You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan
Pasukan merupakan sejenis kumpulan yang khusus.Menurut Greenbery dan Baron
(1995) pasukan didefinisikan sebagai satu kumpulan yang keahliannya memiliki kemahiran
yang saling bergantung dan komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni
mereka sedia mengambil tanggungjawab secara bersama. Sesebuah organisasi lazimnya
mempunyai ahli yang boleh dikatakan sebagai pasukan. Pasukan memainkan peranan yang
penting dalam sesebuah organisasi.Ini adalah kerana pasukan mempunyai banyak kelebihan
daripada individu secara perseorangan. Kelebihan pasukan begitu ketara dari segi
pengalaman, kemahiran, perolehan maklumat, pembahagian kerja dan pengembelingan kerja.
Oleh yang demikian, kerjasama berpasukan amat penting terutamanya dalam melaksanakan
sesuatu program mahupun aktiviti. Program Teambuilding mampu mencapai kejayaan diri
dan kerjaya.
Selain itu, Pembinaan pasukan merupakan satu kaedah yang melibatkan campur
tangan pasukan yang bertujuan meningkatkan hubungan sosial dan memberi penjelasan
mengenai peranan ahli pasukan dalam menyelesaikan tugas-tugas serta masalah interpersonal
yang memberi kesan kepada fungsi pasukan. Pembinaan sebuah pasukan bertujuan untuk
mencapai sesuatu keputusan, matlamat mesyuarat dan pencapaian tugas seperti yang
diharapkan. Ia merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang mana setiap ahli pasukan boleh
melibatkan diri untuk mengubah konteks, komposisi atau kecekapan pasukan dalam
meningkatkan prestasi pasukan mereka.
Pembinaan pasukan berbeza dengan latihan pasukan. Latihan pasukan direka untuk
meningkatkan fungsi dan keberkesanan pasukan. Terdapat beberapa cara tertentu didalam
Pembinaan pasukan, ia tidak semestinya formal atau sistematik,namun pembinaan pasukan
memfokuskan kepada kecekapan yang berasaskan kepada kemahiran, dan biasanya dilakukan
dalam tetapan yang tidak berada dalam persekitaran sebenar di mana pasukan bekerja pada
1

tugas. Pembinaan pasukan umumnya berada dalam teori dan amalan pembangunan
organisasi, tetapi juga boleh diaplikasikan untuk pasukan bola sepak, rombongan sekolah,
tentera, krew penerbangan dan sebagainya.
Terdapat banyak isu-isu dalam kesusasteraan mengenai definisi konsep pembinaan
pasukan. Walau bagaimanapun, kini terdapat penjelasan berkaitan konsep pembinaan
pasukan. Terdapat Empat komponen penting dalam pembinaan sesebuah pasukan atau
kumpulan, iaitu Penetapan matlamat, pengurusan interpersonal, penjelasan peranan dan
penyelesaian masalah. Campur tangan pasukan dalam pembangunannya telah terbukti
mempunyai kesan positif ke atas proses-proses kognitif yang berkesan dan hasil prestasi
pasukan. Pembinaan pasukan telah menunjukan kesan yang kuat kepada hasil dan proses.
2.0 Objektif pembinaan Pasukan Di Syarikat Apple
Secara umumnya objektif pembinaan pasukan dalam kalangan pekerja adalah untuk
membangunkan individu kearah kecemerlangan diri, kerjaya dan organisasi. Sebuah pasukan
yang kuat dikatakan sebagai rahsia kejayaan dan kemajuan sesebuah syarikat.
Apple merupakan sebuah syarikat korporat yang telah berjaya mengukir nama dalam
bidang teknologi komputer dan elektronik. Malah bukan itu sahaja, syarikat Apple juga telah
berjaya bersaing dengan syarikat-syrikat teknologi yang la bagi mendapat tempat dalam
masyarakat seluruh dunia. Faktor utama kejayaan syarikat Apple adalah melalui penubuhan
pasukan kerja yang mantap dan objektif pasukan yang jelas. Pasukan kerja ini dikenali
sebagai pasukan kerja yang istimewa.
Objektif utama penubuhan pasukan kerja yang istimewa dalam syarikat Apple adalah
untuk memastikan setiap fungsi-fungsi tugas yang dipisahkan oleh kepakaran dapat terus
berhubung dan dapat terus berkolaborasi antara satu sama lain. Menurut Steve Jobs, setiap
pekerja di syarikat Apple mempunyai fungsi tugas mereka tersendiri tetapi dipisahkan oleh

garis-garis halus di antara fungsi tersebut kerana setiap fungsi mempunyai projek kerja yang
berlainan (Mazlan Mohamad, 2011).
Oleh itu syarikat Apple amat menghargai setiap kerjasama yang dilakukan oleh ahli
pasukan kerja yang isitmewa. Selain itu, membina pasukan kerja yang istimewa juga amatlah
penting bagi memastikan setiap pekerja dapat sentiasa berhubung dan berkomunikasi antara
satu sama lain. Hubungan antara ahli dalam setiap pasukan adalah penting bagi memastikan
setiap ahli dapat terus berkerjasama untuk menghasilkan keluaran produk yang terbaik.
Objektif lain penubuhan pasukan kerja yang teristimewa adalah untuk memastikan
output yang dikeluarkan oleh syarikat Apple adalah sempurna dan seragam. Di mana, setiap
alatan yang digunakan untuk mengeluarkan produk Apple perlulah selaras dan seragam.
Contohnya, syarikat Apple akan menggunakan bentuk skru yang sama dan reka bentuk
keseluruhan MacBook juga adalah diseragamkan. Justeru itu, melalui penubuhan pasukan
kerja yang istimewa membolehkan setiap pekerja menyelaraskan dan menyeragamkan
keluaran produk syarikat Apple.
Selain itu, objektif penubuhan pasukan kerja yang istimewa juga adalah untuk
membangunkan inovasi dan kreativiti pekerja bagi menghasilkan produk yang berlainan dari
segi fungsi, kegunaan, reka bentuk dan kuasanya. Di mana setiap ahli-ahli dalam pasukan
kerja yang istimewa akan bertukar-tukar pandangan dan idea-idea antara mereka. Ini
membolehkan satu idea dapat dikembangkan lagi dengan lebih meluas kerana ahli dalam
pasukan adalah dari kepakaran yang berbeza. Setiap kepakaran ahli pasukan akan
digabungkan bagi menghasilkan keluaran produk syarikat Apple yang unik dan lebih
bermutu.
3.0 Langkah-Langkah Syarikat Apple Dalam Pembinaan Kumpulan
Syarikat Apple telah membuat kajian menunjukkan bahawa pengurusan secara
kolektif lebih produktif dan berjaya daripada secara individu untuk mencapai keberkesanan
3

dalam berpasukan. Ramai pekerja masa kini menuntut hak mereka untuk bersama-sama
membuat keputusan dan mengambil bahagian dalam menentukan masa depan organisasi
mereka. Penerapan pasukan kerja merupakan salah satu interaksi untuk berkongsi maklumat
dan keputusan bagi membantu ahli-ahli pasukan menjalankan tugas dalam sempadan
tanggungjawab yang ditetapkan. Pasukan kerja merupakan gabungan usaha, pengetahuan,
kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergenik untuk menghasilkan prestasi
kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian. Pasukan kerja akan membolehkan
organisasi meningkatkan sumber atau kemahiran
Oleh yang demikian, terdapat beberapa langkah yang diambil oleh syarikat Apple
dalam pembinaan pasukan. Program berpasukan ini perlu dilakukan bagi menjayakan kerja
berpasukan yang mampu meningkatkan kualiti syarikat Apple. Pelbagai aktiviti di laksanakan
oleh syarikat Apple untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan bekerjasama di kalangan
ahlinya.
Diantara langkah-langkah syarikat Apple untuk membina kumpulan pasukan adalah
dengan mengadakan aktiviti-aktiviti untuk tujuan bekerja secara berpasukan adalah dengan
mengadakan aktiviti seperti Fear Factor aktiviti ini bertujuan untuk mengatasi faktor
ketakutan seseorang individu. Selain itu aktiviti ini dapat membentuk jati diri yang kuat serta
mampu mengawal emosi dalam pelbagai situasi.Seterusnya, aktiviti ini dilakukan dalam
kumpulan bagi mengenal pasti masalah dan halangan dalam mencapai kejayaan demi
membentuk berpasukan. Aktiviti ini juga merupakan latihan dalam kumpulan bertujuan
menilai sejauhmana keberanian dan kekuatan emosi seseorang mahupun berkumpulan bagi
mengatasinya
Mini Explorace aktiviti permainan dalam kumpulan.Aktiviti ini bertujuan untuk
memberi ujian pemikiran serta membentuk kumpulan yang kuat dalam mencapai misi atau

matlamat kumpulan.Dalam aktiviti ini menggunakan teknik pemikiran yang pantas serta
menggunakan kekuatan fizikal bagi menyelesaikan masalah.
Mengadakan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga merupakan langkahlangkah keberkesanan dalam berpasukan.Hal ini bertujuan untuk menyelesaikan kertas kerja
serta dapat menganalisa masalah dan mencari jalan penyelesaian.Aktiviti ini juga
memberikan teknik penyelesaian masalah dengan lebih berkesan dalam kumpulan.
Aktiviti Presentation Skills juga merupakan langkah keberkesanan syarikat Apple
untuk memberi tumpuan kepada para peserta kursus untuk diberikan pendedahan teknik
pengucapan yang berkesan.Pengucapan yang baik akan memberikan kekuatan kepada
seorang pemimpin dalam berpasukan dalam sesebuah syarikat/ organisasi.
Dengan membuat langkah-langkah seperti mengadakan aktiviti IQ Test ianya dapat
mengenal tahap kekuatan dan kelemahan diri. Modul ini melihat sifat dan sikap sesorang dan
cuba untuk mengatasi kelemahan. Serta aktiviti Tayangan Multimedia juga dapat memberi
keberkesanan dalam kerja berpasukan kerana biasanya aktiviti ini dijalankan di dalam dewan
atau bilik mesyuarat.Tayangan multimedia berkaitan pembentukan jati diri yang unggul dan
paparan multimedia yang bersesuaian dengan obejktif program yang berkaitan dengan
syarikat Apple.
4.0 Kenapa Apple Memilih Konsep Pembinaan Kumpulan?
Kebanyakan syarikat-syarikat besar, memilih untuk berkerja didalam pasukan.
Syarikat Apple juga tidak terkecuali didalam mengamalkan kerja berpasukan didalam konsep
bekerja mereka. Kerja berpasukan yang diamalkan dapat memupuk sikap bekerjasama
dikalangan pekerja syarikat Apple, sikap inilah yang membantu mereka didalam mencapai
satu persatu kejayaan syarikat mereka. Komunikasi yang lebih kerap dapat meningkatkan
espirit de corp untuk mereka saling kenal dan mengenali di peringkat awal seterusnya dapat
memahami aspirasi organisasi.
5

Selain itu dalam kerja berpasukan, ahli saling lengkap-melengkapi. Setiap anggota
dan ahli didalam syarikal Apple mempunyai peranan dan kepakaran yang berbeza mengikut
kemahiran mereka. Pengkayaan ilmu dan peningkatan prestasi akan lebih terserlah apabila
setiap anggota menyumbang kemahiran dan kepakaran masing-masing. Proses ini didalam
syarikat Apple mewujudkan integrasi yang lebih kukuh dan menjadi teras kepada kejayaan
yang lebih besar. Saling melengkapi ini, diterapkan kerana setiap orang mempunyai
kebolehan dan keistimewaan yang berbeza, maka kelemahan anggota lain dapat dibantu
dengan kelebihan anggota lain dan seterusnya menyebabakan syarikat Apple Nampak gah
diluarnya. Disebabkan oleh elemen yang digunakan didalam kerja berpasukan.
Seterusnya,didalam kerja berpasukan syarikat Apple turut mengamalkan sentiasa
berpostif didalam berpasukan. Setiap anggota melihat kerja berpasukan sebagai peluang bagi
pencapaian matlamat, memenuhi keperluan hidup, dan menyediakan sokongan social ketika
berlaku krisis. Syarikat Apple melihat dari perspektif positif dapat mewujudkan kejelikatan
sesame ahli kumpulan seterusnya kuasa sinergi yang menggerakkan organisasi mereka kea
rah prestasi yang maksimum. Kesepaduan antara peranan ahli dan prestasi akan
menggalakkan idea yang lebih kreatif dan mengurangkan jurang perbezaan pendapat.
Syarikat Apple turut menggunakan usaha kolektif. Iaitu ahli dalam organisasi
memahami dan berkongsi pandangan tentang hala tuju dan matlamat yang hendak dicapai
oleh organisasi. Menyedari peranan dan fungsi masing-masing boleh memberi motivasi
kepada ahli untuk mengambil bahagian dalam setiap perancangan dan tindakan yang telah
diputuskan. Bekerja bersama-sama boleh dicapai melalui usaha kolektif yang digunakan oleh
Syarikat Apple sebagai prinsip bekerja kerana semua kekuatan dan sumber dapat digembleng
kea rah pencapaian matlamat yang satu.

5.0 Kesimpulan
Kewujudan dan kepentingan kumpulan sebagai satu bidang yang tidak dapat
dinafikan lagi sejak munculnya dinamika kumpulan pada tahun 1940. Oleh itu,
keberkesanan proses interaksi dalam kumpulan telah mempengaruhi pembangunan syarikat
Apple ke arah yang lebih dinamik dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk-produk
mereka ke pasaran global dengan cermelang. Selain itu, kefahaman setiap ahli atau
kakitangan dalam syarikat Apple terhadap aspek peranan dan kepimpinan juga membantu
diantara mereka dalam menghasilkan kerja-kerja dengan produktif dan berkesan. Selain itu,
apabila setiap daripada ahli ini memperolehi penjelasan dalam perjumpaan mereka dan juga
pemimpin mereka untuk mengeluarkan sesuatu produk, maka ia akan dapat meningkatkan
komitmen ahli terhadap tugas yang perlu dilakukan terhadap sesuatu produk tersebut.
Seterusnya, ahli kumpulan dalam syarikat ini juga memetingkan tahap komunikasi
mereka dalam kumpulan mahupun syarikat kerana ia dapat menyampaikan masej serta
maklumat dengan jelas sama ada pemimpin dan juga kakitangan dalam kalangan mereka.
Oleh hal ini, dalam penyampaian maklumat yang berkesan dapat mehasilkan sesuatu barang
yang produktif kerana syarikat Apple merupakan syarikat gadget yang terkemuka di
seluruh dunia.
Selain itu, syarikat Apple menganggap isu-isu dalam syarikat dan isu-isu antara ahli
kakitangan mereka juga salah satu elemen penting dalam usaha mereka membentuk satu
kumpulan dinamika di dalam organisasi mereka yang telahpun berjaya diperingkat global.
Seterusnya, syarikat Apple merupakan sebuah organisasi yang berdaya saing dan berkualiti
akan melambangkan corak perkhidmatan yang berkesan sehingga pelanggan dapat menikmati
keselesaan daripada perkhidmatan yang telah diwujudkan oleh syarikat Apple. Melalui
penerangan yang telah dikupas dalam bab kami, maka jelas menunjukkan bahawa setiap
konsep-konsep dinamika kumpulan ini dapat meningkatkan persekitaran dan tingkah laku

pekerja dalam syarikat Apple. Oleh itu, unsur-unsur dinamika ini perlu di semaikan dan
diteruskan oleh syarikat-syarikat lain juga bagi menaikkan nama organisasi mereka.

Reference

Mazlan, M. (2011, april 25). Rahsia Kejayaan Apple. Retrieved jun 1, 2015, from
http://www.majalahniaga.com/rahsia-kejayaan-apple-steve-jobs.html.

Kepimpinan kerja berpasukan. Rietrived Jun 1, 2015, from


http://pembangunandiri1.blogspot.com/2012/12/kepimpinan-kerjaberpasukan_4995.html
Pembinaan pasukan. Ritrieved May 31, 2015, From
pasuhttp://excecutivesec.com/teambuilding-bina-pasukan

You might also like