You are on page 1of 5

PERJANJIAN JUALBELI

PERJANJIAN PENJUALAN DAN PENYERAHAN KENDERAAN

PERJANJIAN ini dibuat pada_________________ bersamaan pada hari _____________

di _______

____________________________________________________________________________________.
: NOR ZARINA BT MASTORA

Diantara

(NO. K/P

Beralamat : P3-8 Apartment zamrud, Taman Pasir Permata, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
(selepas daripada ini disebut sebagai Penjual ) pada satu pihak
Dan

(NO. K/P:

Beralamat :
(selepas daripada ini disebut sebagai Pembeli ) pada satu pihak yang lain.
Dengan disaksikan dihadapan oleh :

BAHAWASANYA
1.

Penjual adalah pemunya berdaftar kenderaan yang butir-butir adalah seperti yang
dinyatakan di bawah ( selepas daripada ini disebut sebagai Kenderaan tersebut).
1.1

Jenis Kenderaan

PERODUA MYVI

1.2

No. Pendaftaran

WPY 5360

1.3

Tahun Dibuat

2007

1.4

No. Casis

1.5

No. Enjin

1.6
Bank Pembiaya
(BANK RAKYAT)

BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA

1.7

RM 510.00

Bayaran Bulanan

1.8
Pemunya Berdaftar
:
NOR ZARINA BT MASTORA
(Sesalinan geran hakmilik kenderaan tersebut dilampirkan didalam Perjanjian ini dan
ditandakan sebagai Lampiran 1).

DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO

PERJANJIAN JUALBELI

2.

Penjual telah bersetuju untuk menjual dan pembeli telah bersetuju untuk membeli
kenderaan tersebut pada Harga Ringgit Malaysia 17,000 dimana pembeli akan
membayar wang pendahuluan sebanyak Ringgit Malaysia________________
(ditulis dalam perkataan_________________________________) dan baki
selebihnya akan dijelaskan kepada pihak bank pembiaya sebanyak Ringgit
Malaysia
_________________________
(ditulis
dalam
perkataan_________________________________) tertakluk kepada syarat-syarat dan
terma-terma seperti yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

1.

PERSETUJUAN
Dengan fikiran yang waras Penjual telah bersetuju untuk menjual Kenderaan tersebut
secara tunai pada Harga Ringgit Malaysia 17,000 dan Pembeli bersetuju untuk
membelinya tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam
Perjanjian ini.

2.

BAYARAN PENYELESAIAN KEPADA BANK PEMBIAYA


Pembeli dikehendaki untuk menjelaskan bayaran penuh pinjaman Kenderaan tersebut
kepada bank pembiaya dalam tempoh 21 HARI daripada tarikh penyerahan kunci
dan kenderaan melalui bayaran secara tunai atau dibankkan ke dalam akaun bank
pembiaya. Walaubagaimanapun Penjual berhak untuk menuntut semula Kenderaan
tersebut dan Pembeli dikehendaki memulangkan Kenderaan tersebut kepada Penjual
sekiranya Pembeli gagal untuk menjelaskan bayaran penuh Kenderaan tersebut kepada
Bank Pembiaya selama satu (1) bulan (selepas daripada ini disebut sebagai Tunggakan
tersebut). Oleh yang demikian Perjanjian ini akan terbatal dengan sendirinya.
Sekiranya Kenderaan tersebut telah ditarik oleh Bank Pembiaya sebelum sempat
diserahkan kepada Penjual maka Pembeli beraku janji akan bertanggungjawab keatas
segala kos yang berkaitan dengan penarikan Kenderaan tersebut oleh Bank Pembiaya dan
seterusnya Pembeli akan bertanggungjawab keatas segala kerosakan yang berlaku akibat
daripada kesan penarikkan Kenderaan tersebut oleh Bank Pembiaya.

3.

TANGGUNGJAWAB PEMBELI
3.1

Pembeli adalah bertanggungjawab keatas segala saman Pihak Berkuasa yang


berkenaan mulai daripada tarikh Pembeli mengambil alih Kenderaan tersebut
daripada Penjual.

3.2

Pembeli adalah bertanggungjawab secara mutlak sekiranya Kenderaan tersebut


terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang mulai dari tarikh
Pembeli mengambil alih Kenderaan tersebut daripada Penjual.

3.3

Penjual tidak akan bertanggung jawab terhadap apa apa penyusutan nilai dan
kerosakan selepas daripada tarikh Pembeli mengambil alih Kenderaan tersebut
daripada Penjual.

DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO

PERJANJIAN JUALBELI

4.

5.

7.

TANGGUNGJAWAB PENJUAL
4.1

Penjual adalah bertanggungjawab memberikan kerjasama untuk segala urusan


yang melibatkan Kenderaan tersebut sekiranya perlu.

4.2

Sekiranya Pembeli ingin membiaya atau menyelesaikan segala baki hutang


dengan Bank Pembiaya maka Penjual bertanggungjawab untuk memberikan
keizinan pertukaran hakmilik secara rasmi keatas nama Pembeli atau wakilnya.

HAK PENJUAL
5.1

Penjual berhak untuk membatalkan Perjanjian ini sekiranya didapati Pembeli


memudaratkan status Penjual sebagai pemunya berdaftar Kenderaan tersebut.

5.2

Pejual berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap pembeli sekiranya


hutang kenderaan berkenaan gagal diselesaikan oleh pihak pembeli dari tempoh
satu (1) bulan daripada tarikh penyerahan dan pengambil alihan kenderaan
berkenaan.

KLAUSA PENTING
Sekiranya Pembeli gagal untuk membayar bayaran bulanan selama satu (1) bulan
berturut-turut dan/atau sekiranya Kenderaan tersebut dijual kepada pihak ketiga tanpa
pengetahuan dan kebenaran Penjual dan seterusnya gagal untuk menyerahkan kembali
Kenderaan tersebut kepada Bank Pembiaya dan/atau Penjual dan setelah usaha dilakukan
oleh Penjual untuk mendapatkan kembali Kenderaan tersebut menemui kegagalan maka
satu laporan Polis akan dibuat terhadap Pembeli dan tindakan undang-undang akan
dimulakan terhadap Pembeli berkaitan dengan kehilangan Kenderaan tersebut.

8.

MASA
Masa bila mana dinyatakan didalam perjanjian ini merupakan intipati perjanjian ini.

9.

PENGETAHUAN DAN/ATAU PERSETUJUAN SECARA SENYAP


Pengetahuan dan/atau persetujuan secara senyap oleh Penjual atau Pembeli mengenai
sebarang pelanggaran terhadap mana-mana syarat atau mana-mana satu daripada perkaraperkara tersebut yang terkandung didalam Perjanjian ini hendaklah tidak akan dianggap
sebagai suatu pelepasan syarat-syarat atau akujanji-akujanji tersebut dan walaupun
perkara yang dinyatakan diatas telah berlaku, Penjual atau Pembeli masih berhak untuk
menguatkuasa hak masing-masing di bawah Perjanjian ini serta mengkehendaki
perlaksanaan dengan sempurna oleh mana-mana pihak terhadap segala syarat-syarat
seperti mana yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

10.

NOTIS BERTULIS

DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO

PERJANJIAN JUALBELI

Apa jua notis yang perlu diserahkan kepada salah satu pihak di sini mengikut syaratsyarat didalam Perjanjian ini adalah dikira sempurna serahannya apabila:
(a)

(b)

11.

Ianya diserahkan kepada satu pihak itu atau melalui Surat Berdaftar yang
dialamatkan kepada alamatnya yang dinyatakan disini dan adalah dikira
(samada di terima atau tidak) di terima pada masa Surat Berdaftar itu diserah
di dalam keadaan biasa;
Ianya diberikan kepada pihak itu atau melalui surat dan/atau diserahkan dengan
tangan kepada pihak itu.

Lampiran ini disertakan bersama:11.1

Salinan kad pengenalan penjual

11.2

Salinan kad pengenalan pembeli

11.3

Perakuan pendaftaran kenderaan

SEBAGAI MEMPERSETUJUI PERJANJIAN INI kedua-dua pihak telah menurunkan


Tandatangan mereka ( setelah difahamkan isi kandungan surat perjanjian ini ) pada tarikh
yang mula-mula disebut di atas.
DITANDATANGAN oleh PENJUAL
Yang tersebut di atas

DITANDATANGAN oleh PEMBELI


Yang tersebut di atas

..................................................................

.....................................................................

Nama :.......................................................

Nama :.......................................................

No.KP:........................................................

No.KP:........................................................

TANDATANGAN SAKSI I

TANDATANGAN SAKSI II

..................................................................

..................................................................

Nama :.......................................................

Nama:.......................................................

No.KP:........................................................

No.KP:........................................................

DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO

PERJANJIAN JUALBELI

DISEDIAKAN OLEH TETUAN AZRULHISHAM & CO

You might also like