You are on page 1of 3

#PETUA MENGHALAU NYAMUK TANPA UBAT NYAMUK ATAU PENYEMBUR

SERANGGA
Apabila tiba musim panas, jumlah kehadiran nyamuk di laman kediaman
semakin banyak lebih-lebih lagi jika ada kolam hiasan. Ini kerana nyamuk
membiak di kawasan ada takungan air, semak-samun dan sampah sarap.
Sehubungan itu, langkah pencegahan perlu diambil bagi menghalang pembiakan
nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti demam denggi
dan malaria.
Penggunaan bahan kimia seperti ubat penghalau nyamuk dan penyembur
nyamuk memang banyak di pasaran. Namun, ia boleh memberi kesan atau
berbahaya kepada tumbuhan, haiwan peliharaan mahupun penghuni kediaman
terutama mereka yang alah pada ubat nyamuk kimia.
Sesuai dengan usaha mewujudkan kawasan lestari yang mementingkan
penggunaan bahan semula jadi, disenaraikan beberapa cara sesuai untuk
menghalau serangga penghisap darah dengan cara mesra alam.
Berikut adalah beberapa cara yang mesra alam serta helah untuk menghalau
nyamuk di laman kediaman:
LAMPU
Pasang lampu mentol kuning berhampiran kawasan yang tersorok dan tepi
kolam. Seeloknya, mula memasang lampu apabila lewat petang dan malam.
Lampu berwarna kuning dan jingga mampu menghalau nyamuk daripada
menghampiri kawasan sekitarnya.
Malah, lampu berkenaan tidak akan menarik serangga lain untuk menghuni
laman berbanding penggunaan lampu mentol putih.
POKOK PENGHALAU NYAMUK (PELARGONIUM GRAVEOLENS)
Sesuai namanya, pokok penghalau nyamuk sudah pasti ia tumbuhan paling
sesuai menghalau nyamuk. Aroma atau bau-bauan yang terhasil daripada daun
pelargonium graveolens sangat dibenci nyamuk.
Namun, pokok berkenaan memerlukan penjagaan rapi kerana ia tidak boleh
terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Pelargonium graveolens tidak
memerlukan banyak air, cukup dengan hanya siraman sekali sehari.
Pokok ini diproses dan dijadikan bahan utama minyak citronella. Nyalakan lilin
citronella di laman terutama di di kawasan kolam atau tepi pancur air. Beli lilin ini
di kedai perkebunan dan nurseri bunga.
Selain itu, boleh juga mencipta haruman penghalau nyamuk dengan
mencampurkan beberapa titis minyak citronella bersama minyak zaitun. Sapu
minyak berkenaan di nadi pergelangan tangan.
BAKTERIA BACILLUS THURINGIENSIS (BT)
Tabur bacillus thuringiensis (BT) dalam kolam atau pancutan air atau birdbath
untuk membunuh larva. Memang diakui larva nyamuk sukar membiak dalam air
yang mengalir, namun ia masih boleh melekat pada batu dan hiasan dalam
kolam.

Justeru, gunakan BT kerana ia mampu membunuh larva nyamuk malah ia tidak


berbahaya kepada kawasan sekitar mahu pun haiwan peliharaan, ikan, burung
dan hidupan liar lain. Ia boleh dibeli di nurseri dan kedai haiwan dan didapati
dalam bentuk cecair atau palet berbentuk donat yang terapung diletakkan di
dalam air.
MINYAK MAMBU/NEEM
Sembur perkarangan laman dengan minyak neem yang dicampurkan dengan
campuran pyrethrins semula jadi. Pyrethrins adalah sebatian organik (lebih tepat
lagi, asing) yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan genus Chrysanthemum.
Berbanding dengan racun kimia, minyak mambu/neem neem selamat dan tidak
memudaratkan untuk jangka masa panjang kepada manusia dan haiwan.
Neem mempunyai bau yang kuat yang mampu menghalau nyamuk. Selain
nyamuk, minyak mambu juga mampu membunuh lebih dari 500 jenis serangga,
kutu dan nematodes pada tumbuhan mahu pun haiwan peliharaan.
BAWANG
Herba mujarab menghalau nyamuk dan biasanya digunakan sebagai campuran
penyembur kimia dan serbuk menyah nyamuk. Bawang putih pula dikisar
bersama cili dan minyak neem/mambu menjadi semburan yang baik menghalau
nyamuk dan nematodes.
Selain itu, tanam pokok bawang di pinggir kolam supaya nyamuk tidak
mendekati kawasan berkenaan.
DAUN PUDINA
Tanam pokok pudina di laman untuk menghalau nyamuk atau buat pati minyak
menggunakan daun pudina. Pati minyak pudina menimbulkan bau yang dibenci
nyamuk. Cara membuat minyak pati pudina adalah dengan mengisar pudina
dengan minyak masak serta sedikit air.
BUNGA TAHI AYAM
Satu lagi tumbuhan yang sesuai menghalau nyamuk adalah bunga tahi ayam
atau marigold. Selain warna kelopak kuning dan jingga yang mampu
menceriakan laman, bau bunga yang keras dan tajam itu mampu
menyelamatkan anda dari nyamuk kerana serangga ini memang membenci
baunya.
IKAN MOSQUITOFISH (GAMBUSIA AFFINIS)
Ini ini mirip spesies mirip ikan pelaga di Malaysia, dikatakan amat berguna
berikutan seleranya yang tinggi terhadap larva nyamuk.
Spesies daripada keluarga poeciliidae itu berasal dari Teluk Mexico dan kini mula
mendapat perhatian seluruh dunia bagi menangani pembiakan nyamuk yang
lazimnya dikaitkan dengan wabak malaria dan demam denggi.
Menurut satu kajian di Amerika Syarikat (AS), sepasang ikan gambusia itu
mampu menelan 5,000 larva nyamuk dalam tempoh 11 minggu atau bersamaan
dengan beberapa ratus larva nyamuk dalam sehari. Selain itu, boleh juga

membela ikan emas, gupi dan koi untuk mengurangkan populasi nyamuk. Ikan
berkenaan juga mampu menelan 100 hingga 500 larva sehari.
BUNGA TAHI AYAM
Satu lagi tumbuhan yang sesuai menghalau nyamuk adalah bunga tahi ayam
atau marigold. Selain warna kelopak kuning dan jingga yang mampu
menceriakan laman, bau bunga yang keras dan tajam itu mampu
menyelamatkan anda dari nyamuk kerana serangga ini memang membenci
baunya.

You might also like