You are on page 1of 16

Pengenalan

Teater dan drama televisyen merupakan dua bentuk seni persembahan yang saling revelan
dalam erti dan nilai persembahan.

Kededuanya merupakan seni persembahan yang berlaku dalam ruang masa dan bermatlamat
sebagai sebuah seni visual untuk tatapan audien.

Persembahan yang berlaku atau pengisian yang berlaku dalam teater dan drama televisyen
melibatkan pementasan atau persembahan unsur-unsur theatrics atau lakonan merupakan
manifestasi, imbasan atau bayangan kepada apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar.

Lakonan adalah sebahagian daripada kehidupan manusia kerana perilaku seseorang individu
atau sesebuah masyarakat adalah lakonan di pentas dunia

Pengenalan
Menurut Said Halim Said Nong ( 1988),
Lakonan tersebut yang dapat menjelaskan mendeskripsikan keadaan masyarakat dan individu
tersebut. Perkembangan teater dan drama berkembang seiring dengan pergolakkan masyarakat yang
meniti daripada takah awal iaitu masyarakat yang jumud dan tertutup sehingga menjadi masyarakat
dinamis yang dapat menerobos dan melangkau ruas bangsa.

DEFINISI TEATER
Aristotle mendefinisikan teater melalui karyanya iaitu Poetics dan Rhetoric sebagai media pentas yang merupakan satu proses
cerminan hidup. Teater ,menurut ahli falsafah tersebut, adalah suatu penyaringan saripati atau esen daripada unsur-unsur dan
perilaku dalam kehidupan demi kehendak pesertanya .
( Rahmah Bujang : 2002:145)
Cohen (1981:5) mengganggap teater sebagai satu bentuk seni yang isinya hidup kerana ia mengandungi perasaan, pengalaman
, pergerakan dan pengucapan yang disampaikan oleh pelakon-pelakon yang mewakili sesuatu golongan masyarakat. Gambaran
yang dipaparkan di atas pentas adalah hasil imaginasi manusia, tetapi imaginasi itu teransang daripada realiti kehidupan yang
sebenar.
Menurut Rahmah Bujang (1994: 30) teater adalah satu kegiatan kreatif yang merangkumi dua bidang kesenian iaitu seni
kesusasteraan melalui skrip dan seni persembahan melalui media pementasan. Teater dapat wujud sebagai satu genre
kesusasteraaan melalui bentuk skrip drama . Skrip mempunyai sifatnya yang unik dan tersendiri kerana ia mengutamakan
struktur binaan dialog-dialog watak dengan butiran-butiran terperinci untuk tujuan pengarahan.

DEFINISI & KONSEP TEATER

Teater boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk seni sosial yang struktur persembahan melibatkan anggota masyarakat.

Interaksi dalam sesebuah persembahan teater terdiri daripada dua pemeran iaitu (1) para penggiat teater dan (2)
khalayak atau audien yang menyaksikan peristiwa teater tersebut.

Menurut Said Halim Said Nong, penggiat teater menyalurkan gagasan , amanat dan kemahiran seninya melalui
persembahan. Penonton pula menyaksikan, menghayati dan penghayatan dari aspek lahiriah atau fizikal.Sehubungan itu,
penghayatan yang berlaku dalam lingkungan pemeran-pemeran teater terbentuk dan tercetus dari aspek akaliah atau
mental.

Istilah teater lebih dikaitkan dengan persembahan secara langsung di hadapan khalayak.Seringkali persembahan teater
dikaitkan dengan tanggapan bahawa persembahan yang berlangsung diruang persembahan khusus.
persepsi umum: ruang persembahan teater biasanya adalah teater berlaku di pentas dan dibantu dengan elemen-elemen
teknikal

DEFINISI DAN KONSEP TEATER


ruang persembahan teater boleh saja
berlaku di mana-mana
hanya perlu ruang bergerak yang sederhana
dan lugas untuk menyampaikan mesej
dengan lakonan

SEJARAH TEATER

Menurut Nur Nina Zuhra dalam An Analysis of Modern Malay Drama, sejarah pertumbuhan
teater boleh dibahagikan kepada 3 kategori umum; iaitu teater tradisional, teater peralihan atau
teater popular dan teater modern.
Teater Tradisional
Teater tradisional diwakili oleh seni persembahan tradisional seperi , wayang kulit, menora,
makyong , dikir barat, boria , randai , main puteri ,mek mulong dan sebahagian daripada
tradisi-tradisi penglipur lara.
Persembahan teater tradisional tersebut mempunyai elemen-elemen persamaan yang ketara
iaitu ia berlatarkan cerita lagenda dan mitos, mempunyai struktur episodik dari segi plot,
melibatkan improvisasi dan pergerakan yang tertentu, bahasa puitis , bernada serious ,tragis
atau bercampur dengan peristiwa komedi, stereotaip, hubungan dengan istiadat ,ilmu halus,
ritual dan penggunaan dialek (disebabkan bentuk seni ini berlatarkan daerah tertentu).

SEJARAH TEATER

Menurut Ghulam Sarwar Yousof (2009),Kedatangan agama Hindu dan kemudiannya Islam, membawa kepercayaan
terhadap alam ghaib yang mempengaruhi dan diterima sebahagian besar penghuni pelusuk ini

Imaginasi masyarakat awal di Tanah Melayu dan juga Jawa, telah menjelmakan watak-watak mistik seperti dewadewa,wira luar biasa dalam bentuk-bentuk teater tradisional awal seperti Mak Yong agama-agama yang meresap ke
dalam kebudayaan Melayu

Pengetahuan berkenaan persembahan ini lazimnya disampaikan kepada guru ke murid daripada satu generasi ke
generasi yang lain, Teater tradisional dapat dijejaki dengan mengkaji pengaruh .

Sebahagian daripada teater tradisional di Malaysia juga dipengaruhi oleh kebudayaan Siam, Jawa, Sumatra , India dan
Arab melalui pendatang atau perniagaan antarabangsa yang berlaku zaman berzaman. Sebagai contoh, Wayang Kulit
mengambil masa selama 400 tahun untuk berkembang di Malaysia.

SEJARAH TEATER
Awal abad ke 20 merupakan merupakan zaman peralihan yang membawa bersamanya perubahan yang pesat
dalam dunia teater.Permulaan teater bangsawan membawa bersama unsur-unsur kebudayaan Inggeris ke
dalam teater melayu.
Bangsawan merupakan satu teater yang memperkenalkan penggunaan panggung dan pentas prosenium
bersama tirai-tirai lukisan pemandangan yang begitu gah. Setiap kumpulan bangsawan cuba mempamerkan
keistimewaan sendiri
Popularriti kumpulan-kumpulan bangsawan bergantung kepada kebolehan dan kepandaian bintang -bintang
melakukan improvisasi untuk memikat perhatian penonton.Bangsawan tidak mempunyai skrip lakonan.
Bangsawan merupakan teater bandaran dan moden sifatnya. Ditadbir sebagai satu perniagaan.Struktur
persembahannya berbabak-babak dengan gambaran latar.

SEJARAH TEATER
Teater bangsawan kurang mendapat sambutan apabila terbitnya filem dan industri perfileman.Pelakon-pelakon
bangsawan bergerak ke dunia lakonan filem yang menarik perhatian ramai. Kemusnahan infrastruktur
bangsawan sewaktu perang dunia kedua juga menjadi faktor kelenyapan bangsawam
Beberapa kumpulan yang masih tinggal selepas perang mengalihkan tumpuan kepada lakonan cerita-cerita
yang disadurkan daripada kesusasteraan barat seperti Romeo Juliet , Macbeth ,Hamlet ( yang diterjemahkan
oleh Zaba)
-pentas

diisi

oleh

kegiatan

baru

/Menurut

Said

Halim

Said

Nong

Pentas-pentas diisi oleh kegiatan baru yang diisi oleh kegiatan baru yang dilakukan oleh sekumpulan penggiat
teater yang baru.Pentas menjadi medan golongan intelek mengangkat pemikiran dan perasaan melalui seni
drama.

DEFINISI DRAMA
Menurut Kamus Dewan, drama didefinisikan karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio atau
televisyen. Drama melibatkan lakonan yang mengharukan, peristiwa tragik atau bergelora.
Solehah Ishak (1981) dalam makalah Menulis Tentang Drama: Kembali ke Asas ,menghuraikan bahawa drama
adalah hasil sastera,namun secara kontrastif apa yang membezakan penulisan drama ialah drama ditulis
dalam bentuk dialog yang disertai dengan perincian nama, latar belakan perwatakan dan maklumat tentang
tempat dan waktu berlakunya sesuatu kejadian itu.Kemudian terdapat juga perincian yang lebih khusus iaitu
maklumat tentang arahan pentas yang memberitahu pembaca tentang pergerakan ,nada, blocking
watak/pelakon di atas pentas

SEJARAH DRAMA
Beberapa orang peminat teater Melayu yang berusaha untuk terus menghidupkan tradisi drama Melayu.Mereka
berharap untuk menggantikan Bangsawan dengan sesuatu yang baharu.
Drama-drama dari barat dan negara-diadaptasi dan disesuaikan dengan suasana dan persoalan tempatan untuk
dibentangkan di atas pentas.
Skrip ditulis dengan cerita-cerita yang mengadun dan mengolah persoalan masyarakat yang kurang dipedulikan oleh
pengusaha-pengusah filem.
Masa ini muncul drama yang dikenali sebagai sandiwara.Tidak seperti bangsawan yang obses dengan raja-raja,dewadewa, bumi fantasi dan sebagainya, sandiwara adalah berkenaan dunia nyata, manusia biasa, dan persolan yang
biasa .

SEJARAH DRAMA
SANDIWARA
Menurut Ghulam Sarwar (2007)
Selepas bangsawan , sandiwara adalah perkembangan utama dalam teater Melayu,merupakan fasa pertama dalam
perkembangan drama moden.
Sandiwara adalah

Bentuk teater Melayu pertama yang mempunyai skrip bertulis yang lengkap

Merupakan hasil kesusasteraan untuk dibaca , dikaji dan ditonton

Pementasan sandiwara diarah oleh seorang pengarah moden yang bertanggungjawab atas keseluruhan
pementasan

SEJARAH DRAMA
Pada permulaannya Sandiwara memamparkan kembali kegemilangan Zaman Kesultanan Melayu, Hangtuahmembangkitkan semangat dan rasa bangga dalam kalangan orang -orang Melayu.Para pengkaji sandiwara
menamakan zaman sandiwara ini sebagai purbawara,merujuk kepada zaman silam,
Setelah itu tiba satu saat ,orang teater tidak selesa dengan purbawara yang dianggap terlalu melankolik dan nostalgi,
tidak mendatangkan manfaat jitu dan berkesan
Tema dan Pengisian berkenaan erti kemerdekaan ,kehidupan harian Melayu,penderitaan kota dan bandar menjadi
persoalan . Drama Melayu telah melangkah ke alam drama realistik.
Tema

yang

dipaparkan

adalah

sekitar

kebiasaan

dan

kehidupan

masyarakat

Melayu

dari

segenap

lapisan.Pencakupan permasalahan yang dikupas dalam drama adalah seperti hubungan cinta muda-mudi,
kecurangan ,putar belit manusia, kemajuan dan pembangunan

SEJARAH DRAMA
Tahun 1960an tercetusnya Zaman Informasi.Mulai tahun penghujung
1960an kegiatan drama pentas kian berkurangan.
Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Union serta sekutu
masing-masing mengakibatkan perlumbaan dari segi teknologi
teknologi radio dan televisyen mula muncul. Drama pentas dijelmakan di
dalam media modern tersebut

Said Halim Nong Apresiasi Seni Teater


Malaysia,2009
Solehah Ishak 1981. Pengalaman Menonton
Teater Kuala Lumpur Dewan Bahasa Pustaka

You might also like