementerian Kesihatan perlulah memainkan peranan yang berterusan untuk
mencegah penyakit bawaan vektor yang merebak. Aktiviti foging secara berkala di kawasan
kediaman dan kawasan perparitan yang terbuka perlulah dilakukan. Hal ini akan dapat
menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk dalam sklaa besar. Selain itu, Kementerian
Kesihatan perlulah melakukan pemantauan dan pemeriksaan kawasan kediaman dengan kerap
untuk memastikan penghuni kediaman sentiasa menjaga kebersihan, melupus sampah, dan
kawasan takungan air diselenggara secara terurus agar pembiakan nyamuk dapat dicegah.
Kesimpulannya, penyakit bawaan vektor dapat dicegah jika tahap penjagaan
kebersihan persekitaran dapat ditingkatkan dan semua ahli masyarakat mempunyai kesedaran
yang tinggi untuk menjaga kebersihan kediaman dan persekitaran.
Posted 1st January 2012 by tasah

You might also like