You are on page 1of 7

BAB 3

KONFLIK ARABISRAEL 1948

Serangan 15 Mei10 Jun 1948

Tarikh :November 1947Mac


1949TempatTimur Tengah
Hasil :Perjanjian Gencatan Senjata
1949
Pihak bersengketa
Israel,Mesir,Syria,Transjordan,Lubnan,
Iraq,Saudi Arabia,Yaman,Tentera Jihad,
Tentera Pembebasan Arab

LATAR BELAKANG PERANG


Perang Arab-Israel 1948 , dikenali juga
sebagai Perang Kemerdekaan Israel,
adalah merupakan perang yang pertama di
dalam satu siri peperangan antara negara
Israel dan negara jiran Arabnya dalam
konflik Arab-Israel.
Bagi orang-orang Yahudi Israel,
peperangan ini menandakan kejayaan
penubuhan negara Israel, tetapi bagi
orang-orang Arab Palestin,

ia menandakan permulaan bagi peristiwaperistiwa yang dirujuk sebagai "Al-Nakba"


(bahasa Arab: , "Malapetaka"),
perkataan yang digunakan untuk
menggambarkan pengusiran keluar
beratus-ratus ribu penduduk Palestin
tempatan dari negara Israel yang baru
dibentuk, dan kemudiannya pelarangan
pihak Israel kembali ke kampung halaman
mereka

1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah


mencadangkan memisahkan tanah Palestine
kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu
rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab.
Mandat British terhadap Palestin sepatutnya
berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi
kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal
Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah
mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei.
Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf
oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan
banyak negara lain.

Pada akhir Mei 1948, 6000 tentera Syria, 4500


Iraq, 6000 Transjordan, 1000 Lubnan dan 5000
Mesir telah melancarkan serangan terhadap
negara Israel yang baru lahir.
Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang
berjaya menawan hampir setengah wilayah
yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab
serta Baitulmuqaddis Barat.
Dalam perjanjian gencatan senjata, Jalur Gaza
diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing
Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah
Mandat British terhadap Palestin dahulu yang
lain menjadi Israel.

You might also like