You are on page 1of 15

Isu 2: Cabaran Profesion Keguruan

1.0 PENGENALAN
Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan
suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang
banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh
pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang
guru merupakan jalan mati setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang
baik.
Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat
umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru
bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru
perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing
dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal
insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses
dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering
menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik
darjah

dan

sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai
hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan
sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji
kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain),
pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran
membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta
ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi.
Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran
untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan
sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya. Profesion keguruan
adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar jika dilihat dari segi

tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini kerana golongan guru
adalah golongan yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara
dan Falsafah Pendidikan Guru tercapai. Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah
organisasi yang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan
ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan sebegini pasti akan
menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan
mulia terjejas.
Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi
dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping
sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang guru ialah
menghayati prinsip perkembangan yang berterusan. Impak daripada tugas yang
dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan
ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan
modal insan. Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya
sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan. (Harian Metro
26 Mei 2012).
1.1 PERKEMBANGAN HUJAH
Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali
daripada terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan
globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000;
Kim, 1995). Hal ini memandangkan guru adalah agen perubahan. Berdasarkan
artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat
Mei 2012 ada menyatakan bahawa seperti profesion lain, bidang keguruan yang
juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani
cabaran yang cukup besar. Antara cabaran-cabaran yang mendepani profesion
keguruan pada masa ini ialah cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah,
cabaran dalam sistem pendidikan, cabaran dalam masyarakat, cabaran berasaskan
wawasan 2020 dan cabaran globalisasi.
1.1 Cabaran Dalam Bilik Darjah

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012, guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru
terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Walaupun
sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak
efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.
(Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).
Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, sebagai pengamal
ilmu, guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu menunjukkan
interaksi dua hala dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah
keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai ejen
keberkesanan pendidikan, tugas guru adalah untuk mendidik murid-murid supaya
menjadi generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersemangat patriotisme
dan bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara selaras
dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu
dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak
kirinya secara seimbang. Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula,
dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk
kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses
pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan.
Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah
(PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); pelaksanaan penanda
aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line) akan
menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Guru hendaklah
menyediakan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. Menurut Wise (1999),
Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning and
assessment.
1.1.2 Cabaran Di Sekolah

Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran


besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah
masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat
madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa
kepentingan sistem pendidikan menyediakan generasi kedua atau generasi
wawasan memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala
sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan
Mohd. Zahid, 1997).
Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa
besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan
pelajar yang begitu ramai. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro
bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr.
Mashitah Ibrahim berpendapat pelajar sering melakukan kejutan kepada masyarakat
dengan masalah sosial mereka. Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar,
suka tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit kegiatan samseng, membuli,
merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain.
Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit dengan
kegiatan jenayah. Kira-kira 40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton
dan menyimpan bahan lucah dan bertindak kasar manakala 24,000 lagi didapati
ponteng dan lewat ke sekolah. Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang
serius. Namun, ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa perlu bertindak
pantas mengenal pasti masalah atau keadaan tertentu yang dihadapi anak mereka
serta lebih prihatin dan mengambil tahu hal anak mereka secara lebih mendalam
dan terkawal. Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan untuk membangun
bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan
dihormati.
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat
(Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada
keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8%
dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih
tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997).

Mungkin dari segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang
terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar. Kaeadaan ini adalah sangat
mencabar dan membimbangkan.
Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang, hampir
semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang
dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini
menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak
ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap
guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun
2003).
Yusri Abdul Malek dalam artikelnya Displin Pelajar Bermula di Rumah pula
menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata
utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. Tegas
beliau, kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari
kampung bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya
kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka
bertindak datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya.
Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan
dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin
tiada noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006)

1.1.3 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan


Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012, dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan
kepada penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan sekolah menjadi
semakin kompleks. Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak
pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak
mengalami perubahan selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada
guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan diri untuk

memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem


pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza
dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat
daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Sebagai
seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan
amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi
dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat, khasnya
pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program
KBSR dan KBSM memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap
dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan kemahiran
mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam
bidang kerja yang kian mencabar.
Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan khasnya pengenalan
konsep sekolah bestari, tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang
lalu. Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat tetapi pada
masa kini peranannya telah berubah menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan
pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa dulu menumpukan
tugasnya mengajar murid dengan ilmu pengetahuan tetapi pada masa kini
menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid supaya
enjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia berani dan sanggup
menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan Negara.
Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan
perguruan dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai
matlamat pendidikan yang baru. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya
mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan
keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan.

1.1.4 Cabaran Dalam Masyarakat


Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Berdasarkan artikel
Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei
2012, pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi
negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Semakin masyarakat dan negara
bertambah maju dan bersifat global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh guru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin
besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002). Guru juga adalah
agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman,
2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam
bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja.
Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada
perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.
Oleh yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang
penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru
tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.
Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran
dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan
dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan
belia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996;
Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994). Guru juga merupakan agen penyatu
masyarakat. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda:
Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
berpendapat guru daripada pelbagai latarbelakang, anutan agama atau bangsa
mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin
hubungan dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan.
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan dalam Dewan Masyarakat Mei
2012 Rizuan Khamis juga ada menyatakan guru berperanan sebagai ejen penyalur
budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas
keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan
budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran

mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru
harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa
guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak
persepsi

yang

melingkari

profesion

keguruan,

antaranya

tanggapan

yang

menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan


kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan.
1.1.5 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012, guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat
teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang
terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan
menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi,
sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.
Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut :
Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu
padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi
oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah
masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan
saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai
ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya
ketahanan. (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan)
Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi yang jauh ke hadapan,
tanggungjawabnya adalah bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi
yang akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa peka
dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yang disuarakan bagi mengatur
program-program perkembangan negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah
Pendidikan, 2000; Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998;
Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993).

Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses


pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral
bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang dihasilkan
melalui proses ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka
yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru
adalah sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi
mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi
instrumental. Justeru itu guru perlu berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik,
analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni.
1.1.6 Cabaran Globalisasi
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012 memetik kenyataan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk
Dr. Haji Ahamad Sipon, bahawa dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi
pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi
pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Oleh sebab itu,
kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir
dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf
baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam
pendidikan.
Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan kepada
guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil
dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi utama globalisasi pendidikan
ialah menghasilkan sumber-sumber diperlukan pendidikan dan pembelajaran
sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap
kemahiran dan pengalaman individu. Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad
ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara
global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk
rangkaian (networking). (Noriati et. al, 2009).

Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international
character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu
diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru.
Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus
globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada
abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat
antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan
kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang, 2010).

Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah
global village, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak.
Justeru

itu,

guru-guru

perlu

dan

harus

sentiasa

mengemaskini

serta

mepertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing terutama penguasaan teknologi


maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. (Syed Ismail & Ahmad Subki,
2010). Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru
Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
berpendapat pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan
semasa memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau,
kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan
mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta
berikan komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti
pendidikan.

Kenyataan ini disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru sukan di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur dalam satu artikel
yang disiarkan dalam Berita Harian bertajuk, Selamat Pagi Cikgu bertarikh 30
Ogos 2012, apabila ditanya tentang Bagaimana anda simpulkan cabaran profesion
guru pada hari ini? Beliau berpendapat terdapat tiga cabaran dihadapi guru pada
hari ini. Pertama, faktor masa lebih panjang yang menuntut guru mempelbagaikan
corak pengajaran. Kedua, cabaran dari pihak luar secara langsung dan tidak

langsung manakala ketiga ialah cabaran dari segi kemajuan teknologi maklumat (IT).
Sebagai guru kita perlu pantas dan mempersiapkan diri untuk menerima ilmu baru.
Ini kerana kita lihat pelajar sendiri cepat mendapatkan pelbagai maklumat.

1.3 IMPLIKASI HUJAH

Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan tersebut, para guru mestilah


menyediakan diri mereka dalam pelbagai aspek. Berdasarkan artikel Cabaran
Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada
memetik kata-kata David Ryans dalam bukunya Characteristics Of TeachersTheir
Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan
dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik,
responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab,
stabil, tenang dan berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen penting yang mesti
ada pada setiap guru dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini
ialah

ciri

dan

kualiti

professional,

pengajaran

yang

efektif,

peningkatan

profesionalisme, peningkatan dalam penggunaan ICT, berilmu pengetahuan,


berakhlak mulia serta bertanggungjawab.

1.3.1 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional

Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai
dengan proses perkembangan pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan
Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru
haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam
perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat
refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui epembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk
merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan. Guru juga mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah

serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion
mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus,
perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
1.3.2 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif
Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada
perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu
program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif
pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan
murid-murid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan
teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah
sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat
dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat
apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)
1.3.3 Mempertingkatkan Profesionalisme
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus
sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan
mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki, 2010). Kemahiran dan
pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi
kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik
dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak
berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi
mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan
paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

1.3.4 Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICT

Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada
masa kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan
sentiasa

berkembang

dan

berubah

sejajar

dengan

perubahan

zaman.

Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut


banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti
bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin
canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai
melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan
sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk
kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang
2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era
teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai
peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.
Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah
dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.
1.3.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia
Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini,
seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru
yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk
peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan
mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti
masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan
generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem
pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri
dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan
ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran.
Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga
yang berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon Sang,2010)
1.3.6 Bertanggungjawab

Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing


pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan
tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap
ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati
mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi
maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar
perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama
dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam
kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan
sejawat.

1.4 RUMUSAN/CADANGAN

Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan
perkembangan teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang
makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas
mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan
yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya
menjadi

rakyat

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan


2020. Oleh hal yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh
seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun
sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang
guru di sekolah rendah.

Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada asasnya profesion keguruan
sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah
manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira
dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa
kini pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu
mereka dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir. Perkembangan dan
perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan
perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan tidak boleh dianggap
sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka
mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan
berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan
tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan
kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya.

http://murabbiumat.blogspot.com/2012/09/isu-2-cabaran-profesion-keguruan.html

You might also like