You are on page 1of 2

Doktrin Pengasingan Kuasa Di Bawah Perlembagaan Negeri

Kelantan
Doktrin Pengasingan Kuasa dan konsep 'Check & Balance' (Kawalan dan Imbangan) yang
tertanam kukuh dalam semangat Perlembagaan Persekutuan juga nampaknya berdiri kukuh
dalam Perlembagaan Negeri Kelantan. Sememangnya mengikut Konsep Federalism, apaapa yang terkandung dalam Perlembagaan Negeri-Negeri mestilah selaras dengan
Perlembagaan Persekutuan.
Di bawah Perlembagaan Negeri Kelantan, kuasa legislatif ada ditentukan dalam Perkara 28
(XXVIU) yang berbunyi:
'Legislatif Negeri akan terdiri dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, dan satu
Dewan yang dikenali sebagai Dewan Negeri (Legislative Assembly) '
Pada masa kini 'Dewan Negeri' mempunyai 43 ahlli yang dipilih.
Kuasa badan perundangan Negeri Kelantan adalah untuk mengubal undang-undang yang
mana dijalankan dengan mengadakan Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
Negeri dengan persetujuan Duli Tuanku Sultan Kelantan. (perkara 39 - XXXIX).
Walaubagaimanapun pihak legislatif di negeri-negeri terinasuk negeri Kelantan ini hanya
boleh mengubal apa-apa undang-undang yang berkaitan dengan perkara yang disebut
dalam Senarai Negeri (Senarai Kedua - Jadual Kesembilan) atau mana-mana perkara Senarai
Bersama,
Seperkara lagi menurut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, jika mana-mana undangundang Negeri adalah berlawanan dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka
undang-undang Persekutuan itu hendaklah dipakai dan undang-undang Negeri itu hendaklah
terbatal, setakat mana ianya berlawanan........ Ini merupakan langkah kawalan dan
imbangan dan ciri penting yang mengawal hubungan baik antara negeri-negeri dengan
Persekutuan di bawah konsep Federalism.
Kuasa badan Eksekutif di bawah Perlembagaan Negeri Kelantan pula ada diperuntukan di
bawah Perkara 10 (X) yang berbunyi:'Kuasa eksekutif Negeri akan terletak pada Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kelantan tetapi
fungsi-fungsi eksekutif boleh menurut undang-undang dijalankan oleh orang-orang lain atau
pihak berkuasa lain.'

Semua kuasa eksekutif kerajaan Negeri Kelantan ini mesti dijalankan atas nama Ke bawah
Duli Tuanku Sultan Kelantan.
Kuasa eksekutif ini bukanlah tanpa kawalan dan imbangan. Ini dapat ditafsirkan jika dilihat
Perkara 7 (VII) Perlembagaan Negeri Kelantan yang berbunyi inte alia:
'Ke Bawah Duli Tuan Sultan mesti bertindak terhadap semua rakyatnya dan semua orang
bermestautin dalam keadaan yang adil memerintah mengikut undang-undang..........'
Peruntukan ini dilihat sebagai juga terpakai bagi semua perkara pentadbiran yang dijalankan oleh pihak eksekutif
termasuk urusan-urusan yang dijalankan oleh ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai dan agensiagensi di bawahnya.

Di bawah Perlembagaan Negeri Kelantan, Negeri hanya ada bidang kuasa Syariah sahaja.
Lain-lain undang-undang, acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan adalah dalam
bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Di negeri Kelantan ini, agama resminya adalah agama Islam sebagaimana yang termaktub
dalam Perkara 5 (V) Perlembagaan Negeri tetapi lain-lain agama masih boleh dipraktikkan
secara aman oleh orang-orang beragama lain.

Ketua agama adalah Duli Tuanku Sultan Kelantan dan Majlis Ugama Islam
dan Adat Istiadat Melayu akan bertindak memberi bantuan dan nasihat kepada
Duli Tuanku menurut undang-undang.
Walaupun di Negeri Kelantan ini nampaknya Duli Tuanku mengetuai ketiga-tiga
cabang pemerintahan yakni eksekutif, legislatif dan kehakiman. Tapi tidaklah
bermakna pemusatan kuasa itu dijalankan dengan sewenang-wenangnya.
Perlembagaan Negeri Kelantan adalah jelas menetapkan pengasingan kuasa
dengan cirinya yang tersendiri dan kawalan dan imbangan kuasa itu tetap berada di
sisi sentiasa. Ini dapat dilihat dari Perkara 128 (1) Perlembagaan Persekutuan yang
inte alia menyebut:' Mahkamah Persekutuan...... mempunyai bidang kuasa untuk menentukan
mengikut peraturan-peraturan mahkamah .... apa-apa persoalan sama ada undangundang yang dibuat oleh Parlimen atau pihak Legislative Negeri sebagai tidak sah
kerana ia membuat peruntukan mengenai perkara yang Parlimen atau Lagislatif
Negeri tidak ada kuasa membuatnya'.

You might also like